test

Sabtu, 8 November 2008

Caruman KWSP 2009, Cantas atau Tidak?

Banyak reaksi timbul terhadap pemotongan 3% caruman KWSP.

Secara umumnya saya agak bersetuju ianya dipotong, memandangkan golongan berpendapatan rendah lebih memerlukan duit hari ini berbanding ketika bersara nanti.

Bagi yang berpendapatan 1000, 3% adalah RM 30, dan sesuatu yang agak besar.
bagi yang berpendapatan 500, 3% adalah RM 15 sahaja, namum ia menentukan bulan ini cukup makan atau tidak.


Bagi golongan yang ada lebihan perbelanjaan, 3% itu mungkin terlalu sedikit.
contoh kalau gaji 5000, 3% itu hanya 150. Simpanan tambahan 3% selama setahun itu hanya celah gigi sahaja.

Jika memandang dari sudut pelaburan, sekiranya pencarum menggunakan 3% itu melabur secara sendiri, maka ada kemungkinan dia akan memperolehi keuntungan yang lebih, dan keuntungan itu tidak perlu tunggu sehingga 55 untuk digunakan.

Seperti yang dikatakan oleh Jason

With government cut down member contribution to 8%, you can have extra money to invest by next year, but final decision will be on you to cut or not to cut the contribution.
Kalau 3 % yang tidak dicarumkan itu, larut dalam perbelanjaan harian yang tidak diperlukan, jangan bicara soal pelaburan.

Bagaimana kalau seseorang itu mempunyai pinjaman rumah dan sering mengeluarkan KWSPnya?
Adalah lebih baik dia tidak mencarum 3% itu. Kalau gajinya 2000, dia mempunyai RM 60 tambahan untuk mebayar pinjaman rumah. Pada perkiraan saya, dia akan mempunyai lebih wang untuk membayar rumah walaupun carumannya dipotong 3%.

Andaikata gajinya 2000, 3% adalah RM 60. Carumannya ialah RM 200 (8%+12%). Tabung 2 nya iaitu 30% daripada jumlah caruman akan menjadi RM 120. 60+120 = tambahan wang untuk bayaran pinjaman rumah dalam sebulan.

Andaikata dia tidak membayar mencarum 11%, maka carumannya ialah RM 460. Tabung 2 nya akan menjadi 138.
138 vs 180.

Potongan 3% membolehkan pinjaman rumah boleh dibayar dengan lebih banyak.

Apa yang baik untuk yang banyak hutang kad kredit, 3% yang dicarum ke KWSP membuahkan beberapa ciput hasilnya, akan tetapi jika digunakan untuk membayar kad kredit, berapa banyak yang boleh diselamatkan.

Terdapat juga jenis manusia yang seboleh-bolehnya ingin mengurangkan wang dalam KWSP supaya menerima dividen yang sedikit. 3% kah, 5% kah, 12 % kah, ianya semua tidak dijamin menepati syariah kerana terang-terang wujudnya wang KWSP dilaburkan di sektor yang terang-terang tidak boleh.

Adalah lebih baik, dikeluarkan supaya dilaburkan ke tempat yang kurang meragukan. keuntungan sedikit atau lebih, KWSP tidak dipersalahkan.

Terdapat pihak yang mempersoalkan apa jadi kepada simpanan masa depan kalau caruman KWSP dikurangkan. Bagi saya, pengurangan 3% selama setahun tidak memberi impak kepada jumlah caruman ketika pengeluaran nanti.

Pengurangan caruman hanya kurangkan jumlah caruman ketika pengeluaran, tidak sampai 1 %.

Sekejap.
Saya kira.

Caruman 2009 merosot 13%       (20/23)

Pencarum bekerja 25 tahun pada gaji yang sama
(460 -13% *12 )+ 19(460*12)= 136,730.40

berbanding tidak potong
25*460*12= 138,000

perbezaan hanya 0.9 %

3 comments:

  1. saya setuju dengan pendapat anda.. bagi yang bergaji kecil,alahai..berpalah yang tinggal.. duit itu banyak tempat lain boleh dilaburkan dan beri pulangan yang lumayan.Tak perlu tunggu sampai 55.Banyak benda yang perlu diselesaikan sekarang dari selesaikan akan datang..

    BalasPadam
  2. Bhai..

    dalam keadaan sekarang nih... kalau la takder KWSP.. orang kita (Malaysia) biasanya tidak akan menyimpan... semuanya habis camtue jer... jadi lebih baik tiada pemotongan dilakukan... itu lebih baik...

    Bhai...

    biasala orang Malaysia... berapa ramai la yang menyimpan duit rebet subsidi minyak petrol sebanyak RM625 yang dapat hari tue... rasanya ramai yang tak tau kemana pergi duit sebanyak tue...

    Bhai..

    itulah masalahnya...

    BalasPadam
  3. aku nak tau.. ade yg aku blom paham.. caruman majikan masih kekal 12% kan? there is no way utk majikan kurangkan dari 12% tuh kan kalo kite pilih utk amik option ni?

    tp mcm cencurut kata, ada benarnye.. sebenarnye KWSP ni adalah utk mendisiplinkan org kite yg susah nak menyimpan.. zaman skang ni mmg byk nak pakai duit.. kdg2 tak sedar mana duit2 tu pegi..

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit