Terdapat juga blogawan UMNO yang terang-terang mengkaitkan "bangsa" lain dengan kejadian itu
Ayuh...pemuda sekelian janganlah kamu semua leka, sedangkan bangsa lain telah menghina bangsa kita dan agama kita. Jangan biarkan agama dan bangsa kita dihina...Sekarang ini parti yang disanjungi PKR dan PAS, dengan rakusnya telah menunjukkan mereka ingin melenyapkan islam di Malaysia.....
Jika mangsa itu adalah ahli UMNO, maka ianya mudah dikaitkan dengan politik.
Tuduhan terhadap kaum lain, kemungkinan ahli UMNO dan sebagainya.
Di sini saya ingin mengatakan bahawa, tidak semestinya ahli UMNO menjadi mangsa, semuanya mesti dikaitkan dengan politik.
Mungkin ada orang kecewa kerana pinangan ditolak.
Orang marah sebab tertipu dengan skim cepat kaya?
"Dengki"
1001 kemungkinan.
Maka tidak semestinya pertuduhan itu ditujukan kepada badan politik.
Salam tuan besbol,
BalasPadamBritish menghantar pegawai-pegawai perisik dan tenteranya serta satu pasukan India Muslim dari India ke Negeri Sembilan.Mereka masuk ke kampung-kampung orang Melayu............
Untuk meruncingkan lagi keadaan,pihak British secara sembunyi mengarahkan seorang agennya,orang Tionghua,menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir.Sebaik sahaja hari cerah,berita itu segera tersebar.Orang Melayu merasa amat marah diatas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu.Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu,mereka memarang semua orang yang mereka jumpai,tidak kira tua,muda,lelaki,wanita dan kanak-kanak.
(Petikan Peristiwa Pembunuhan di Batu Kikir-Zaman Pergerakan Sehingga 1948)
Tuan,
tidak mustahil pada hari ini anak didik British akan memainkan lagu yang sama.
Yamaha Y80.
Salam
BalasPadamKenapa sekarang ni tidak dipanggil khinzir?
Simple mind bila sebut saja babi, ini mesti Cina. Tapi bila sebut khinzir - universal sikit!
Masih tertanya-tanya why no more khinzir?
babi lebih glamer dan manis untuk dipanggil... hehehe
BalasPadamUMNO sudah menghidap sindrom LEMAH PEMIKIRAN... itulah pasal jadi macam ni... Macam la dorang tu maksum.
BalasPadamdengar je "babi", tunding jari kat orang Cina....
BalasPadamdengar je "kuil", tunding jari kat orang India....
dengar je "ketuanan", tunding jari kat orang Melayu....
haiisshhh... bila lah orang nak mula belajar untuk siasat dahulu sebelum tunding jari?