Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Saiful Bukhari Double Agent?

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja. Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat. Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari. Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib . Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi . Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu g...

Pengakuan Liwat: Konspirasi Menjatuhkan Khairul Faizi?

Sejak adanya pengakuan yang dibuat oleh Saiful Bukhari kononnya dia diliwat oleh Anwar Ibrahim, maka banyaklah gambar dipaparkan menunjukkan siapa sebenarnya Saiful Bukhari. Ada gambar di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Ada gambar bersama Mustafa Muhammad Ada gambar bersama Shahrir Samad . Yang paling terkini adalah gambar bersama Khairul Faizi : Hehehe. Anggaplah ia sebagai gurauan politik murahan. Jangan Marah ya Khairul Faizi.

Beli Sahaja PLUS

Pada Buletin Utama tadi, terdapat cadangan oleh orang MCA, (tak ingat nama) supaya Kerajaan Persekutuan membeli konsesi PLUS sekarang. Disebabkan kejatuhan saham sekarang, maka harga yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ialah hanya 3 bilion. Dirt Cheap! Bukan susah sangat. Batalkan Jambatan Pulau Pinang ke 2 , beli PLUS.

Bila Saya Nak Cuba Sokong Bantahan Ali Rustam Terhadap Debat Anwar vs Saberry

Ali Rustam baru baru ini membantah perdebatan Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik di RTM. Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan. ``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini. ``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya. Atas dasar apa Ali Rustam nak bantah perdebatan itu? Hanya kerana dia menentang kerajaan, maka tidak boleh berdebat di Televisyen? Kalau pemimpin kerajaan berdebat dengan Shabery Chik tentang isu harga minyak, itu bukan perdebatan namanya. Bayangkan kalau ada Makcik UMNO nak sokong bantahan Ali Rustam ini, Makcik itu pun pening kepala atas dasar apa dia nak sokong Ali Rustam. Adakah Da...

Pak Arab Kena Tipu lebih 20 Tahun

Ini adalah graf yang dipaparkan dalam wawancara Paul Van Eeden tentang punca kenaikan harga minyak adalah disebabkan oleh pembetulan kepada bekalan US Dollar berlebihan . Oleh kerana Paul Van Eeden bukan islam, maka dia tidak mengambil berat soal umat Islam. Apabila kita melihat pada graf di atas, ia menunjukkan bahawa harga minyak adalah terlalu rendah sejak 1986 sehingga 2008. Warna kuning ialah harga minyak, dan warna putih adalah wang US Dollar yang dikeluarkan. Pada tempoh 22 tahun itu, Amerika mempunyai lebih kuasa beli untuk membeli minyak daripada negara arab. Harga minyak adalah "Dirt Cheap". Bayangkan mereka ada banyak US Dollar akibat daripada cetakan sendiri, akan tetapi harga minyak adalah murah bagi mereka. Mudah bagi mereka, nak minyak cetak duit lagi. harga tetap rendah pada tempoh 22 tahun itu. Paul Van Eeden juga mempunyai graf sebegini untuk harga emas. Kena baca kisah konspirasi menurunkan harga emas dengan memalsukan maklumat bilangan emas pada bank pusa...

Mengapa Negeri Melaka Mempunyai Terlalu Banyak Syarikat Pelaburan?

Merujuk kepada laman web Yayasan Melaka, Ekuiti Hospital Putra dimiliki oleh banyak Syarikat milik Kerajaan Negeri Melaka (klik) . Mengapa 1 negeri yang kecil mempunyai begitu banyak syarikat milik kerajaan negeri? 1. Perbadanan Ketua Menteri - (70.55%) 2. Mediquest Sdn. Bhd. - (12.00%) 3. Syarikat Permodalan Melaka Sdn. Bhd . - (5.00%) 4. Yayasan Melaka - (5.00%) 5. Apex Pharmacy Holdings Sdn. Bhd. - (4.00%) 6. Kumpulan Melaka Berhad - (3.45%) Negeri Johor ada JCorp. Malaysia Ada Khazanah Singapura ada Temasek Holding. Tapi Negeri Melaka ada banyak anak syarikat. Mengapa perlu ada Perbadanan Ketua Menteri yang berasaskan jawatan, kalau sudah ada syarikat pelaburan untuk negeri? Adakah Perbadanan Ketua Menteri adalah milik penuh Ketua Menteri? Patutlah akhir-akhir ini saya sibuk berpolitik, rupanya kalau dapat Jadi Ketua Menteri, dapat hospital.

Inflasi Dollar Amerika, Rakyat Malaysia yang Tanggung

Ini ada lagi satu interviu Paul Van Eeden. Untuk Makluman, Paul Van Eeden dulu pernah berkata dalam tahun 2006, harga emas beberapa tahun lepas adalah sepatutnya USD 850. Kenyataan itu berdasarkan berapa banyak USD dalam pasaran, berbanding dengan ketika USD ditambat dengan emas suatu ketika dahulu. Sila tonton : Paul mengatakan bahawa harga minyak sebenarnya mengejar bilangan USD dalam pasaran untuk mendapatkan harga sebenar. Dia mengatakan bahawa harga minyak sebelum ini memang terlalu rendah. Dan mengatakan bahawa seolah-olah harga minyak sebenar sekarang ialah nilai sebenar. Mari kita ramai-ramai termenung seketika kalau hakikat harga minyak ialah USD 135 setong. Negara lain yang kena tipu, simpan USD sebagai rizab kerana urusniaga minyak, Amerika sewenang-wenangnya mencetak duit. Inflasi USD dikenakan kepada sesiapa yang menyimpan USD tak kira siapa, tetapi duit yang dicetak itu milik mereka, bukan diagihkan kepada semua yang simpan USD. Harga minyak dalam USD meningkat sehingga U...

Paul Van Eeden: Kenaikan Harga Minyak lebih Bergantung daripada Bekalan Wang Kertas berbanding Penawaran/Permintaan

Temuramah CNBC dengan Paul Van Eeden: Paul Van Eeden mengatakan bahawa 90% faktor kenaikan harga minyak adalah disebabkan oleh peningkatan bekalan wang, berbanding faktor penawaran dan permintaan. Faham? Ayat mudahnya ialah Amerika cetak duit lebih, harga minyak dalam dollar naik. Pada awal temuramah itu menunjukkan harga minyak naik dalam USD dalam 5 tahun kebelakangan naik 337%, berbanding dalam euro hanya 229%. Ayat mudah, Amerika cetak duit lebih, kita mengelupur harga minyak naik.

Kos Pengusaha Stesyen Minyak Meningkat

Ramai yang tak faham apa cerita disebalik kisah masalah pengusaha stesyen minyak sehingga ada ura-ura nak tutup stesyen pada 26 Jun, dan ura-ura tak membenarkan penggunaan kad. Ketika ini komisyen yang pengusaha dapat ialah 3 peratus. Sebenarnya sebelum kenaikan harga minyak, komisyen itu bukanlah 3 peratus, tetapi 4 peratus sahaja. Kerajaan tidak turunkan peratus komisyen apabila menaikkan harga minyak, akan tetapi ianya berlaku automatik apabila komisyen yang dikira perliter adalah dalam unit sen per liter dan bukannya peratus perliter. Setiap kali harga minyak naik, setiap itu peratus komisyen akan merosot. Setiap kali harga minyak naik, setiap kali PDAM kena minta naikkan komisyen. Komisyen yang naik hanya dalam bentuk sen per liter. Akan tetapi kalau dari peratus, ia merosot daripada asalnya 6% pada 90an ke 4 peratus tahun lepas dan 3 peratus sekarang. berniaga apa yang dapat untung kasar 3%? Itu ikut perkiraan tunai, dimana kononnya tiada caj kad kredit dan tiada pemeruapan. kala...

Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Padi tadi di Berita Harian, saya terbaca akan Ar-Rahnu PAS dibuka di Jalan Raja Laut hari ini. Maka bolehlah orang Melaka membeli emas dengan kadar upah yang paling minimum (Dinar Emas Kelantan) di Kuala Lumpur, tidak perlu pergi ke Kelantan. Pada Surat Khabar yang sama ada menceritakan ura-ura nak kurangkan caruman pekerja untuk meringankan poket rakyat. Sekarang ini pekerja perlu mencarum 11%, suatu ketika dulu zaman gawat ianya pernah turun sehingga 9%. Perbezaan 2 peratus itu sebenarnya besar untuk merancakkan ekonomi ATAU membezakan antara "bulan ini cukup makan atau tidak". Menteri Kewangan II mengatakan kononnya ianya tiada beza, kerana ia akan mengurangkan simpanan hari tua. Eh tunggu sekejap. Kalau inflasi bulan ini 5%, dan dividennya 5%, ianya tiada beza. Akan tetapi kadar inflasi negara ini bukanlah menunjukkan perbelanjaan sebenar kerana ia hanya menggambarkan sebakul barangan, maka kenaikan yang pengguna rasakan ialah lebih dari 5%. Jikalau gaji seseorang itu RM ...

Demo-Demo Kenaikan Harga Minyak di Negeri Melaka

Demo Kenaikan harga Minyak di Negeri Melaka sudah banyak diadakan. Demo yang Pertama Lokasi: Melaka Sentral Disebabkan masalah teknikal, ianya serentak serentak dengan Muktamar Pemuda PAS Melaka, jadi saya tidak dapat sertainya. Demo yang Kedua Di adakan di Masjid Tanah Di adakan pada petang pada hari yang sama dengan Demo di Melaka Sentral. Demo ke 3 Lokasi : "Pekan" Jasin Demo ke 4 Lokasi Air Terjun Bukit Sebukur Demo ke 5 akan diadakan. Menurut Blog Muta Ligat, akan ada lagi satu demo akan diadakan pada 28 Jun, jam 3:00 ptg di Pintu Masuk Dataran Pahlawan, tidak pasti sebelah barat atau sebelah timur. Saya bukan penganjurnya, hanya tukang sebarkan. Ayuh Rakyat Melaka, jangan takut menuntut hak supaya kerajaan menjaga kebajikan Rakyat. Jangan takut, Jangan rasa tertekan, lihatlah pendemonstrasi keriangan. Saudara Damian senyum keriangan:- Saudara Sofi Wahab juga senyum keriangan Saya dan Fauzi juga turut keriangan Tiada sebab, rakyat perlu takut. Jikalau ada anugerah ...

Merlimau Hanya "Pekan Kecil" Bagi Ali Rustam

Ali Rustam tulis di blognya . Begitu juga dengan pekan kecil lain seperti Chohong, Sungai Rambai, Sungai Udang, Merlimau , Kuala Sungai Baru, Cincin, Lubok Cina dan lain-lain akan di bangunkan menjelang tempoh itu. Selain itu kita turut membina Bandar Kesihatan dan pendidikan di Gapam, Jasin seluas 800 ekar yang kini di buka peluang pelaburan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut. Ali Rustam begitu menghina penduduk Merlimau dengan menggambarkan ianya sebagai pekan kecil walhal ianya sudah bertaraf bandar sejak tahun 80an lagi. Taraf Bandar bagi Merlimau adalah berdasarkan kepadatan penduduk. Ya, Rupa Merlimau memang seperti pekan kecil, ianya adalah disebabkan oleh dasar kerajaan negeri Melaka yang terlalu mementingkan pembangunan di daerah lain. Pembangunan di daerah Jasin lebih tertumpu kepada "pekan" Jasin. Maka "Pekan" Jasin kelihatan lebih besar dan lebih maju akibat daripada segalanya yang melibatkan kedaerahan diletakkan di Jasin. Walhal hakikatn...

Soalan Soalan Lazim Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat

S: Mengapa " Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat "? J: Di atas kenaikan harga minyak ramai rakyat berasa susah sehingga tidak cukup makan. Permakanan rakyat adalah Tanggungjawap Kerajaan. S: Adakah Nama "Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat Sesuai"? J: Ia boleh juga dipanggil "Tuntutan Royalti Minyak Rakyat". S: Mengapa RM 50 setiap orang, bukannya hanya untuk golongan tertentu? J: Setelah 50 tahun merdeka, banyak agensi telah cuba untuk membantu golongan miskin, akan tetapi masih ramai yang miskin. Pengagihan melalui agensi akan menyebabkan ada pihak yang tidak dapat bantuan. S: Adakah RM 50 setiap orang itu cukup meringankan beban golongan miskin? J: Sebenarnya tidak, akan tetapi ianya jauh lebih baik daripada mereka tidak dapat langsung daripada sistem rebet dan sistem pengsubsidian supaya harga minyak turun. S: Adilkah golongan kaya juga mendapat RM 50 ? J: Memang tidak adil, akan tetapi dengan cara pengagihan menyeluruh dapat memastikan semua orang memperolehi...

Naik Turun Kadar Faedah

Ada ura-ura kononnya kadar faedah akan dinaikkan untuk membendung inflasi. Jangan tanya saya samada saya lebih suka kadar faedah naik, atau turun dalam mengatasi masalah ekonomi yang ada di Malaysia ini. Saya impikan dunia ekonomi yang tiada "kadar faedah". Kenaikan atau penurunan kadar faedah itu hanya kaedah barat untuk turun naikkan inflasi atau rancakkan ekonomi. Dr.M adalah peminat Kadar faedah rendah, kerana bila rendah rakyat boleh lebih meminjam untuk membeli belah dan rancakan ekonomi. Sebenarnya kadar faedah rendah hanya sesuai untuk jangka pendek. Jangka panjang akan merugikan rakyat. Lihatlah berapa ramai pemilik kenderaan usang yang belum habis bayar? Kadar faedah tinggi pula mengurangkan pinjaman baru. Siapa yang meminjam ketika kadar faedah rendah, kemudian dinaikan akan pening kepala. Bank tempatan cukup suka promosikan pinjaman ASB. sehinggakan ada yang mencadangkan jual yang lama, dan meminjam dengan kadar baru. Tapi rupanya kadar faedah akan dinaikkan. Ses...

Demo Menuntut Kerajaan Membayar RM 50 Kepada Semua Rakyat

Walaupun Demonstrasi itu Membantah Kenaikan Harga Minyak , namun saya gunakan platform itu untuk menyatakan tuntutan saya yang mengagihkan Kekayaan negara dengan lebih adil. Dan saya nyatakan dengan jelas tuntutannya. Terima Kasih Kepada GAMIS kerana menyokong sesuatu yang hampir sama dengan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat .

Pembayaran Gaji Kerajaan Berdasarkan Kalendar Cina

Memandangkan bila sebut Islam sahaja semua sudah kecut perut takut dipaksa memakai tudung ke pejabat. Jadi, dalam isu pembayaran gaji dua kali sebulan, Tuan guru Nik Aziz telah mencadangkan pembayaran gaji mengikut kalendar hijrah . Mungkin ada yang fobia. Jadi saya cadangkan pembayaran gaji dibuat pada hari pertama pada bulan mengikut kalendar cina . Kalau siapa yang faham kaitan kalendar Cina dengan Hijrah, maka dia akan tersenyum.

Saya bukan Fobia Subsidi

Saya bukan Fobia Subsidi. Kenapa? Saya dikelilingi dengan Nelayan yang dapat subsidi, dikelilingi pemandu teksi, kenal rapat dengan pesawah. Semasa pilihanraya, nelayan yang menerima subsidi itu yang bersama-sama memasang bendera PAS. Nelayan yang terima subsidi itu yang memasang bendera PAS di telah Selat Melaka. Saya tidak suruh, mereka yang pasang sendiri. Takkanlah pula saya berasa hina dengan penerima subsidi apabila saya rapat dengan mereka. Bayangkan kalau nelayan turun ke laut dengan harga RM 1.92 seliter, adakalanya hasil tangkapan tidak pulang modal. Kerana itu mereka memerlukan subsidi. Inikan pula bila harga minyak RM 2.70. Nelayan di eropah yang maju itu pun menuntut subsidi kerana sektor perikanan mereka tidak lagi menguntungkan. Walhal ikan dinikmati oleh semua orang dengan harga yang berpatutan. Jika benar menerima subsidi memalukan bagi sesetengah orang, ada baiknya "Elaun Keraian" Menter itu ditukarnama menjadi "Subsidi Keraian".

Jatuh Maruah Bila Sebut Subsidi, Tercabar Keegoannya

Terdapat satu ulasan di Tranungkite yang mengatakan perkataan Subsidi itu biadap . PENGURANGAN HARGA = SUBSIDI ....(perkataan SUBSIDI ini perkataan biadap..walhal kita beli produk.....bukan dapat percuma terus!!!!! ) Apa bila saya mengatakan ianya memang subsidi, maka saya dilabel: Dah hang tu MUKA SUBSIDI, sebab tu hang tak kisah.... Rupanya disebalik kehangatan "Tuntutan Turunkan Harga Minyak" rupanya ada manusia yang begitu fobia dengan perkataan subsidi. Macam mana ni? nak harga minyak turun, tapi taknak guna nama "subsidi"? Patutlah Tuntutan subsidi Makanan Rakyat tidak mendapat sambutan, mungkin kerana malu dan takut hilang keegoannya bila nak minta subsidi tapi nak minta turunkan harga minyak. Mungkin saya kena ubah nama tuntutan itu kepada "Tuntutan Royalti Petroleum Rakyat", barulah yang ego itu tak berapa malu nak tuntut. Jatuh martabat mereka kalau minta subsidi. Petani di Negeri Jepun sejak dari dulu mendapat subsidi, tetapi mereka tidak be...

Penjimatan Kerajaan Yang Membunuh Ekonomi

Langkah Kerajaan Persekutuan mengurangkan elaun keraian bagi menteri adalah langkah yang kelihatan baik. Akan tetapi apa ertinya kalau wang persekutuan dapat dijimatkan pada masa yang sama ia tidak sampai ke tangan rakyat? Beberapa negeri pun turut mengikut jejak langkah kerajaan persekutuan untuk mengurangkan elaun keraian. Secara hampir serentak, semua negeri diperintah BN mengurangkan elaun keraiannya. Negeri Pahang sempat memintas negeri Melaka, kerana membuat potongan elaun keraian yang lebih. Yang peliknya, Negeri Sabah pun turut memotong elaun keraiannya, pada masa yang sama diberitakan Kerajaan Persekutuan pemberuntukkan jumlah yang besar kepada kerajaan negeri. Apalah penjimatan yang kerajaan Sabah dapat berbanding peruntukan bilion yang kerajaan Negeri dapat? Kesemua langkah itu seolah-olah menunjukkan Negara berada dalam kegawatan ekonomi dan menakutkan pelabur. Secara tiba-tiba sahaja orang yang suka boros, tiba-tiba berjimat. Bukankah itu tanda kegawatan? Pada masa yang le...

YB Salahudin Muda 10 Tahun

Ketika Piada Dunia 2006, apabila Zidane mempamerkan aksi menarik dan membawa kemenangan kepada Peranchis menumpaskan Brazil, ketika itu media memperkatakan bahawa "Zidane Muda 10 Tahun". Itulah gambaran yang patut diberikan kepada YB Salahudin merujuk kepada Aksinya ketika demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur semalam. YB Salahudin Muda 10 Tahun . Semalam, Peranchis telah tewas di tangan Belanda, menyebabkan terasanya kehilangan Zidane, Walaupun satu ketika dahulu Zidane pernah mengecewakan peminatnya dengan aksi menanduk Materizi sehingga dibuang padang. Namun Zidane tetap wira Peranchis. Kekalahan YB Salahudin ketika berdebat adalah umpama tindakan Zidane menanduk Materazi, dan Kesungguhan berdemonstrasi adalah umpama membawa Peranchis mengalahkan Brazil. YB Salahudin tetap wira Malaysia.

Poster Tuntutan Untuk Demo

Pengorbanan Individu

Baru baru ini, terdapat satu cerita tentang bagaimana seorang muslimah, yang cuba untuk kerja di sektor swasta terpaksa berhenti kerana tidak sanggup untuk mengeluarkan notis berhenti kerja kepada pekerja yang tidak dibayar gajinya. Bukan seorang tetapi ramai. Pada masa yang sama muslimah itu pergi pula mencari pekerjaan yang lain. Sebelum ini kedengaran cerita tentang seorang muslimah yang lain, berkorban menaja makanan kepada pelajar pada masa yang sama di status YMnya tertulis "lapar...". Terdapat juga cerita tentang pengusaha stesyen minyak yang tetap menggajikan pekerjanya walaupun tahu perniagaannya pada bulan ini berkemungkinan besar kerugian akibat daripada kenaikan caj bank pada kad kredit yang bertambah akibat kenaikan harga minyak. Akan tetapi tetap menyediakan perkhidmatan kad kerana rakyat biasa bergantung pada sistem itu untuk mendapatkan subsidi. Terdapat juga kes lain, pengusaha Stesyen minyak, merancang untuk memberikan gaji seumpama seorang pekerja itu beker...

Pesakit TB dan Langkah Kerajaan

Sila baca cerita ini kerana soalan akan diberikan selepas habisnya cerita. Ketika saya terpandang dia , jalannya sudah pun longlai dan tubuh kurus itu kelihatan terhoyong-hayang.Tangannya mencengkam kuat dadanya. Dalam petang samar-samar menghampiri Mahgrib, jalan diselekoh Stesen Komuter Shah Alam cukup sibuk dengan kenderaan yang mengambil dan menghantar penumpang.Jadi sewaktu bercerita rancak tentang kesan kenaikan harga minyak dengan suami yang memandu di sebelah ,tiba-tiba saya automatik menjerit kepada suami bila terpandangkan pakcik tersebut.Hampir-hampir sahaja kereta kami terlanggar dia yang berjalan lemah di tengah jalan. Suami saya segera berhentikan kereta di tepi jalan(dan..hampir membuat sekatan kepada lalulintas lain).Saya nampak dia bertanyakan pakcik itu.Dan saya nampak gerak gerinya menawarkan kereta kami untuk ditumpangi.Dan jelas pakcik itu menolak tawaran suami saya.Saya lihat digenggam erat tangan suami saya sebelum dilepaskan.Lalu dia terus berjalan.Masih dalam ...

Bahasa Melayu Rancangan BOLOS Astro Ria

Kenapa pengacara perlu menggunakan istilah "korang" dan "diorang" sedangkan "anda semua" dan "mereka" bukanlah sesuatu yang sukar untuk disebut oleh pengacara berbayar itu. Mengapa terlalu banyak penggunaan "ke" bagi menunjukkan maksud "atau" ? Terutama sekali melibatkan Saluran Astro Ceria dimana ramai kanak-kanak belajar bahasa daripada situ? Adakah ia memang disengajakan?

Peluang Untuk Kempiskan Perut dan MengIslamkan Larian Jabatan Pulau Pinang

Saya tidak ingat dimana URLnya, tetapi saya pasti Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Larian Jambatan Pulau Pinang sendiri tanpa bantuan Persekutuan. Semalam saya sudah berlari beberapa minit sebagai persediaan awal untuk menawan Jambatan Pulau Pinang dan untuk mengempiskan perut. Saya nampak ada hikmahnya penganjuran sendiri Larian Jambatan Pulau Pinang oleh kerajaan DAP kerana PAS boleh meminta DAP untuk mengubahsuaikan waktu larian daripada sebelum subuh kepada selepas subuh. Kalau tidak salah saya, sebelum ini larian bermula pukul 6 pagi, mungkin boleh dilewatkan ke 6:30 pagi dengan syarat kemudahan bersolat disediakan berdekatan dengan tapak perlumbaan. Selain dari ini, Pemuda PAS Negeri Melaka boleh mengajak golongan muda mudi negeri melaka yang berbakat supaya dibawa ke Pulau Pinang sebagai mewakili Pemuda PAS Melaka. Rombongan 1 bas pun sudah memadai. Selain dari itu, Pemuda DAP Melaka dan Pemuda PAS Johor pun boleh mengkempiskan perutnya.

Ali Rustam Pun Nak Potong Elaun Keraian Juga

"Aku Pun Boleh Potong Elaun Juga" Ini apa cerita? Kerajaan Persekutuan, kalau Menterinya dipotong elaun keraian, maka wang kerajaan persekutuan boleh dijimatkan, kerana Wang persekutuan yang boleh digunakan untuk subsidi minyak atau subsidi lain. Kalau Ali Rustam potong elaun dia , Exco dan Adun, duit kerajaan Negeri yang dijimatkan. Pada waktu yang sama wang kerajaan negeri Melaka yang banyak dibazirkan . Lagi baik elaun itu tidak payah dipotong. Jika 5 ADUN DAP Melaka dipotong elaun sebanyak RM 250 seorang, maksudnya RM 1250 dipindahkan daripada kawalan pembangkang kepada Kerajaan Negeri kawalan BN. Err ADUN DAP dapat elaun keraian juga RM 2500 sebulan? Kalau benar ADUN dan menteri berjiwa rakyat, mereka sepatutnya mendapat lebih peruntukan supaya mereka boleh bantu rakyat susah secara peribadi. Adakalanya tanggungjawap ADUN melebihi jangkauan politik .

YB Salahudin Yang Mengecewakan

YB Salahudin agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS. Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat . Jika Shahrir Samad katakan mengapa cara itu sesuai, katakan sahaja ianya adalah subsidi menyeluruh kerana yang merana adalah poket rakyat, bukannya poket kerajaan persekutuan. Poket kerajaan persekutuan akan penuh kembali apabila PETRONAS mengumumkan keuntungan tahun kewangan 2007. Cadangan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat adalah lebih baik daripada subsidi berdasarkan sektor A, kemudian sektor B , Sektor C, kerana pasti akan ada lompongan insan Rakyat Malaysia akan tidak menikmati subsidi. Sebagai contoh yang nyata ialah Keterlupaan Shahrir Samad akan subsidi yang diberi...

Penjimatan 2 bilion, Baca Berita Dengan Betul

Sila baca berita ini (sumber asal saya tidak pasti) PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan empat langkah mengurangkan beban rakyat, termasuk mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri kepada 10 peratus. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan cuti anggota Kabinet yang ditanggung kerajaan selama seminggu hanya dalam negara Asean. Tiga langkah lain ialah mempercepatkan bayaran rebat tunai mulai Sabtu ini bagi meraka yang membaharui cukai jalan pada April dan Mei, selain menambah kuota fleetcard untuk mengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan sosial. Katanya, semua langkah itu dapat menjimatkan RM2 bilion yang akan digunakan untuk membayar bentuk bantuan lain kepada rakyat. Artikel itu tidak mengatakan elaun keraian mencecah 2 bilion, yang 2 bilion itu ialah penjimatan setelah beberapa langkah dilakukan . Shahrir Samad pun mengatakan elaun menteri itu tidak sampai 1 bilion. PULAU PINANG 8 J...

Shahrir Samad Terlupa Ada Teksi Yang Guna Petrol

Sebentar tadi baru diumumkan bahawa teksi menggunakan petrol akan mendapat subsidi (mungkin pada harga RM 1.43) -Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol . -Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol Telah saya nyatakan dahulu beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan Pengstrukturan subsidi Selagi Tuntutan Subsidi Makanan tidak dipenuhi , selagi itu akan ada lompong-lompong sektor atau individu teraniaya akibat kenaikan harga minyak. Aku percaya banyak lagi lompongan yang terlupa diambil kira sebelum pengstrukturan subsidi. Yang paling ketara sekali ialah orang yang tak mampu berkenderaan. -- Sebentar tadi saya berborak dengan seorang pemandu teksi yang menggunakan petrol, dia mengatakan bahawa Persatuan telah lama memohon supaya teksi berpetrol mendapat subsidi namun tidak berjaya. Sedangkan...

Politik Bohong Membohong

Lihatlah senarai "Kekayaan" Kroni yang disimpan di Israel . Name : Ms Siti Hasmah Bte Mohamed Ali Post : Wife of Prime Minister Passport No. : D 173596 (M) Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) 3 years Account No : AGF-2192-2442-722-(X) Amount : USD 4,000,000.00 Date of opening account : 25/06/95 Date of Maturity : 25/06/98 (Maturity continued to 25/06/2001) Setelah saya mencari laman web "Israeli National Bank", tidak dijumpai. Yang jumpa hanyalah "Bank of Israel", iatu bank pusat bagi kerajaan haram mereka. Melihat akan senarai bank yang ada di Wilayah Palestine yang dirampas Israel , hanyalah: Tidak ketemupun "Bank of Israel". Kalau media perdana sering berbohong, ia akan menyebabkan "total rejection" oleh sesetengah orang. Kalau blog berbohong, akan terjadi nanti "total rejection" oleh sesetengah orang. Sindrom "Jangan Percaya Internet" , "Jangan Percaya blog" ...

SMS tidak bertanggungjawap berunsur jenaka ketika krisis kenaikan harga minyak

SMS tidak bertanggungjawap berunsur jenaka ketika krisis kenaikan harga minyak: Apa yang hendak diributkan, GP Kanada kan sudah jadi milik kita. Kemudian dibalas dengan: Kah Kah Kah. Menang sorak kampung tergadai. Itulah kisah orang melayu Akibat marah akan kekalahan Nick Heidfeld keatas Robert Kubica (Poland), Pasukan Bola Sepak Jerman Terus membenamkan Pasukan Poland, 2-0 . Saya tidak Pasti samada Rakyat Poland bergembira atau tidak, itulah pertamakalinya rakyat Poland memenangi GP F1, pada masa yang sama pasukan bolasepaknya kalah. Yang Pasti, Rakyat Poland tidak rela meletakkan keris di benderanya.

Nasib Pengusaha dan Penumpang Bas = Budak Sekolah Bergeselan

Suatu ketika dulu terdapat satu berita tentang Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus berikutan peningkatan kos operasi dan alat ganti . Khairul Faizi, selaku penumpang bas tegar menceritakan dilemanya sendiri untuk menaiki bas kalau tambang bas naik 100% . Pengusaha bas adalah rakyat, penumpang bas juga adalah rakyat. Kemudian di Buletin Utama tadi, ada pengusaha Bas mengatakan bahawa kuota yang diberikan dalam skim SKDSnya sudah habis digunakan. Jadi dia terpaksa membeli minyak pada harga tinggi juga. Kementerian tidak mengkaji dengan lebih lanjut samada adakah semua bas yang menikmati harga RM 1.43? Tindakan PMBOA untuk memohon kenaikan tambang juga tidak berpatutan. Bagi saya PMBOA menuntut supaya:- Harga minyak Disel yang dibelinya diturunkan sehingga RM 1.00 berbanding RM 1.43 DAN menuntut supaya kuota disel pengusaha bas itu dinaikkan supaya tiada pengusaha bas yang terpaksa membeli...

Berapa Banyak Subsidi Minyak Yang Syarikat Asing Perolehi?

Politik Tutup Periuk Nasi semakin hebat, sehinggakan ada pihak nak boikot . Seolah-olah PETRONAS yang tarik balik subsidi bukannya Kerajaan Persekutuan. Subsidi oleh PETRONAS dalam NGV tidakpun ditarik balik. Rakyat tak pernah pun persoalkan kenapa Syarikat minyak asing yang juga ada mengorek minyak di Tanah Malaysia kenapa tak beri subsidi. Anil Netto mungkin baru tahu yang Kerajaan juga memberi subsidi kepada syarikat minyak asing , lalu bertanyakan berapakan subsidi yang syarikat minyak asing perolehi. there are actual subsidy payments to the oil companies - the difference between the market price and the price at the pump. (Does that mean we are also paying foreign oil companies a subsidy for the privilege of selling oil in the domestic market at a discounted rate?) Now, what I want to know is how much did the government pay to each oil company in subsidies? Come on, give us the full picture, the breakdown of subsidies to each oil company, facts and figures. Jadi saya pun nak tahu...

Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat

Rakyat menuntut hak rakyat supaya kerajaan bertanggungjawap untuk menjaga kebajikan Rakyat. Rakyat menuntut Subsidi Makanan Rakyat sebanyak RM 50 setiap orang bagi setiap bulan daripada penjimatan Subsidi minyak. (Kos tak sampai 15 bilion setahun)

Politik Tutup Periuk Nasi

Ini semua kerja gila. Sejak akhir-akhir ini kelihatan PETRONAS yang bersalah kerana sebab-sebab berikut: Harga minyak Naik Terengganu kehilangan royalti. Projek yang melibatkan kroni. Maka dikoreklah lagi cerita-cerita untuk menyalahkan PETRONAS sehinggalah gaji pemain muzik pun diceritakan. Macamlah semua keuntungan PETRONAS itu hanya daripada hasil minyak yang dikorek di negara Malaysia sahaja. Sejak bila pula Malaysia mempunyai kedaulatan keatas Sudan sehingga rakyat malaysia boleh sesuka hati mempersoalkan setiap perbelanjaan PETRONAS? Stesyen Minyak Jenama Engen Di Afrika Selatan ambil minyak dari Terengganukah? Baru-baru ini banyak topik di Tranungkite mempersoalkan pelaburan PETRONAS untuk menguasai LNG di Australia . Saya nampak perkara itu sebagai satu perkara positif, dimana PETRONAS akan menguasai LNG. Maksudnya, kita akan boleh kawal harga LNG, bukan lagi negara barat. NGV di Malaysia semuanya disubsidikan oleh PETRONAS bukannya kerajaan Malaysia. Kenapa tak persoalkan kena...

Pandangan Beberapa Pihak Tentang Perjudian Celcom

Ampun maaf jika ayatku ini ketika menceritakan tentang perjudian celcom keterlaluan, Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5. Tak sangka pula ada banyak pihak yang tidak menyangkakan ianya perjudian. Ingatkan semua tahu. Untuk tidak mengelirukan, bukan saya yang pandai-pandai mengatakan ianya perjudian, walaupun ia jelas perjudian. Untuk rujukan, Mufti Perlis juga mengatakan Ianya Haram Ustaz Zaharudin pun kata sebegitu. Terdapat 1 topik khas isu ini di Tranungkite. Celcom tawar 100 Camry - Perjudian Terancang Namun Celcom menafikannya Peraduan tiada unsur judi - Celcom Oleh Amran Ahmad KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.

Kekecewaan dalam Pengstrukturan Subsidi Minyak

Ada pihak yang kecewa dengan tindakan mengejut Shahrir Samad melakukan "Pengstrukturan Subsidi Minyak" yang begitu "serta merta". Saya menjangkakan mereka hanya mengumumkan langkah pengstrukturan sahaja untuk dilaksanakan ogos. Maka cukup masa untuk cendekiawan negara untuk menokok tambahkan pengstrukturan itu supaya ianya akan lebih elok. Sebagai contoh, 1. Kaji semula nilai ringgit sebelum pengapungan harga minyak. 2. Perluaskan SKDS jika subsidi dihapuskan. Ada banyak lagi lori yang belum guna SKDS. Saya difahamkan ada lori syarikat pengangkutan yang tak dapat harga RM 1.43 3. Mungkin ada SKDS khas untuk Petrol bagi pemandu teksi yang menggunakan Petrol. SKPS? Adakah teksi berpetrol sesuai untuk menggunakan sistem seperti ENelayan? 4. Cara pengagihan subsidi yang dijimatkan itu kepada manusia dan bukannya kenderaan. ( Kupon Subsidi makanan vs Rebet kenderaan) 5. Nilai subsidi kepada rakyat juga perlu dikaji, samada 15 bilion atau lebih atau kurang, bukan se...

Kefobiaan CheDet Terhadap Pengapungan Matawang Ringgit

Che Det telah membuat satu catatan blog berkenaan harga minyak turun menceritakan bahawa kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 peratus dalam Ringgit Malaysi a . Dipendekkan cerita, kalau harga minyak sebenar ialah RM 2.70, nilai ringgit naik 20%, maka harga minyak itu hanya RM 2.16 Che Det dan saya menggunakan teori yang sama iaitu naikkan ringgit supaya harga minya sebenar dalam ringgit itu turun. Maka tak perlu fikir "subsidi" sangat kalau perbezaan harga minyak runcit dengan sebenar hampir tiada beza. Sekiranya Ringgit meningkat sebanyak 30%, harga minyak RM 2.70 ialah RM 1.89. Maksudnya harga minyak boleh turun. Akan tetapi bukan dengan cara murahan Anwar Ibrahim untuk "tambah subsidi guna duit PETRONAS". Akan tetapi dengan mengukuhkan ringgit. Saya sudah berkali-kali menulis tentang meningkatkan nilai ringgit supaya masalah ini dapat diselesaikan atau dikurangkan. Dan pernah juga saya menyuarakan perkara sebegini kepada Bekas Men...

Harga Minyak Diturunkan

Saya baru dapat SMS bahawa harga minyak diturunkan ke 270.4 sen seliter ke 270 sen seliter berkuat kuasa pada tengah malam ini. Baru saya nak kaji mana datangnya 0.4 sen pada harga minyak itu. Kementerian sudah ada langkah nak mengelakkan "kekeliruan". Nampaknya kerajaan telah membuktikan bahawa mereka suka mengganggu "tengah malam jumaat" bagi pengusaha Stesyen Minyak Langkah ini disifatkan sebagai "Tak Mesra Hubungan Suami Isteri"

Langkah Membenarkan Warga Asing Pada Harga Yang "Hampir" Diapungkan Wajar Atau Tidak?

Setelah meneliti hujah Saudara Herman Shamsudeen supaya tidak membatalkan larangan pembelian minyak kenderaan asing , Memang ada benarnya, kerana masih beberapa sen per liter wang negara disubsidikan lagi. Akan tetapi akibat daripada larangan penjualan minyak kepada kenderaan asing yang dibuat secara tergesa-gesa itu juga telah menyebabkan:- 1. Warga Negara Malaysia yang berkenderaan Singapura terpaksa ke singapura untuk membeli Minyak. 2. Warga tempatan yang berkenderaan Thailand juga terpaksa masuk ke Thailand untuk membeli Minyak. 3. Pengusaha Stesyen Minyak di sempadan hampir gulung tikar akan menyebabkan beberapa pekerja tak dapat cari makan. Disebabkan pembatalan larangan itu memberi manfaat kepada warga Malaysia juga, walaupun rugi sedikit. Maka terpulanglah pembaca untuk menilai samada pembatalan larangan itu wajar atau tidak.

Situasi agak tegang bila kereta tak dapat keluar

Situasi agak tegang bila kereta tak dapat keluar dan kereta yang lalu pun tak boleh jalan terus walaupun ada polis jaga

Membantah Kenaikan Tarif Elektrik Kalau Belum Cuba Ladang Kincir

Dengan Ini saya membantah sebarang kenaikan tarif elektrik, kerana keuntungan TNB dan IPP adalah cukup banyak. catatan saya yang terdahulu. Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion Secara kasar, TNB untung 6 bilion setahun. Kerajaan sepatutnya menggalakkan TNB dan IPP untuk mengadakan sumber tenaga elektrik menggunakan ladang kincir , sebagai ganti subsidi terhadap TNB dan IPP yang dikurangkan, bukannya dengan menaikkan tariff elektrik. Saya hanya merelakan kerajaan untuk membenarkan TNB menaikkan tariff Elektrik sekiranya Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik

Hanya 13.8 bilion sahaja untuk kupon Subsidi Makanan setiap Rakyat Malaysia

Saya tak salahkan kerajaan bila naikkan minyak sehingga RM 2.70 kerana ia adalah sebahagian daripada idea saya juga, Memang saya jangkakan ianya akan terus mendadak sehingga lebih kurang RM 3. Akan tetapi saya agak kecewa kerana ianya hanya RM 625 diberikan untuk menjimatan yang begitu besar. Negara juga berjimat apabila punca penyeludupan dihapuskan. Negara juga berjimat apabila pelancong asing tidak lagi mendapat subsidi. Negara juga berjimat apabila pengguna akan berjimat. negara juga berjimat apabila kenderaan cc besar tidak mendapat subsidi Ada banyak sebab yang menunjukkan bukan setakat jimat 4 bilion, saya pasti ia lebih dari 20 bilion. Satu sebab yang membuatkan saya agak marah ialah saya menunggu untuk mengetahui tentang kaedah pengstrukturan subsidi, bukan pengimplementasian terus. Terdapat 2 penyelesaian tambahan bagi pengstrukturan subsidi minyak ini. 1. Kekalkan ianya sebagai RM 625 untuk kenderaan yang berdasarkan pendaftaran JPJ, akan tetapi buat lagi 1 subsidi khas untu...

Adakah RM 625 Untuk Subsidi Minyak Mencukupi?

Kalau benar subsidi untuk Kenderaan bawah 2.0 cc adakah ianya tidak mencukupi? Saya mengganggarkan bahawa setiap kenderaan mendapat lebih kurang RM 100 sebulan. Adakah benar kerajaan Hanya jimat 4 bilion? Agak pelik bila pemilik kenderaan mendapat subsidi, orang yang tidak berkenderaan tidak dapat apa apa. Oleh itu, penyelesaian " kupon subsidi makanan " berdasarkan kepala perlu diadakan di samping pemberian subsidi bahanapi pada nilai yang lebih banyak daripada subsidi RM 625 itu sebagai contoh RM 1200 setahun. Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain seperti Bank. dikira mengikut kepala. Orang kaya pun boleh tuntut kalau tak tahu malu. Catatan lama tentang kupon subsidi makanan Adakalanya saya pernah terfikir untuk guna "kupon makanan" untuk diberikan secara percuma kepada warga negara Malaysia. Pekerja asing, pelancong asing tak dapat. Tiap tiap tahun, rakyat Malaysia pergi ke pejabat pos, bawa Mykad untuk dapatkan kupon makanan. sebagai c...

Beratur untuk beli minyak

Beratur nak beli minyak sampai tgh jalan

Apungkan Ringgit Sebelum Apungkan Minyak

Suatu ketika dulu, Brunei dan Singapura menggunakan Matawang Ringgit. Kemudian berpisah dan berpisah tapi nilainya lebih kurang sama. Setelah krisis Matawang berlaku pada 1998, Ringgit Merosot teruk, sehingga terpaksa ditambat dengan USD oleh Che Det. Kemudian PakLah berbulan madu ketika CheDet sibuk cadangkan untuk lepaskan tambatan ringgit. Zety pula tambat ringgit kepada beberapa matawang asing, tetapi berat kepada Dolar Amerika. Dolar Amerika jatuh lagi. Sehingga kini sudah menjadi RM 2.36 bagi setiap Dolar Singapura dan RM 2.22 bagi setiap Dolar brunei. Nilai ringgit sebenar sepatutnya lebih kurang dengan Dollar Singapura dan brunei. Selagi nilai ringgit ialah separuh dari Dollar Singapura, selagi itulah Ringgit di bawah nilai. Saya bukan peminat setiap pengapungan ringgit, akan tetapi ringgit perlu diapungkan supaya mendapat nilai hampir dengan Singapura dan Brunei. Selepas sudah lebih kurang sama, maka kalau nak ikat, ikatlah. Saya tidak pasti samada pengumuman esok melibatkan p...

Harga Minyak Akan Diapungkan atau Dinaikkan?

Kalau kita sebut harga minyak akan dinaikkan, maka nampak macam Kerajaan BN jahat, tak peduli rakyat. Kalau kita sebut pengstrukturan semula subsidi, maka BN nampak baik sedikit. Tak kisahlah bagaimanapun. Pendekatan Shahrir Samad begitu berbeza dengan Pendekatan Shafie Afdal ketika dia menjadi Menteri KPDN dahulu. Shahrir Samad lebih terbuka menerima idea, termasuk idea orang PAS untuk menyelesaikan masalah perbezaan ketara harga minyak peruncitan dengan harga sebenar. Manakala, Shafie Afdal lebih suka menggunakan cara lama tanpa perlu idea tambahan atau luaran macamlah cara itu sahaja yang paling sesuai. Maka Shafie Afdal hanya memberikan penjelasan yang begitu teknikal tentang subsidi, pada masa yang sama rakyat berpendapatan rendah merana. Dia nak semua orang faham penjelelasan itu dan mempersetujuinya. Kalau ikut pemikiran cetak, memanglah kalau harga minyak dinaikkan, atau diapungkan membuatkan rakyat sengsara. Shahrir Samad telah mengatakan ianya pengstrukturan semula subsidi, b...

Perjudian Celcom Toyota Camry Tanpa Tanda Harga

Pagi tadi saya ternampak tentang peraduan Celcom yang menawarkan Toyota Camry di blog SiKumbang . Setelah membuka laman web peraduan itu, ternyata ianya dicaj RM 5 untuk setiap SMS yang dihantar . Setiap penyertaan dicaj RM5 setiap sms yang dihantar dan akan disertai dengan mesej : (RM5) Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5. Yang agak memelikkan lagi ialah Iklan peraduan itu di Buletin Utama langsung tidak menyebut ianya dicaj RM 5. Bayangkan kalau pengguna terus saja SMS ke nombor 22222 itu tanpa mengetahui ianya akan dicaj. 2 implikasi berikut bakal terjadi: 1. Pengguna tertipu bila dikenakan caj 2. Pengguna secara tak sengaja melibatkan diri dalam perjudian. Ke mana saya nak lapor? KPDN? SKMM? Jakim?

Gambar Video Anak Pontianak

Beberapa hari lalu saya merungut bila melihat Harian Metro kerana 2 sebab: 1. Suka mempromosi kandungan lucah, dengan menunjukkan "hint" supaya pengguna telefon mimbit membuat pesta bluetooth. 2. Terlalu banyak iklan keputusan Judi SMS pada Media yang diaba oleh umat Islam. Kemudian, ada seseorang mengatakan tentang " gambar anak pontiana k", saya pun mushkil juga, kenapa gambar hantu menjadi popular, rupanya anak pontianak itu ialah pelakon cerita. Samada ianya satu filem atau drama bersiri, saya pun tak tahu. Saya mempunyai masalah biasa iaitu tak tahu bagaimana ramai orang boleh tahu tentang dunia artis, tapi saya tidak tahu. Ketika zaman muda dulupun saya tetap mempunyai masalah yang sama. Tidak adakah cara untuk hanya membaca ringkasan berita artis supaya kita sekadar tahu dari segi maklumat? Macam mana saya nak tahu perkara yang orang kebanyakkan tahu? Lagi satu masalah saya ialah saya sukar untuk mengecam muka artis . lebih kurang sama sahaja muka mereka bag...

Sikit-sikit Boikot Media

Adakah dengan memboikot media , Pakatan Rakyat akan kelihatan lebih terbuka? Adakah memboikot media itu salah satu langkah ke arah kebebasan media ? Disebabkan oleh keenakan membaca cerita-cerita indah , bersediakah kita menelan cerita pahit ? Atau masih mahu dibuai cerita-cerita indah? Masih Perlukah Akta Penerbitan dan Percetakan? Kalau sikit-sikit nak boikot, sikit-sikit kata media itu tak patut sebegitu.

Ali Rustam Menghina Peniaga Melayu

Terdapat satu catatan blog Ali Rustam di Blognya sendiri bertajuk " SAGUHATI UNTUK PERNIAGA MELAYU BAZAR MARA " Wajarkah pampasan hanya RM 5000 kepada peniaga Melayu dipanggil "Sagu Hati" olehnya? Murah benar harga penutupan punca rezeki peniaga tersebut. Inikah "MARA" dan "DEB" yang tidak adil kepada bukan bumiputra? Sebelum ini, banyak kes dimana peniaga kecil sering dipindahkan dan diletakkan di kawasan yang "tiada market". Memanglah bagi orang Melayu berpendapatan rendah, duit RM 5,000 "sedepuk" itu sesuatu yang indah bagi mereka, akan tetapi ianya terlalu sedikit kalau dia dipindahkan ke kawasan yang "tiada market". Saya pun tak faham, kalau di Negeri Melaka, pihak berkuasa cukup gemar mengharamkan peniaga kecil yang bersepah dan kemudian melonggokkan mereka di kawasan baru yang "tiada market" atas alasan lebih cantik.

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian. Itulah ungkapan sesuai bagi diri saya yang merancang untuk pergi ke Ceramah Penerangan Isu-Isu Negeri Pakatan di Jasin Yang dihadiri oleh Nik Nazmi. Saya terperangkap oleh hujan ketika kenduri di satu khemah di Markas PAS Sempang. Petir sabung menyabung, sesudah hujan, saya pun ke Serkam, rupanya sudah habis. Nik Nazmi berceramah bersama Ustaz Kamarudin Sidek di platform yang sama buat pertama kalinya, dan saya gagal hadir. Agak mengecewakan.