Dunia agak pelik apabila melihat pengeluar minyak Arab Saudi nak harga minyak rendah. Apa yang Amerika sudah cucuk, saya pun tak tahu.
Sebelum ini Harga minyak di Malaysia dikawal oleh manusia, bila harga dunia tinggi, harga Malaysia rendah. Bila harga dunia rendah, Malaysia pula tinggi.
Kalau turun naik, OK lah juga, tak guna wang rakyat nak bohongkan harga.
Tapi kalau sentiasa di bawah paras dunia, makin lama makin banyak hutang negara.
Bebaskan, Bebaskan, Tak mampu bertahan lagi.
Jadi Harga minyak perlu dibebaskan sementara ianya tengah rendah.
Hal arab Saudi itu biarlah dia fikirkan sendiri.
Di Malaysia, harga minyak sentiasa di bawah paras dunia, sejak selepas krisis kewangan 1998.
Jangan ingat kesan Krisis itu sudah habis. Kalau Ringgit di paras RM 2.50 == 1 USD baru boleh isytiharkan habis.
Bebaskan... Bebaskan...
Terlalu banyak masalah berlaku akibat nilai ringgit yang tak mesra harga komoditi minyak.
Banyak lubang, banyak tampal.
Tampal guna subsidi, berlubang balik kena seludup, kemudian tampal guna nano lah, guna surat kuasa lah. pendek cerita tampal lubang, tampal lubang. Kos nak tampal lubang pun tinggi juga.
Jadi perlu bebaskan harga minyak.
bebaskan... bebaskan..
Ketakutan hapus subsidi yang terpendam, perlu dilepaskan.
Berdiri Megah, mulakan yang baru.
Ahad, 26 Oktober 2014
Home »
Frozen
,
Harga
,
Kawalan Harga
,
Minyak
» Bebaskan... Bebaskan .. Sekarang Masa Terbaik Bebaskan Harga Minyak
bebaskan...salah bebas nanti terbabas...
BalasPadamini semua gara2 pemilik keris telanjang...satu2nya keris di dunia yg membebaskan sarongnya...
dulu kini dan selamanya ..keris ini melucah semahu2nya....
sebab dia telah tidak ada kemaluan lagiii..
bebas..bebas..bebas...