test

Sabtu, 19 April 2008

Minggu Saham Amanah di Negeri Melaka

Menurut Melaka Hari ini, Minggu Saham Amanah diadakan di negeri Melaka, hanya sehari sebelum ianya diadakan. Maka tidak sempatlah Nadlique untuk pulang ke Malaysia untuk menghadirinya.

Begitulah nasib Negeri Melaka yang mempunyai Media Kerajaan Negeri yang tidak bermaya.


Akan tetapi, pada berita yang sama, Ali Rustam telah mengeluarkan kenyataan yang pelik:-
Katanya, keyakinan ini bukan sahaja wujud di kalangan kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain.

"Manifestasi keyakinan ini dapat dilihat apabila unit Amanah Saham Malaysia sebanyak 500 juta yang diperuntukkan kepada bukan-Bumiputera telah habis terjual dalam masa 39 minit saja. Ini adalah satu kejayaan yang wajar dibanggakan," tambah beliau.

Apa yang hendak dibanggakan sangat?
Sejak bila Unit Amanah itu dikhususkan untuk bukan bumiputera? bukanlah ia boleh dibeli oleh semua orang.

Memang lumrah alam bagi kaum bukan melayu menyerbu Unit amanah terbitan baru.
Pelabur Melayu pun ada yang menyerbu unit amanah terbitan baru. Public Islamic Sector Fund (PISSF), dijual habis dalam tempoh 2 hari. Pisang goreng panas.

Akan tetapi, tahap pengetahuan orang Melayu tentang unit amanah memang membimbangkan. Dengan adanya ASB, ASD, mereka kurang faham konsep pelaburan yang sebenar, risiko yang ada, turun naik harganya. dan lain-lain. Apabila ASD habis, mereka terpinga-pinga.


Sepatutnya sebagai Naib Presiden UMNO sepatutnya risau kenapa golongan pelabur terlalu sedikit dikalangan orang Melayu. Buat kajian samada adakah mereka hujung bulan cukup duit, Kalau hujung bulan tiada duit, lupakan saja membeli pisang goreng panas Unit amanah terbitan baru oleh Syarikat Unit amanah tempatan.

Mungkin ramai yang tiada pengetahuan, jadi bagi saya mari kita ramai-ramai ke MITC. kepada yang jauh dari Melaka, kunjungi blog Nadlique, baca sepuas-puasnya.

Apa puncanya orang melayu begitu jahil dengan unit amanah?
Salah satu punca yang saya tahu ialah kerana ejen unit amanah sibuk berblog dan berpolitik.





0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit