Bulan dalam kalendar hijrah adalah merujuk kepada ketampakan anak bulan dan bukannya bulan baru astronomi.
Pening?
Anak bulan hanya boleh dilihat setelah berlakunya ijtimak atau bulan baru.
Berbanding dengan kalendar Cina, bulan baru bermula pada hari berlakunya ijtimak.
Pada 20 Ogos 2009, adalah 1 haribulan bagi bulan baru.
Akan tetapi dalam kalendar Hijrah ianya bukan 1 Ramadhan.
Sekiranya anda pernah mendapat emel sebegini:
Menurut kiraan astronomi hari 01 Ramadhan ialah pada 21 Ogos 2009, Jumaat. Dan 01 Syawwal ialah pada 19 September 2009, Sabtu. (20 Ogos, jam 6.01 petang awal bulan; dan 19 Sept. jam 2.44 pagi awal bulanIanya tidak boleh menentukan bahawa 21 Ogos adalah 1 Ramadhan.
Yang berlaku pada jam 6:01 petang ialah ijtimak atau bulan baru atau new moon.
Anak bulan hanya boleh kelihatan setelah berlakunya ijtimak dan kena syarat-syaratnya.
Di Malaysia ada syarat "8 jam", iaitu anak bulan hanya boleh kelihatan setelah usia bulan lebih daripada 8 jam.
Secara teorinya sebegitu.
Ada pendapat supaya syarat 8 jam itu dinaikkan ke 12 jam, memandangkan rekod dunia kenampakan anak bulan hanyalah pada usia bulan 11 jam lebih.
Disebabkan kesepakatan untuk guna 8 jam, maka kita guna 8 jam.
Kalau 8 jam dikatakan agak mustahil untuk melihat anak bulan, inikan pula pada usia bukan 1 jam lebih.
Tapi kita cerap juga anak bulan, kalau-kalau ia boleh muncul dengan kuasa Allah.
Assalamualaikum,
BalasPadamminta maaf lah mencelah... saya tak berapa paham bab astronomi tapi kalau kiraan diatas tadi betul maka puasa sepatutnya jatuh pada hari jumaat... mungkin depa ada sebab lain atau depa lebih arif tentang Quran dan Hadis sebab tu puasa jatuh pada 22 Ogos (ikut kalendar cina lah)
cerap anak bulan tu sunnah... jadi tak de masalah
Che Din:
BalasPadamWalaupun usia hilal baru 1 jam?
info tentang puasa kat sini - Info-info Kesihatan Tentang Puasa
BalasPadamSalam,
BalasPadamRujuk kitab Sabilul Muhtadin karangan Syaikh Abdus Samad Falimbani. Ada diterangkan bab berpuasa apabila kelihatan anak bulan dengan mata kasar, bukan dengan hisab atau selainnya..
Hilal dijangka kelihatan pada Jumaat malam Sabtu ini sekitar Maghrib, kira2 10 darjah dari ufuk. Insya Allah, kalau tak mendung boleh nampak dgn. mata kasar.
Wallahua'lam. Terima kasih.
apa yang diajar rasululloh saw lebih layak dan utama untuk di amalkan..rasululloh menekankan akan ketampakan anak bulan dalam berpuasa dan berhari raya.. siapa bilang bulan hijrah tidak sampai tiga puluh hari maka ia menidakkan ajaran rasululloh takutlah kita dengan azabNYA.. lagi satu hal kebersamaan jamaah dan kepimpinan serta kesatuaan ummat lebih utama dari keragu raguan... bukankah kita diharamkan berpuasa dimana hari itu dalam keraguan orang ramai?
BalasPadamsiapa bilang bulan hijrah tidak sampai tiga puluh hari maka ia menidakkan ajaran rasululloh takutlah kita dengan azabNYA.
BalasPadamBukan persoalannya pasal 30 hari.
yang pasti datang bulan tu tiap-tiap bulan tak gitu...bagi prempuan ajer yer yang lelaki jgn nak mimpi tak nak posa pulak...
BalasPadamokay selamat berpuasa kawsan
banyak tempat tengok anak bulan satu pun tak nampak ke? anak bulan raya mudah pulak nampak ye?
BalasPadamanak bulan tidak akan terjadi apabila tidak cukup dua syarat. Pertama, bulan mestilah tenggelam selepas tenggelamnya matahari. Sekiranya bulan tenggelam sebelum tenggelamnya matahari, itu bermakna bahawa bulan tiada di langit, maka rukyah dikira mustahil. (Rukyah adalah melihat anak bulan)
BalasPadamSyarat kedua ialah hendaklah berlaku ijtimak (fasa bulan menjadi gelap), mcm sdr sebol sebut itu, iaitu keselarian kedudukan bulan dengan matahari, sebelum tenggelamya matahari. Mengikut rekod kejadian anak bulan hanya berlaku selepas 11 hingga 24 jam selepas ijtimak. jika ijtimak tidak berlaku sebelum matahari tenggelam, rukyah juga dikira mustahil.
Tapi saya fikir perlu penjelasan lebih dari ahli falak, kita mungkin ahli dalam KDE, GNOME, kernel tapi bukan ahli falak. Bagaimanapun utk kepentingan umat, apa salahnya penjelasan secara "layman" oleh ahli falak. Selain dari menguatkan keyakinan, ianya juga adalah cambahan ilmu.