Pembinaan Jambatan Ke Dumai perlu didahulukan sebelum membuat Jambatan ke 3 ke Singapura dan Jambatan ke dua Pulau Pinang
Apa maksudnya?
Jambatan ke 3 ke Singapura adalah hanya menambah laluan kepada laluan yang telah lama bersambung,
Manakala Jambatan ke 2 Pulau pinang juga hanya menambah laluan kepada lauan yang telah lama bersambung. Wujud juga kaedah berferi untuk ke Pulau Pinang.
Kita lihat kes Jambatan ke 3 untuk ke Singapura, Suatu ketika dahulu ianya kononnya diperkatakan sebagai menggantikan tambak johor, hakikatnya ialah Singapura mempunyai niat untuk membesarkan Tambak johor.
Apa ertinya semua ini?
Pembinaan jambatan ke 3 ke Singapura tidak menjamin tambak johor diganti dengan jambatan, dan yang paling penting tiada jaminan kapal boleh lalu di Selat Tebrau. Ianya satu bentuk laluan juga.
Lainlah kalau jambatan bengkok dibuat, maka bertambahlah satu jenis laluan tambahan iaitu laluan kapal di Selat Tebrau.
Saya sebenarnya mushkil siapa yang mahukan Jambatan ke 3 ini?
Adakah Malaysia atau Singapura?
Malaysia mahu Jambatan untuk me'maju' sebelah timur Johor? Tidak ada cara lainkah untuk maju?
Akan tetapi disebabkan Malaysia yang kelihatan seperti berkehendakan Jambatan ke 3, maka Singapura sudah pandai letak syarat mahukan pasir pula. Pasir adalah barangan larangan untuk dieksport ke Singapura oleh Malaysia dan Indonesia.
Membolehkan laluan daripada tidak boleh lalu kepada boleh lalu memberikan impak besar.
Kapal perlu boleh lalu di Selat Tebrau,
Maka, perbezaan antara kenderaan tidak boleh laku ke Dumai dengan boleh lalu juga ketara bezanya.
Jambatan Melaka Dumai boleh diibaratkan seperti Jambatan Oresund dari Sweden ke Denmark. Menggubungkan 2 negara, berlainan bahasa dan budaya.
Sekiranya Jambatan Melaka Dumai dibuat impak besar kepada Malaysia dan Indonesia ialah berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa kedua-dua menolak kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824, yang memisahkan kebudayaan yang sama kepada dua.
Anehnya, Malaysia dan Indonesia saling berebut kebudayaan.
Lagu ini asalnya dari Malaysia,
Eh bukan, dari Indonesia.
Walhal ianya berasal dari kebudayaan yang sama.
Sabtu, 13 Jun 2009
Home »
» Pembinaan Jambatan Ke Dumai perlu didahulukan sebelum membuat Jambatan ke 3 ke Singapura dan Jambatan ke dua Pulau Pinang
Salam~
BalasPadamSaya setuju dengan cadangan pembinaan jambatan Semenanjung Malaysia dan Sumatera, Indonesia. Bayangkan betapa besarnya keluasan geografi Sumatera dan betapa besarnya potensinya dari segi ekonomi. Belum lagi ditinjau dari segi sejarah dan perlancungan. Apapun, Malaysia dan Indonesia punya banyak kesamaan jauh lebih besar dari kesamaan kedua-dua mereka dengan Singapura.
setuju pak kalau di bikin jambatan ka indonesia...
BalasPadamnanti kami ramai2 tidak perlu naiki sampan
wah! rasanya amat bersetuju dengan cadangan itu...
BalasPadamLagipun mudah untuk pekerja2 asing utk pulang ke kampung halaman mereka.
Tapi, agaknya lagi mudah PATI pulang kot!? huhuhu
hehhhee