test

Khamis, 6 Ogos 2009

Tindakan Politik Anda Hari Ini

Sedikit sebanyak, tindakan politik anda hari ini akan memberi kesan terhadap anak cucu kita.

Adakah Tindakan politik anda hari ini anda rasa cukup betul supaya anda tidak dimarahi oleh anak cucu kita nanti?

Adakah tindakan politik UMNO menolak Memorandum Kongres Melayu II demi Suruhanjaya Reid betul bagi anda?

Adakah tindakan politik UMNO menolak Wasiat Raja Melayu demi suruhanjaya Reid adalah betul?

Adakah tindakan politik anda mengenai PPSMI hari ini anda rasa betul bagi anak cucu anda?

Adakah tindakan politik anda terhadap I.S.A betul bagi anak cucu anda?

Anak cucu kita akan tanya, apa tok nenek kita dulu buat, kehinggakan kerosakan yang bermula dari penjajahan itu kekal walaupun setelah 52 tahun merdeka.

Telah berlakunya seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al Helmy, walaupun dia sudah lama tiada.

Tidak mustahil suatu hari nanti akan wujud seminar pemikiran Nasrudin Tantawi, Seminar Pemikiran Khairul Faizi , Seminar Pemikiran Salahuddin Ayub dan lain-lain.

Adakah anda berada dalam pasukan yang betul?

Itupun akan dipersoalkan oleh anak cucu kita nanti.

Apa yang Atuk kau buat ketika berlakunya H1N1?

Apa yang Atuk kau buat bila berlakunya krisis ekonomi?

Sekiranya anak cucu kita berminat dengan kemahuan politik kita, sekiranya ianya tidak berjaya hari ini, ia akan diteruskan oleh anak cucu kita.

1 comments:

  1. Wah semakin mantap sejak dilokapkan. Tahniah bro sebol. Sekarang sudah menjadi idola blogger pro beras padu. Tak lama lagi akan wujud juga satu Seminar Pemikiran Hasbullah Pit...Zaman anak cucu aku nanti ada laaa...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit