Harga minyak turun bila harga barang nak turun?
Apa yang hendak dibuktikan?
Bagi saya ia hanya membuktikan bahawa mengharap penurunan harga minyak dapat menurunkan harga barang adalah tidak ke mana.
Politik Harga minyak tidak kemana.
Ahli Politik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional lebih kurang sama, terlalu fokus pada harga minyak.
Bila mereka mahu mempolitikkan matawang?
Kalau kebergantungan matawang terhadap USD dapat dikurangkan, dan matawang lebih dekat dengan komoditi, kita tidak akan merasakan kenaikan harga komoditi melampau pada april lalu dan menurunan harga komoditi melampau pada november ini.
Pakdi kata
Politician selalu nak ambil hati sama ada peniaga atau pengguna. Jadi mereka selalu campur tangan dalam penentuan harga. Ini semua nak undi punya pasal. Atau nak jaga kepentingan sendiri.
Agaknya bila Ahli politik PR dan BN akan mempolitikkan matawang?
Matawang lebih rapat kepada negara berbanding harga runcit bagi setiap satu barang.
Perhaps we could say politician is an opportunist..
BalasPadamwa masih belum faham betul isu matawang ni. tengah membaca-baca lagi. wa blank sket. benda yang wa paham selalu boleh buat peta minda terus. tp tang matawang ni tak terpeta-peta lagi.
BalasPadamlu ada cadangan bahan baik untuk wa baca?
gua rocks
http://pakdi.my
selagi tak usaha dan inisiatif kearah ini, gua rasa ianya takkan kemana..
BalasPadamsalam.
BalasPadamharga barang dah tak turun. pastikan ia tak naik lagi, kemudian naikkan gaji dan upah dan elaun. normal balik le sikit.
pakdi, wa pulak kalau tak faham terus buat peta...
Tajam kebijaksanaannya...
BalasPadamtypikal by malaysians.
BalasPadamharga barang tak nak turun bila dah naik.
Beras tak nak buat "peralihan kuasa/harga" dgn gandum ke?
112413
HEhe, En Sebol, salah konsep sebenanya.MYR tidak lagi bergantung/ditambat pada USD,dah lama udah kita menanggalkan tambatan daripada USD.Memandangkan ramai yang tak paham,saya cubalah terangkan sedikit.
BalasPadamPertama sekali,sekarang ini apa yang negara kita buat ialah kita hanya lock currency kita daripada dunia luar.Maksudnya foreigner tak boleh beli MYR di luar dari Malaysia,manakala orang di Malaysia tidak boleh bawa MYR keluar dari Malaysia.Walaubagaimanapun foreigner luar boleh bawa masuk
apa2 sahaja currency masuk ke dalam Malaysia,GBP,PKR,SAR,ZAR apa2sahajalah.Dan kalau nak convert GBP/MYR,atau USD/MYR di dalam Malaysia silakanlah.Dengan syarat,sebelum pulang ke kampung halaman,tukar duit Malaysia itu ke currency lain kerana MYR tak laku di luar Malaysia.
Memandangkan wujudnya GPB/MYR, atau IDR/MYR atau USD/MYR di dalam market di Malaysia,bermaksud nilai ringgit adalah bergantung juga kepada kekuatan (demand/supply) pasangan pair nya.Jadi sekiranya orang bercakap MYR bergantung pada USD sahaja adalah salah sama sekali,kerana MYR juga bergantung pada IDR untuk IDR/MYR,THB untuk THB/MYR dan seterusnya.Sebagai contoh,kalau Proton eksport keretanya ker UK,duit yang die dapat adalah GBP,balik ke Malaysia die tukar balik kepada MYR,jadi pair yang involve adalah GBP/MYR.
Ok,kenapa orang terkeliru??Part nih memang pening sedikit,saya cubala sedaya upaya explain.Sebagai contoh,Proton nak import enjin dari UK,suppliernyer di UK mahukan duit dibayar dalam sterling pound,GBP,jadi Proton pun datang ke Maybank untuk beli GBP.Maybank pun juallah GBP,dan Proton bayar dengan MYR.Maka setelah jual, Maybank terpaksa beli balik GBP dari Barclay Bank(UK bank),kerana nak cover balik jumlah yg dia jual,kalau tak nanti akaun short,kene OD.Persoalannya sekiranya Maybank nak beli GBP ini,dia tidak boleh bayar dengan MYR,kerana MYR tak laku di UK,Barclay tak mahu.Di sinilah wujudnya pengaruh USD,sbb standard market convention,Bank di luar sana tuh di bawah pengaruh yahudi,hanya berminat untuk berjual beli dengan USD,Maksudnya Maybank akan bayar USD untuk dapatkan GBP.Jarang Bank2 seluruh dunia berniagakan GBP dengan SGD atau apa sahaja selain dari USD,melainkanlah currency swap,nak tau pasal swap bacalah buku sendiri,hehe panjang sangat nak cerita.
Secara kesimpulannya,dunia kita memang di tune untuk berniaga dalam USD,Malaysia terpaksa akur dengan arus dunia sekiranya mahu berdagang dengan dunia luar.Jadi ringkasannya memang MYR bergantung kepada USD,tetapi bukan USD sahaja sebaliknya currency2 lain juga untuk pair2 yang lain juga.Walaubagaimapun sekiranya BNM mempunya reserve USD yang banyak dalam pasaran,atau reserve GBP,setiap kali diorang jual currency ini ke dalam Banking system di Malaysia,MYR akan kuat berbanding USD dan GBP masing2.Tetapi kebiasaanya sekiranya BNM jual USD ke dalam market sudah memadai untuk mempengaruhi currency lain seperti GBP/MYR,SGD/MYR,kerana faktor costing covering yang saya explain di atas tadi melibatkan USD.Itu sahaja buat masa ini,sekian.
Lupe plak, harap2 selepas tulis panjang2 nih, bro sebol berminat untuk belanja saya makan,hehe memain saja..
BalasPadamTanpanama:
BalasPadamMemang saya tahu MYR tidak ditambat secara langsung dengan USD.
Tetapi cara sekarang, masih lagi bergantung kepada USD.
Sebab itu bila USD jatuh berbanding dengan Matawang asing lain, kita lihat MYR 'naik' berbanding USD.
penentuan nilai RM bergantung kepada beberapa matawang asing, akan tetapi ianya berat kepada USD.
Tanpanama:
BalasPadamMemang saya tahu MYR tidak ditambat secara langsung dengan USD.
Tetapi cara sekarang, masih lagi bergantung kepada USD.
Sebab itu bila USD jatuh berbanding dengan Matawang asing lain, kita lihat MYR 'naik' berbanding USD.
penentuan nilai RM bergantung kepada beberapa matawang asing, akan tetapi ianya berat kepada USD.
aik... laki bini jawab tue.. hehehe
BalasPadamok, saya dah paham bro sebol tak paham kat mana..Sebenarnya standard market conversion adalah against USD.Jadi memanglah demand dan supply USD,akan mempengaruhi nilai ringgit SERTA currency2 lain.
BalasPadamOK katakanlah ringgit tak mahu ada kaitan langsung dengan USD,jadi apabila Maybank nak jual GBP kepada Barclay bank tadi, dia akan kata, "aku tak nak USD, aku nak IDR " contohla, jadi Barclay bank pun kira lah, 1 GBP bersamaan dengan berapa IDR..Persoalannya macammana Barclay kira ?? Dia akan tengok apakah market price GBP/USD dan IDR/USD, dari situ die derive GBP/IDR.
Dan biasanya bank nih kerja die adalah makan(amik profit).Jadi apa yang Barclay akan buat,die akan makan dekat nilai conversion IDR/USD DAN GBP/USD,kedua-duanya sekali sebagai keuntungan dia.At least kalau Maybank jual GBP,mintak USD,Barclay boleh makan satu saje dekat GBP/USD saja.Maybank takkan begitu kurang cerdik membiarkan dirinya di makan sehingga dua kali.
Disebabkan market conversion adalah against USD sebagai nilai untuk membandingkan antara currency,kita tak dapat buat apa2,even kalau Bank2 di Malaysia nak beli Saudi Riyal pun,Bank Arab di sana hanya berminat dengan USD.Kalau kita tak mahu ada kaitan dengan USD,dengan kata lain,tak boleh buat import eksport,trade dalam Malaysia saja.