Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kertas Dinar Iraq

Ramai yang bertanya saya tentang dinar iraq. Saya tidak begitu layan "pelaburan" wang kertas, kerana wang kertas ringgit juga mempunyai risiko. Risiko cukai inflasi, risiko kebergantungan kepada Bank Negara. Jadi, menyimpan dinar iraq, juga satu risiko, apatah "legal tender"nya dikeluarkan oleh satu kerajaan boneka penjajah. Antara "selling point" penjual kertas dinar iraq adalah dengan menunjukkan carta perbezaan tukaran dinar iraq sebelum perang dengan selepas perang. Kononnya, dinar iraq sekarang terlalu dibawah nilai, dan akan naik. Namun, dinar iraq Saddam, adalah bergantung pada Bank pusat Saddam, manakala Dinar iraq yang baru, dalaah bergantung kepada bank pusat kerajaan boneka penjajah Amerika. Ramai yang sedia maklum, bahawa wang kertas adalah alat penjajahan. Rakyat boleh ditarik hidung untuk bekerja demi kertas. Begitu juga situasinya di Malaysia, ramai jadi hamba bank. Situasi yang berlaku di Iraq, boleh di samakan dengan penjajaha...

Dinar Tanpa Spread

Terdapat satu soalan yang saya ingin jawap Apa pandangan tuan tentang ada company yang menjual dinar emas tanpa spread.  Aper perbezaannya Jawapan saya: Sememangnya sepatutnya dinar tiada spread. Namun perlu menepati beberapa syarat. Syaratnya ialah nilaian dinar itu sendiri memang betul-betul rapat dengan spot. Sehingga syarikat yang ingin menempanya terpaksa menjualnya lebih tinggi daripada kosnya. Ambil contoh situasi hari ini. Dinar Kelantan : RM 652 (tiada belian balik) Dinar Public: RM 652  (Belian Balik RM 613) Dinar Restu/DInar Muslim: RM 623 (Belian balik RM574.x) Kesemuanya mempunyai spesifikasi sama, iaitu emas 917 4.25g. Situasi semasa tidak mengizinkan "tiada spread", kerana semuanya berada jauh di atas nilai emas sebenar, Mengikut kiraan nilaian emas sebenar ketika catatan ini ditulis, bagi 1 dinar adalah 138.18*0.916*4.25=537.93 Namun, dengan membayar hanya RM 538 , tidak akan wujudnya dinar. Kerana ianya harga emas mentah. Katak...

Expo Cheng Ho 2010

Ekspo Perdagangan Antarabangsa China  - Kelantan - Cheng Ho 2010 Tarikh: 21 - 26 November 2010 Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan Semua dijemput hadir

Jual Jongkong Emas 20g Anda kepada Kami, HARGA TINGGI

Promosi Belian Balik 20g HARGA TINGGI Sehingga 12 Zulhijjah Sementara harga emas masih tinggi, bertindak sekarang, Jual Jongkong Emas 20 gram 24k anda pada kami dengan HARGA TINGGI. RM 1 pergram di atas harga SPOT. Kami sedia membeli daripada anda Emirates 20g PAMP Suisse 20g Poh Kong 20g Credit Suisse 20g UBS Kinebar 20g Hubungi Hasbullah Pit 019 669 1975 Dagangan DuaLogam Merlimau

Pelaburan Silver (Perak) Yang Cair

Apabila harga logam perak naik, ke tahap USD 24 satu troy aun, Maka ramailah yang mula nampak bahawa perak adalah satu pelaburan yang baik, kenaikannya tinggi berbanding emas. Nisbah harga perak masih terlalu rendah berbanding emas. Kalau kini sekilo perak lebih kurang 20 gram emas, Ianya tidak mustahil untuk sekilo perak setara dengan 40 gram emas. Namun terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas. Ia tidak boleh dipajak, dan sukar dijual. Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah. Sekira anda menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku. Ya, harganya akan naik, tetapi begitu sukar untuk dijual. Apatah pula kalau jenama jongkong itu tidaklah sepopular mana. Mungkin ianya popular hanya di Malaysia. Jadi, untuk mendapatkan tahap kecairan perak yang tinggi, ianya perlulah popular. Dikenali serata dunia. Anda boleh mendapatkan logam perak yang murah, tetapi ianya mungkin tidak cair...

Syiling 10 gram Emas 999.9 Bunga Raya

Setakat ini, Syiling emas  999.9 Bunga Raya adalah syiling emas 999.9 10 gram termurah di tanah air Malaysia. Harganya (per gram) lebih kurang 4% lebih murah daripada Jongkong Emas 20 gram Jenama P. Apabila memperkatakan emas sebagai penyimpan nilai, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah harganya. Sekiranya sesuatu emas itu mahal, maka fungsinya sebagai penyimpan nilai tidak sempurnya. Pada julat harga RM 13xx hingga RM 14xx, ianya adalah mampu milik bagi golongan sederhana. Kebiasaannya, Hanya jongkong emas sekala besar yang mempunyai harga per gram yang rendah, Namun ianya tidak "mampu milik" bagi golongan berpendapatan rendah atau sederhana. Bukan orang kaya sahaja yang boleh mengelak cukai inflasi daripada Najib . "Berapa Spread"? Persoalan berapa Spread biasanya ditanya boleh pemilik emas yang sudah biasa dengan Jenama P. Adalah dimaklumkan, bahawa Spread bukan segala-galanya. Apabila sesuatu harga emas itu sudah berada mengha...

Sistem Petty Cash Dirham

Bagaimana sesuatu kedai runcit atau pasar mini atau pasaraya menerima dirham? Kalau kedai runcit milik perseorangan, memang mudah. Boleh dikatakan semua duit di situ "bapak dia punya" Namun apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak 'POS' , bagaimana mahu terima dirham. Adakalanya sesuatu syarikat mengamalkan "semua kutipan jualan hendaklah didepositkan kedalam bank". Tetapi dirham sudah bercampur dengan dirham dan menyebabkan tidak semua kutipan jualan boleh didepositkan didalam bank. Jadi apa penyelesaiannya? Wujudkan satu "Petty Cash Dirham", dimana pengiraannya masih dalam ringgit, walaupun kandungannya bercampur dengan dirham. (contoh tong "Petty Cash Dirham") Andakata Pasaraya Sejati mempunyai 3 POS. Maka wujudkan 1 "petty Cash Dirham", contoh, dalamnya ada Wang kertas RM 260. Penjualan di POS adalah seperti biasa,menerima wang kertas ringgit. Andakata ada pembeli yang membayar guna dirham. Pada...

Awang Adek Jilat Ludahnya.... Ana Awang A.. A..

Daripada kenyataan Awang Adek baru baru ini. .. BACHOK:  Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang kewangan negara, ujar beliau. "Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di kedai emas," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian wang zakat kepada 25 fakir miskin di Mukim Pak Pura, Beris Kubur Besar di sini semalam. Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah. Awang Adek mengulas pelancaran pada Rabu lepas mata ...

Sebelum Subsidi "Pembohongan Harga" dihapuskan....

Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen. Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi. Memang benar! Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi. Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya. Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting. Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi. Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal. Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat. Mana yang rakyat mahukan? Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan? Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, den...

RON 95 naik lebih tinggi daripada RON 97

Minyak RON 95 naik daripada RM 1.80 , kepada RM 1.85. Kenaikan 2.77777 % Minyak RON 97, naik daripada RM 2.05 kepada RM 2.10 Kenaikan 2.4390 % Di sini kita dapat lihat bahawa RON 95 dinaikkan lebih tinggi daripada RON 97, walhal RON 97 adalah barangan mewah. Tak adil bagi golongan pendapatan rendah. Adalah lebih baik RON 97 dinaikkan lebih tinggi, supaya RON 95 pengguna biasa, tidak perlu dinaikkan.