Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

RON95 RM 1.80 ?

Orang yang membeli minyak RON95 esok hari, akan dapat minyak RON97 , kerana ia stok semalam, pada harga RON95 yang dinaikkan dari RM 1.75 ke RM 1.80. Dalam erti kata lain dia masih lagi beli RON 97 pada harga RON 97. Pelik betul, kenapa RON 95 perlu 'dinaikkan' pada hari ianya dilancar? Kalau mahu jual RON 95 pada harga RM 1.80 , lebih baik dia dari mula terus perkenalkan RON95 pada harga RM 1.80. Sebaliknya hanya kawasan bandar yang menikmati penjimatan 5 sen, tetapi orang kampung tak dapat. Kalau mereka terus perkenalkan RON95 pada harga 1.80 , maka hanya ada 1 'kenaikan' berbanding 2. Hairan juga tengok cara BN berpolitik.

Mahfuz Mengamalkan Politik Nabi Yusuf

YB Mahfuz menulis di blognya  Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas Sebahagian daripada petikan menarik: Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia. "Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.   Berkaitan juga dengan catatan berkenaan Stok Pe...

Sang Saka Merdeka atau Sang Saka Malaya atau Sang Saka Malaysia?

Bendera Malaysia yang akan menggantikan Jalur Gemilang, mempunyai ciri-ciri kenusantaraan (Sang Saka) yang tiada pada Jalur Gemilang. Fail SVG boleh di dapati di http://www.beras-padu.pit.my/svg/Sang-Saka-Merdeka.svg (Saiz SVG boleh menghasilkan seberapa besarpun imej jpg) Apa namanya? Namanya belum diputuskan lagi, ada yang memanggilnya Sang Saka Malaya (Tukar Tiub), Saudara Najwan Halimi pun menggemari Nama Sang Saka Malaya , Namun saya lebih suka Nama Sang Saka Merdeka .

Terima Kasih Google

Terima kasih kepada google yang akhirnya menyediakan terjemahan dalam talian untuk bahasa Melay u. Maka dengan itu, terbukalah ruang inovasi kepada pengguna Bahasa Melayu untuk mengintegrasikan web atau kandungan tempatan dengan google Translate. Apa yang saya terfikir sebentar tadi ialah mungkin perlu ada... Wiget Blogger.com supaya kandungan Bahasa Melayu mudah diterjemahkan ke Bahasa lain. Pautan khas di Bar Alatan Firefox supaya pengguna boleh terus menterjemah apa-apa kandungan ke Bahasa Melayu. Integrasikan Beras Padu supaya pembaca boleh pembaca kandungan Inggeris atau Mandarin dalam Bahasa Melayu Sesuatu yang berkaitan dengan Antaramuka Baris Arahan Sesuatu yang berkaitan dengan GNOME? Apa lagi?

Krisis Gula ,Perbezaan ketara harga runcit terkawal dengan harga dunia

Krisis gula sedang melanda. Kalau dilihat pada statistik di kilang ianya "mencukupi", tetapi apabila dicari di kedai tidak ketemu. Peruncit kata pemborong kasi kurang. Wujud juga rampasan gula akibat disimpan oleh pemborong tanpa lesen . Wujud juga penyeludupan ke negara jiran . "For Export" konon. Pada perbezaan harga yang ketara antara harga gula terkawal RM 1.45 dengan harga gula sebenar yang mencecah RM 3. Perbezaannya ialah sekampit gula juga. Maka perbezaan harga yang ketara itu adalah menjadi punca kepada kegiatan penyorokan dan penyeludupan. Untung lebih daripada 100%. Siapa tak mahu. Sampai bila harga gula harus kekal RM 1.45? Sepanjang harga kekal RM 1.45, nilai matawang kertas sudah merosot banyak mana? Bulan ini, harga gula semasa dunia telah meningkat menjadi yang tertinggi sejak 28 tahun yang lalu . Kalau hari ini perbezaan harga sudah lebih 100%, apa jadi kalau harga semasa gula ialah 5 kali ganda? ada 2 faktor penyebab perbezaa...

1Malaysia Tidak Perlu Ditolak secara bulat atau Diterima secara bulat

1Malaysia adalah agenda politik Najib, begitu juga "Glokal", agenda politik Najib yang sudah lama tidak kedengaran. Najib adalah bukan ahli politik yang popular sehinggakan peminatnya memetik-metik kata-katanya. Iklan 1Malaysia dikaca TV adalah iklan yang baik, menggambarkan bagaimana kita tidak perlu prejudis terhadap kaum lain, hanya kerana perbezaan kaum. Sekiranya tiada "1Malaysia", iklan sebegitu perlu diteruskan. Pengukuhan perpaduam kaum di Malaysia, oleh kempen "1Malaysia", kesan positifnya juga diterima oleh Pakatan Rakyat. Semakin hilangnya prejudis terhadap kaum lain, akibat daripada kempen 1 Malaysia, akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih diterima. Pakatan Rakyat memang selama ini sering membuat aktiviti merentas kaum, berbanding BN yang mencanangkan 1Malaysia. Bagi saya, 1Malaysia masih lagi berkaitan kaum, apabila disebut 1Malaysia, agenda yang dicanangkan adalah hubungan antara kaum. Umpama hanya kaum sahajalah yang memisahkan seo...

Larian Bogel Dari Pulau Pinang Ke KL

 Merujuk kepada sini dan sini Adalah diharapkan, bagi pihak yang ingin mengadakan acara Larian bogel Pulau Pinang ke Kuala lumpur, supaya dapat menukar kaedah larian kepada kaedah berpakaian. Larian secara bogel adalah bukan satu alasan untuk mengelakkan ujian jantina.

Nak buat Kuih, Tak ada 'Mixer' di rumah?

Adakah patut isteri saya mengatakan bahawa di rumah tiada mixer untuk mengadun ? Tepat 1.30 aku mula operasi. Dahla mixer takde , puas aku godek pakai senduk. Tengok-tengok pula yogurt kurang. Sepatutnya 1 1/2 bekas, tapi aku beli satu. Alah belasah je lah. Sendiri nak makan. Kalau dicari betul-betul, pastikan ketemu.

Zahid Nafi Guna Agensi Kerajaan, tetapi Azlina mengaku

UMNO secara terang-terangan menggunakan agensi Kerajaan dalam kempen pilihanraya. Ini dibuktikan dalam media pro UMNO sendiri , bahawa S EPAKAT, atau Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang , menggunakan Agensi Kerajaan Kor Perubatan ATM, dan kadang-kadang dengan "doktor kerajaan". SEPAKAT, ATM tawar pemeriksaan kesihatan Yang peliknya ialah, Zahid menafikannya, tatkala orang suruhannya begitu berbangga menggunakan agensi kerajaan. Tak hairan kalau satu ketika nanti, Pemuda UMNO membuat laporan bahawa wujudnya pihak yang menggunakan agensi kerajaan ketika pilihanraya, sebagaimana mereka membuat laporan wujudnya pengundi hantu.

Dollar Dollar Dollar

Penentangan terhadap penggunaan Matawang USD harus diteruskan. Matawang USD adalah senjata utama Amerika untuk memperoleh komoditi di dunia tanpa perlu berperang. Nilai matawang USD masih tinggi sejak pertengahan tahun lepas, walaupun berlakunya bailout, defisit bertrilion, tetapi ia masih tinggi. Obama cukup risau kalau China tidak beli "hutang"nya. Tetapi China beli juga. Suatu ketika dulu indeks USD sudah jatuh ke tahap 75, namun ia boleh naik dan hanya turun setakat 78.xx sahaja. Mahu tak mahu, kalau kita serang USD, kita akan rasai impaknya juga. Syed Akhbar Ali memberi Amaran juga. Jauhi USD. An Urgent Note To Bank Negara Malaysia & Petronas Sebelum ini, ada kenyataan tentang Bon 'Emas' dalam USD di Laman Web Bank Negara. 10 August 2009 : Press Statement Landmark Issuance of Emas Dollar Bond and Emas Dollar Sukuk by Petronas 3 bilion USD + 1.5 bilion USD = 4.5 bilion USD lebih kurang RM 15 Bilion harta milik negara dalam USD Obama pu...

Bulan Baru Astronomi tidak bererti 1 Ramadhan

Bulan Baru atau New Moon atau Ijtimak dalam ilmu falak, tidak membawa maksud esoknya ialah bulan baru kalendar Hijrah. Bulan dalam kalendar hijrah adalah merujuk kepada ketampakan anak bulan dan bukannya bulan baru astronomi. Pening? Anak bulan hanya boleh dilihat setelah berlakunya ijtimak atau bulan baru. Berbanding dengan kalendar Cina, bulan baru bermula pada hari berlakunya ijtimak. Pada 20 Ogos 2009, adalah 1 haribulan bagi bulan baru. Akan tetapi dalam kalendar Hijrah ianya bukan 1 Ramadhan. Sekiranya anda pernah mendapat emel sebegini: Menurut kiraan astronomi hari 01 Ramadhan ialah pada 21 Ogos 2009, Jumaat. Dan 01 Syawwal ialah pada 19 September 2009, Sabtu. (20 Ogos, jam 6.01 petang awal bulan; dan 19 Sept. jam 2.44 pagi awal bulan Ianya tidak boleh menentukan bahawa 21 Ogos adalah 1 Ramadhan. Yang berlaku pada jam 6:01 petang ialah ijtimak atau bulan baru atau new moon. Anak bulan hanya boleh kelihatan setelah berlakunya ijtimak dan kena syarat-syaratnya...

Kepala Tergantung? Budaya Planet GNOME

Merujuk kepada gambar di atas, Anakanda Fedy berkata pakdek, gamba tuh scary laa.. kepala tergantung! =p Persoalannya kenapa gambar kepala tergantung? Ini adalah persoalan budaya. Di dalam komuniti GNOME, ketika mula-mula planet dilancarkan, kebanyakan pembangun GNOME menggunakan avatar "floating head". Pada peringkat awal, blog ditulis di advogato.com Planet menggabungkan beberapa catatan blog terkini, untuk disiarkan pada satu laman. Laman itu dipanggil planet. untuk GNOME, dipanggil Planet GNOME (klik) Kebiasaannya penulis akan menyediakan kepala terapungnya sendiri, dan budaya itu kekal sehingga hari ini. Selepas daripada planet GNOME, maka wujudnya planet lain. Sebagai contohplanet tempatan ialah http://planet.foss.org.my/ Budaya kepala terapung wujud di planet foss.org.my, tetapi tidak sepopular di Planet GNOME. Manusia wujud pelbagai budaya, maka dikongsi supaya manusia saling kenal mengenali.

Artikel 'Konspirasi' PAS?

Menurut Malaysiakini , Satu lagi blog – mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor – membuang artikelnya selepas menerima surat ugutan dikenakan tindakan undang-undang. Blog Perisik Rakyat ( www.perisik-rakyat.com ) Khamis lalu menyiarkan semula artikel di blog Malaysia Waves , 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor' – tetapi menarik balik sehari selepas itu.  Sebahagian daripada petikan berita: Tujuh penyumbang terlibat mengusahakan blog Perisik Rakyat , termasuk Tulang Besi sendiri. Sebenarnya, saya adalah salah seorang daripada "tujuh penyumbang", namun amat jarang-jarang sekali menyumbang. Saya tiada kena mengena dengan artikel itu. Kehadiran saya dalam senarai "tujuh penyumbang" itu hanya sebagai penasihat teknikal sahaja.

Bila Masa PAS Memilih ke Arah Sistem 2 Parti?

Telah diberitakan bahawa Pakatan Rakyat dijangkakan didaftarkan sebagai satu organisasi. Ianya salah satu kaedah yang dapat meningkatkan undi terhadap Pakatan Rakyat, akan tetapi bagi saya ianya bukan langkah yang bijak untuk membentuk politik baru. Sistem dua parti popular di Amerika, Walaupun mengikut sistem, boleh banyak parti bertanding, namun hanya 2 parti besar sahaja yang boleh menang. Parti hijau tidak menang apa-apa undi elektoral. Di negara-negara eropah, demokrasi tidak ke arah kepada sistem 2 parti. Apa ertinya di Malaysia ada 2 parti besar, tetapi ianya sebenarnya ada banyak parti yang disembunyikan. MemBNkan Pakatan Rakyat, akan membuatkan masalah BN di eksport ke Pakatan Rakyat. BN dan Pakatan Rakyat ketika ini pun tiada mekanisme khas untuk menentukan siapa yang duduk di sesuatu kerusi atau daripada parti manakah. Pasti akan wujud ketidakadilan dalam 2 'parti berdaftar' itu. Undi penyokong Gerakan kepada UMNO tidak boleh ditafsirkan sebagai kekuata...

Tindak Tanduk Politik Terhadap Bukan Kata-Kata Sebenar

Sejak akhir akhir ini banyak berlaku pergolakan politik di dalam Pakatan Rakyat. Isu kerajaan Perpaduan Isu "DAP hina Islam" Isu Arak di Selangor Yang agak menyedihkan ialah banyak permasalahan timbul daripada maklumat yang kurang tepat. Saya tercari-cari di mana "DAP hina Islam", apa perkataan yang diungkap oleh YB Loke? Yang ada hanyalah kenyataan YB loke yang disiarkan di sjsandteam, dimana komennya yang menghina islam. sjsandteam itu adalah kawan-kawan surind yang hina islam dul u. Andaikata kenyataan Ustaz Kamarudin Sidek disiarkan di sjsandteam, dan wujud ulasan hina islam di situ, adakan anda semua mahu kata Pemuda PAS Melaka hina Islam? Isu arak di selangor juga pelik, Hassan Ali kata lain , media kata "pecat", semua orang ulas yang kononnya Hassan Ali kata pecat. Isu Kerajaan Perpaduan lagi lah, 95% yang berkata tentang kerajaan perpaduan tidak merujuk kepada maksud apa yang Tuan Guru Haji Hadi sampaikan. Mungkin anda ahli politik peringkat at...

Kewarasan Berpolitik

Teknik berpolitik yang pelik. Makin tertekannya parti politik itu, makijn tidak waras tindakannya. Mushkil juga, bagaimana teknik demontrasi secara mencarut dapat menarik sokongan yang lebih terhadap mereka. Yang pasti, Imej Melayu & Imej Islam tercemar akibat perbuatan mereka.

PAS kalah soal Arak?

PAS kalah soal Arak? Jawapan ringkas oleh saya ialah tidak. Walaupun pertelahan yang berlaku seolah-olah kemenangan bagi DAP, namun langkah Ronnie Liew bukanlah satu langkah yang disokong boleh majoriti pengundi mahupun Makcik DAP atau Makcik MCA. PAS berjaya membawa isu arak kekancah politik. Sebelum ini isu arak tidak diendahkan ketika UMNO BN memerintah. Berbuih PAS cakap, ia tidak dilayan, tetapi kini Pemuda UMNO pula yang nak tambah kuah, beria-ria nak atasi arak. Setiap serangan politik berkenaan arak terhadap PAS di Selangor adalah serangan politik ke atas UMNO Melaka, Johor, Pahang. PAS walau dengan 1/3 kuasa di Selangor telah mencuba, akan tetapi di Negeri di mana UMNO memerintah, ianya seolah-olah bukan isu politik. Tak nampak pula Wanita UMNO jerkah pemimpin UMNO negeri soal penjualan arak. Terhadap artikel di Malaysiakini yang menulis bahawa soal arak bukan soal orang islam sahaja. Alcohol ban not necessarily a religious issue | GH Kok Terdapat juga  ...

Jerebu di Parlimen Jasin Sahaja?

Jerebu di Melaka hari ini agak pelik. Di sekitar Serkam agak tebal, tiba sahaja di pernu pandangan cerah. Di Kawasan Kota Melaka, hampir tiada jerebu. Ayer Keroh pun begitu. Balik dari Melaka lalu bemban, nampaknya bemban pun Jerebu. Agaknya jerebu hanya berlaku di kawasan Parlimen Jasin sahajakah? Saya kurang periksa samada DUN Sg Rambai pun turut jerebu.

Gambar bersama 2 Lai

Di pusat Polis Simpanan Persekutuan Cheras, ketika ditahan bersama 2 Lai. Laila dan Laicee,

Tindakan Politik Anda Hari Ini

Sedikit sebanyak, tindakan politik anda hari ini akan memberi kesan terhadap anak cucu kita. Adakah Tindakan politik anda hari ini anda rasa cukup betul supaya anda tidak dimarahi oleh anak cucu kita nanti? Adakah tindakan politik UMNO menolak Memorandum Kongres Melayu II demi Suruhanjaya Reid betul bagi anda? Adakah tindakan politik UMNO menolak Wasiat Raja Melayu demi suruhanjaya Reid adalah betul? Adakah tindakan politik anda mengenai PPSMI hari ini anda rasa betul bagi anak cucu anda? Adakah tindakan politik anda terhadap I.S.A betul bagi anak cucu anda? Anak cucu kita akan tanya, apa tok nenek kita dulu buat, kehinggakan kerosakan yang bermula dari penjajahan itu kekal walaupun setelah 52 tahun merdeka. Telah berlakunya seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al Helmy, walaupun dia sudah lama tiada. Tidak mustahil suatu hari nanti akan wujud seminar pemikiran Nasrudin Tantawi, Seminar Pemikiran Khairul Faizi , Seminar Pemikiran Salahuddin Ayub dan lain-lain. Adakah anda berada dalam p...

Kes H1N1 meningkat di Merlimau

Kalau nak berniaga topeng H1N1 sebegini, Berapa harga patut dijual? RM 3 sesuai?

Perbezaan Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu

Apa perbezaan ketara antara Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu? Bangsa UMNO bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi mengagungkan Bahasa Inggeris. Berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi nama tempat dinamakan dalam Bahasa Inggeris. Melaka Planetarium, Eye on Malaysia, "MQA". Bangsa Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi menggunakan Bahasa Melayu pada nama tempat, nama syarikat. Bangsa Melayu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu, akan tetapi Bangsa UMNO yakin Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu walaupun setelah tamadun Barat jatuh. Bangsa Melayu mengajak bangsa lain untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai platform perpaduan. Bagi Bangsa UMNO perpaduan hanya wujud dalam BN. Bangsa UMNO menyebut "1Malaysia' sebagai "one Malaysia" Manakala Bangsa Melayu menyebut "1Malaysia" sebagai "Satu Malaysia". Bangsa Melayu akui banyak istilah Bahasa Melayu diserap daripada...

Dibebaskan dengan Ikat Jamin , Makanan di Lokap

Saya antara " 17" yang lambat dibebaskan dalam penangkapan ketika Demonstrasi Mansuhkan I.S.A. Saya ditahan pada  11 pagi 1 Ogos, dan keluar lebih kurang pukul 6 petang 3 ogos. Sebenarnya bukan "17 yang belum dibebaskan", ianya 30. Kalau tidak termasuk YB Sivarasa, 24 lelaki & 5 perempuan. 1+24+5 = 30. Ramai yang ditangkap ketika hari demonstrasi, ramai juga yang tidak sempat berdemonstrasi, tetapi sudah ditangkap. Dalam ratusan yang ditangkap ketika hari itu, tidak sampai seratus yang berjaya polis bawa lari ke Bukit Jalil untuk diremankan. Orang Melaka ialah saya, Jazlan, Fetri dan Helmi (Unit Amal), Pada hari ahad, berlakunya perbicaraan dimana pihak polis perlu meminta tambahan haridireman, namun ramai dibebaskan kerana didapati tiada keperluan untuk menambahkan bilangan hari untuk direman. Maka tinggallah 26 orang lelaki sahaja. Sel YB Sivarasa berhadapan dengan sel saya, disebabkan kesemua penghuni sel beliau telah keluar, maka dia dipi...