test

Jumaat, 11 September 2009

Halatuju Politik Minyak di Malaysia

Politik minyak di Malaysia agak pelik, terlalu fokus kepada harga runcit.
Pantang ada perubahan harga, ia akan menjadi isu.
Macamlah Malaysia sudah guna wang berasaskan komoditi.


Berbanding negara luar, politik minyak adalah berkisar kepada penguasaan minyak.

Amerika mendapatkan minyak daripada Iraq dengan menyerang atas alasan mencari senjata pemusnah.

Australia pula membantu 'membebaskan'  Timor Leste daripada Indonesia atas alasan alasan, tetapi yang sebenarnya mereka mahu minyak.

Malaysia dan Indonesia berebut Ambalat walhal masing-masing mempunyai syarikat minyak nasional dan boleh bentuk kerjasama.

Yang peliknya Malaysia boleh bekerja sama dengan Thai untuk merompak hasil bumi Patani dan Kelantan.

RON 95 dan RON 97 apa pula?
Ada pihak yang mencemuh RON 95, tak berkuasalah, dan macam macam.
Ada pihak yang terlalu marah atas kenaikan barang mewah RON97.

Bagi saya, penggunaa RON 95 sebagai petrol utama adalah satu langkah yang agak baik, untuk menangani kenaikan harga minyak dunia yang saya jangka akan berlaku apabila jatuhnya Indeks USD ke paras yang sepatutnya (lingkungan 75). Ketika itu harga minyak dunia berada di paras yang 'sepatutnya' iaitu USD 120.

Apabila perkara itu berlaku, maka banyaklah kereta Singapura berjoli menggunakan subsidi wang Rakyat Malaysia untuk berjalan-jalan di Malaysia.

Maka, bagi mengelakkan wang rakyat Malaysia jatuh keada Rakyat Singapura, maka mereka sepatutnya dilarang untuk membeli RON 95, sebaliknya hanya boleh membeli RON 97 pada harga pasaran sebenar.

Apa tujuannya ada minyak 2 gred?
Satu untuk dikawal, satu apung.

Perkara yang berlaku hari ini ialah RON 97 tidak diapungkan mengikut pasaran sebenar.

KPDNKK mempunyai satu tabiat pelik suka membuat perubahan harga dalam gandaan 5 sen, kononnya selaras dengan pembundaran 5 sen terdekat. Sedangkan penggenapan itu berlaku di POS.

Tabiat pelik itu menyebabkan mereka kelihatan menyembunyikan sesuatu.
Tak jadi masalah kalau RON 97 berubah setiap minggu drpd RM 2.05 kepada RM 2.08 atau RM 2.07 atau RM 2.04.


Jadi apa ahli politik perlu buat?
Ahli politik perlu memastikan harga petrol utama (RON 95) berada dalam lingkungan "mampu" bagi kebanyakan orang.
Perlu ada jaminan ianya tidak berubah sesuka hati, bukannya janji lain tunai lain.
Ahli politik perlu mencorak bahawa RON 95, petrol utama itu menjadi harga tetap atau berubah-ubah.

Seperti yang saya pernah persoalkan dulu ketika Shahrir Samad berpesta turunkan harga minyak.


Rakyat Malaysia perlu pilih antara 2

1. Polisi harga minyak stabil
2. Polisi harga minyak berubah-ubah

Ahli politik di Malaysia perlu juga memastikan bahawa minyak negara kita tidak diambil dengan menukarkannya dengan kertas jamban berjenama "USD".

1 comments:

  1. Satu informasi dan penerangan yang amat baik. Teruskan

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit