test

Rabu, 14 Januari 2015

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati.

Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu.

Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab.

Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun.

Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama.

Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai.

Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan.

Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit.


Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai.
Atau , ketika harga emas betul-betul rendah.

Ini boleh dikira 'tanpa sebab'  , tetapi boleh lah guna pakai 'harga rendah sebagai sebab.

Kalau dulu, ramai orang sesat ajar kononnya harga emas naik 20% setiap tahun.
kalau 20% sekali pun, tolak 14% tinggal 6 % sahaja. Boleh lah.
Setiap bulan, kos emas itu naik RM 1.5 /gram.


Contoh dibawah nilai adalah, apabila anda berpeluang beli emas pada harga skrap.
Peluang ini jarang jarang tiba kalau anda tak jual emas.
Namun ada juga kawan sepejabat yang nak jual emas, kedai ambil rendah, anda boleh up sedikit dan ambil.

Jadi kalau tak cukup duit, baru Ar Rahnu. Rantai Tangan kah, Rantai Leher kah...

Kalau cukup duit, tak payah Ar Rahnu.

Anda boleh guna Ar Rahnu, kalau anda berpeluang untuk beli barang lain di bawah nilai.
Contoh, anda peniaga kereta, ada orang tolak kereta, anda sudah letak harga cukup rendah, tetapi dia nak jual juga.

Maka sang peniaga kereta itu boleh pajak seketika emas yang ada.
Bila kereta itu sudah laku, tebus semula emas itu.

Ada peniaga yang memerlukan modal bermusim.
Sebagai contoh, peniaga yang perlukan stok lebih pada hari perayaan, atau hari buka sekolah.
Maka anda boleh ar rahnu. Selepas habis musim, tebus semula emas, guna untung berniaga.

Tetapi kalau pembekal boleh kasi 'consignment' , tak payah Ar Rahnu.


Peniaga Hartanah?
Pun boleh, kalau tak cukup duit muka.

Bila lagi sesuai Ar Rahnu?
Anda mungkin lebih tahu, bila masa anda perlukan duit untuk raih lebih keuntungan.
Jangan masuk skim mengarut-ngarut sudahlah, nanti tersontot.

Tajuk yang sesuai untuk artikel ini adalah, "Bila masa sesuai Ar Rahnu", tetapi nak guna untuk jawap persoalan popular "Cara Melabur emas di arrahnu"














0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit