test

Ahad, 6 Julai 2008

Menerima Hakikat Inflasi atau Tidak?

Samada harga minyak dinaikkan daripada RM 1.92 ke RM 2.70 atau tidak, hakikat inflasi itu tetap ada.

Ramai yang beranggapan harga barang naik apabila harga minyak naik. Kenapa tidak kata harga minyak naik kerana harga barang naik?

Ideologi mengatakan harga barang naik apabila harga minyak naik begitu popular di Malaysia. Ianya mudah difahami berbanding ideologi harga barang naik kerana Amerika cetak duit lebih.

Sejak harga petrol kekal pada RM 1.92 setahun lebih, harga barang tetap naik.
Ada sesiapa nak nafikan?

Walaubagaimanapun harga barang naik lebih tinggi apabila harga minyak pada paras RM 2.70

Kenapa harga barang naik banyak bila harga minyak pada paras RM 2.70?
Jawapan ringkas ialah inflasi keluar dari pusat penyembunyiannya. Inflasi yang disorokkan itu timbul semula dan kena batang hidung pengguna.

Terimalah hakikat nilai ringgit sudah merosot lebih daripada 50% sejak sebelum krisis kewangan 1997.

Kawalan demi kawalan harga hanya menyorokkan hakikat inflasi sebenar.

Inflasi yang dipaparkan oleh Bank Negara itu hanyalah inflasi pada barangan terpilih sahaja, dimana kebanyakkannya dikawal.

Inflasi sebenar, jauh lebih tinggi.
Apabila inflasi sebenar keluar dari penyembunyiannya, maka ia akan kelihatan "inflasi naik bila hargaminyak naik".

Bagi saya, polisi matawang Amerikalah menjadi punca inflasi di Malaysia ini. Saya menceritakan tentang inflasi sebenar bukannya inflasi barangan terpilih.

Polisi Matawang Amerika yang sering mencetak duit, akan menyebabkan harga barangan komoditi cuba menjadikan ia pada harga sebenar dalam Dollar Amerika.

Kerana itu harga hampir semua komoditi meningkat.

Matawang negara lain mungkin ada yang kurang menerima kesan kenaikan harga komoditi kerana matawang mereka tidak terlalu bergantung pada Dollar Amerika.

Polisi Matawang Malaysia pula terlalu bergantung pada Amerika. 1998 hingga 2005, Ringgit diikat secara langsung dengan Dollar Amerika, kemudian ditambat sana sini.

Apabila kadar tukaran matawang ringgit terlalu bergantung pada Dollar Amerika, secara automatik kita akan menerima inflasi setiap kali mereka mencetak duit.

Itu memang salah Kementerian Kewangan.

Jadi mahu tidak mahu, inflasi telahpun dikenakan kepada kita, cuma bezanya, apabila terlalu banyak barang kawalan, ianya disembunyikan, sehingga 1 tahap ia akan membuak juga.

Rakyat Malaysia sepatutnya boleh memilih samada nak terima hakikat inflasi daripada cetakan dollar berlebihan atau tidak.

boleh pilih.

Kalau benar tidak mahu menerima hakikat inflasi, maka nilai ringgit perlulah pada tahap 2 kali ganda dari sekarang. Seperti Nilai Ringgit Brunei dan Singapura.

Suatu ketika dahulu 1 Ringgit Malaysia bersamaan 1 Dollar Singapura bersamaan 1 Ringgit Brunei.

Matawang pula pasal kita pening kepala disini.

Ramai pakar ekonomi selalu berfikir nilai ringgit perlu disesuaikan dengan Dollar Amerika kerana banyak berdagang dengan mereka. Akan tetapi, Inflasi pula diimport dari mereka.

Macam-macam teori ekonomi yang mengatakan ringgit perlu rendah. Kalau ringgit rendah, bahan mentah akan mahal, serupa juga.

Jadi Kalau benar tidak mahu terima hakikat inflasi, maka perlu ada langkah menaikkan nilai ringgit.

Pilihan kedua ialah terima hakikat inflasi.

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kedua-duanya seolah-olah tidak mahu menerima hakikat inflasi.

Pakatan Rakyat pula sering melabel BN sebagai "Barang Naik", macam mana nak terima hakikat inflasi.

Inflasi terhadap ringgit berlaku sejak 1998 lagi, bukan selepas PakLah memerintah. Sebelum PakLah memerintah, inflasi itu ada tetapi disembunyikan dengan kawalan harga.

Kawalan harga sebenarnya tidaklah baik sangat untuk ekonomi. Bayangkan barangan yang sering diniagakan hampir tiada untung jika diniagakan oleh pekedai runcit.

Sampai bila?

Kedai runcit kecil-kecilan banyak jual beras, gula, tepung, garam.
Jual beras tak untung, jual gula tak untung, jual tepung tak untung, jual garam tak untung.

Sampai bila?

Banyak kedai runcit yang tidak mempunyai pekerja. Dialah tukang sapu, dialah tokei dialah juga juruwang, dialah juga susun barang.

Bayangkan kalau margin keuntungan kedai runcit ini boleh dinaikkan, sehingga mampu menambah pekerja.

Bayangkan kalau setiap kedai runcit di Malaysia ini menambah seorang pekerja setiap kedai? Berapa banyak peluang pekerjaan boleh disediakan?

Nak terima hakikat inflasi ini memang susah, tambahan pula setelah ianya disembunyikan bertahun tahun.

Tetapi itulah yang telah berlaku pada nilai matawang kita.

Mahu tak mahu gaji pekerja perlu dinaikkan. Tapi nak naik macam mana kalau semua berniaga tak untung?

Akan tetapi kalau gaji pekerja dinaikkan secara berperingkat sejak 1998, mungkin ramai rakyat Malaysia akan lebih berkemampuan menangani krisis hari ini.

Akan tetapi akibat dari penyembunyian inflasi akibat dari kawalan harga, maka gaji tidak sempat dinaikkan berperingkat sehingga tahap sepatutnya.

Akhir kata kena pilih.

a) Tak terima Hakikat Inflasi.
b) Terima Hakikat Inflasi, lakukan apa yang patut untuk rakyat berdasarkan hakikat inflasi.

1 comments:

Google+ Hasbullah Pit