Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Dinar Emas Kelantan Habis, Tadi Ada Orang Beli 85 keping

Ramai orang perkatakan tentang harga minyak dunia turun, dan mengatakan kerajaan patut menurunkan harga minyak. Pada masa yang sama, harga emas pun turun. Sebenarnya, Harga Dollar naik seketika, menyebabkan harga minyak dan emas turun. Maka jadilah pesta "Gold Rush 2008". Ya, hari ini adalah masa yang sesuai untuk "shopping" Dinar Kelantan. Maka saya buat kerja gila, nak pergi KL (dari Melaka) semata-mata nak beli Dinar Emas di Jalan Raja Laut. Kalau saya beli Dinar Emas cap "Islamic dinar" , harganya tinggi, premiumnya 20% berbanding dinar emas kelantan iaitu 5 %. Perbezaan 15% itu boleh dijimatkan kalau beli dinar kelantan, akan tetapi jauh pula. Kalau beli emas bernilai RM 2000, 15% ialah RM 300. memang boleh lepas minyak & tol untuk ulang alik melaka. Maka tercarilah dimana Jalan Raja Laut. Sudah lama jadi orang kampung, berpusing-pusing. Jumpa Pejabat PAS, saya masuk, rupanya Ar-Rahn diseberang jalan. Pandai pula dia berada di hadapan Public Bank,...

Nasib Nelayan Akan Lebih Terbela?

Nasib Nelayan Akan Lebih Terbela apabila anak nelayan dilantik pengerusi LKIM ? Expressing appreciation over the appointment, Abdul Rahim, 58, the son of a fisherman from Kampung Buang Sayang near here, pledged to do his best to uphold the role and fucntions of the LKIM. "This appointment is very meaningful as it means the government has given a Sabahan an opportunity to lead a federal agency."It has also given me an opportunity to continue the agenda of defending the rights of the fishing community not just in Sabah but the country as a whole," he told Bernama here today. Harapnya akan mejadi lebih baik.

Tip Blogger: Tajuk Pada Catatan Blog

Peraturan utama ialah Catatan Blog mesti mempunyai Tajuk. Seandainya Bentuk tulisan pada susunatur blog itu tidak membuatkan tajuk catatan kelihatan besar, Sila jangan letak tajuk pada kandungan blog dengan tulisan besar dan membiarkan ruangan tajuk kosong. Sebaliknya, jika mahukan tulisan pada tajuk besar dan mengikut warna yang disukai, Sila ubah suai di tetapan "Layout : Font and Color". Jika masih lagi tidak menepati citarasa, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar CSS berdekatan. Sekiranya catatan blog tidak mempunyai tajuk di ruangan tajuk, Blog masih kelihatan baik pada pelungsur web, akan tetapi ia akan kelihatan terlalu buruk apabila dibaca boleh pembaca rss. Peraturan ke 2. Tajuk Catatan blog tidak boleh ditulis dalam HURUF BESAR . Saya tahu ramai orang yang mungkin tidak bersetuju, kerana sebab apa entah. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu (atau orang Melaka?)suka menulis huruf besar pada tajuk. Huruf BESAR sesuai digunakan untuk menonjolkan sesuatu, HURUF ...

Tips Blogger: Jangan Putihkan Warna tulisan blog anda Secara Manual

Terdapat penulis blog yang mempunyai blog berlatarbelakangkan gelap, akan tetapi oleh kerana tulisan asal adalah tidak cukup putih untuk menerlahkan tulisan itu, maka terdapat blogger yang memutihkan tulisannya secara manual pada kandungan blog. Apa akan Jadi? Sekiranya blog dibaca pada laman blog sahaja, ia akan kelihatan elok, akan tetapi apabila blog dibaca oleh pembaca rss seperti googlereader , tulisan mungkin tidak kelihatan langsung. Lihat contoh: Jadi apa penyelesaiannya? Menurut konsep web 2.0, kandungan dipisahkan dengan pengformatan melainkan yang tidak melibatkan warna dan jenis tulisan. Sila lihat video ini

Seminar Bloggers PAS Melaka

Seminar Bloggers PAS Melaka akan di adakan: Tarikh: 3 Ogos 2008 , 8:30 pagi Tempat: Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, (Semabok). Antara acara yang diadakan ialah penerangan tentang penulisan, dan penerangan tentang "blog". Sasaran Hadirin: Seseorang yang belum mempunyai blog, supaya boleh belajar membuat blog. Seseorang yang sudah mempunyai blog, untuk meningkatkan kemahiran berblog sambil mempromosikan blognya. Seseorang yang (atau akan) mengendali blog sesuatu Dewan atau kawasan atau cawangan. Seseorang yang mempunyai bakat penulisan tetapi tak tau bagaimana nak mula berblog. Pemuda PAS Johor yang menyahut seruan Ketua Pemudanya "Satu Pemuda Satu Blog" Blogger Tersohor yang ingin berkenal-kenalan dengan blogger semi-tersohor. Blogger yang berideologi "Chatbox tak perlu ada" yang nak berdebat dengan blogger berideologi "Chatbox mesti ada" Anda yang membaca catatan ini. Insentif Tambahan : Semua blog blogger yang hadir DAN blog yang dibuat ...

DVD Gold Rush 21

Dulu saya tiada kad kredit, lama juga hidup pada zaman moden ini tanpa kad kredit. Akan tetapi tahun ini baru saya ada kad kredit. Tak pernah digunakan melainkan baru baru ini. Oleh itu saya perlu membayar hutang kad kredit seberapa segera. Alang-alang sudah kena bayar, maka saya ambil kesempatan untuk membeli barang dahulu iaitu, DVD Dold Rush 21 . DVD itu menceritakan tentang perbincangan beberapa pakar ekonomi yang pro emas, daripada 14 negara berbincang tentang emas, dan menyimpulkan bahawa Harga emas direndahkan secara penipuan boleh bank pusat amerika. Emas yang dikatakan ada pada Bank pusat Amerika sebenarnya sudah kurang dari separuh. Emas itu "dipinjamkan" ke pasaran untuk merendahkan harga emas supaya Dollar Amerika tinggi.

Zulkifly Nordin Sebagai Ahli Parlimen

Amat menyedihkan apabila Anwar memilih Kulim sebagai tempat bertanding, walhal mahkamah belum memutuskan lagi bahawa Zulkifly Nordin kalah atau tidak. Amat menyedihkan lagi apabila Anwar tidak memilih Kelana Jaya? Atas sebab apa? Takut ditampar oleh pembantu Nik Nazmi? Sebelum bergiat politik, Zulkifly Nordin sudah berjuang menegakkan Islam melalui mahkamah. Tak dapat saya nak balas jasanya dengan wang ringgit mahupun emas. Zulkifly Nordin juga seorang Ahli Parlimen yang rendah diri, naik motosikal , naik basikal dan naik bas . Naik bas macam khairul Faizi . Beberapa hari lepas saya baru sahaja kirim soalan untuk sesi Parlimen, melalui Zulkifly Nordin , alih-alih sudah mahu letak jawatan. Fudzail, rakan lama saya dengan berani mengatakan bahawa Zulkifly Nordin tidak harus dikorbankan. Anwar Tidak Patut Bertanding di Kulim-Bandar Baharu Bila Bang Bakaq kata, Ninja Turtle ... , saya kata " Cowabunga!!!! "

Adakah Penjualan Proton Perdana kepada Kerajaan Menguntungkan Proton?

Persoalan yang saya selalu fikir apabila terjadinya krisis terbeli Mercedes E200 untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutive ialah, Adakah Proton mendapat untung apabila Kerajaan terus membeli Proton Perdana Excecutive? Proton Perdana sudah lama, tidak pasti bila mulanya ia dikeluarkan , kalau tidak salah pertengahan 90an, pekeliling yang mewajibkan kerajaan membeli Proton Perdana pun kerkuat kuasa pada tahun 1997. Itu sudah lebih 11 tahun . Sekiranya 7 tahun adalah 1 jangkamasa biasa bagi sesuatu model untuk bertahan, maka ia sudah terlalu lama. Berbalik kepada persoalan tadi, adakah perniagaan menjual model lama Proton kepada Kerajaan menguntungkan Proton? atau menguntungkan kerajaan atau merugikan kedua-dua belah pihak? Sekiranya ia merugikan kedua-dua belah pihak, adalah baik arahan supaya kerajaan membeli proton perdana ditarik balik. ATAU, digantung beberapa tahun sehingga Proton dapat membangunkan model baru pada kelas kereta itu. Cadangan untuk menggunakan Camry oleh saya , ru...

Kekanda Husam, Minta Kaji Semula Upah Simpan ArRahn

Kadar Upah Simpan bagi Gadaian Ar Rahnu Kelantan adalah seperti berikut . Sesuatu yang agak pelik apabila kadar upah simpan Ar-Rahnu bergantung kepada nilai ringgit. Memanglah penggadaian emas itu akan ditukarkan dengan ringgit, akan tetapi apabila kadar berubah bergantung kepada nilai ringgit, maka sekiranya mega inflasi berlaku seperti di Zimbabwe, kadar upah simpan pada semua orang adalah 0.95 sebulan bagi setiap RM 100. (11.4% setahun). Ketika ini nilai marhum tertentu, dibawah RM 400 boleh menikmati kadar upah simpan yang lebih rendah iaitu 0.60 sebulan bagi setiap RM 100 (setara dengan 7.2% setahun) Apabila harga emas meningkat sehingga ke tahap USD 1200 per aun, dimana mahu cari emas yang dibawah RM 400 supaya mendapat kadar 0.60 sebulan bagi setiap RM 100? Takkanlah seseorang itu perlu menggadaikan sebelah sahaja anting-antingnya supaya dapat kadar itu? atau membelah cincinnya kepada 2. Oleh itu saya cadangkan, berbezaan kadar itu bukanlah berdasarkan ringgit (RM 400 & Rm 2...

PAS Mahu Belajar Matematik Bersama UMNO?

Diberitakan bahawa PAS tidak mahu muzakarah , akan tetapi mahukan muqabalah. Kemudian timbul persoalan apa itu muqabalah. Terus terang saya tak tau maksudnya, tapi saya pernah nampak perkataan itu. Dalam buku "Great Muslim Mathematician" tulisan "Mohaini Mohammad" Kitab Al Jabr W'al Muqabala adalah kitab matematik yang terulung sekali, bapa kepada segala kitab matematik dalam dunia ini. Kitab itu ditulis oleh Bapa Matematik (Ilmu Hisab) yang dikenali sebagai Al-Khwarizmi. "Al-Khwarizmi" itu hanya gelaran sahaja, berdasarkan nama tempat kelahirannya. Tempat "Khwarizm" itu sekarang dikenali sebagai " Khiva ". Nama sebenarnya ialah Muhammad ibnu Musa. Di tambah dengan gelaran, maka jadilah Muhammad ibnu Musa Al-Khwarizmi. Orang putih menggelarkannya "algorithm". Kitab itu bermaksud "The Book of Restoring and Balancing" Ramai orang keliru menjangkakan bahawa algebra, berasal dari seseorang yang bernama Al Jabar, aka...

The Linkback Project

Oleh kerana saya telah mengubah URL laman blog daripada http://sebolku.blogspot.com kepada http://hasbullahpit.blogspot.com , maka saya cukup kekurangan "backlink". Anda juga boleh menyertainya dengan menyalin catatan dibawah, dah ubahsuainya ke laman web anda. * Start Copy Here* This is a simple procedure. You might have seen it done elsewhere on a few scarce weblogs. What is different, is that when we reach a certain point on the list, we start yet another one. Instead of one master list and its done, we will repeat the process over and over again, with new folks jumping on board. These backlinks combined with the social networking friends status will affect all areas of search engine algorithims. -=This List Will Stop At 100, then the next phase (list) will start=- To participate is simple: —>Copy The Post & List below into a blog post of yours. —>Add Your Link to the list at the bottom. —>Comment On the original post at LBP so that I can update the list w...

Kesan Pemanasan Global yang Semakin Meruncing

Kerisauan Kalau Ringgit Jatuh Mendadak Apabila DOllar Jatuh Mendadak

Apabila saya menonton apa yang dikatakan oleh Ron Paul, saya menjadi risau. Dolar Amerika akan jatuh teruk, akan tetapi itu bukan kerisauan utama saya. Kerisauan saya adalah melihat rakyat Malaysia yang matawangnya akan jatuh juga akibat daripada tambatan sana sini. Kalau Dollar Amerika jatuh teruk, dan ringgit kita masih lagi pada kadar RM 3.2xx, jahanamlah ekonomi kita. Baru-baru ini dolar jatuh, sehingga menampakkan harga minyak setinggit 154 USD setong, kemudian "pulih" seketika. Saya akan terus menjangkakan perkara ini akan berterusan, dan USD akan jatuh lagi dan harga minyak dunia dalam USD mencecah USD 200 setong. Harga minyak dunia setinggi USD 130 setong pun kita sudah pening kepala. Ron Paul, menceritakan bagaimana pada 23 mac yang lalu, Iran telah melancarkan Bursa minyak Iran, dan ia diumpamakan oleh saya sebagai Iran Menyerang Amerika Ingat lagi peristiwa Dubai Port gagal mengambil alih pelabuhan di Amerika, mereka menarik keluar berbilion USD dari pasaran saham ...

Fitnah Tidak Memenuhi Spesifikasi

Saya memang kerap membaca blog Saudara Khairul Faizi , sering membanca kenyataan-kenyataannya termasuk kenyataan rasmi yang mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ). Setiap dokumen untuk bacaan awam mesti mempunyai Nombor rujukan. contoh No Rujukan : PAS/DPP.n/n.n(n/n) Entah bagaimana, Terdapat satu fitnah yang kononnya DPPNJ mengeluarkan kenyataan . Sekali pandang pun sudah tahu, TIADA NO RUJUKAN !

Ahmad Said Hentam Tengku Mahalel

Baru-baru ini agak kecoh tentang pembelian kereta Mercedes untuk Exco negeri Trengganu, dikatakan membazir. Walaupun kereta itu mahal, sehingga melibatkan kos jutaan Ringgit, yang membuatkan harganya mahal ialah cukai, kos sebenar yang dibayar adalah lebih murah, yang selebihnya adalah diumpamakan cukai kerajaan negeri Terengganu kepada kerajaan Persekutuan. Alasan Ahmad Said adalah untuk menjimatkan kos . Pada masa yang sama dia menghentam Proton Perdana Executive, kononnya ialah sudah bermasalah. Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi. "Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak. "Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pe...

Proton Akan Maju

Chet Det bukan main pertahankan dakwaan dia yang mempersoalkan kenapa MV Agusta dijual terlalu rendah sedangkan ia masih mempunyai aset. Akan tetapi dia tidak pula menyebut berapa banyak proton akan rugi lagi kalau MV Agusta tidak dijual. Gevi SPA bukannya terus jual MV Agusta kepada Harley Davidson tanpa memperbaikinya, dan ia juga melibatkan kos. Kalau Proton boleh baiki MV Agusta dengan baik sehingga terus dijual kepada Harley, lainlah cerita. Proton rugi bertahun-tahun akibat menternak MV Agusta Che Det tak cerita. Proton melangkah lebih baik tanpa MV Agusta. Tanpa bebanan hutang MV Agusta yang dicipta sendiri oleh Che Det dan Tengku Mahalel, Proton melangkah dengan bergaya. Ketika Proton di Zaman Tengku Mahalel dan CheDet, Proton tidak berkembang. Seolah-olah tidak cuba memasarkan Proton ke Luar negara. Akan tetapi ketika zaman Syed Zainal, banyak usaha dilakukan. Eksport sana sini, menggunakan produk sedia ada. Persona dan Saga BLM, macam pisang goreng, Proton juga akan mengeluar...

Mengapa harga petrol bagi teksi RM 1.92 bukan RM 1.43?

Akhirnya, setelah beberapa bulan "Pengstrukturan Subsidi" yang tergesa-gesa, Pengusaha teksi diumumkan supaya dapat membeli petrol pada harga RM 1.92 Sebelum ini saya pernah menulis tentang, beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan Pengstrukturan subsidi dan Shahrir Samad Terlupa Ada Teksi Yang Guna Petrol . Akan tetapi, mengapa harga bagi pengusaha teksi berpetrol RM 1.92 dan bukannya RM 1.43? Ketika pengstrukturan subsidi diumumkan dan dilaksanakan secara tergesa-gesa itu dilakukan, terdapat usaha untuk menyelaraskan harga bahanapi bersubsidi kepada RM 1.43, sehinggakan harga petrol yang dibayar oleh nelayan terpaksa dinaikkan daripada RM 1.00 kepada RM 1.43. Shahrir Samad terlupa janji RM 1.43nya? Atau memang teksi berpetrol anak tirinya sehingga sering dilupa-lupakan ?

Harga Minyak dan Inflasi bagi Anwar,Shabery

Ketika debat berlangsung, Shabery kata negara yang harga minyak murah juga dilanda inflasi yang tinggi. Anwar kata, lebih baik harga minyak murah ketika adanya inflasi berbanding harga minyak tinggi ketika inflasi. Jadi, samada harga minyak runcit itu tinggi atau rendah, kalau ada inflasi, tetap berlaku inflasi. minyak hanya salah satu barang, meskipun kenaikannya menyebabkan kenaikan barang lain, ia tetap satu barang. Shabery dan Anwar seolah-olah membuktikan mereka membuang masa berdebat tentang harga minyak jika mereka menitik berat soal inflasi. Ramai orang yang belajar ekonomi dalam berpendidikan formal sentiasa melihat inflasi itu berdasarkan "harga barang". bagi saya inflasi patut diukur dengan nilai matawang berbanding barang, bukannya "beberapa" barang untuk dinilaikan dalma matawang. Harga minyak tidak dapat menghalangBertekaklah Anwar dan Shabery tentang harga minyak inflasi, tetapi mereka membuktikan inflasi. Bagi saya, yang menghalang inflasi ialah ma...

PAS vs Pas, PETRONAS vs Petronas

Antara PAS dan Pas, mana satu betul? Antara PETRONAS dengan Petronas mana satu betul? Ramai di antara kita menulis "Pas" dan "Petronas", sebenarnya salah. PAS dan PETRONAS kedua-duanya adalah akronim, iaitu singkatan kepada beberapa perkataan, Maka ia perlu ditulis dengan huruf besar. Di dalam laman Rasmi PAS dan PETRONAS , kedua-duanya menulis PAS dan PETRONAS dengan huruf besar. Tiada siapa nak marah kalau tulis Pas, Petronas, Dap, Umno, Pkr tetapi ia menggambarkan tahap keprofesionalan seorang penulis blog atau berita. Oleh itu, kepada wartawan akhbar yang baru nak meningkat naik , sila tulis PAS sebagai "PAS" dan bukannya "Pas". Kepada bloggers PAS, adalah dicadangkan supaya tajuk catatan blog tidak ditulis dalam tulisan besar, kerana ia akan menenggelamkan "PAS".

Keuntungan PETRONAS Tak Sampai RM 100 Bilion

Dulu saya pernah kira, dambil data daripada keuntungan PETRONAS pada tempoh tertentu, didarab menjadikan setahun, maka dapatkan kiraan keuntangan PETRONAS sebanyak 108 bilion. Saya tidak pasti samada saya mendarab keuntungan PETRONAS suku pertama dengan empat, atau keuntungan PETRONAS setengah tahun didarab dengan 2. Yang pasti ketika saya kira, saya menjangkakan keuntungan PETRONAS ialah 108 bilion. Agak kecewa juga apabila diumumkan hanya 95.5 bilion. kurang sebanyak 12.5 bilion. Mana pergi? 8 bilion projek LNG di Australia, baki 4.5 bilion, Beli Star Energy LC. OK OK, masuk akal. Tak perlu persoalkan kenapa tak untung 108 bilion.

Bukan Anwar yang dibebaskan

Bukan Anwar yang dibebaskan, tapi anak saya yang dibebaskan dari rahim ibunya pukul 4:30 pagi tadi.

Amerika Mencukai Rakyatnya Sendiri?

Ahli kongres ini mengatakan bahawa inflasi keatas usd adalah satu bentuk cukai tambahan ke atas rakyat Amerika. Saya bersetuju dengannya malah saya bersetuju bahawa ia juga cukai keatas negara kita. Amerika cetak duit lebih, kita jadi mangsa apabila polisi matawang lemah.

Datuk Salleh Majid Lebih Hebat Dari Anwar Atau Shabery

Saya tidak mahu ulas panjang perdebatan Anwar vs Shabery. Ianya bagi saya tidak menepati piawaian saya. Dua-dua belah pihak seolah-olah sudah ada perkara yang hendak disampaikan dan tidak menjawap soalan sebenar. Perdebatan yang dikatakan baik oleh seberapa pihak itu tidak langsung menyalahkah nilai matawang sebagai punca, tidak langsung menyalahkan polisi matawang ringgit. Mereka berdua duduk dalam tempurung masing-masing. Mereka dua-dua tidak langsung menyalahkan polisi matwang Amerika yang menyebabkan semua ini terjadi. Anwar dari dulu cerita IPP, semalam cerita IPP. Shabery pula seolah-olkah sudah bersedia dengan serangan yang dijangkakan tidak mampu dijawap Anwar. Akan tetapi terdapat perbincangan di Astro Awani selepas perdebatan itu dijalankan, dan ianya penuh dengan fakta. Datuk Salleh Majid mengkaitkan matawang dengan inflasi, mengkaitkan dengan euro. Dia juga mempersoalkan bagaimana rakyat mempunyai ekuiti kalau tiada duit lebih. Salleh Majid juga menceritakan tentang Kincir ...

Serangan Kilat

2 malam lepas, rumah saya disambar petir. Beberapa komponen komputer dan peranti rangkaian rosak. Tetikus juga rosak sehingga renjatan dirasai walaupun ia plastik. Liang ether kurasa turut rosak tapi papan induk masih ok. 'hub bodoh' meninggal dunia. Modem adsl tak berapa pasti rosak kuat atau tidak.

Kelab Bola Sepak JAIM Pakai Seluar Pendek?

Saya Baru Tahu Gmail Boleh IMAP & SMTP Terautentikasi

Saya baru tahu yang gmail boleh digunakan dengan IMAP. Sejak bila ya kemudahan itu disediakan? Kampung betullah saya ini. Sejak subsidi emel yang diberikan kepada saya ditarik balik, maka tercari-carilah SMTP Terautentikasi (Authenticated SMTP) untuk digunakan oleh saya. Saya sampai ke tahap nak mencari hosting web supaya dapat gunakan SMTP Terautentikasi. Segan pula nak minta subsidi dari orang. Tapi, rupanya gmail sudah ada sediakan IMAP dan SMTP Terautentikasi. wah senanglah hidup. Malam tadi saya cuba, akhirnya berjaya. konfigurasinya agak memeningkan kepala kerana dia tak gunakan liang (port) IMAP dan SMTP yang biasa. Untuk terima guna pengengkripsian lain, untuk hantar guna pengenkripsian lain. cuba punya cuba tak berjaya, rupanya saya tidak hidupkan IMAP pada tetapan Gmail. Mudahlah hidup saya, tangkap gambar guna telefon dan boleh emelkan kepada sesiapa menggunakan gmail. Teringat saya , kata-kata "Di" pada satu mensyuarat suatu ketika dahulu.... "Orang dah tak...

Nasib Bekas P.A ADUN BN Melaka

Buletin Utama tadi menceritakan bagaimana Cuepac mendedahkan terdapat lebih 40,000 pekerja kerajaan yang berstatus kontrak. Kontrak boleh untuk tidak disambung atau ditamatkan, walaupun ada diantara mereka sudah bertahun-tahun kerja. Itu bukan cerita utama, Cerita utama ialah Nasib beberapa pekerja ADUN UMNO yang ditamatkan kontrak hanya kerana ADUN baru tidak memerlukannya. Ianya terjadi pada P.A. ADUN di Negeri Melaka dimana ADUN telah bertukar atau Kawansan DUN telah ditawan DAP. Di Negeri Melaka ada Japeru, dimana 1 ADUN akan menggunakan Japerun untuk melaksanakan kerja-kerja ADUNnya. Setiausaha Japerun juga ada yang tidak disambungkan kontraknya akibat pertukaran ADUN. Maka, ramailah P.A. ADUN dan Setiausaha Japerun yang mengganggur di Negeri Melaka ini. P.A ADUN umpama pemegang diary merah (Anwar Ibrahim) bagi seseorang ADUN. Politik politik juga, tapi kalau ditamatkan kontrak, kemudian terpaksa menempuh saat kenaikan harga minyak tanpa pekerjaan. Seorang bekas P.A ADUN yang men...

UMNO Memerlukan "Pengawal fasal 20"

Dulu Faisal Tehrani sibuk menceritakan tentang Dewan Pengawal Fasal 5 . Rupanya UMNO yang memerlukan Pengawal Fasal 20 Perlembagaan UMNO. Catatan berikut ditujukan kepada Ali Rustam (klik) oleh Pengawal Fasal 20 Perlembagaan UMNO ( iskandarjohan ) . nampaknya Datuk sendiri juga telah melanggar perlemvbagaan UMNO dan wajib di hadapkan ke LEmbaga Tatatertib kerana telah berbohong kepada semua ahli UMNO yg kononnya semua cawangan di seluruh MELAKA menyokong PM dan TPM sedangkan semua mesyuarat cawangan dan bahagian belum pun bermula.. Sila semak fasal 20 perlembagaan . Datuk untuk pengetahuan Datuk kami di cawangan-cawangan di bahagia kota anggerik dan shah alam tidak pernah memberi mandat kepada KEtua Bahagian untuk menyatakan sokongan kami kepada Pak LAh. NAmpaknya Ketua Bahagian kami telah membelakangkan kami sekali lagi maka Insyallah dengan izinnya datangnya mesyuarat Julai ini maka kami akan sendirinya membuang KEtua Bahagian kami yang langsung tidak perihatin apakah kemahu...

Kanak kanak yg terpengaruh dengan Carburetor Dung

Ladang Kincir Di Kelantan?

Baru baru ini sibuk diperkatakan oleh timbalan menteri tertentu (lupa nama) tentang perlunya penggunaan Nuklear untuk menjana tenaga, disebabkan oleh "kenaikan" harga bahanapi. Akan tetapi, rasanya sudah berbuih saya perkatakan, gunakan Ladang Kincir !!! Malah saya juga pernah persoalkan kenapa naikkan tarif kalau belum cuba Kincir Angin ? Kalau tarif naik kerana harga angin naik , lainlah cerita. Namun ia mungkin jadi realiti di Kelantan..... Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik. Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong. baca: Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak Di Negara Jerman 20% sumber tenaga elektrik dijana oleh angin. Ada sesiapa nak kata jangan politikkan angin?

Sidang D8: Mahu Harga Minyak Turun?

Ketika berlangsungnya sidang D8, Kuala Lumpur (PakLah) mengatakan tentang mahu merendahkan harga minyak dunia. Akan tetapi tidak pula kedengaran Iran mahu harga minyak dunia kekal rendah. D-8 Not The Forum To Resolve Oil Crisis, Says Iranian Commissioner Adakah Iran Mahu Harga Minyak Turun? Saya rasa tidak. Iran telah menyerang Dollar Amerika , sudah tentu Harga minyak dalam Dollar Amerika akan naik. Harga minyak naik? Lihat di CNBC, kalau harga minyak naik, emas naik. Kalau harga minyak turun, emas turun. Maksudnya harga minyak tidak berubah kalau kita guna matawang emas. OPEC jangan gatal nak tingkatkan pengeluaran, kau sudah kena tipu 20 tahun . Yang menjadikan masalah, ialah bila dollar terlungkup, matawang bukan dollar lambat naik untuk ikut nilai emas dan minyak. Malah ada negara yang mempunyai polisi supaya nilai matawangnya tidak jauh dengan dollar. Umat Islam sebenarnya tidak nampak betapa pentingnya harga minyak berada diparas yang sepatutnya, seperti sekarang. Akibat menggun...

Ada 19 lagi Kementerian Nak Jawap Soalan , kata Menteri Kewangan II

"Ada 19 lagi Kementerian Nak Jawap Soalan" kata Menteri Kewangan II ketika tidak habis jawap soalan di Parlimen. Ahli Parlimen Batu Gajah, sehingga di lobi pun mahukan jawapan. Tak sempat jawap walaupun sudah 2 kali hadir. Kenapa ada 19 lagi kementerian? Kenapa Malaysia ada banyak kementerian? Supaya ada banyak Menteri? Supaya Pesta Kurniaan Taraf Menteri dapat dijalankan? Tidakkah bilangan kementerian boleh dikurangkan? Jemput baca cerita lama: Barisan Kabinet adalah Pesta Kurniaan Taraf Menteri, Malaysia perlukan pengstrukturan baru Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" (Awas: Ia memang mempolitikkan pendidikan)

Pusat Rawatan Islam Darussyifa Serkam Kini Dibuka

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA KINI DIBUKA BERMULA 15 JUN 2008 Lokasi, BALAI ISLAM PAS SERKAM DARAT JB 208, TAMAN SERKAM MAJU 1, (sebelah Pasar Mini Azim) Waktu rawatan, SETIAP HARI AHAD BERMULA JAM 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG RAWATAN DILAKSANAKAN OLEH PENGAMAL PERUBATAN ISLAM YANG BERKELAYAKAN DENGAN MENGGUNAKAN AYAT –AYAT ALQURAN. Penyelesaian alternatif bagi masaalah barah,sawan ,santau, batu karang, saka,bekam, gangguan mahluk halus dan sebagainya…..insyaallah. Keterangan lanjut hubungi. Ustaz Jasmi : 012 6095099 Ustaz Khalis : 017 6188384

Jangan Politikkan Pendidikan , Kata Askar-Siber UMNO

Pada topik yang lalu saya mempersoalkan kenapa Sistem Pendidikan masih memerlukan program tambahan diluar waktu sekolah yang mempunyai label UMNO, sedangkan Kementerian Pendidikan dikuasai mereka . Maka datanglah askar-siber UMNO yang tak putus-putus mengatakan "jangan mempolitikkan pendidikan". Agak lucu, kerana pendidikanlah yang menentukan masa depan generasi akan datang, tetapi ianya tidak boleh dipolitikkan mengikut ruanglingkup pemikiran mereka. Ruanglingkup pemikiran mereka mungkin hanya menganggap politik itu samada sokong UMNO atau tidak. Tiada langsung memikirkan dasar atau kaedah yang lebih baik perlu diubah pada kerajaan supaya keadaan menjadi lebih baik. Bagi saya Pendidikan memang perlu dipolitikkan, kerana ianya membentuk generasi yang bakal menguasai dunia akan datang. Bagi mereka pula mereka hanya mahu lahirkan generasi yang terus menyokong UMNO. Jika mereka memang tidak mahu mempolitikkan pendidikan, tak hairanlah susah benar nak beri buku teks percuma. Bi...

Penglibatan UMNO Dalam Pendidikan Akademik Di Luar Waktu Sekolah

Penglibatan UMNO, dan jentera UMNO dalam aktiviti pendidikan akademi diluar waktu sekolah , dari luaran nampak baik. Kelihatan seperti nak membantu masyarakat. Suatu ketika dahulu, Pemuda UMNO pun buat tusyen. UMNO itu UMNO ini buat itu ini. Puan Emy dengan bangganya mengatakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 telah berjaya. Maka Penyokong UMNO akan mengatakan UMNO lah yang baik. Tetapi, mereka lupa, Menteri Pendidikan juga orang UMNO, berkuasa menentukan dasar pendidikan dan pengkaedahannya. Mengapa Sistem Pendidikan di Malaysia memerlukan sayap parti politik untuk dijayakan? Mengapa tidak Sistem Pendidikan di sekolah direka supaya tidak memerlukan tusyen? Ianya seolah-olah satu agenda untuk melemahkan sistem pendidikan, dan kemudian adanya "UMNO" untuk menyelamatkannya. Bukankah teknik menjawap soalan UPSR boleh diajar disekolah di dalam waktu sekolah? Mengapa perlunya sesi lain melibatkan sayap parti politik yang memerintah untuk menampal kebocoran pada sistem pend...

Permasalahan ADUN DAP Johor dan Melaka, Lim Kit Siang Tidak Peduli?

Saya sering membaca blog lim Kit Siang , sejak dari dulu. Namun saya juga membaca blog-blog DAP Melaka, terutama Blog Saudara Damian . Jarang pula membaca blog DAP Johor. Suatu ketika dahulu, ADUN DAP Melaka ditangkap kerana tuduhan "curi besi" , akan tetapi tiada apa-apa catatan tentangnya diblog Lim Kit Siang. Sokong pun tidak, simpati pun tidak, kenyataan apa pun tidak kedengaran. Kini saudara Damian mempersoalkan kenapa pertuduhan tidak dikeluarkan setelah "ditangkap" . Namun tiada apa yang dikatakan oleh Uncle Lim. Baru-baru ini, ADUN DAP Johor , YB Dr Boo Cheng Hau. telah gagal menyelesaikan Ucapan penangguhannya, kerana dewan telah dikosongkan oleh ADUN BN , Menyebabkan sesi itu menjadi tidak cukup korum. Tiada apa yang diulas oleh uncle Lim. Nasib baik untuk Kes ADUN DAP Melaka, PAS Melaka perihatin dan untuk kes ADUN DAP Johor, Khairul Faizi juga yang perihatin . catatan berkaitan: Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Menerima Hakikat Inflasi atau Tidak?

Samada harga minyak dinaikkan daripada RM 1.92 ke RM 2.70 atau tidak, hakikat inflasi itu tetap ada. Ramai yang beranggapan harga barang naik apabila harga minyak naik. Kenapa tidak kata harga minyak naik kerana harga barang naik? Ideologi mengatakan harga barang naik apabila harga minyak naik begitu popular di Malaysia. Ianya mudah difahami berbanding ideologi harga barang naik kerana Amerika cetak duit lebih . Sejak harga petrol kekal pada RM 1.92 setahun lebih, harga barang tetap naik. Ada sesiapa nak nafikan? Walaubagaimanapun harga barang naik lebih tinggi apabila harga minyak pada paras RM 2.70 Kenapa harga barang naik banyak bila harga minyak pada paras RM 2.70? Jawapan ringkas ialah inflasi keluar dari pusat penyembunyiannya. Inflasi yang disorokkan itu timbul semula dan kena batang hidung pengguna. Terimalah hakikat nilai ringgit sudah merosot lebih daripada 50% sejak sebelum krisis kewangan 1997. Kawalan demi kawalan harga hanya menyorokkan hakikat inflasi sebenar. Inflasi ya...

Logo RSS Warna Hijau

Ini logo RSS warna hijau, untuk Seminar Bloggers Melaka. Cerita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Orang Halimunan?

Umar buka seluar untuk ke bilik air. 'orang halimunan' terhasil.

Bapa kata Bapa Tiada

Akuan Bersumpah/Berkanun Balasubramaniam ke dua dibuat tanpa menuduh Najib, akan tetapi mengandungi nama Najib. Akuan Berkanun ini boleh saya umpamakan sebagai Belalang yang berkata "Bapa kata Bapak Tiada" dalam Cerita Nujum Pak Belakang.

Balasubramaniam Double Agent Juga?

Hari ini diberitakan bahawa Balasubramaniam kini menarik balik Akuan Sumpah yang dibuatnya semalam . Kemudian diberitakan akan keluar satu lagi akuan sumpah tanpa watak Najib. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut. Bala Subramaniam juga bemdakwa dia dipaksa.Wah Lagi menarik Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lulmpu pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru. Balasubramaniam juga dikatakan akan mengeluarkan akuan yang baru tidak lama lagi Dahulunya Balasubramaniam ejen perizik Razak Baginda, kemudian memihak kepada Anwar, kini dia memihak kepada siapa? Mungkin dia lebih daripada "Double Agent". Triple Agent? Menarik betul cerita ini. Seronok ditonton. Mujurlah saya sudah membeli jagung kerana tidak menjumpai popcorn. Disamping itu...

Kol Akara Thiproj Sila Cermin Diri Dahulu

2 Pejuang Islam yang berasal dari Melaka ditangkap di Selatan Thai , Jurucakap tentera, Kol Akara Thiproj ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati ibu seorang daripada suspek itu mempunyai seorang saudara perempuan di kawasan Sungai Padi. Beliau berkata pihak berkuasa masih belum menentukan sama ada untuk menahan mereka kerana pembabitan dengan puak pemisah, sambil menambah bahawa tentera, polis dan pendakwa akan membuat keputusan selepas siasatan selesai. " Bagaimanapun mereka sudah tentu akan didakwa memasuki negara ini secara tidak sah. Kami juga berharap memperoleh lebih banyak maklumat dari mereka di mana ustaz itu berada," katanya. Bangkok telahpun menggerakkan lebih 20,000 tentera ke tiga wilayah selatan, selain empat daerah di Songkhla untuk menentang kumpulan puak pemisah yang menggunakan taktik gerila dan bom pinggir jalan. Cerminlah diri dahulu sebelum mengatakan 2 pelajar itu masuk secara tidak sah. Penjajahan Thai ke atas 3 wilayah itu tidak pernah Sa...

Senaterdaliwar

Sekiranya Najib Terlibat Dalam Tuduhan Liwat Anwar (Senaterdaliwar) , maka Najib tersilap langkah. Senaterdaliwar, Najib sekali lagi mengeluarkan kata-kata tentang dia berkait dengan Saiful. Dulu dia mengatakan saiful hanya datang untuk biasiswa, kini dia mengatakan Saiful ada datang berjumpanya sebelum laporan dibuat. Senaterdaliwar, Bukankah ini dengan sendirinya membocorkan konspirasi Najib dengan sengajanya mengatakan tindakan mengeluarkan akuan sumpah balasubramaniam adalah bertujuan untuk mengalihkan pandangan daripada isu utama iaitu tuduhan liwat ke atas Anwar. Najib berkata Isu utama, adakah kes liwat berlaku atau tidak? mungkin dia (Anwar) anggap saya di belakang tabir," Eh , Tunggu. Najib sendiri mengatakan isu utama ialah isu tuduhan terhadap Anwar? Bukankah isu utama sepatutnya bagi Najib ialah permasalahan rakyat? Kenapa Isu tuduhan terhadap Anwar menjadi isu utama. Senaterdaliwar, Maka dia sendiri memerangkap dirinya dengan mengatakan ianya "isu utama"

Sepersumbaiben

Hari itu, ada orang dituduh memfitnah Anwar Ibrahim meliwat, hari ini pula jangan sampai kita pula memfitnah orang lain. Hati-hati. Pengakuan sumpah itu hanya pengakuan sumpah Balasubramaniam a/l Perumal. Untuk mengatakan ianya sahih, saya pun tak berani, yang hanya boleh dikatakan ialah "percaya" atau tidak. Jangan sampai kita jadi menabur fitnah pula. Akan tetapi kalau tetap mahu menceritakan kandungan perakuan sumpah itu, Oleh itu saya cipta 1 istilah. Sepersumbaiben. bermaksud "Sekiranya Perakuan Sumpah Balasubramaniam itu Benar" Contoh ayat: Sepersumbaiben, Tak sangka pula boleh kasi kawan bila sudah tak mahu lagi, agaknya kalau dia tak mahu lagi Rosmah, dia akan kasi Rosmah pada siapa?. bermaksud. Sekiranya Perakuan Sumpah Balasubramaniam itu Benar, Tak sangka pula boleh kasi kawan bila sudah tak mahu lagi, agaknya kalau dia tak mahu lagi Rosmah, dia akan kasi Rosmah pada siapa?

ITNM Terjemah Hanya Buku Sastera?

Pagi tadi saya diberitahu bahawa Saya masuk Sinar Harian, cari punya cari jumpa ruangan Dari Blog Ke Blog. Bila saya tegur Pakatan, keluar di SInar Harian, tetapi idea membunuh tak keluar pula di Sinar Harian. Terjumpa pula berita tentang ITNM ingin menterjemah 100 buku sastera sebelum 2010. Wah banyaknya. Tetapi mengapa buku sastera yang diutamakan dahulu? Inilah masalah bila penterjemahan dikuasai oleh "orang bahasa" maka perkara berunsurkan bahasa yang sering diutamakan untuk diterjemah Hakikatnya Pembaca Bahasa Melayu lebih memerlukan bahan ilmiah dalam bahasa Melayu berbanding bahan sastera. Proses Penterjemahan pukal ketika zaman Abbasiyah dulu banyak menterjemah buku-buku greek dimana ianya tidak tertumpu pada sastera. Perlukah ITNM duduk di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi supaya lebih banyak buku sains dan Matematik diterjemah kedalan BM? Barulah Istilah Sains dan Matematik BM boleh diperkembangkan dengan jayanya.

Politik "Masalah Pengusaha Stesyen Minyak" Carca Merba

Apabila masalah komisyen rendah pengusaha Stesyen minyak "Diselesaikan" dengan meniakkan komisyen. Namun Komisyen itu sebenarnya belum direlalisasikan. Begitu juga pengurangan caj kad fleet oleh Syarikat minyak dan pengurangan caj kad kredit juga belum direlalisasikan. pengurangan waktu operasi drpd 24 jam ke 18 jam adalah langkah untuk mengurangkan kos. Kuasa diberi kepada pengusaha untuk memohon samada mahu membuka 24 atau tidak. Ada pengusaha yang mengurangkan waktu operasi kepada 18 jam untuk disesuaikan dengan arahan KPDN walaupun sebelum ini beroperasi 24 jam. Apabila KPDN mengumumkan Pengusaha boleh memohon untuk membuka 24 jam, maka Syarikat minyak memainkan peranannya untuk "menggalakkan" pengusaha jenamanya untuk membuka 24 jam. Pengusaha lupa yang janji manis komisyen dan caj kad belum direlalisasikan. Sepatutnya tiada satupun pengusaha memohon untuk menlaksanakan operasi 24 jam selagi komisyen 12.19 sen direalisasikan. Pengusaha boleh menggunakan kuasa ...

Kami Ada Bukti Bla Bla Bla

Selalu kedengaran perkataan "Kami ada bukti bla bla bla". Esoknya "kami ada bukti bla bla bla". Lusa "Kami ada bukti bla bla bla". Apa erti bercakap "Kami ada bukti" kalau bukti itu tidak dipaparkan? Andai kata kandungan bukti itu terlalu bahaya untuk siarkan, ada cara untuk menunjukkan bukti kepada seseorang yang dipercayaai, barulah seseorang yang boleh dipercayai itu mengatakan saya sudah nampak bukti yang diperkatakan itu. Sebagi contoh, Anwar kata ada bukti bla bla bla, kandungan bukti itu ditunjukkan kepada orang PAS yang dipercayai sebagai contoh Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian barulah orang PAS boleh percaya "Kami ada bukti" itu. Kalau selalu sangat berkata "Kami ada bukti" tanpa menunjukkan bukti, lambat laun ramai yang tidak percaya.

Disahkan Sahih Oleh PAS?

Ketika drama Saiful vs Anwar vs entah, banyak kekeliruan berlaku. Siapa kenakan siapa? Saiful sebelah siapa? Kalau dulu nyata Azizan di sebelah konspirator kerana jelas pertuduhannya, malah setiap hari ianya diperelokkan supaya nampak betul. Tetapi dalam kes Saiful vs Anwar ini, Dakwaan saiful hanya berbentuk laporan polis, pada awal cerita, kononnya Saiful dipaksa mengaku, kemudian gambar dipaparkan di pejabat TPM, kini ada pula dakwaan rapat dengan Rosmah. Mana satu betul? Akan tetapi PAS negeri Pahang dan Negeri Melaka menyediakan perkhidmatan memastikan yang mana satu betul dengan merujuk kepada pimpinan negeri masing masing. Pemuda PAS Pahang: Ahli diingat dapatkan maklumat semasa daripada sumber parti PAS Negeri Melaka: BERTENANG DAN DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR DARI PIMPINAN Kisah berlaku antara pemimpin PKR dengan kemungkinan double agent antara PKR dan UMNO, tetapi untuk mendapatkan kepastian kena rujuk PAS. Secara kasar, kita boleh lihat seperti "Anwar dituduh meliwat"...

Hak Demoktratik Untuk Tidak Dilibatkan dengan Maksiat

PAS mempunyai hak secara demoktratik untuk tidak dilibatkan dengan maksiat. Sesuatu yang DAP dan PKR harus faham apabila memperjuangkan demokrasi. Apabila kerajaan Negeri Selangor atau Syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor tidaklah boleh sewenang-wenangnya menganjurkan sesuatu yang berbentuk maksiat kerana ia melanggar hak PAS untuk tidak dilibatkan dengan Maksiat. Ini kerana sebahagian daripada kerajaan Negeri Selangor adalah PAS. Kalau Ella dan Wanita Dangdut itu berkonsert bukan atas anjuran kerajaan Negeri atau Syarikat Kerajaan Negeri, itu sudah cerita lain.