test

Khamis, 18 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Jenis "Front" tak boleh serasi dengan Jenis "Coalition"

Saya memang sudah tulis tentang "Kerajaan Perpaduan", pada takrifan yang hampir sama dengan TGHH. Lebih kurang sama dengan Tok Pa cakap.

Sebelum ini banyak cerita "Kerajaan Perpaduan" di tempat lain, tapi kebanyakannya mengaitkan hanya UMNO-PAS.

Saya tidak tahu sangat samada cerita gomoi sebelum merisik itu benar atau tidak.
Anggaplah ia berstatus 'teori konspirasi' dulu.

Pada penulisan saya yang awal tentang Kerajaan Perpaduan ialah pada topik



Maka saya petikkan semula, kerana ia sudah terlalu lama (3 bulan yang lalu)


Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN

Itulah yang sering dianggap oleh ramai orang, apabila sebut "Kerajaan Perpaduan" maka ada yang kata "gabung" atau "Masuk BN".

Bagi saya ia tidak semestinya.

Kalau masuk BN ertinya disembelih.

Jadi kalau nak bentuk kerajaan perpaduan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pecahkan BN, daripada satu bentuk Parti berdaftar yang terdiri daripada parti komponen, kepada parti-parti yang hanya membentuk pakatan.

Sekiranya perkara sebegitu tidak dilakukan oleh BN, maka lupakan dahulu kerajaan perpaduan.

Rasanya tidak salah PAS, DAP, PKR membentuk kerajaan dengan berpakat dengan beberapa komponen BN dan bukannya BN secara keseluruhan.

Maka eloklah parti komponen BN keluar dari BN untuk membentuk persekitaran politik yang lebih baik.

PAS, DAP, PKR adalah "Pakatan", atau nama Coalition.
Manakala BN adalah jensi 'Front'.

walaupun PAS,DAP,PKR membentuk pakatan sebagai Pakatan Rakyat, namun wujud ciri-ciri 'Front', dimana parti tidak bersaing pada kerusi yang sama dalam pilihanraya.

Dalam hal persaingan kerusi, kedua-dua BN dan PR adalah lebih kurang sama.
di dalam satu kerusi yang dipertandingkan, ada 1 wakil daripada BN dan 1 daripada PR.

Ini semua kerana PAS,DAP,PKR mahu "1 lawan 1".

Maka dalam BN akan wujud perebutan kerusi di antara parti.
Kerusi A UMNO mahu, Gerakan pun mahu.
Kerusi A DAP mahu, PKR pun mahu.

Undi orang UMNO kepada calon Gerakan, diterjemah sebagai sokongan kepada Gerakan.

Undi orang PAS kepada calon PKR, diterjemah sebagai sokongan kepada PKR.

Itu yang terjadi.

Selain dari itu, ada pula istilah "beri kerusi".

Kenapa pula seseorang pengundi itu tidak boleh menunjukkan sokongan sebenarnya kepada parti yang dia suka pada kertas undi?

Kenapa pula sokongan seorang pengundi kepada sesuatu parti, diterjemah kepada undi kepada parti lain?

Kenapa semua pengundi tidak boleh undi parti-masing masing?


Berbalik kepada 'Front' dengan 'Coalition'.

PAS,PKR,DAP adalah lebih bebas berbanding parti yang berada dalam BN,
Ideologi parti masing-masing dalam PakatanRakyat boleh dikekalkan.


PAS, PKR, DAP boleh membentuk pakatan dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Akan tetapi tidakkah pelik, dalam satu Pakatan PAS-DAP-PKR-BN, wujud pula satu Front yang mengandungi banyak parti.

PAS,DAP,PKR memang bermati-matian tidak akan duduk dalam Front BN itu.

Jadi sekiranya ingin membentuk Pakatan (coalition) yang lebih besar mengandungi parti komponen BN, maka Front BN itu perlu dihapuskan.

Maka barulah boleh bentuk Pakatan Baru untuk Kerajaan Perpaduan PAS-DAP-PKR-UMNO-Gerakan-PPP-PBB-MCA-MIC-PSM-bla-bla-bla.

1 comments:

  1. Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

    Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

    Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit