Seronok jadi pembangkang (diperingkat Persekutuan) apabila boleh menyalahkan Kerajaan BN di atas kenaikan harga barangan, walaupun realitinya Krisis Makanan SeDunia itu wujud dan kenaikan harga minyak sedunia itu wujud. Akan tetapi saya menyeru rakan seperjuanganku di Pakatan Rakyat harus mengakui bahawa krisis makanan sedunia dan kenaikan harga minyak sedunia adalah satu realiti. Kalau Parti komponen BN Sabah Sarawak keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat, pening juga kepala otak untuk menyelesaikannya. Kerajaan BN cuma bergantung dengan pegawai kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Bukan ianya datang dari buah fikiran Shahrir Samad . Kalau Pakatan Rakyat memerintah, kita akan gunakan pegawai kerajaan yang sama. Secara terbuka, Shahrir Samad mengatakan dia memerlukan penyelesaian. Di mana penyelesaian Pakatan Rakyat? Adakah kita hanya tahu menyalahkan mereka? Mungkin Ya. Mungkin tidak, Mungkin di fikiran pembaca mempunyai idea yang tidak dapat dibaca oleh fikiran saya, mahupun f...
Ayhd Yang Hendak Dibaca