test

Selasa, 20 Mei 2008

Mahathir Tidak Nyanyuk, Masih Punyai Idea Bernas

Ramai orang kata Mahathir sudah nyanyuk, bercakap perkara yang bukan-bukan. Akan tetapi saya menafikannya.

Dr. Mahathir sejak dari dahulu, ialah seorang yang mempunyai idea. Adakalanya ideanya pelik, adakalanya ideanya bernas, adakalanya ideanya melangkaui pemikiran masa kini.

Pengeluaran dirinya dari UMNO ialah ideanya untuk menekan Pak Lah. Oleh kerana dia tiada apa yang dirugikan, maka ia lakukan juga, demi menekan Pak Lah supaya meletak jawatan kerana bertanggungjawap atas kekalahan BN.

Dr.Mahathir pemikir yang hebat, ideanya adalah betul dari pandangan dia. Tidak pada pandangan semua orang.

Dia mempunyai banyak idea untuk kekal berkuasa. Bayangkan BN boleh mendapat 2/3 parlimen ketika saat Barisan Alternatif kelihatan boleh menumbangkan BN. Dan dia tak nafikan Negara yang baik adalah mempunyai kerajaan dan pemimpin yang kuat. Ada ketikanya konsep sebegitu ialah betul, iaitu ketika rakyat tiada hala tuju, pemimpin menentukan halatuju. Konsep sebegini akan berjaya untuk mencapai halatuju yang pemimpin kehendaki akan tetapi tidak lengkap.

Kerana sebab itu, oleh kerana kehendak Dr. M mahukan insfrastruktur bertaraf dunia, maka Malaysia memperolehinya, akan tetapi pada masa yang sama banyak perkara tidak diendahkannya, sebagai contoh Bahasa Melayu, Pertanian, pengangkutan awam di kawasan luar Lembah Kelang.

Malaysia boleh ada MSC, tetapi ramai orang yang buta IT. Ramai pula orang yang terpengaruh untuk mengubah nama "IT" kepada "ICT".

Semua berpunca kerana semua orang bersungguh-sungguh menunaikan kehendak Dr. Mahathir. Banyak sektor yang dianaktirikan ketika berlakunya pemerintahan sebegitu.

Dia mahu itu ini, itu ini semua mesti cepat.
Maka itulah jadinya. Ketidakseimbangan pemerintahan.

Berbalik soal dia nyanyuk atau tidak.
Catatan blognya terkini adalah berkaitan Lobi melobi,
Mengutarakan banyak contoh keadaan melobi dan membuatkan orang berfikir. Itupun jika pembaca mahu berfikir.
Adakah Negara kita perlu garispanduan lobi melobi? supaya dapat membentuk titik pemusingan antara rasuah dan salah guna kuasa dengan pelobian halal?

Apabila seseorang itu berkuasa mempunyai idea, automatik cadangannya seolah-olah kelihatan seperti arahan yang perlu dipatuhi.

Walaubagaimanapun keadaan jauh lebih baik daripada seseorang yang berkuasa itu hanya menerima bulat-bulat idea orang sekeliling, untuk menyedapkan hati orang yang berjumpanya.

Bayangkan idea untuk mensyaratkan pemelukan Agama Islam perlu di isytiharkan juga di terima bulat-bulat olehnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit