test

Jumaat, 30 November 2007

Unit tambahan 300 juta Amanah Saham Didik

Tadi saya membaca akhbar yang mengatakan ASD atau Amanah Saham Didik diberi tambahan unit sebanyak 300 juta. Sebelum itu juga sudah beberapa kali dilakukan tambahan unit namun juga habis.

petikan berita harian:-

Beliau berkata, dana tambahan itu adalah yang keenam sejak ASD dilancarkan pada 20 April 2001 dengan saiz dana permulaan 300 juta unit.

Kali pertama ialah pada 2002 dengan tambahan 200 juta unit, diikuti 200 juta unit lagi pada 2004 dan 500 juta unit pada 2005. Tahun lalu, ASNB menambah 300 juta unit ASD yang mana habis dilanggan dalam tempoh kurang dua bulan, manakala 200 juta unit lagi pada Julai lalu.


Maksudnya, ia sudah banyak kali di tambah tetapi sering habis. Apa tidaknya habis, rupanya ia adalah pelaburan yang dicadangkan oleh PNB apabila ASB sudah penuh. Namun ia tidaklah memberi pulangan yang memberangsangkan.

Namun oleh kerana sifatnya nilai tetap, hampir tiada risiko kejatuhan, maka ianya menjadi pilihan bagi golongan kaya bumiputra yang sudah penuh ASBnya.

Suatu ketika dulu, saya pernah membaca tulisan seseorang yang ingin melabur pada ASD, tetapi ia sudah penuh. Sememangnya penulis itu tidak faham tentang "saiz dana" pada unit amanah.

Dengan adanya ASB , pelabur melayu khususnya orang kampung dibutakan matanya tentang realiti unit amanah. NAB, saiz dana, jenis dana, pertumbuhan modal atau pendapatan.

Jadi, saya rasa tak sesuai ASD dijadikan alat bagi bumiputra kaya untuk terus kaya, sehingga pelabur melayu kampung nak melabur tetapi "sudah habis".

Bukan senang nak terangkan pada orang kampung tentang dana itu sudah habis dijual.

Bagi kacamata orang kampung, tiada "melabur", mereka hanya tahu "menyimpan", dan menggunakan istilah melabur apabila "menyimpan" di ASB atau tabung haji.

Pelabur Melayu yang kaya tolonglah jangan habiskan unit ASD sehingga orang kampung tak boleh nak masuk ASD. Pelabur melayu kaya, yang banyak pengetahuannya tentang unit amanah, carilah unit amanah lain.
Berikanlah kemudahan "hampir tiada risiko" itu pada orang kampung.

Dari kacamata orang kampung, ASD itu memang 'simpanan' untuk pendidikan, nanti jika ia penuh atau habis, mereka akan kata "Macam mana nak simpan untuk pendidikan kalau ia penuh?"


DEB bukan untuk membantu orang kaya jadi kaya, sepatutnya ia boleh membantu 'orang kampung'.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit