test

Sabtu, 28 Mac 2009

Shahrir Samad Tidak Perlu Letak Jawatan Kerana 'Prinsip'

Bagi saya Shahrir Samad tidak perlu meletak jawatan kerana 'prinsip' yang berdasarkan sokongan ahli UMNO.

Shahrir Samad, dilantik menjadi Menteri setelah layak menjadi ahli Parlimen dan dipilih oleh Perdana Menteri.

Shahrir Samad menjadi ahli Parlimen kerana dipilih oleh rakyat termasuk bukan ahli UMNO atau BN.

Perdana menteri boleh memilih sesiapa sahaja dikalangan ahli Parlimen untuk menduduki kerusi menteri, termasuk ahli parlimen dari parti lawan kalau mahu.

Tiada mana-mana undang-undang mensyaratkan menteri ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, melainkan ianya 'kebiasaan' UMNO sahaja.

Satu perkara yang kita perlu ingat ialah, jawatan menteri itu bukan satu kurniaan tetapi tanggungjawap.

Bagaimana prestasi Shahrir Samad selaku menteri KPDNHEP?

Mungkin ramai yang tidak berpuas hati ketika harga minyak naik ke tahap RM 2.70 dahulu.
Ada yang berdemonstrasi, tetapi tidak menuntut Shahrir Samad meletakkan jawatan, sebaliknya hanya mahu harga minyak diturunkan sahaja.

Menteri KPDN HEP adalah 1 tugas yang agak berat, kerana perlu menjaga banyak kepentingan dan bukan hanya pengguna.

Shahrir Samad, telah berjaya menjadi orang tengah diantara
  • pengguna, 
  • peniaga/peruncit
  • pembekal,
  • Kementerian lain seperti kementerian Kewangan
Kesemua pihak mahukan perkara yang berbeza dan agak berlawanan di antara satu sama lain.

Pengguna hanya mahu murah.
Peruncit mahukan bekalan cukup dan keuntungan yang tidak terlalu rendah
Pembekal adakalanya menekan peruncit, juga mahu untung
Kementerian kewangan pula banyak soal apabila 'subsidi tinggi'

Mustahil Shahrir Samad boleh puaskan semua pihak.
Walaubagaimanapun, usaha ke arah itu memang ada. Tidak seperti Menteri KPDN HEP yang terdahulu.

Shahrir Samad terlah terpengaruh dengan satu teori bahawa penurunan harga minyak banyak kali dapat mengurangkan risiko peniaga. Walhal hakikatnya peniaga pula yang tidak mahu ia berlaku sebegitu.

Peniaga hanya mahukan kepastian tarikh supaya stok boleh dikurangkan, akan tetapi banyak pula berlaku teka-teki tarikh penurunan, berlaku banyak kali.

Matlamat betul, kaedah tidak berapa betul, walaubagaimanapun ada cubaan untuk perihatin.

3 comments:

  1. shahrir samad patut join PR...
    apa lagi nak diharapkan dari parti perasuah...

    BalasPadam
  2. kalau tak silap saya, atas inisiatif shahrir, tiada lagi 'lesen ap' untuk barang kawalan seperti gula. kalau dulu mungkin harga gula ditetapkan oleh tokey2 yang monopoli barang asasi nih. boleh jadi bayar lebih dari harga 'market' (atau kurang, walaupun saya rasa kebarangkaliannya sedikit). jadi harga gula lepas ni mungkin lebih efisien dan ikut harga pasaran. harap2 menteri yang ganti shahrir meneruskan usaha beliau.

    BalasPadam
  3. Tu le pasal.. Aku respect beliau sebagai menteri yang bagus.. Mungkin kaliber dia tak sehebat lain tapi beliau prihatin...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit