test

Selasa, 16 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Saya pun Benak Seperti Penarik beca

Sudah 2 kali Bang Bakaq mengaku benak, kerana tidak faham-faham maksud Kerajaan Perpaduan.


  1. Benak bab Kerajaan Perpaduan
  2. Kerajaan perpaduan: Memang bakaq benak hati, tak reti-reti
Bang Bakaq "benak" keraja terlalu mengkaitkan ianya dengan hubungan sulit dengan UMNO

Saya pun benak.
(sebut macam ayat 'saya pun Melayu")

Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan oleh TGHH, maka saya terlalu jauh lari daripada maksud asal.

  1. Saya benak kerana mengganggap Kerajaan perpaduan tiada kena mengena dengan UMNO.
  2. Saya benak kerana mengganggap ianya satu Penolakan terhadap Sistem Demokrasi Penjajah.
  3. Saya benak kerana mengganggap ianya sebagai satu reformasi sistem demokrasi 'menang kaut semua' kepada sistem yang menjamin peratusan kerusi mengikut peratusan undi popular.
  4. Saya benak kerana mengganggap ianya satu kaedah supaya tiada lagi "kerusi yang di beri"
  5. Saya benak kerana menggangap Kerajaan Perpaduan tidak semestinya masuk BN,
  6. Saya benak kerana mengganggap "Kerajaan perpaduan" sebagai satu percambahan idea.
  7. Saya benak kerana meletakkan syarat "Kerajaan Perpaduan harus dibentuk oleh kuasa diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya "ihsan" daripada parti yang mempunyai kuasa penuh."

Bang bakaq benak, saya lagi banyak benaknya.
Dia ada 2, saya ada 7.

Kepada pembaca blog, maaf dipohon sekiranya "kerajaan Perpaduan" yang ditulis di blog ini terlalu memberikan harapan tinggi kepada politik di Malaysia.

Saya tidak boleh jamin bahawa "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar (versi TGHH ) sebagai satu penolakan terhadap Sistem Demokrasi British, perubahan ke arah perwakilan berkadar, menghapuskan budaya "beri kerusi", pembubaran BN dan sebagainya.

Saya tidak boleh jamin "Kerajaan Perpaduan" yang sebenar, meletakkan syarat yang jitu/'countable'/'measurable'/spesifik dan bukannya  "subjektif":-

Antara syarat itu ialah kerajaan BN perlu bersedia melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media
Anda mahukan perubahan sistem demokrasi?
Kita bercakap menggunakan istilah lain.

5 comments:

  1. Suara Rakyat semasa pilihan raya yang lepas sangat terang iaitu kita semua tolak UMNO/BN

    saya berharap PAS dapat dengar suara rakyat ini...


    Regards,

    Malaysian Come First
    GoMalaysian.Blogspot.Com

    BalasPadam
  2. Ahli PAS serta penyokong Pas tetap istikhomah dengan perjuangan.Cuma yang peliknya ada pimpinanan PAS yang nak Jual PAS secara Lelong.Tak rela kami wahai Uztaz Nazza.Nampaknya MB kedah pun sama sama nak jadi Salemen.Lelong lah kamu wahai orang yang nak jual PAS sebelum kamu di lelongkan!!!!

    BalasPadam
  3. Aku pun jadi benak juga. Tutup mulut sajalah!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.
    Saya rasa bukan kerajaan perpaduan itu menjadi soal. Tetapi persoalannya ialah kerja dakwah. PAS sebagai parti politik tidak boleh menutup pintu dakwah. Berbincang bukan bermakna PAS akan mengikut segala cakap umno.

    Kenapa bila Anwar Ibrahim hendak bincang dengan MP umno kita boleh terima, tetapi bila pAS nak bincang dengan umno tidak boleh diterima? Adakah Anwar sahaja yang memiliki kuasa berbincang dan PAS hanya punya kuasa menurut sahaja apa yang Anwar Ibrahim buat?

    Kerajaan perpaduan (dalam bahasa arab disebut Hukumah al-Wahdah al-Wataniah) bermakna kerajaan yang dianggotai oleh semua parti. Tanpa ada pembangkang. Contoh yang paling dekat ialah kerjaan Fatah-Hamas di Palestin. Mereka berpadu membentuk kerjaan menghadapi musuh mereka Israel.

    PAS boleh mencorak apa saja masa depannya. Tetapi harus mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Walaupun Nasa ada pengalaman berbincang dengan umno era Dato' Fadzil Noor dulu, tetapi beliau harus mengambil kira situasi politik kini. Begitu juga dengan TG Haji Hadi yang perlu menghormati pandangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Jangan peristiwa tersungkurnya PAS di Terengganu berulang.

    Pada masa yang sama, DAP juga harus tolerate dengan prinsip Islam PAS. Sama seperti PAS yang harus menghormati pandangan rakan Pakatan Rakyat, DAP juga harus menghormati rakan dalam gabungan. Kenyataan menyokong isu anti-Islam amat menyakitkan hati orang-orang Islam. Kenyataan-kenyataan dahulu seperti "langkah mayat saya dahulu kalau nak tubuh negara Islam" telah menjadi beban sejarah kepada PAS. Begitu juga dengan penggunaan kalimah Allah, kes-kes pertikaian saudara baru dan lain-lain. DAP harus menghormati orang-orang Islam yang memilih untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia.

    Isu ini bagi orang politikbukanlah isu besar pun. Boleh diselesaikan. Tetapi diperbesarkan dengan kekalahan Husam. Sepatutnya bila kalah, beliau berdiam diri sahaja dan menghormati keputusan para perwakilan. Tindakan beliau menggunakan pentas untuk menyerang Dato' Harun Din di atas pentas amat kurang ajar. Beliau juga membuat analogi kononnya ulama pemimpin PAS akan masuk umno pada suatu hari nanti seolah-olah Nasa yang menang itu akan masuk umno dan beliau akan mati dalam PAS seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah. Jahat benar sangkaan itu. Kepada golongan JIM dalam PAS ini, hormatilah tradisi PAS. Hendak bertamu, silakanlah. Tetapi jangan pecahkan pinggan mangkuk dalam rumah.

    Sekian.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit