test

Isnin, 21 Julai 2008

Ahmad Said Hentam Tengku Mahalel

Baru-baru ini agak kecoh tentang pembelian kereta Mercedes untuk Exco negeri Trengganu, dikatakan membazir.

Walaupun kereta itu mahal, sehingga melibatkan kos jutaan Ringgit, yang membuatkan harganya mahal ialah cukai, kos sebenar yang dibayar adalah lebih murah, yang selebihnya adalah diumpamakan cukai kerajaan negeri Terengganu kepada kerajaan Persekutuan.

Alasan Ahmad Said adalah untuk menjimatkan kos. Pada masa yang sama dia menghentam Proton Perdana Executive, kononnya ialah sudah bermasalah.


Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

"Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Sebelum ini saya pun pernah dengar berita tentang kereta Proton Perdana ADUN yang barai, untuk diserahkan kepada ADUN Pakatan Rakyat.

Dipendekkan cerita, ada banyak sumber mengatakan Proton Perdana Executive bermasalah.
Benarkah ia?

Lim Guan Eng pun sudah membatalkan pembelian kereta Proton Perdana untuk Kerajaan negerinya sebaik saja dia memerintah Pulau Pinang.

Ketika zaman pemerintahan siapa Kerajaan diwajibkan beli Perdana? Ketika Zaman CEO Proton Manakah Proton Perdana Executive dikeluarkan? Zaman Tengku Mahalel atau Syed Zainal?

Walaubagaimanapun bagi saya pembelian Mercedes untuk menggantikan Proton Perdana yang bermasalah itu agak melampau. Kos penyelenggaraannya adalah tinggi juga.

Perbezaannya ialah Kerajaan Negeri boleh lelong Mercedes setelah tidak boleh digunakan lagi pada harga yang agak tinggi berbanding Proton Perdana Executive.

Adakah Mercedes E200 adalah kereta mewah yang menjimatkan? Tiadakah Alternatif lain?

Saya pernah melihat Mercedes E Class yang diletakkan bersebelahan dengan Toyota Camry, memang terasa kerdilnya Mercedes E Class itu.

Toyota Camry harganya tak sampai 170k, kalau beli 14 buah, baru RM 2.38 juta berbanding dengan kos membeli 14 buah Mercedes E 220 3.4 juta. Sudah jimat 1 juta.

Cukup selesa untuk Exco yang berjalan jauh tanpa sakit badan. Cukup ruang untuk guna "laptop".



Penyelenggaraannya , rasa rasa jauh lebih murah daripada mercedes, mungkin ada alat ganti yang sama digunakan oleh Altis atau Vios.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit