Pagi tadi saya terkejut membaca catatan Saudara Dzaiauddin Sharif berkenaan tindakan OPEC ingin mengurangkan bekalan dikatakan sebagai "Perbuatan keji" . Saya menghormati pandangannya namun saya tidak bersetuju. Seperti yang saya faham, harga minyak dunia dalam USD turun kerana kenaikan melampau USD akibat daripada penjualan saham berleluasa, dan meningkatnya permintaan "Tunai" sebagai alternatif pelaburan. Apabila saham jatuh, pelabur menjual saham yang ada dan menyimpan tunai USD secara fizikal, kerana takut bank muflis. Banyak komoditi jatuh akibat kenaikan melampau USD termasuklah getah dan kelapa sawit. Harga emas kurang jatuh kerana ia menjadi pilihan "save heaven" bagi pelabur selain daripada tunai. Fenomena ini digelar "False Dollar Rally". Ini menjadikan nisbah harga minyak berbanding emas begitu rendah, maka harga minyak rendah. Apabila OPEC melihat harga minyak hanya pada USD, maka mereka seolah-olah mengiakan supaya mereka diliwat o...
Ayhd Yang Hendak Dibaca