test

Isnin, 3 November 2008

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu

Disebabkan UMNO sering membawa imej "Melayu", keburukannya akan mencemar imej "melayu", telah timbul suasana fobia melayu di kalangan masyarakat bukan melayu, dan ahli PAS sendiri.

Seolah-olah jangan bercakap soal "Melayu" kerana ianya menyerupai UMNO.

Walaupun setelah merdeka 51 tahun, dan menjadi kaum majoriti di Malaysia, akan tetapi peliknya melayu ialah mereka takut kehilangan itu ini. Itu hakikat politik.

Tatkala wujudnya pemikiran supaya politik supaya tidak berasaskan kaum, peliknya Pakatan Rakyat yang sibuk melaungkan politik tak berasaskan kaum, membahagikan kerusi berasaskan kaum pula.

Ini menyukarkan PAS kerana ramai orang melayu masih tidak percaya politik yang tidak cakap "bela melayu". Berpuluh tahun orang melayu sokong UMNO kerana kononnya "bela melayu", walaupun hakikatnya tidak.

Berbuih-buih mulut penceramah PAS bercakap tentang rasuah dan macam-macam lagi berkaitan UMNO, mereka tetap pilih UMNO kerana kononnya "Bela Melayu". Bukan orang UMNO tidak tahu yang UMNO itu rasuah.

Orang Melayu mungkin ada yang agak sangsi untuk mengundi PAS kerana takutkan kehilangan "Ketuanan Melayu"  "DEB dan sebagainya.

Apabila politik DEB dimainkan, maka PAS agak sukar untuk menarik pengundi melayu yang takut "kehilangan DEB" yang sudak dimansuhkan pada 1990.

Yang peliknya, PAS menubuhkan Kelab Penyokong PAS untuk menarik bukan Islam tetapi tiada lajnah khas atau dewan khas untuk menarik "Melayu".

Suatu ketika dulu PAS kuat ketika membawa imej pembela melayu.

sila baca

PAS patut menjadi ikon baru “Parti Melayu”


Walaupun membawa imej melayu kelihatan seperti As-sabiah, akan tetapi bukannya "Melayu" yang diutamakan sehingga melampaui Agama Islam.

Sekiranya Lajnah Perpaduan Kaum mempunyai strategi khas untuk menarik undi kaum bukan melayu dan bukan Islam , Mengapa tidak ada satu strategi khas untuk Melayu?

Sekiranya PAS kelihatan seperti pembela Melayu, makcik-makcik UMNO di kampung-kampung yang tahu UMNO rasuah, tetapi masih bergantung kepada UMNO sebagai "pembela melayu", mudah sahaja perpaling tadah.

Mana mahu pilih, Pembela Melayu yang korup atau pembela Melayu yang bersih?

Namun, imej "Pembela Melayu" PAS mestilah tidak menakutkan bukan melayu dan bukan Islam.

Imej "Pembela Melayu" PAS tidak perlu sokong 30% pegangan dalam sesuatu syarikat senaraian awam.
Imej "Pembela Melayu" PAS tidak perlu sokong kuota yang terlalu kecil untuk bukan melayu di IPTA.
Imej "Pembela Melayu" PAS menitik beratkan pemilikan tanah pemilikan rumah bagi orang Melayu.
Imej "Pembela Melayu" PAS menitik beratkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan, dan tidak menafikan hak kaum bukan melayu untuk belajar dalam bahasa ibunda ketika peringkat awal.
Imej "Pembela Melayu" PAS mahukan Bahasa Melayu digunakan dalam IPTA dan IPTS.
Imej "Pembela Melayu" PAS mengekalkan warisan melayu seperti kesenian dan sebagainya, termasuk "keris".
Imej "Pembela Melayu" PAS menggalakkan pemakaian Baju Melayu sebagai baju kebangsaan (Nasional) sambil menggalakkan pemakaian pakaian tradisional bukan melayu walaupun ketika bekerja.

Sekiranya PKR boleh dilihat sebagai pembela India tanpa melaungkan "Ketuanan India", tidak mustahil PAS dilihat sebagai Pembela Melayu tanpa melaungkan "Ketuanan Melayu".


nota:
Catatan ini telah lama duduk sebagai draf (sebenarnya belum siap).

Kebetulan ia menjawap catatan YB Khalid Samad , sila masuk ke halaman utama jika tidak dapat dibaca

6 comments:

  1. "Orang Melayu mungkin ada yang agak sangsi untuk mengundi PAS kerana takutkan kehilangan "Ketuanan Melayu" "DEB dan sebagainya."

    =) This DEB "issue" only the Malays can solve themselves.
    At the same time, it's inaccurate to say pembela Melayu will menindas non-Melayu.
    The greatest animosity may be among one's race....
    Kelab Penyokong PAS is at least an alternative for ppl like me who dun really get with DAP's Chinese agenda to promo Chinese culture, language on equal status, etc and MCA's mostly biz agenda...

    PKR? Hmmmmm, some ppl like it 'cos it offers hope but it's too contaminated by UMNO to be a real alternative to me.....

    BalasPadam
  2. hasbullah pit,

    saya membaca komen saudara. teringat nak komen panjang, tapi saya fikir biarlah saya digest dulu apa yang saudara sebutkan. tulisan ini cukup baik dan provokatif.

    BalasPadam
  3. UMNO memang sinonim dengan bangsa Melayu kerana UMNO dianggap sebagai pembela bangsa Melayu sejak dari merdeka lagi. Pendapat yang mengatakan bangsa Melayu takut hilang itu dan ini adalah kurang tepat.. Sebenar kita sebagai bangsa Melayu bukannya takut tapi khuatir jika hak keistimewaan Melayu dimansuhkan, dikhuatiri bangsa lain akan mengambil kesempatan di atas hal ini. Bukan nak tuduh bangsa lain jahat atau sebagainya tapi sebagai langkah berhati-hati kerana Melayu kadang-kadang mudah lupa dan lalai dan ada yang sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa sendiri...

    BalasPadam
  4. I rasa untuk kepentingan negara kita, apa yang perlu kita buat ialah jangan ubah segala yang telah ditetapkan seperti ekuiti bumi. Biarlah segala benda kekal dalam keadaan sekarang. kalau kita tukar itu dan ini, nanti ia akan menjadi isu perkauman lagi.
    Bagi masyarakat melayu, melayu haruslah berusaha gigih supaya maju. Jangan bergantung kepada bantuan. kalau satu hari nanti masyarakat melayu dapat diri sama tinggi dengan orang lain, masalah ekuiti, DEB dan lain-lain lagi tidak akan menjadi isu sebab masyarakat melayu tidak lagi memerlukan bantuan-bantuan ini.

    BalasPadam
  5. itulah. kalau betul PR sudah pecahkan tembok perkauman, letak la orang cina, india bertanding di kawasan totok melayu. amacam?

    di semenyih yang dah dekat dengan KL pun, sebab salah letak calon, PKR kalah. orang PAS sudah nampak benda itu boleh berlaku, tetapi nak cakap lebih-lebih nanti dituduh macam-macam.

    orang politik ni kadang-kadang suka lebih2 kan auta sejak pru lepas.

    duduk area shah alam, cheras, ipoh, melayunya mungkin tak sama dgn sik, marang, gua musang dll.

    jadi kalau kerusi-kerusi UMNO masih perlu dilawan oleh PAS sahaja, maka PR perlu benarkan PAS bercakap bernada Melayu. jgn lah hentam PAS lebih-lebih bila PAS bernada Melayu.

    kalau PAS kalah, PR tetap tak boleh bentuk kerajaan.

    Pakdi
    http://www.pakdi.my

    BalasPadam
  6. PAS memang sewajarnya "above the others" dalam dunia politik Malaysia...

    P/S ... Sebol... lama tul gua nak jumpa lu... dulu ader pernah jumpa lu masa gathering MyLinux .... hehehe... apa jadi ngan MyLinux?

    lagi satu.... mana pegi haa... geng-geng ketupatlinux aaaa.... hehehe

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit