Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Wakil PAS dalam Pakatan Rakyat

Di Blog Anwar ada mengatakan bahawa pertemuan wakil Pakatan Rakyat . Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chem Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas. Bagaimana PAS hanya ada seorang wakil pimpinan? Termasuk Anwar, PKR ada 5. Saya ingin melihat lebih ramai wakil daripada PAS supaya suara PAS dalam Pakatan Rakyat tidak tenggelam. Saya ingin melihat Mujahid yang banyak idea untuk berada di situ. Barulah idea lebih bernas berada dalam perbincangan pakatan. Saya tidak mahu PAS sering diketinggalankan dalam soal pembahagian kerusi dan Dasar "Hapus DEB" yang merugikan PAS . Supaya tiada idea merepek dikeluarkan seperti kurangkan cukai petrol untuk turunkan harga minyak . Mengenai subsidi minyak, Anwar berkata Malaysia boleh mengurangkan cukai petrolnya untuk menurunkan harga minyak, serta membangunkan sistem subsidi yang boleh membawa manfaat kepada penduduk miskin ...

Siapa Yang Kelirukan "Islam Hadhari"?

Setelah beberapa hari "Islam Hadhari" itu telah diharamkan di Selangor, maka timbul pula tentangan dari beberapa penjuru, kononnya akan berlaku kekeliruan . Mari kita kaji siapa punca kekeliruan itu. 1. Setelah saya nyatakan sebelum ini, Istilah Islam Hadhari itu sendiri sudah menyelirukan . Istilah itu yang menjadi punca segalanya, bukan "10 prinsipnya". 10 prinsip itu hanya seolah-olah sekadar slogan yang lebih kurang 9 cabaran Wawasan 2020. 2. Yang menambahkan kekeliruan ialah hujah mengapa ianya diharamkan ialah kerana dia menisbahkan "Hadhari" kepada Islam. Dimana, kebanyakan hujah menentang Islam Hadhari adalah berdasarkan itu. Maka dengan itu mudahlah penyokong Islam Hadhari untuk mengatakan "Tidak faham Islam Hadhari". 3. Terdapat juga kekeliruan tambahan yang dicipta oleh penyokong PAS, yang kononnya Islam Hadhari itu Islam yang menghalalkan Gejala Maksiat dengan memaparkan gambar PakLah pegang bahu Michel Yeoh dan gambar muda-mudi yang ...

Ezam Masuk UMNO: Politik belum Matang

Memang Ezam sudah masuk UMNO, dia sudah lama keluar PKR. Selama dia keluar PKR, tiada pula dia menghentam PKR atau Pakatan Rakyat secara terbuka. Setelah dia masuk UMNO, tidak kedengaran lagi dia menghentam Pakatan Rakyat. Kenapa penyokong Pakatan Rakyat hentam dia cukup-cukup? "Masuk Tong Taik" lah, "Pengkianat" lah, "Jilat Ludah" lah Tunggulah sehingga dia hentam kita dulu baru kita hentam balik.

Sekiranya Tuntutan Bertindih Tapak Pasar Kampung Baru di ICJkan

Sekiranya Tuntutan Bertindih Tapak Pasar Kampung Baru di antara DBKL dan PNKS dibicarakan di ICJ dan saya menjadi Hakimnya. Setelah mendengar hujah pihak PKNS, yang mengatakan bahawa pemilik Tapak itu masih PKNS, walaupun telah dibeli oleh DBKL. "Setelah menjalani pemeriksaan di Pejabat Tanah, saya mendapati tapak pasar tersebut masih berada di bawah hak milik PKNS meskipun ia telah dijual kepada DBKL. Disebabkan DBKL tidak menunjukkan ia mempunyai kedaulatan keatas tapak itu dengan tidak meminta sewa, maka pemilikan tapak itu adalah milik PKNS untuk dimajukan demi kepentingan peniaga. *Dung* *Dung* (ketuk)

Negeri Bangsamoro Tak Mustahil untuk Menyertai Malaysia selepas ia Merdeka

Pening nak kaji sejarah kalau kesultanan yang ada di Asia tenggara ini diperkotak katikkan oleh penjajah, malah dibelah-belah oleh penjajah. Penjajah terlalu berkuasa berbanding kesultanan. Empayar Johor Riau dibelah-belah oleh Inggeris dan Belanda. Di Sabah yang asalnya milik Kesultanan Sulu, boleh disewa oleh British daripada Amerika yang menjajah filifina sehingga melibatkan kawasan Kesultanan Sulu. Kini MNLF menuntut Sabah atas sebab sejarah . Yang peliknya, Kemerdekaan Sulu belum lagi dicapai. Saya rasa inilah satu peluang baik bagi Umat Islam Malaysia. Nur Misuari dalam Amanat Penubuhan Republik BangsaMoro telah membuat kenyataan supaya ingin mendapatkan Sabah kembali berdasarkan sebab sejarah. Kalau nak kira ICJ yang mementingkan kedaulatan berbanding faktor sejarah, pasti Mindanao tidak akan berjaya mendapat Sabah. Sudah tentu Bangsamoro tidak menuntut Sabah sekian lama, kerana Kerajaan BangsaMoro pun belum merdeka dan masih dalam jajahan Filifina. Saya melihat ini sebagai satu...

Haramkan Penggunaan Istilah "Islam Hadhari" Bagi Pendekatan itu

Mungkin ada yang tak bersetuju kenapa Mufti Perak tidak mahu mengharamkan "Islam Hadhari" . "Islam Hadhari" bagi Pendokongnya ialah hanya satu "Pendekatan". 10 prinsip Pendekatan itu, bagi saya elok, akan tetapi ianya tidak lengkap untuk menggunakan nama Islam Hadhari. Seolah-olahnya itu sahaja yang diperjuangkan oleh Islam. Maka saya akan sokong kalau Istilah Islam Hadhari itu sahaja diharamkan. Gunalah nama lain sebagai contoh "Pendekatan Hadhari" . Saya tidak faham kenapa, JAKIM mengatakan ianya bukan agama baru tetapi tetap terus menggunakan nama seolah-olah agama baru. Jakim pula cuba menegakkan benang yang basah supaya terus menggunakan nama "Islam Hadhari". Mereka juga tidak mahu menggunakan nama Hadharah Islamiyah kerana kononnya ia menggambarkan Tamadun Islam Abbasiah dan bukannya sekarang . Mengikut hukum DM bahasa Melayu, Apabila pendekatan itu menggunakan Islam Hadhari, maka ianya seolah-olah agama baru, kerana ia akan meru...

Konspirasi Menjatuhkan Chegu Bard atau Kesilapan teknikal?

Saya telah mambaca satu catatan blog Chegu Bard melalui googlereader, akan tetapi catatan itu tidak wujud di blognya. (ketika catatan ini ditulis). Ia agak memushkilkan saya, adakah wujud konspirasi untuk mejatuhkan chegu Bard? ATAU dia tidak sengaja untuk "unpublish" catatannya itu? berikut adalah catatan CheguBard yang misteri itu. sejak semalam beribu sms, email dan panggilan telefon yang diterima....tiba - tiba gempar isu nak ikut Ezam masuk Umno.... Telefon di rumah ibu saya turut dihujani panggilan ..... telefon bimbit isteri saya juga..... reaksi bercampur ada yang sedih merayu untuk turut bersama... ada yang gembira dengan khabar angin tersebut... ada yang secara 'keras' memohon penjelasan... dan ada juga yang maki hamun tak tentu arah.... isteri saya dan ibu saya turut di maki oleh mereka yang kononya pejuang dan pemimpin Parti Keadilan. antara sms yang saya terima seperti di bawah : Chegu bard tlg hentikn lakonan! Kami tahu kau dalang blog antikhairy. Kau b...

Beri Peluang Rakyat Singapura Membeli Minyak Tanpa Subsidi

Saya serba salah dengan langkah Shahrir Samad yang tidak membenarkan Kenderaan Singapura untuk membeli Minyak di Stesyen Minyak yang berdekatan dengan sempadan. Ya memang langkah itu boleh mengelakkan kebocoran subsidi. Akan tetapi pada pendapat saya inya terlalu radikal. Cadangan menyekat kebocoran subsidi disokong oleh pemimpin muda PAS johor, akan tetapi mempersoalkan tentang rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura . Saya berpendapat langkah untuk memberi peluang kepada mereka membeli minyak tanpa subsidi adalah lebih baik. Jadi kita boleh bahagikan mengikut kategori:- Rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura. Rakyat Singapura berkenderaan Singapura Rakyat Singapura yang berkahwin dengan Rakyat Malaysia tapi berkenderaan Singapura. Adalah agak sukar juga kalau rakyat Malaysia berkenderaan Singapura tidak boleh beli Minyak di Malaysia. Oleh itu, cadangan saya ialah mengadakan langkah awal ke arah sistem minyak 2 gred RON 99 dan RON 95, tetapi hanya melibatkan ron97 yang sedia ...

Kupon Subsidi

Saya belum sempat menulis lanjut cadangan saya dan Ikram untuk menggunakan kupon subsidi bagi menggantikan sistem subsidi yang hanya cuba mengawal harga barang. Atau dari sudut lain iaitu menyembunyikan hakikat inflasi. Alih-alih tadi Shahrir Samad umumkan bahawa penyelesaian berbentuk food stand atau kupon akan dilaksanakan. Terdapat juga cara pemberian subsidi berdasarkan cc kenderaan. MTUC cuba menganggah , kononnya golongan kaya boleh membeli kereta cc kecil untuk pendapatkan subsidi bagi kereta mewahnya. Bagi saya itu tidak mengapa, kalau kereta 1.5 cc, mendapat subsidi sebanyak RM x bagi tempoh tertentu, maka untuk kereta mewahnya, tetap dihadkan mengikut subsidi yang boleh diterima kereta kecilnya. Saya pun tak faham apa yang MTUC mahukan. Dipendekkan cerita cadangan penyelesaian saya ialah sebegini. Kupon subsidi kenderaan diberikan ketika perbaharui cukai jalan. atau apa cara sekalipun yang penting melalui JPJ. Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain...

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan. Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu. Itu yang sering berlaku. Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu. (Melainkan kalau imam itu berbohong) Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya. Kini saya mungkin percaya. Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh. Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dike...

Persoalan Hak Bersuara dalam Isu Baju Kurung Sekolah Seksi

1. Walaupun terdapat 1001 hujah yang membuktikan rogol tidak berpunca daripada baju kurung sekolah yang seksi atau "keseksian" secara umum. PKPIM tetap berhak mencadangkan sesuatu yang menangkis perkara negatif bagi mereka. 2. Sekiranya ikan mencadangkan supaya perlu ada akuarium atau kolam supaya ia boleh hidup didarat. Kambing tidak boleh menafikan hak ikan walaupun kambing tidak perlu untuk berada didalam akuarium untuk terus hidup di darat. Kemaskini: Cadangan PKPIM adalah untuk pelajar Perempuan Islam sahaja . Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Siti Nurhaliza Mempertahankan Kedaulatan Pulau Pisang

Pulau Pisang, juga satu pulau yang dibernarkan oleh kerajan johor untuk digunakan oleh kerajaan british yang bertapak di Singapura, akibat daripada ketiadaan kemudahan GPS pada kapal-kapal pada 1800. Di blog Pancik Lim, terdapat satu surat yang mempersoalkan kedaulatan Pulau Pisang, kerana ciri-cirinya hampir sama dengan Pulau Batu Putih , iaitu dipinjamkan ke Penjajah British di Singapura dan diki masih diselia oleh Singapura. Soal Kedaulatan timbul apabila TLDM juga dilarang untuk memasukinya: Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya. Disini saya ingin memaklumkan kepada YB, selama penugasan saya di pulau tersebut, kami tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki kedalam rumah api. Maka sepanjang penugasan kami di sana, kami hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura kel...

Idea Lama Dr. Mahathir , Dinar Sebagai Matawang Berkumandang di Jepun

3 hari lepas, saya terbaca tentang Dr. Mahathir masih lagi ingin meneruskan usaha mempromosi Dinar sebagai matawang. Kali ini dia telah mencadangkan bahawa Negara Asia Timur supaya mempunyai matawang khas untuk urusniaga sesama mereka dan mengambil Dinar sebagai contoh . Beliau berkata mata wang dagangan tunggal seumpamanya seperti dinar yang pernah dicadangkannya semasa beliau menjadi perdana menteri akan membantu merangsang dagangan di dalam rantau di samping menghapuskan risiko yang membantu yang dikaitkan dengan turun naik kadar tukaran wang. "Ia juga akan menghapuskan spekulasi mata wang dan manipulasi dari mana-mana negara Asia telah terjejas, seperti Malaysia semasa krisis kewangan 1997/98," kata beliau semasa perbincangan panel pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-14 mengenai "Masa Depan Asia" di sini Khamis. Dr Mahathir berkata dolar AS merupakan mata wang yang digunakan bagi dagangan sekarang tetapi ia tidak stabil dan terdedah kepada manipulasi. Selepa...

Pulau Batu Putih: Johor Mesti Minta Gantirugi dari Persekutuan

Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok. Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing. Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan. Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih. Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting. Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Per...

Aduh! Saya Sudah Dipengaruhi Mahathirisme

1. Saya sudah dipengaruhi dengan Gaya Penulisan Mahathirisme. 2. Kerana itu saya meletakkan nombor pada catatan ini. Tidak dinafikan ianya membuatkan catatan blog mudah dibaca. 3. cuba lihat contoh catatan blog Dr Mahathir ini , secara automatik kita akan nak baca perenggan seterusnya. 4. Teringat pula ketika sekolah dahulu, kita sering menulis nota guru yang ada nombor. Kenapa kita tidak menulis blog yang ada nombor? 5. Gaya penulisan blog Dr. Mahathir bernombor itu mengingatkan guru-guru lamaku, Ada yang telah pergi.

Terbukakah Minda Bukan Islam Dalam Isu Baju Sekolah Seksi?

Di sini saya menyatakan kekesalan melihat "minda terbuka" pemikir bukan Islam yang sering tertutup mindanya apabila melihat idea berkaitan dengan penutupan aurat atau sesuatu yang menghalang berlakunya maksiat. Turut saya kesalkan ialah Damian Yeo , rakat se"Pakatan Rakyat Negeri Melaka"ku yang mengatakan : Ridiculous. I am a man, and school uniforms does not turn me ON. A man so retard and idiot as hell? I am embarrassed by statements by some 'Islamist wannabe'. The dress code has been there for over the years and now say that it turn man ON. As such I totally agree with Sisters in Islam that something must be seriously wrong with local men if the sight of girls in their school uniform turns them on. It is so ridiculous and stupid. I must say a stupid statement of the year. Adakalanya saya terfikir, adakah ramai yang mengatakan mereka itu "terbuka" adalah benar-benar terbuka atau mentaliti barat? Pernah juga seorang mahasiswa mempersoalkan adakah ...

Dr. Mahathir Meracuni Fikirannya Sendiri

Saya tertarik ulasan Datuk Shahrir Samad tentang bagaimana dia dilabel sebagai keluar UMNO oleh Tun Dr. Mahathir . Datuk Shahrir mengatakan bahawa dia tidak keluar UMNO, dia hanya tidak dapat masuk UMNO ketika UMNO baru ditubuhkan. Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia haramkan UMNO. Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia juga teribat untuk tak kasi Team B masuk UMNO baru. Akan tetapi secara konsisten dia menyalahkan pihak tertentu mengharamkan UMNO. Seolah-olah dia sendiri meracuni fikirannya supaya mempercayai apa yang dikhayalkannya itu benar, supaya boleh terus berbohong secara konsisten. Begitu juga apabila PAS menawan Kelantan, dia juga yang sekat itu ini, kemudian dia sendiri kata PAS tak mampu. Dia sendiri meracuni fikirannya supaya berkata sebegitu supaya ia konsisten. Apabila dengan isu Shahrir Samad, racun yang ditanam difikirannya sendiri itu telah meresap jauh sehingga seolah-olah benar yang Shahrir Samad keluar UMNO. Dalam Kes Anwar suatu dulu, dia telah meracuni fikirannya...

Politik Hapus DEB yang Tidak Menguntungkan PAS

Politik menghapuskan DEB oleh PKR sebenarnya secara tidak langsung merugikan PAS. DEB yang sememangnya patut diganti, hahikatnya sudah jadi pegangan kepada ramai orang melayu. Apabila disebut hapuskan DEB, maka kecut perut orang kampung, terus pangkah UMNO. Walaupun hakikatnya DEB itu telah tamat dan digantikan dengan DPN. Walaupun negara telah 50 tahun merdeka, dikuasai oleh parti politik berasaskan kaum, maka politik berasaskan kaun itu masih tebal. Kononnya nak sama rata, akan tetapi kerusi majoriti melayu diberikan kepada PAS. Maka hasilnya PAS yang dapat paling sedikit kerusi dalam pakatan Rakyat. Mungkin sebab fobia akan penghapusan DEB oleh pengundi melayu kampung. Nak buat macam mana, calon PAS kampung pun tak faham sangat Agenda Ekonomi Baru (AEB). Ini yang pelik, Dasar ekonomi tidak mengikut kaum, tetapi pembahagian kerusi mengikut kaum. PAS ada agenda khas untuk menarik sokongan bukan melayu dengan mengadakan kelab penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam. Akan tetapi ti...

Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Google, satu syarikat Internet yang tersohor, sendiri mengakui kepentingan bahasa untuk meningkatkan penguasaan pasaran kawasan tertentu . Menurut Ceft, kajian terperinci perlu kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat untuk menguasai sesebuah negara berdasarkan kefahaman syarikat terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka. Katanya, tabiat pengguna melayari Internet amat berbeza daripada satu negara dengan negara lain kerana ia adalah berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing. ''Kadar penembusan kami di sebahagian pasaran dunia ini bergantung kepada sejauh mana kami memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat," ujarnya. Alangkah malunya kita, apabila kajian mereka untuk memahami bahasa melayu, menunjukkan orang melayu suka membuang bahasa demi teknologi atau sebab lain.

Kenapa LAN ditukar kepada MQA? Jangan Berkompromi Soal Bahasa

Telah saya katakan dahulu, Jangan Berkompromi soal bahasa . Baru-baru ini keluar iklan di kaca/lcd TV yang mengatakan LAN (Lembaga Akreditasi Negara telah ditukar kepada MQA, "Malaysian Qualification Agency". Tali Barut British mana pula yang bunuh bahasa? Apa salahnya nama Agensi itu kekal dalam Bahasa Melayu? Syarikat asing tidak pernah persoalkan kenapa nama agensi dalam Bahasa Melayu. Jikalau ia mempunyai 2 nama, "Malaysian Qualification Agency" dan "Agensi Kelayakan Malaysia", kenapa "MQA" juga dipilih menjadi logo ? Menteri Pengajian Tinggi orang UMNO atau PAS? Orang parti mana yang berkompromi soal bahasa.

Idea Dr Mahathir Bernas, Tapi Fikir Tak Habis

Telah dinyatakan oleh saya, bahawa tindakan Dr. Mahathir menyuruh orang keluar UMNO adalah untuk menafikan majoriti mudah Kerajaan BN sedia ada . Ianya seolah-olah satu langkah mudah untuk menafikan majoriti mudah BN tanpa membentuk kerajaan. Kalau kerajaan tidak dibentuk maka pilihanraya lagi. Saya sendiri fikir tidak habis kerana tidak menjangkakan Dr. Mahahir akan menyuruh Ahli Parlimen yang keluar itu berunding dengan Ahli Parlimen yang masih UMNO untuk membentuk kerajaan semula tanpa Pak Lah . 7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen. 8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan. Akan tetapi hakikatnya, ahli Parlimen UMNO sedia ada terlalu takut untuk melakukannya. Dr. Mahathir tidak memikirkan sekiranya rundingan gagal, dan d...

Mana Idea Bernas Penyelesaian Masalah Rakyat oleh Dr. Mahathir?

Sambung cerita semalam yang kononnya Mahathir masih mempunyai idea yang bernas . Dr. Mahathir mempunyai keupayaan berfikir yang hebat (tak semestinya serba betul). Akan tetapi apabila pemikirannya terlalu fokus kepada sesuatu, maka buah fikirannya hanya untuk perkara sesuatu. Suatu ketika dahulu, Tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyebut tentang Matawang Ringgit yang dibawah paras nilai, Jambatan bengkok dan beberapa isu lagi. Bagi saya semua pendapatnya ketika itu boleh diterima. Ideanya ketika itu bernas kerana dia tidak fokus untuk menjatuhkan Pak Lah. Kini kepala ottaknya fokus untuk menjatuhkan paklah akibat dari kekalahan BN di beberapa buah negeri. Sebenarnya dialah salah satu punca, dia yang menyuruh pengundi mengundi protes, untuk menekan Paklah. Tapi Paklah penuh imunisasi. Pada saat ketika ini, Malaysia tidak memerlukan idea untuk menjatuhkan Pak Lah, akan tetapi memerlukan penyelesaian masalah rakyat akibat daripada kenaikan harga barang. Mana Penyelesaian Dr. Mahathir? Kalau...

Mahathir Tidak Nyanyuk, Masih Punyai Idea Bernas

Ramai orang kata Mahathir sudah nyanyuk, bercakap perkara yang bukan-bukan. Akan tetapi saya menafikannya. Dr. Mahathir sejak dari dahulu, ialah seorang yang mempunyai idea. Adakalanya ideanya pelik, adakalanya ideanya bernas, adakalanya ideanya melangkaui pemikiran masa kini. Pengeluaran dirinya dari UMNO ialah ideanya untuk menekan Pak Lah. Oleh kerana dia tiada apa yang dirugikan, maka ia lakukan juga, demi menekan Pak Lah supaya meletak jawatan kerana bertanggungjawap atas kekalahan BN. Dr.Mahathir pemikir yang hebat, ideanya adalah betul dari pandangan dia. Tidak pada pandangan semua orang. Dia mempunyai banyak idea untuk kekal berkuasa. Bayangkan BN boleh mendapat 2/3 parlimen ketika saat Barisan Alternatif kelihatan boleh menumbangkan BN. Dan dia tak nafikan Negara yang baik adalah mempunyai kerajaan dan pemimpin yang kuat . Ada ketikanya konsep sebegitu ialah betul, iaitu ketika rakyat tiada hala tuju, pemimpin menentukan halatuju. Konsep sebegini akan berjaya untuk mencapai h...

Ada Kaitan dengan Piala Thomas?

Kekalahan Malaysia kepada China pada separuh akhir Piala Thomas agak menyedihkan. Mungkinkah Dr Mahathir melepaskan keahlian UMNOnya untuk meminpin BAM? supaya dapat merampas kembali Piala Thomas? ATAU dia mahu mengambil tempat Punch Gunalan di BWF ATAU Mungkin dia mencemburui Jawatan Timbalan Presiden yang menjadi milik Khairy Jamaludin. ATAU Mungkin dia nak letak jawatan Penasihat PETRONAS tetapi dia tersalah buat pengumuman. ATAU Mungkin dia sudah benar benar bertaubat di atas kesilapan yang lalu (sekiranya ada). Ini hanya spekulasi murahan "Sebab Sebab Punca Mahathir Letak Jawatan" .

Dr. Mahathir dijangkakan tidak dapat membuatkan Ahli Parlimen UMNO Keluar UMNO

Tahukah anda, Dr Mahathir akan gembira apabila tindakannya menjadi kejutan banyak pihak, dan banyak pihak memperkatakan tentangnya. Ya, itulah perkara yang dia suka. Adakalanya Dr. Mahathir suka membuat perkara diluar jangkaan kerana dia mengganggap ideanya baik. Itulah pemikirannya. Ketika dia membunuh Istilah Matematik dan Sains Bahasa Melayu suatu ketika dahulu, walaupun ramai yang tentang, dia tetap terus dengan tindakannya yang dianggap "pelik tetapi bernas" baginya. Berapa ramai agaknya Ahli Parlimen UMNO yang nak keluar UMNO? Parti yang penuh dengan perebutan kuasa itu, pasti dipenuhi harapan "agaknya bila dia nak keluar UMNO supaya aku boleh naik". Ahli yang berani keluar UMNO ialah ahli yang sudah bersara. Anaknya sendiri pun sedang memikirkan samada tindakan itu harus dicontohi atau tidak . Di kelantan Nik Aziz bergembira bukan kerana ahli UMNO lain hendak meletak jawatan, tetapi bergembira kerana Dr. Mahathir telah memberi isyarat supaya jangan masuk UMNO...

Majoriti Mudah BN akan Dinafikan?

Entah mengapa saya dapat merasakan bahawa Majoriti Mudah Kerajaan BN akan dinafikan dengan proses pengeluarkan Ahli Parlimen dari BN. Ianya mungkin berlaku tanpa Ahli Parlimen itu memasuki pakatan Rakyat. Apa akan terjadi kalau majoriti mudah BN dinafikan oleh ahli parlimennya sendiri? Kerajaan tidak boleh lagi dibentuk dan kemungkinan pilihanraya parlimen lagi sekali. Sekiranya inin berlaku, di harap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN.

Jangan Bermain Api dengan Nelayan Melaka

Adakah "Gila" sesuai untuk merujuk kepada tindakan seseorang umpama menutup telaga minyak yang masih mengeluarkan minyak? Tersebut Al Kisah seorang pemimpin yang menutup sumber pencarian yang sejak dari dulu memanafaatkan rakyat negerinya hanya kerana ada sumber lain . Oleh kerana Ikan tidak menguntungkan kerajaan Negeri secara langsung, akan tetapi ikan itu makanan. telah saya katakan jangan meletakkan harga pada makanan . Penutupan sumber makanan adalah sesuatu yang tidak logik ketika dunia sedang mengalami krisis makanan, dan mungkin suatu masa nanti krisis makanan akan menjadi lebih teruk. Ini semua kerja gila. Kalau ada krisis makanan, kau makan lah bijih timah itu. Gaulkan dengan nasi. Itupun kalau nasi ada, kalau nasi tiada, Gaulkan bijih timah itu dengan komputer. Kunyah 4000 kali. Sektor perikanan negeri Melaka tak popular seperti Trengganu kerana ia tidak dimasukkan ke dalam buku teks Ilmu Alam atau Geografi. Akan tetapi sejak beratus tahun yang lalu, Sektor perika...

JKKK Persekutuan, JKKK Negeri , Parlimen, DUN

Sejak tumbangnya beberapa negeri ke Pakatan Rakyat, maka haru biru pentadbiran kampung dibuatnya. Ada yang nak letak jawatan, Ada yang nak buat JKKK tambahan dari persekutuan dan macam-macam lagi. Ada pihak mengatakan ianya adalah pertindihan tugas, akan tetapi mari kita lihat senario sebenar. Sekiranya mengikut sistem lama, ramai rakyat miskin tidak dapat bantuan, banyak kampung tiada sistem saliran yang baik, dan bermacam-macam lagi yang perlu diperbaiki. Adalah baiknya sistem pemerintahan kampung itu dirombak. Kalau dulu, kebanyakkan tempat, ada Ketua Kampung, ada Sidang, ada JKKK, ada imam, ada AJK masjid, akan tetapi keadaan masih ditakuk lama. Adakah kerana majoritinya orang UMNO? Jika Persekutuan benar-benar ingin membantu, maka di negeri di bawah pemerintahan BN pun perlu ada JKKK Persekutuan. Maka, adakahlah Wakil Persekutuan, Wakil Negeri, Wakil Parlimen, Wakil DUN dalam jawatan kuasa tersebut. Duduk semeja. Kalau semua negeri bukan kerajaan persekutuan perintah nak di adakan...

Kerajaan British Sudah Merancang untuk Membuat Landasan Keretapi untuk Melaka.

Negeri Melaka ialah negeri yang tidak mesra keretapi sejak dari dahulu, Stesyen Keretapi yang ada hanyalah di Tampin dan Pulau Sebang. Kedua-duanya terlalu jauh daripada kawasan perpenduduk padat. Kebanyakan penduduk negeri Melaka yang saya kenali tidak pernah menaiki keretapi daripada Tampin mahupun Pulau Sebang. Entah bagaimana Ali Rustam rupanya baru tahu tentang adanya perancangan KTM untuk menyambung landasan keretapi dari Pulau Sebang Ke Batu Berendam . (berita lama, sebelum pilihanraya) The state government wants to find out the status of an 18km stretch of land from Pulau Sebang to Batu Berendam which had been reserved for the rail network. Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said no decision on the land could be made as the state was unaware of the future plans of Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). He said a 60m-wide space along the 18km track had been reserved for the expansion of the existing rail network from Tampin to Pulau Sebang and onwards to Batu Berendam for t...

Maklumbalas tentang "Dewan Pengawal Fasal 5"

Faisai Tehrani telah menulis satu catatan bertajuk Dewan Pengawal Fasal 5 [mesti klik] , yang membuat mengambil contoh Kedah Mustafa Kamal Attartuk yang mempunyai badan yang memastikan sekularisme dilaksanakan dengan jayanya, supaya PAS mempunyai badan khas untuk pengawal fasal 5 perlembagaan PAS. Bagi saya ianya adalah catatan blog yang menarik, kerana fasal 5 sering diperkatakan oleh Kekanda Bakaq . Ianya bukanlah catatan yang menghentam sesiapa walaupun mungkin ada yang terasa. Selepas beberapa hari catatan itu di blog Faisal Tehrani, ianya disalin oleh apiyak dan kemudian disiarkan di tranungkite . Apa yang memeranjatkan saya ialah bagaimana pengunjung tranungkite memberi maklumbalas . Jauh berbeza dengan Maklum balas di catatan asal di blog Faisal Tehrani. hang ni cerita apa sebenaq nya, aku tak nmpak apa pun, hg tau dak? lagi jahat hg dok buat ayat tergantung tuuu, klu betul dedah laaaaa, apa daaaa, sat masuk fasa lima, pas tu ahlul bait, ni apa ni???? cerita biaq satu2 laaa, ...

Jangan Meletakkan Harga pada Makanan

Tajuk catatan ini tidak bermaksud supaya tidak meletakkan tanda harga pada makanan. :) Maksud saya, makanan adalah "priceless", "tidak ternilai" , tidak boleh dibeli dengan MasterCard. Sekiranya berlaku limpahan makanan, maka kebiasaannya makanan itu ada tag harganya. Akan tetapi apa akan terjadi kalau kekurangan makanan? Maka ia menjadi tidak ternilai. Kalau perlu belanja berbilion untuk makanan, maka berbelanjalah, kerana makanan itu tidak ternilai harganya. Jika perlu mengadakan kupon subsidi makanan kepada rakyat supaya rakyat dapat makan, maka adakanlah ia, kerana makanan tidak ternilai harganya. Jika ada lebihan nasi dipinggan, jangan dibazirkan, kerana ia tidak terlinai harganya. Walaupun sepinggan nasi itu adalah seciput harganya berbanding dengan pendapatan orang tertentu, jangan dibazirkannya kerana ia tidak ternilai harganya. Kalau krisis makanan sedunia menjadi lebih teruk, tak hairan ia akan menjadi lebih mahal dan lebih mahal. Kerana ia sebenarnya tida...

SMS vs Web vs Gopher

Tersebutlah alkisah bagaimana SMS dijadikan bahan perbincangan di Parlimen, yang menunjukkan betapa negatifnya SMS . Di Negara kita SMS terlalu didewa-dewakan, maklumkan ianyamedium yang sesuai untuk sampai ke hampir semua orang, memandangkan tahap penetrasi Internet masih rendah di Malaysia. Maka Acara itu guna sms, semak ini guna SMS, semak halal pun guna sms. Tak hairan kalau Malaysia negara ke 6 terbanyak menggunakan SMS di dunia ini . Program realiti menggunakan SMS berbanding Internet, kerana 2 sebab:- 1. SMS boleh menjana pendapatan, berbanding Internet kerana agak sukar. 2. Penetrasi Internet di Kalangan orang Melayu amat kurang, kebiasaannya sasaran utama mereka ialah orang melayu. Memperbanyakkan penggunaan SMS tidak dapat membantu meluaskan penetrasi Internet ke kawasan kampung. Mengapa tidak undian AFUNDI itu digantikan dengan web? Saya rasa automatik ramai orang akan menginternetkan dirinya. Walaupun segala bentuk Siaran Program Realiti Hiburan melalaikan, walaubagaimanapu...

ADUN / AP yang Lompat Parti Tidak Semestinya Pecah Amanah

Ada 1001 pendapat tentang isu "lompat parti" walaupun acara lompat itu belum bermula. Bagi saya lompat parti tidak semestinya Pecah amanah atau tidak bermoral. Sistem berparti yang membuatkan ianya seolah-olah tak bermoral atau "dibeli". Apa akan terjadi kalau seluruh pengundi kawasan parlimen atau DUN itu memang mengundi seseorang individu itu tak kira apa lambangpun dia guna. contoh: "Saya memang sokong Abu, Abu pilihlah pakatan mana yang Abu sesuai" Senario lain, Ada pengundi yang mengundi seseorang calon kerana ingin menyokong kerajaan, dia masih sentiasa berada di pihak yang menang. Sebagai contoh, Ali adalah ADUN BN Perak, Pengundi kawasannya mengundinya kerana menyangka BN akan membentuk Kerajaan Negeri Perak. Akan tetapi BN kalah, Pengundi Ali kecewa kerana dia menjadi ADUN pembangkang, maka terdapat sedikit kesukaran untuk peruntukan itu ini. Wajarkah Ali melompat parti kerana Pengundinya hanya inginkan ADUN di pakatan yang menang? Sebenarnya, Po...

Ali Rustam Ada Blog Baru, Suruh BPR Siasat

Ali Rustam ada blog baru rupanya. Semua catatan blog yang ada bertarikh 15 hb Mei. Patutlah bila blog lamanya tidak dikemaskini. URL nya ialah http://www.mohdalirustam.com/ Mungkin ada orang yang cucuk dia "wordpress lebih baik", "apa kelas guna .blogspot.com". Mungkin Ali Rustam kecewa dengan google yang tidak mahu melabur di Melaka. Maklumlah, sudah ada pelabur baru dari New Delhi . Ali Rustam sekali lagi menulis perkara yang menunjukkan tahap mindanya kepada awam, dengan menulis supaya BPR menyiasat Pembangkang daripada mana datangnya duit itu . BPR perlu menyiasat daripada mana parti pembangkang dapat wang yang banyak untuk membeli ahli-ali parlimen agar melompat kepada pembangkang seperti yang dilaporkan. Bukankah yang membuat dakwaan itu ialah Ahli Parlimen BN? Maka sepatutnya Ahli Parlimen itu sendiri yang membuat laporan supaya dapat tahu siapa yang membuat tawaran sepertimana Nik Aziz di siasat apabila ditawarkan rasuah.

Sinar Harian Melaka akan dilancarkan Pada 2 Jun 2008

Tadi saya berjumpa dengan seorang pekerja Sunar Harian yang singgah seketika untuk membuat bancian, berborak seketika tentang Sinar Harian. Tidak dinafikan Sinar Harian lebih terbuka berbanding Berita Harian dan Utusan Malaysia. Telah saya nyatakan kepada Pemuda PAS Jasin supaya mempunyai dasar mesra media ketika Mesyuarat Agung Pemuda PAS Jasin suatu ketika dahulu. Kini masa kian hampir, akan tetapi saya agak kuatir jika PAS Melaka agak ketinggalan dalam hal-hal berkaitan media. Maklumlah, terlalu banyak persepsi negatif tentang media. Jadi saya berharap Khairul Faizi , dapat datang ke Melaka untuk memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalamannya berurusan dengan Malaysiakini dan Bernama . Lagipun sudah 18 tahun kita tak bersua. Agaknya apa aktiviti yang sesuai dengan Sinar Harian? Saya drafkan dahulu: 1. Memberikan cenderamata sebagai ucapan tahniah ke atas pembukaan Sinar Harian Melaka 2. Lawatan Rasmi Pemuda PAS Melaka.

Catatan untuk Palestine

Hari ini 15 Mei 2008. Selain daripada sebagai hari terakhir bagi mencarum KWSP bulan ini, hari ini juga dipnggil sebagai hari Palestin, kerana pembentukan Israel sebagai 1 negara berlaku pada 15 mei 1948. Ramai di antara pembaca islam yang mungkin tidak faham mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan palestine. Oleh itu sila cari/beli/baca buku "Baitul Muqaddis Tanggung jawap Umat Islam" tulisan Dr Yusuf Al Qardawi. Dahulu, ada pernah kawan saya mencadanngkan supaya palestine berundur dahulu, akan tetapi bagi saya itu bukan langkah bijak, perkara yang nak dipertahankan adalah tanah dan wilayah. Sekitranya berundur, maka jadilah seperti Melaka yang dijajah beratus tahun. Sultan Melaka sepatutnya tidak lari dan terus mempertahankan Melaka sehingga akhir hayat, dan bukannya berundur dan cuba menyerang balik. Kerana yang hendak dipertahankan itu ialah tanah melaka bukannya nyawa Sultan. Kerana sebab itulah masih ramai yang masih berada di Palestin mempertahankan tanah...

Subsidi itu Hanya Satu Kaedah Ringankan Beban Rakyat

Hari ini ada 2 catatan menarik tentang subsidi. Bukan Subsidi tapi tanggungjawab Subsidies don't counter inflation, they just hide it Catatan Bukan Subsidi tapi tanggungjawab agak mengelirukan jika "subsidi" itu dianggap sebagai hadiah. Walaupun Subsidi bagi saya bukanlah "hadiah" akan tetapi mekanisme mengurangkan harga sesuatu barang dengan pembiayaan kos oleh pihak tertentu. Walaupun penyokong BN, sering menceritakan kononnya banyak subsidi dikeluarkan untuk menurunkan harga, tidak perlulah tafsir ia sebagai hadiah daripada kerajaan BN, kerana wang yang digunakan untuk mengsubsidikan sesuatu barangan itu adalah wang rakyat. Saya pun tak faham mengapa mereka sering memperkatakan betapa banyaknya subsidi seolah-olah subsidi itu datangnya dari duit poket mereka. Rakyat tidak perlu tertipu dengan satu kaedah yang kelihatan sebagai "hadiah" dari mereka. Walaubagaimanapun, rakyat di Malaysia terutama sekali berpendapatan rendah, begitu perit untuk menung...

Royalti minyak 20% ?

Baru semalam diumumkan royalti minyak bagi negeri-negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, dimana keseluruhannya lebih kurang 27 billion. Negeri mendapat separuh daripada persekutuan dapat, jadi jika negeri ialah 5%, persekutuan dapat 10 %. Matematik ringkas, 5+2*5 =5+10 =15 Jumlah keseluruhan adalah 15%. Tapi macam mana boleh datang nilai 20% ? Adakah ianya hanya ditulis oleh wartawan harakah, tanpa menyatakan petikan asal Presiden PAS? Sekiranya benar royalti sehingga 20% perlu diadakan, perjanjian royalti perlu dilakukan semula dan persekutuan tidak mendapat apa-apa dalam bentuk royalti? Hanya bergantung pada cukai Syarikat Minyak? Adakah hanya kerana Terengganu tidak mendapat royaltinya, persekutuan dihukum? Negeri yang tiada minyak automatik lebih miskin beberapa bilion berbanding negeri yang ada minyak?

Mengharamkan Seks Luar Nikah Di Peringkat Undang-Undang Sivil

Semua orang tahu, seks luar nikah adalah haram dalam Islam. Seks luar nikah juga haram bagi banyak agama di dunia ini, kalau tidak mengapa dalam agama lain pun ada perkahwinan. Suatu ketika dahulu, atau mungkin sekarang, seks luar nikah dianggap sebagai "moden", sehinggakan sesiapa yang masih dara dianggap kolot. Banyak negara maju, kini merasai bahawa Institusi keluarga itu penting, Pemikir barat juga akan sedang pening untuk menyelesaikan permasalahan keluarga yang wujud di negara barat. Ada juga negara maju yang lebih maju untuk mengharamkan melanggan pelacur di peringkat undang-undang sivilnya . Malaysia baru tahun lepas mengadakan undang-undang anti perdagangan orang . Saya tidak hairan kalau suatu hari nanti, negara maju yang mula-mula mengharamkan seks luar nikah diperingkat undang-undang sivilnya untuk melindungi instusi kekeluargaan di Negara mereka. Dan juga untuk menyekat penyebaran AIDS. Apabila perkara ini dibentangkan di Parlimen Malaysia, mungkin ada yang kata...

Chua Soi Lek: Grand Saga/ BUkit Mahkota

Antara blog pemimpin BN yang saya suka ialah blog Dr Chua Soi Lek, Kandungannya realistik. Ketika berlaku krisis "Grand Saga Bukit Mahkota", dia tidak terus menghentam Pakatan Rakyat seperti apa yang "pembangkang" selalu lakukan. Akan tetapi dia mencadangkan supaya Pakatan Rakyat memnyelesaikan masalah dan bukannya memperbesarkan masalah. Dia juga mengatakan bahawa terlalu awal untuk mengukur Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor . A lot of people are euphoric about the Pakatan Rakyat state government of Selangor. They have been in power for less than 2 months, still too early to pass any judgemen t. We cannot deny the 'new broom sweeps clean' phenomenon. So far, there is no obvious infighting among the component parties of Pakatan Rakyat and this is a good start for them. However, Pakatan Rakyat’s Wakil Rakyat should be conscious that they are in the state government now and are a part of it. They should be solving problems and not just raising problems. ...

Mahathir sahkan UMNO Memberi Kerakyatan Secara Murahan Untuk Menarik Sokongan

Daripada Khairul Faizi , yang diambil dari Malaysiakini, Tun Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa UMNO telah memberikan kerakyatan secara murahan untuk menagih sokongan: "Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan," Lihatlah bagaimana UMNO, yang kononnya memperjuangkan "Melayu", memberi kerakyatan murahan untuk meraih sokongan. Hak siapa yang diambil? Hak yang diambil ialah Hak Orang Melayu yang asal, Hak Kaum Cina yang telah lama menetap di Malaya, hak orang-orang yang menetap lama di Malaya. Tidak dinafikan, hak Tan Cheng Lock, yang sudah beberapa generasi duduk di Melaka. Datuk Onn, dulu susah banyak kali mempersoalkan tindak tanduk Tunku "menjual Kerakyatan secara murahan" kepada orang asing. Walaubagaimanapun, untuk situasi semasa, "orang asing" itu, tidak lagi ...

Gantikan PLKN dengan Pusat Latihan Asas Tani

Ramai yang marah dengan PLKN, kerana banyak sebab. Sebab rogol. sebab kematian . sebab itu. sebab ini. Ramai yang mencadangkan dihapuskan sahaja PLKN ini kerana ianya lebih memudaratkan daripada memberi manfaat. Mudah sahaja mulut mencadangkan supaya ia dihapuskan. Tapi kalau dihapuskan PLKN, apa nak jadi dengan pusat latihan itu? Jadi saya cadangkan PLKN dijadikan sebagai Pusat Latihan Asas Tani. Atau mungkin pusat latihan lain. Memandangkan begitu ramai muda-mudi yang begitu "segan" untuk membuat kerja seperti bercucuk tanam, menyapu, bertukang, pengasuh, cuci tandas dan lain-lain. Sehinggakan terlalu banyak "pemain import" dalam bidang tersebut. Maka ada baiknya tempat yang PLKN gunakan itu dijadikan tempat latihan bagi golongan muda-mudi yang fobia kepada bidang pekerjaan tertentu.

Hapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan? Nanti dulu

Sejak akhir akhir ini ramai orang yang memperkatakan tentang menghapuskan akta mesin cetak yang dikatakan menjadi penghalang kebebasan media. Sekiranya akta itu dihapuskan sekalipun, kuasa pengeditan masih ditangan editor. Editor yang berkuasa menyiarkan berita atau pendapat di media yang dikawalnya. Saya melihat akan situasi sebegini adalah lebih kepada faktor manusia berbanding dengan undang-undang. Dengan undang-undang sedia ada pun, kandungan media masih boleh bebas dengan syarat, editor itu bebas. Andai kata editor itu tidak bebas, maka tidak bebaslah media itu. Dengan undang-undang sedia ada, sebenarnya pemerintah boleh mengeluarkan permit kepada parti lawan supaya mereka mempunyai media sendiri terbitan lebih kerap. Dengan undang-undang sedia ada pun permit juga boleh dikeluarkan untuk stesyen radio dan TV pembangkang. Bezanya cuma mereka tidak mahu memberikannya. Itu yang menampakkan ia seperti tidak bebas. Jadi adakah benar kita ingin menghapuskan Akta Cetak? Kaji dahulu cukup...

Masih Untungkah Sektor Perlancongan?

Sektor perlancongan sering diperkatakan bahawa memberi pulangan yang tinggi kepada Malaysia, dalam bentuk tukaran asing dan perbelanjaan pelancong di Malaysia. Akan tetapi, hari demi hari, apabila harga minyak dunia naik, harga beras dunia naik, harga gedebak gedebuk dunia naik, Banyak wang digunakan untuk mengurangkan harga runcit barangan kawalan. Penurunan harga ini turut dinikmati oleh pelancong asing, supaya mereka dapat makan nasi murah, sewa kereta dan berjalan-jalan menggunakan petrol yang jauh lebih murah daripada negara mereka. Agaknya, berapa bilion subsidi dinikmati oleh pelancong asing? Adakah nilai itu sudah melebihi pulangan yang kita perolehi melalui perlancongan? Adakah pelaburan tambahan untuk sektor perlancongan adalah bijak ketika situasi sebegini? Mungkin tiba masanya kita tidak lagi mengawal harga barangan terkawal, akan tetapi memberi kupon beras , kupon petrol, kupon gula kepada rakyat.

Beras Padu Sementara di Beras Terpilih

Dimaklumkan "Beras Padu BARU" telah meninggal dunia. Tidak dapat diselamatkan lagi, kerana fail sumber sandaran tidak ada. Salah saya juga, kerana tidak menunggu sehingga jumaat untuk memperbaikinya. Akhirnya fsck yang membunuhnya. Moral: Jangan fsck bila berjauhan dengan isteri. Oleh itu, untuk mengurangkan kehampaan, satu ruangan "Beras Padu Sementara" di adakah di "sidebar" Beras Terpilih . Sila lawati http://beras-terpilih.blogspot.com/ teknikal: Saya tidak dapat merekayasakan Beras Padu di alamat yang dulu dalam masa singkat. Mungkin saya akan menggunakan platform lilyna berbanding lilina sebelum ini yang rakus melacurkan sistemfail. Akan tetapi saya ini jenis manusia yang fobia-sql. Mungkin ini peluang untuk menghapuskan sikap buruk fobia-sql yang ada pada diriku ini. Ruangan Beras Padu Sementara yang ada di Beras Terpilih itu mungkin tidak sama dengan yang asal. Terima kasih Vangardx kerana membuat pengumuman. Semasa ketiadaan Beras Padu, alternat...

Adakah kita bersedia memaafkan mereka jika mereka bertaubat?

Merujuk kepada persoalan maaf suatu ketika dahulu , adakalanya saya terfikir, adalah masyarakat Malaysia bersedia memaafkan seseorang yang telah insaf dari perbuatan rasuah dan pecah amanahnya? Mungkin agak sukar untuk menjumpai seseorang perasuah yang benar-benar bertaubat sehingga mahu memulangkan kesemua wang hasil dari pendapatan tidak halal mereka walaupun wang itu sudahpun dibelanjakan. Saya pun agak mushkil, bagaimana perasuah tak kira ahli politik atau kakitangan kerajaan yang ingin bertaubat. Sekiranya dahulu mereka menerima sumber haram sebanyak 1 juta, akan tetapi keseluruhan harta yang dia miliki sekarang ialah 500,000 sahaja termasuk aset tidak cair. Sekiranya dia menjual keseluruhan hartanya, dia masih tidak mampu untuk membersihkan hartanya. Adakah dia perlu meminjam pula? Adakah baki 500,000 boleh dibersihkan secara ansuran? Melihat akan kejatuhan BN di beberapa negeri, saya pasti terdetik di kalangan mereka yang ingin bertaubat, akan tetapi tidak tahu bagaimana. Adakah...

Kincir Bayu di Negeri di bawah bayu

Baru-baru ini timbul cerita bekalan elektrik sabah di parlimen. Kemudian terdapat catatan blog ranau yang mengkaitkannya dengan sumber solar. Saya rasa tibanya masa Sabah electric mencuba sumber angin. Takkanlah negeri di bawah bayu tiada bayu untuk menjana tenaga. Istilah 'kincir bayu' mungkin akan muncul di Sabah?