test

Rabu, 10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Ulama, Profesional,Dinamik, Konservatif,Progresif dll

Jika anda baca buku "ULAMA , Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan" tulisan Rudhian Mohamad Nor dan Mohd Fadli Ghani, anda akn melihat begitu banyaknya tindakan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Terdapat juga penentangan terhadap penjajah, menggunakan faedah yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan oleh orang biasa, ketika itu.

Ketika Zaman Jepun Ulama dari Sumatera dan Tanah Melayu telah bersidang.

Sebelum itu, Ulama memimpin penentangan terhadap penjajahan Siam di Patani, utara Tanah Melayu.

* perlu diingatkan Patani adalah Bahagian utara Tanah Melayu, juga sebahagian tanah Melayu yang masih belum merdeka.

Di Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong sebagai Sarekat Islam telah menentang British, di Kelantan ada Tok Janggut.

1947, wujudnya Persidangan Ekonomi-Agama Se Malaya yang seterusnya melahirkan MATA.

Akan tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini adalah kelihatan seperti Ulama tidak memimpin ke satu arah yang agak radikal.

Kegiatan adalah terarah kepada "mencari sokongan", "mencari sokongan", "mencari sokongan".

Ahli PAS seolah-olah tertunggu-tunggu arahan atasan, dan ruang vakum ini diisi oleh golongan aktivis supaya bergerak lebih laju untuk "mencari sokongan".

Ada pihak yang menggunakan label erdogan, profesional untuk menggambarkan golongan bukan ulama yang bergerak dengan pantas.

Pada persoalan "Ulama vs Profesional" bagi saya bukan status ulama atau profesional yang dipersoalkan, padahal semua orang PAS mahukan kepimpinan ulama jika ulama itu bersifat revolusyenis, progresif.

Tatkala berlakunya demam kepimpinan ulama tahun 80an dahulu, memang 'ulama' adalah sesuatu yang bersifat revolusi, pengaruh daripada revolusi ulama di Iran.

Akan tetapi ulama kini tidak serevolusyenis seperti dahulu. Tidak seperti zaman sebelum merdeka.
Gerak kerja pula terhad pada sistem demokrasi pilihanraya acuan penjajah, di negara yang sempadannya juga ditentukan penjajah. (perjanjian Inggeris Belanda 1924, Per. Inggeris Siam 1909, Suruhanjaya cobold 1963)

Tatkala kris ekonomi dunia meruncing, tidak pula kedengaran persidangan ulama khusus untuk mengatasi masalah ekonomi, pengeluarkan penyelesaian-penyelesaian supaya dipanjangkan ke golongan bawahan.

Perkara sebegitu pernah berlaku pada 1947, sehingga tertubuhnya PEPERMAS.

Tahun 2009, berlakunya idea Kerajaan Perpaduan.
Bagi saya ianya sesuatu yang bersifat revolusi, akan tetapi sukar pula diterima oleh orang bawahan.
Ianya disempitkan dengan pemikiran bahawa ianya seolah-olah "masuk BN" atau "bergabung dengan UMNO".

Walaupun ianya dilontarkan dengan ringkas, tiada kaedah yang spesifik, ianya adalah revolusi besar terhadap demokrasi di Malaysia ini.

Gerakan PAS sebelum ini terlalu menjurus ke arah Pakatan Rakyat, cuba menukar kerajaan dengan pilihanraya.

Kewujudan Pakatan Rakyat juga sesuatu yang boleh dipersoalkan.
Terlalu banyak parti yang duduk di dalam BN, sehinggakan PAS tiada pilihan lain di luar BN untuk bersepakat.

Adakah parti-parti komponen BN yang bukan UMNO di Sabah Sarawak semuanya macam UMNO juga?
Kebanyakkannya selesa di bawah BN.

Di Indonesia , PKS boleh berbincang dengan banyak parti politik, akan tetapi di Malaysia PAS hanya boleh berkawan dengan DAP dan PKR sahaja. PSM sekali.

Kalau Gerakan atau PPP atau PBB diluar BN, adalah lebih mudah untuk bersepakat dengan PAS.

Idea Kerajaan Perpaduan adalah ringkas dan umum, ianya lebih kurang persetujuan Korea Selatan dengan Utara tentang kemungkinan bergabung pada masa akan datang.

Suasana politik Malaysia sekarang memang teruk.

Apabila kuatnya Pakatan rakyat, wujud pula pihak yang terpengaruh dengan media Amerika supaya ada sistem ala Sistem 2 parti.

Sistem 2 parti adalah bukannya terbaik.
Pihak Kapitalis yang mahukan kontrak, hanya perlu tabur duit kiri kanan.
Parti Hijau pula tidak mendapat sebarang undi elektoral, walaupun dapat jutaan undi popular.

Maka salah satu keperluan sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan, ialah memastikan bagaimana peratusan undi popular diterjemahkan sebagai peratusan kerusi dan seterusnya diterjemahkan sebagai peratusan kuasa.

Bagaimana pula sistem demokrasi baru itu memastikan bahawa kerusi adalah satu "pemberian" yang menafikan hak sebenar rakyat?

Tidakkah lebih molek kalau sistem demokrasi itu sendiri menentukan siapa yang patut duduki kerusi itu sendiri?

Kaedah Perwakilan Berkadar mungkin lebih sesuai daripada sistem menang kaut semua yang kita gunakan sekarang.

Akan tetapi pemikiran hampir semua orang adalah seolah-olah sistem itu tidak boleh diubah.

Baru-baru ini saya pernah lontarkan, kenapa mesti setelah mendpat lebih 50% kerusi baru boleh bentuk kerajaan?
Mengapa tidak 60% atau 70% ?
Adakah ianya mesti tetap lebih drpd 50% tidak boleh diubah oleh mana-mana oraganisasi di Malaysia ini?
Perlukah kita taat pada sistem Parlimen Inggeris?

Sekiranya sistem perwakilan berkadar digunakan, ahli Parlimen BN hanya 51% di dalam parlimen.

Sekiranya perlembagaan mewajibkan supaya kerajaan hanya boleh dibentuk setelah mendapat 60% kerusi, maka BN tidak boleh membentuk kerajaan.

Maka Kerajaan perpaduan TERPAKSA dibentuk.

Maka lahirlah kerajaan perpaduan yang dibentuk bukan kerana ihsan daripada Pihak yang berkuasa penuh.

Situasi di Jerman agak berbeza, dimana setelah pilihanraya, tiada satu pun parti yang melepasi tahap 50% kerusi, maka Kerajaan Perpaduan antara 2 parti besar terpaksa dibentuk.

Situasi BN hari ini tidak membolehkan Kerajaan Perpaduan dibentuk. Jadi hari ini kita cerita-cerita sahajalah.

Untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional itu perlu dibubarkan supaya ianya hanya sebagai satu pakatan dan bukannya parti berdaftar atau jenis "Front".

Maka selepas itu parti-parti yang di dalamnya bebas membentuk kesepakatan dengan mana-mana parti yang mereka suka.
Gerakan-PAS?
PPP-PKR?
UMNO-DAP?
PAS-PBB-PKR-PBS?
PSM-PPP?


Sebelum ini pun di dalam BN wujudnya perebutan kerusi antara parti komponen. Jadi biarkan Demokrasi sistem Perwakilan berkadar tentukan siapa yang menang.

Satu pengundi hanya boleh pilih satu parti sahaja, dan daripada situ penentuan peratusan kerusi ditentukan.


Jika idea kerajaan Perpaduan ini begitu bersifat revolusi, tidakkan "profesional" kelihatan sedikit konservatif?

6 comments:

  1. salam kenal .. :)

    lawat2lah blog saya..

    BalasPadam
  2. good work sebol. insyaAllah akan diulas di blog gb nanti.

    BalasPadam
  3. Bro. Bol,

    Aku tak pernah dengaq nama "Profesional Konservatif", puak Konservatif, ulamak Konservatif ada le..

    Istilah baru ni..kena panggil DBP mai tengok blog ni untuk mempelbagaikan istilah...

    BalasPadam
  4. Kalau Profesional nak guna idea lama. nak buat macam mana.

    Idea membentuk pakatan untuk jatuhkan BN sudah ada sejak zaman Angkatan Perpaduan Ummah lagi.

    BalasPadam
  5. bro sebol,

    ulasan yg bagus.harap TGHH terbaca blog bro n bagi penjelasan seperti camni.

    Masalah UG ialah lontaran idea yg tidak kemas n tak kene masa.TGHH tak mungkin tak memikir semasak2nya.Menagapa dilontarkan juga?

    Tu persoalanan wa sampai hari ni..

    BalasPadam
  6. Salam Sahabatku Sebol,

    Teman baca pandangan sahabat dua tiga kali sebab teman nih genetik Melayu yang bengap.

    Pandangan sahabat tentang UG lebih kemas dari idea TGHH.

    Sesungguhnya sahabat seorang pemikir yang baik.

    Takbik tiga kali buat sahabat. Kalau sahabat datang ke KL wajib kita jumpa ,minum kopi.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit