test

Selasa, 30 Jun 2009

Takrifan "Meningkatkan Ekonomi" orang politik biasa

Takrifan Meningkatkan ekonomi sering digunakan untuk menambahkan kewangan bagi ranting/cabang/cawangan/kawasan/bahagian parti.

Wang yang diperolehi adalah sebagai sumber dana untuk menggiatkan aktiviti politik.

Walhal, "ekonomi" adalah sesuatu yang besar dalam politik, ianya melibatkan dasar,

Akan tetapi senario yang selalu berlaku ialah sebaliknya, ia hanya sebagai sumber dana.
Tidak mempertikaikan samada anti kapitaliskah atau pro sosialis kah atau keynessiankah.

Jadi, lembablah politik Malaysia apabila "Meningkatkan Ekonomi" ditakrifkan sebegitu sempit.

Bagaimana kita nak selesaikan masalah ekonomi negara dengan menjual Kalendar dan Kemeja-T ?

"Memperkasakan ekonomi" memberi maksud mempunyai dana yang banyak, tetapi bukannya betapa merdekanya ekonomi daripada kebergantungan asing.

Apabila pelabur lari, maka tak kiralah apa cap parti sekali pun kebanyakkannya sibuk mencari pelabur.

Pelabur mempunyai ketidakadilan ekonomi dimana kertasnya lebih mahal dari kertas kita.
Maka mereka membeli ekuiti yang ada dinegara kita ini dengan murah, akan tetapi kita pula yang bergembira kerana disediakan peluang pekerjaan.

British dulu pun begitu, mereka memiliki hampir kesemua ladang getah, berapa tan emaskah yang mereka bayar pada Sultan Melayu?

Oh, perlu berterima kasih kepada British kerana menyediakan peluang pekerjaan seperti askar dan polis setelah mereka memiliki ladang yang luas?

Najib cerita tentang Liberisasi ekonomi.
Liberisasi tahi kucing.

Saya bukan menentang liberisasi ekonomi secara bulat, akan tetapi pada keadaan dunia nilai kertas tidak sama, sudah tentu mereka akan memiliki ekuiti kita dengan lebih murah.

Mahu cerita liberisasi?
Matawang perlu dikomoditikan dahulu.




4 comments:

  1. Liberalisasi(liberisasi??) tahi kucing???
    hehehe..
    Cik Sebol marahkan siapa ye??
    Tuan tanah ke??

    BalasPadam
  2. Zaman Tun M, ekonomi pesat berkembang, tapi takdelah pulak pelabur merungut pasal 30% tu.

    BalasPadam
  3. MoneyMatters@Nizam :

    Saya cerita fasal liberisasi ekonomi, pegangan asing terhadap syarikat Malaysia.

    yg 30% itu di topik yang lagi 1

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit