Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Takrifan "Meningkatkan Ekonomi" orang politik biasa

Takrifan Meningkatkan ekonomi sering digunakan untuk menambahkan kewangan bagi ranting/cabang/cawangan/kawasan/bahagian parti. Wang yang diperolehi adalah sebagai sumber dana untuk menggiatkan aktiviti politik. Walhal, "ekonomi" adalah sesuatu yang besar dalam politik, ianya melibatkan dasar, Akan tetapi senario yang selalu berlaku ialah sebaliknya, ia hanya sebagai sumber dana. Tidak mempertikaikan samada anti kapitaliskah atau pro sosialis kah atau keynessiankah. Jadi, lembablah politik Malaysia apabila "Meningkatkan Ekonomi" ditakrifkan sebegitu sempit. Bagaimana kita nak selesaikan masalah ekonomi negara dengan menjual Kalendar dan Kemeja-T ? "Memperkasakan ekonomi" memberi maksud mempunyai dana yang banyak, tetapi bukannya betapa merdekanya ekonomi daripada kebergantungan asing. Apabila pelabur lari, maka tak kiralah apa cap parti sekali pun kebanyakkannya sibuk mencari pelabur. Pelabur mempunyai ketidakadilan ekonomi dimana kertasnya lebih mahal d...

Kementerian Pertanian dan Industri asas tani lebih banyak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat berbanding kemeriterian kewangan

Samada anda sedari atau tidak, Bagi saya, Kementerian Pertanian dan Industri asas tani lebih banyak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat berbanding kemeriterian kewangan yang sebut berbilion-bilion. Tatkala berlaku krisis ekonomi, rakyat tidak peduli berapa kenaikan atau penurunan KDNK. Tetapi yang penting ialah rakyat mempunyai pendapatan. Maka saya mengucapkan terimakasih kepada Kementerian itu, kerana mewujudkan Banyak Pasar Tani & Pasar Tani Mega. Terima kasih kepada Malaysian Entrepreneurship And Ideas Association Persatuan Idea dan Usahaniaga Malaysia [PPP SEL0272/09(2)] kerana mewujudkan meais Terima kasih kepada penganjur Car Boot Sale » Hannah Yeoh Kesemua di atas menghampiri konsep souq yang diimpikan . Tidak perlu bilion untuk menyediakan pendapatan kepada rakyat. Tak perlu sangat nak mengekalkan bekas pekerja kilang sebagai pekerja.

Saki Baki Cerita Kerajaan Perpaduan

Secara jujurnya, saya mendapati penerangan Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Pemuda PAS Melaka amat ringkas dah mudah difahami. Jauh berbeza dengan pemahaman maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan. Penerangannya ringkas, "Semua parti membentuk kerajaan " "Bila Pilihanraya semua parti lawan ikut lambang masing-masing" "Lepas pilihanraya, semua parti masuk balik dalam kerajaan." Namun  maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan pula yang popular dan mengakibatkan porak peranda.

Amalan Kerusi Tradisi Perlu Dihapuskan bagi Mengelakkan Ketidakadilan Politik

Amalan Kerusi Tradisi Perlu Dihapuskan bagi Mengelakkan Ketidakadilan Politik Ini Kerusi Tradisi UMNO Ini kerusi tradisi Gerakan Ini kerusi tradisi PAS Ini Kerusi PKR Ini kerusi Tradisi MCA Keadaan sebegini akan menyebabkan wujudnya kelompok yang tidak dapat menggundi partinya sendiri walaupun sudah berkali-kali pilihanraya. Undi pada parti "kawan"  tidak dapat menterjemahkan  sokongannya kepada partinya sendiri.

Kerajaan Perpaduan Berakhir, Kenapa Nasha Nak Periksa Gigi Nik Aziz?

Agak mushkil juga melihat gambar ini yang seakan-akan Nasharudin Mat Isa ingin memeriksa gigi TGNA Atau mungkin Nasha ingin mendapatkan petua gigi yang cantik? Adakah Nasha akan periksa gigi Prof Hamirdin juga?

Allah Kurniakan Minyak Untuk Umat Islam

Allah Kurniakan Minyak Untuk Umat Islam Tapi Umat Islam Bercakaran Hanya Kerana Sempadan Negara Yang ditentukan Penjajah Di Ambalat Allah Kurniakan Minyak Untuk Umat Islam Tapi Umat Islam Bercakaran Hanya Kerana Sempadan Negara Yang ditentukan Penjajah Di Patani dan Kelantan

Kali Ini Benar-Benar Speaker ditahan

Merujuk kepada berita di Malaysiakini , Speaker ditangkap selepas Polis menghalang jamuan DAP, petikan berita ... Polis menutup kawasan majlis makan malam untuk mengumpul dana anjuran DAP bagi kira-kira 3,000 orang di Klang dan turut merampas peralatan pembesar suara . .. Blog itu juga menyatakan bahawa pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis gambar hiasan: (untuk memberi gambaran, bagaimana agaknya kalau speaker ditahan)

Polis British Tangkap Khairul Faizi, Tengkorak reput Henry Gurney bergembira?

Diberitakan bahawa Khairul Faizi telah ditangkap ketika mengedar risalah anti PPSMI . Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas Khairul Faizi membalas ulasan saya di blog beliau . Polis yang menangkap Faizi bolehlah digelarkan sebagai Polis British, kerana menjaga kepentingan British, supaya Bahasa Inggeris tetap penjadi pujaan di British Malaya. Di Buletin Utama pula diceritakan cerita indah tentang Henry Gurney, Pesuruh Jaya British. Pembunuhannya oleh Komunis dikatakan " kerana inilah orang tanah melayu bangun menentang komunis ". Tengkorak reput Henry Gurney di perkuburan Cheras pasti bergembira, masih ada pihak yang memujinya. Masih ada polis ternakannya yang jaga kepentingan British, menangkap Khairul Faizi. Nasib baik Henry Gurney mati di sini, kalau dia mati di Palestin semasa serahkan tanah umat Islam kepada Israel, pasti dia akan dikeji. Kuburnya di Malaya ditulis In proud and loving memory of Henry Lovell Goldsworthy Gurney K.C.M.G. High Commiss...

Sosialis Berkembang di kalangan wanita Tempatan?

Walaupun kerajaan semasa sibuk menghentam komunis, sehinga kemeja-T yang dikaitkan dengan Mao Tze Tung dirampas. Mungkinkah fahaman sosialis pula meresap di kalangan wanita tempatan. Dialog sebegini sering diperbualkan oleh golongan muda. "Minah tu sosial la" "Minah tu kaki sosial" "dia tu sosial sangat"

Kerajaan Perpaduan: Jenis "Front" tak boleh serasi dengan Jenis "Coalition"

Saya memang sudah tulis tentang "Kerajaan Perpaduan", pada takrifan yang hampir sama dengan TGHH. Lebih kurang sama dengan Tok Pa cakap. Sebelum ini banyak cerita "Kerajaan Perpaduan" di tempat lain, tapi kebanyakannya mengaitkan hanya UMNO-PAS. Saya tidak tahu sangat samada cerita gomoi sebelum merisik itu benar atau tidak. Anggaplah ia berstatus 'teori konspirasi' dulu. Pada penulisan saya yang awal tentang Kerajaan Perpaduan ialah pada topik Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN Maka saya petikkan semula, kerana ia sudah terlalu lama (3 bulan yang lalu) Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN Itulah yang sering dianggap oleh ramai orang, apabila sebut "Kerajaan Perpaduan" maka ada yang kata "gabung" atau "Masuk BN". Bagi saya ia tidak semestinya. Kalau masuk BN ertinya disembelih. Jadi kalau nak bentuk kerajaan perpaduan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pecahkan BN, dar...

Kerajaan Perpaduan: Saya pun Benak Seperti Penarik beca

Sudah 2 kali Bang Bakaq mengaku benak, kerana tidak faham-faham maksud Kerajaan Perpaduan. Benak bab Kerajaan Perpaduan Kerajaan perpaduan: Memang bakaq benak hati, tak reti-reti Bang Bakaq "benak" keraja terlalu mengkaitkan ianya dengan hubungan sulit dengan UMNO Saya pun benak. (sebut macam ayat 'saya pun Melayu") Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan oleh TGHH, maka saya terlalu jauh lari daripada maksud asal. Saya benak kerana mengganggap Kerajaan perpaduan tiada kena mengena dengan UMN O. Saya benak kerana mengganggap ianya satu Penolakan terhadap Sistem Demokrasi Penjajah . Saya benak kerana mengganggap ianya sebagai satu reformasi sistem demokrasi 'menang kaut semua' kepada sistem yang menjamin peratusan kerusi mengikut peratusan undi popular . Saya benak kerana mengganggap ianya satu kaedah supaya tiada lagi "kerusi yang di beri" Saya benak kerana menggangap Kerajaan Perpaduan tidak semestinya mas...

Pembinaan Jambatan Ke Dumai perlu didahulukan sebelum membuat Jambatan ke 3 ke Singapura dan Jambatan ke dua Pulau Pinang

Pembinaan Jambatan Ke Dumai perlu didahulukan sebelum membuat Jambatan ke 3 ke Singapura dan Jambatan ke dua Pulau Pinang Apa maksudnya? Jambatan ke 3 ke Singapura adalah hanya menambah laluan kepada laluan yang telah lama bersambung, Manakala Jambatan ke 2 Pulau pinang juga hanya menambah laluan kepada lauan yang telah lama bersambung. Wujud juga kaedah berferi untuk ke Pulau Pinang. Kita lihat kes Jambatan ke 3 untuk ke Singapura, Suatu ketika dahulu ianya kononnya diperkatakan sebagai menggantikan tambak johor, hakikatnya ialah Singapura mempunyai niat untuk membesarkan Tambak johor. Apa ertinya semua ini? Pembinaan jambatan ke 3 ke Singapura tidak menjamin tambak johor diganti dengan jambatan, dan yang paling penting tiada jaminan kapal boleh lalu di Selat Tebrau. Ianya satu bentuk laluan juga. Lainlah kalau jambatan bengkok dibuat, maka bertambahlah satu jenis laluan tambahan iaitu laluan kapal di Selat Tebrau. Saya sebenarnya mushkil siapa yang mahukan Jambatan ke 3 ini? Adaka...

Pengawal Peribadi Hamzah yang baru

Kini Hamzah ada pengawal peribadi yang baru.

Variasi Idea Kerajaan Perpaduan

Idea Kerajaan Perpaduan yang telah dilontarkan oleh TGHH adalah begitu umum dan menyebabkan banyak pertumbuhan idea Kerajaan Perpaduan versi masing-masing. Saya sendiri mahu melihat bahawa BN itu perlu dibubarkan dahulu, dan sistem demokrasi 'menang kaut'semua ' perlu ditukar dahulu . Namun wujud juga idea Kerajaan Perpaduan versi lain. Antara yang menarik ialah Suhaizan, yang mencadangkan Kerajaan perpaduan Tanpa UMNO. SOKONG KERAJAAN PERPADUAN JIKA ……… Ada juga cadangan lain supaya langkah awal untuk membentuk kerajaan perpaduan ialah dengan bersua dengan SAPP, Kerajaan Perpaduan : SAPP lebih utama! » Kedah Sejahtera : Nikmat Untuk Aku Ada juga satu cadangan yang lebih terperinci tentang Kerajaan Perpaduan oleh, Nash: Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat ) Variasi idea kerajaan perpaduan mungkin tidak timbul apabila ianya ditolak secara bulat, dan sering dianggap sebagai rundingan PAS-UMNO sahaja. Oleh itu, cambahkanlah lagi idea-idea Kera...

Kerajaan Perpaduan: Ulama, Profesional,Dinamik, Konservatif,Progresif dll

Jika anda baca buku "ULAMA , Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan" tulisan Rudhian Mohamad Nor dan Mohd Fadli Ghani, anda akn melihat begitu banyaknya tindakan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu. Terdapat juga penentangan terhadap penjajah, menggunakan faedah yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan oleh orang biasa, ketika itu. Ketika Zaman Jepun Ulama dari Sumatera dan Tanah Melayu telah bersidang. Sebelum itu, Ulama memimpin penentangan terhadap penjajahan Siam di Patani, utara Tanah Melayu. * perlu diingatkan Patani adalah Bahagian utara Tanah Melayu, juga sebahagian tanah Melayu yang masih belum merdeka. Di Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong sebagai Sarekat Islam telah menentang British, di Kelantan ada Tok Janggut. 1947, wujudnya Persidangan Ekonomi-Agama Se Malaya yang seterusnya melahirkan MATA. Akan tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini adalah kelihatan seperti Ulama tidak memimpin ke satu arah yang agak radikal. Kegiatan adalah terarah ...

Cadangan Untuk Memastikan Keamanan di Selatan Thai

Nampaknya kerajaan Thai telah gagal menjaga keselamatan orang Islam di Patani, oleh itu saya mencadangkan perkara berikut untuk tujuan kedamaian di Selatan Thai. 1. Tentera Malaysia pula berkawal di kawasan itu selama 150 tahun. 2. Tentera dan Polis Thai tidak boleh memasuki wilayah itu selama 150 tahun. 3. Kerajaan Thai perlu membayar ufti sebanyak 50 aun emas setahun kepada Kerajaan Malaysia sebagai upah kepada Tentera Malaysia. 4. Sains dan Matematik  diajar dalam Bahasa Siam, selaras dengan dasar kerajaan Malaysia menggunakan bahasa penjajah dalam 2 matapelajaran itu. 5. Perdana Menteri Thailand akan dilayan dengan penuh kemasyuran sekiranya datang melawat 3 wilayah itu.

Serangan Politik mesti tepat , tidak semestinya keras.

Daripada Pengamatan saya melihat tindak tanduk politik saudara Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor, saya melihatkan bahawa kaedah serangan yang digunakan adalah mesti tepat dan tidak semestinya dalam bentuk yang keras. Ulang suara Serangan Politik harus tepat, mengena sasaran, tidak semestinya keras, lembut pun boleh.

UMNO Pelik, Kini Menyanjung Suruhanjaya Reid

Orang UMNO zaman sekarang agak pelik. Mereka berbangga dengan Dokumen Suruhanjaya Reid yang terang-terang melacurkan tanah air dengan memberi kerakyatan murahan. Maka disebarkan kebanggaaan itu dengan menyediakan satu catatan blog khas untuk memaparkan Dokumen hina itu. Reid Commission - The Original Document! Ingat! Hanya UMNO yang beri kerakyatan murahan, bukan keseluruhan melayu. Kongres Melayu II pada mac 1957, telah menolak dokumen ini, tetapi mencadangkan bahawa kerakyatan diberikan secara lebih tertib, bukannya secara "Pemberian" demi menarik undi dan menjada hati British, dan MCA yang dikuasai Kuo Min Tang. Maka kebanggan itu, di canang-canangkan oleh Parpu Kari dengan meninggalkan komen di blog-blog . Adakah Parpu Kari berani menyiarkan memorandum yang membantah suruhanjaya Reid? Bantahan terhadap Suruhanjaya Reid, juga diceritakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang pada Muktamar baru-baru ini.  Tapi apa UMNO peduli. Memorandum ditolak mentah-menta...

Kalau BN Setuju Kerajaan Perpaduan....

 Kalau BN sudah setuju dengan Kerajaan Perpaduan, sila tandatangani surat seperti di bawah: Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Najib bin Razak, Presiden UMNO, iaitu PM di Malaysia mengaku dalam surat ini bahawa sesungguhnya maka adalah dengan suka-suka hati kita telah menyerahkan negeri Malaysia ini serta dengan perintah-perintahnya sekali kepada Pakatan Rakyat , adanya. Syahadan lagi adalah pula perjanjian Pakatan Rakyat kepada Najib: Maka jikalau kiranya Najib hendak berpindah dari negeri Malaysia ini ke negeri lain melainkan PR memberi hadiah tiga puluh tiga ribu ringgit dan kepada Muhyidin dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit. Dan lagi, adalah perjanjian PR memberi belanja kepada kita pada sebulan seribu tiga ratus ringgit. Najib  Surat di tiru dari .. Sultan Husin Syah Menyerahkan Singapura Kepada Tuan Crawfurd Dengan Suka-Suka

Satu Sekolah Untuk Semua atau Bahasa Ibunda Peringkat Awal?

Kepada mana-mana Penyokong PAS yang terpengaruh dengan Agenda Satu Sekolah Untuk Semua, sila kaji balik ucapan Dasar Presiden. Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing- masing . Saya tidak pernah penyokong Satu Sekolah untuk Semua secara bulat, kerana ia bercanggah dengan apa yang perjuang Anti-PPSMI perjuangkan. Pejuang anti-PPSMI mahukan bahasa ibunda bagi peringkat awal pendidikan. Manakala Bahasa Melayu tetap dijadikan bahasa perpaduan dan bahasa ilmu peringkat tinggi. Oleh itu saya menolak "Satu Sekolah Untuk Semua" tetapi mahu ianya digantikan dengan "Satu Sekolah Untuk Semua bermula um...

Kenyataan Media: Fitnah Berkenaan Keruntuhan Stadium Sultan Mizan

Berikut adalah kenyataan media daripada pihak yang mengaku bertanggung jawap tentang keruntuhan stadium Sultan Mizan ----- mula ---- KENYATAN MEDIA: FITNAH BERKENAAN KERUNTUHAN STADIUM SULTAN MIZAN Pihak kami membantah dengan keras wujudnya pihak yang manabur fitnah, kononnya sekutu Ultraman yang meruntuhkan Stadium Sultan Mizan. Fitnah itu dibuat bertujuan untuk merendahkan keupayaan kami yang merancang untuk membuat serang balas. Pihak kami mengaku bertanggung jawap meruntuhkan Stadium Sultan Mizan, dan bukannya ultraman seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Pihak kami telah menghantar StarStream, untuk meruntuhkan Stadium itu, sebagai bantahan kebisingan yang dilakukan oleh Jet Sukhoi. Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai anggota yang mampu bertukar kepada Sukhoi SU 30 MKM. Selain itu, pihak kami juga membantah cubaan pihak tertentu yang cuba menyamar sebagai Star Scream untuk berjumpa dengan saya di dasar lautan Atlantik. Saya dapat mengesannya kerana di ...

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah , (laki Puan Ainon ) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor. Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya … Orang Johor , sila baca secara menyorok-nyorok. Antara yang menyedihkan... Perkara III Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol , bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepany...

Kos Peniaga Kecil Mesti dikurangkan

Saya sokong sebarang langkah mengurangkan kos bagi peniaga kecil. Sebagai contoh: PEMANSUHAN YURAN PENDAFTARAN RM50 PENIAGA PASAR MALAM MPAJ Saya belum sempat untuk mengkaji berapa banyakkan peniaga kecil, samada menyewa gerai, ataupun di kawasan lapang seperti pasar tani atau pasar malam. Apa yang saya mahu ialah kosnya mesti minimum. Kalau tidak selama-lamanya peniaga kecil akan jadi peniaga kecil. RM 1 pun jadi isu, RM 3 pun jadi isu. Tatkala berlakunya krisis ekonomi sekarang ini, berniaga adalah salah satu pilihan mencari pendapatan selain daripada terus menjadi pekerja. Akan tetapi situasi di Pantai barat, tidak begitu mesra peniaga kecil berbanding dengan pantai timur atau Sabah. Saya pernah ke Sabah 1 hari, untuk mengkaji sektor peruncitannya. Di dapati di sana lebih ringkas. Di sebelah pantai Barat, jarang ditemui tempat yang di khususkan untuk "bentang dan berniaga". Pasar Tani dan Pasar Malam biasanya menggunakan jalan raya sedia ada, Jalan ...

Apa dah Jadi dengan Harga Emas di Malaysia?

Saya rasa pelik. Public Dinar & Dinar Emas Kelantan, 'spread'nya meningkat berbanding dulu cukup rendah. Harga pula berbeza. Sekarang ini: 1 Public Dinar Jual RM 485, Beli RM 456 (spread = 6.3 %) menjadikan harga 'beli' RM 107 per gram Harga 'jual' menjadi 114 1 Dinar Kelantan, Jual RM 484 Beli RM 431 (spread = 12% ? ) menjadikan harga 'beli' RM 101 per gram Harga 'jual menjadi RM 114' Yang agak pelik lagi ialah Harga Emas persatuan kedai emas adalah RM 122 per gram, untuk 916. dan RM 130 untuk 999. Tetapi semalam isteri saya melaporkan dari kelantan, harga emas 916 hanya RM107 per gram. Harga di Maybank beli= RM 106.53, Jual=RM 114.96 (spread mcam dulu 8%)

UMNO Menabur Budi Kerakyatan, bukannya "Melayu"

Peratus pengundi Melayu merosot daripada 84.2 % (1955) kepada 56.8% (1959), akibat daripada ketaatan UMNO kepada Suruhanjaya Reid British. Bukan untuk menafikan hak bukan melayu untuk mendapatkan kerakyatan. Akan tetapi mengapakan ianya dilakukan atas sebab British? Bukankah boleh dilakukan secara beransur-ansur, teratur? dan bukannya secara "BERBUDI". Pada Kongres Melayu ke 2, mac 1957, telah memutuskan supaya memberi cadangan kaedah pemberian kerakyatan yang lebih teratur. Dihantar sebagai memorandum. Namun ditolak oleh Tunku.