Saya antara "17" yang lambat dibebaskan dalam penangkapan ketika Demonstrasi Mansuhkan I.S.A.
Saya ditahan pada 11 pagi 1 Ogos, dan keluar lebih kurang pukul 6 petang 3 ogos.
Sebenarnya bukan "17 yang belum dibebaskan", ianya 30.
Kalau tidak termasuk YB Sivarasa, 24 lelaki & 5 perempuan.
1+24+5 = 30.
Ramai yang ditangkap ketika hari demonstrasi, ramai juga yang tidak sempat berdemonstrasi, tetapi sudah ditangkap.
Dalam ratusan yang ditangkap ketika hari itu, tidak sampai seratus yang berjaya polis bawa lari ke Bukit Jalil untuk diremankan.
Orang Melaka ialah saya, Jazlan, Fetri dan Helmi (Unit Amal),
Pada hari ahad, berlakunya perbicaraan dimana pihak polis perlu meminta tambahan haridireman, namun ramai dibebaskan kerana didapati tiada keperluan untuk menambahkan bilangan hari untuk direman.
Maka tinggallah 26 orang lelaki sahaja.
Sel YB Sivarasa berhadapan dengan sel saya, disebabkan kesemua penghuni sel beliau telah keluar, maka dia dipindahkan ke sel C2 bersama saya, Jazlan (Sempang), Fetri (Sempang) dan Syukri (Jertih).
Maka duduklah satu malam bersama YB Sivarasa, sempat juga diadakan sesi bersenam bersama Ahli Parlimen Subang.
Dia beryoga, kemudian saya meniru aksinya tanpa mengikut aksi yang berupa keagamaan.
YB Sivarasa boleh merengang otot dengan baik berbanding saya yang jauh lebih muda.
Makanan?
Di Malaysiakini, ada menyebut tentang YB sivarasa 'bercerita' tentang makanan, akan tetapi saya bukan jenis manusia yang suka merungut tentang makanan.
Saya bukan orang sebegitu, saya menghargai makanan, sudah berkali-kali saya menulis di blog tentang kupon makanan, stok penimbal beras, dan subsidi beras.
Baru-baru ini, ketika berlakunya banjir di Kampung Kilang Berapi Merlimau, saya yang memulakan tindakan supaya diagihkan beras secepat mungkin. Tindakan saya hanyalah berbentuk 2 pucuk SMS, dan kemudian menggerakkan hati-hati mulia untuk menginfakkan beras dan seterusnya dapat diagihkan kepada 29 keluarga.
Di lokap, memanglah makanan tidak semewah di rumah, atau di sekolah berasrama. Akan tetapi saya tahu bahawa ramai lagi manusia yang tidak cukup makan di dalam negara yang melimpah ruah hasil buminya.
Isteri saya pernah bercerita tentang bagaimana ada pelajar Politeknik Merlimau yang hanya membeli nasi dengan kuah sahaja. Ada juga yang makan mee segera.
Di lokap, menu pagi roti bersama planta dengan teh O sejuk.
Tengahari atau malam ada 2 menu.
1. Telur rebus berserta sedikit sayur kobis.
2. Ikan selar kecil goreng beserta sedikit sayur kobis.
Bagi saya ianya cukup untuk terus hidup, ada protien sedikit, ada sayur sedikit.
Boleh mempraktikkan "Berhenti Makan sebelum kenyang".
Apabila nasi sudah habis, kita masih belum kenyang, tetapi ianya cukup-cukup.
Ada orang kaya diluar, hanya makan nasi dengan sumber protien tanpa sayur. Alangkah ruginya anda kalau tidak makan sayur.
Penahanan saya dilokap menyebabkan saya lebih dikenali di kalangan pemimpin PAS, maka agak lebih mudah untuk menyebarkan idea "Stok Penimbal Beras PAS".
Salam...Tahniah sheikh...semoga lokap menjadikan anta semakin kuat dan istiqamah dalam perjuangan..
BalasPadamtahniah kepada anda kerana berjaya ditahan oleh grombolan polis raja di malaysia yg berketuakan silembut cucu dato onn..
BalasPadamini cucu dato on tak tau yg datoknya dulu juga telah mengadakan perhimpunan 18000 melayu di batu pahat johor pada 1946 kerana membantah malayan union....
tapi tidak pulak penjajah inggeris pada masa tu merusuh untuk menghalangnya....tetapi selepas merdeka silembut cucu dato onn ni telah menjadi lebih BANGSAT dari penjajah inggeris.....
Tahniah kerana anda berjaya dilokapkan oleh polis RAJA diMalaysia.
BalasPadamSabor Yop...setuju bebenor dengan Yop..makan hanya untuk menghilangkan lapar...hanya kepada mereka yang tahu bersyukur dan sedar tentang keperitan kelaparan tidak akan merungut tentang makanan.
BalasPadamBhai...
BalasPadamGua salute lu... at least lu dah merasa bagaimana OT dilokap... memang seksa bhai... gua dah pernah kena...
Soalsiasat dah pernah kena gak...
Takper semua tue adalah untuk jadikan kita lebih kuat, istiqamah dan jihad.
Hey good to hear tt you are ok.
BalasPadamGambar?
alhamdulillah..selamat kau keluar..
BalasPadamBang Bol takziah kerana dilokapkan tapi Tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawab.
BalasPadamBiar seribu getir akan ada manisnya di penghujung jalan.. InsyaAllah
masa call Kak Jie petang sebelum tu, macam dah tau tau je.....
BalasPadamPengalaman ni...tak boleh ditukar nilainya
Kamu memang BODOH diperalatkan oleh Anwar, LKS dan sama waktu dengannya.
BalasPadamAllah beri kita akal. Gunakan akal kamu untuk kebaikan hidup di bumi ini.
Bukan untuk menJAHANAMKAN bumi Allah yg makmur ini.
menentang undang2 jahat yg itu yg kamu kata bodoh.
BalasPadamsebetulnya kamu tu yg BODOH sb ikut/setuju dgn perkara2 yg jahat.ISA tu xde dlm Islam.Yang kamu pertahankan sangat utk apa.BODOH 20x punya manusia
Mohd ni memang cerdik....pandai guna nama Tuhan
BalasPadammembodoh orang pulak......ramai orang cerdik macam
Mohd ni....
Salam besbol.
BalasPadamPelbagai sangkaan yang menerjah dalam benak.
Selama mengikuti blog ini.........
Diambil kesempatan oleh SB British......
Alhamdulillah.......posting ini menjawab kemusykilan........
Teruskan........
Sukar mendapat anak bangsa yang cerdik dan dapat membimbing.........
Yamaha Y80
Wei kenape buat demo kat tmpat melayu cari makan..
BalasPadamKorang takot ke nak buat kat Petaling Street? kan lg dekat nak ke istana.. kecut telo ke??
yg berhimpun mejoriti org melayu plak tu..aduhai..
DAP gelakkan melayu,
kerana berjaya melumpuhkan
pendapatan sampingan orang melayu
Wahai melayu sedarkah kamu..
melayu sangat ke Tanpa Nama nih..sikit2 melayu.. kalau melayu cerdik jer umno.. poraaahh.. zaman batu jer fikir mcm tu..
BalasPadamMohad , amboi-amboi alimnya dia nih.. main atas tiket Allah lah pulak.. orang alim mcm mohamad ni suka bodohkan orang kot..
udahlah..
petaling steet tak ramai orangkan abol...huh dapat ambil gambar tak...next time kita joint lagi yer abol tapi tak nak masuk lokap la...kena pegang ajer dah gabra hehehehe
BalasPadamsalam..setiap tindakan kita ada baik buruknya..ISA pun ada baik buruknya..namun jelas buruknya lebih besar..kasihan pada keluarga mereka yang teraniya..lihatlah kak laila tu..husband dia kena tahan dah lebih 6 tahun (8 tahun kot?)setiap kali lihat family dia mesti dada aku sebak..isk..isk..
BalasPadamabu hasan
melaka
Semoga ALLAH memberi lebih kekuatan kepada saudara, sdr sebol ditangkap ketika itu dikawasan mana? Kita berhimpun x de pula dkalangan kita membaling batu membuat rusuhan dsb, ianya menjadi kecoh bila polis memulakan tembakan air dan bom pemedih mata 'sebijik mcm israel'..
BalasPadamsalam..ada cerita lawak bangang..si Khairul Penasihat Undang2 MAGARAN..sehari sebelum berlakunya demontrasi, hero kita ni bagi amaran kt GMI..jika korang teruskan juga demo kami pun akan teruskan jugak..bahkan kami bleh gather lebih ramai lg demonstrator..hero kita ni kata dia sanggup kena tangkap polis demi nak menegakan pendirian PRO ISA beliau..hebat..hebat..yang bangangnya selepas MAGARAN gagal dengan misinya, hero kita ni dengan bangganya menghikayatkan saat-saat dia di approach oleh polis ketika demonstrasi..tergelak besar la aku ngan kebangangan hero kita ni..masa tu dia tengah dok kt cm sambil menggayakan shirt putih PRO ISA beliau..pastu bila polis dtg dengan beraninya hero kita ni berlari-lari anjing masuk CM beli shirt visit malaysia..kononnya nak kelabukan mata polis...kah..kah...dan beliau berjaya membodohkan polis-polis disitu..korang dengar la sendiri hikayat ni kt bar council nyer site..yang bestnya kenapa la ko ni penakut sangat khairul oii?ko kan peguam(kalau tak silap aku la)pastu muka ko pun macam hero tamil apa?apsal ko takut sangat..kah..kah..kahh
BalasPadamabu hasan
Satu pengalaman yang best! Sebol memang cool..
BalasPadamBanyak pula ulasan, tak sempat nak jawap.
BalasPadamdipendekkan cerita, terima kasih semua
aizam..melayu mmg kurang cerdik..klo pandai da lame da melayu bersaing ngan bangsa lain..
BalasPadamkita sumer mmg kurang cerdik..tp cuba la brfikiran waras.. pikir yang mana baik dan yang mana buruk..
aku pun xbrape setuju ngan ISA..
tp cuba lah bg idea yang bernas..utk mmperbaiki ISA.. duduk brbincang.. bkan demonstrasi..
jangan ikut pemimpin politik ni.. semua sama je..
baik BN baik PR.. masing2 nak menegakkan agenda politik masing..
Tahniah.. salute to orang2 yang istiqamah.. berani berkata yang hak dihadapan pemimpin zalim... yusmans.blogspot.com
BalasPadam