Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tahniah buat 'Atuk' Ingénieur Nizar

Tahniah diucapka  kepada Ingénieur Nizar kerana kini benar-benar menjadi datuk kerana mendapat cucu. Menurut Nenda Fatimah... Alhamdulillah cucu pertama saya selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya. Sila hantar ucapan di sini .

Hishamudin akan gunakan Taktik British untuk Mempertahankan Kepentingan Inggeris

Terdapat berita mengatakan kononnya PPSMI akan dihapuskan di sekolah rendah, tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah. Al maklumlah, banyak penentang PPSMI menggunakan alasan "susah bagi pelajar" maka kaedah itu yang diberikan. Namun, PPSMI di sekolah menengah sekalipun, tetap tidak menggalakan ilmu di simpan dalam Bahasa Melayu. Tiada jaminan PPSMI tidak dilaksanakan di peringkat universiti. Sekiranya PPSMI dijamin oleh Hishamudin tidak wujud di Universiti, apa kejadahnya PPSMI di Sekolah Menengah? Untuk mengetahui istilah sains, sediakan sahajalah glosari di belakang setiap buku teks. Ini adalah taktik British yang sering digunakan untuk mengatasi penentangan ke atasnya. Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh. Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup. Begitu juga di Tanah Melayu, British memberi "Persekutuan Tanah Melayu" untuk membantutkan gerakan kemerdekaan. Maka penentang Brit...

Strategi Tarikh Pilihanraya BN yang Pelik

Dulu, mereka mahukan SPR mengadakan pilihanraya selepas berlakunya Pemilihan Agung UMNO (PAU). Tarikhnya dilewatkan begitu jauh. Alasan yang mungkin, ialah tidak mahu adanya kempen PAU di 3 kawasan terbabit. Akhirnya, hari ini kelihatan terbalik pula. Muhyidin pula berkata.. . “Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,” Apa jadi kalau mereka sendiri tidak menunda tarikh pilihanraya kecil? Pasti masalah 'pungutan suara' atau 'referendum' ini tidak wujud.

391 Juta untuk Hanya 1 Kawasan Parlimen, Adilkah?

Diberitakan bahawa sebanyak 391 juta diperuntukkan hanya pada satu kawasan parlimen . KEPALA BATAS, 29 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa projek pembangunan di kawasan Parlimen Kepala Batas tetap diteruskan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu nanti. Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata hal yang demikian bertujuan memastikan masyarakat setempat dapat menikmati kehidupan yang selesa selain meningkatkan taraf hidup. "Tidak semestinya bila sudah tidak menjadi Perdana Menteri kawasan itu tidak boleh dimajukan. Ada juga kawasan lain yang tidak ada Perdana Menteri boleh membangun. "Mudah-mudahan pembangunan di kawasan ini diteruskan dan akan diteruskan, tidak semestinya saya sudah tidak menjadi Perdana Menteri, pembangunan akan terhenti," katanya dalam ucapan perasmian 28 projek pembangunan persekutuan di kawasan Parlimen Kepala Batas di Dewan Milenium di sini, Ahad. Abdullah turut m...

Earth Hour 2009 Jauh Lebih Berjaya daripada Earth Hour 2008

Ada juga blogawan yang agak kecewa kenapa Earth Hour tidak berjaya. 23:04   Earth Hour - Fatal error! » Basikal Tua 22:11   Bergelap (Yang Tak Gelap) » Faisal Tehrani   Bagi saya, tahun ini punya earth hour jauh lebih berjaya berbanding tahun lepas. Tahun lepas, saya mampu menyenaraikan catatan blog tempatan yang menulis tentang earth hour . Tahun ini kalau nak disenaraikan, memang tak cukup tangan. Senarai blogawan yang menulis tentang earth hour pada tahun 2008 Turut menyertai Earthhour 2008:- VHanded http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html Takfeng-Lili http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html MohdIsmail http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/ Maria Samad (Tok Mummy) http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html The Ancient Mariner http://cyusof.blogspot.com/2008/03/earth-hour.html Dave Yoong (Finding Me......

Shahrir Samad Tidak Perlu Letak Jawatan Kerana 'Prinsip'

Bagi saya Shahrir Samad tidak perlu meletak jawatan kerana 'prinsip' yang berdasarkan sokongan ahli UMNO. Shahrir Samad, dilantik menjadi Menteri setelah layak menjadi ahli Parlimen dan dipilih oleh Perdana Menteri. Shahrir Samad menjadi ahli Parlimen kerana dipilih oleh rakyat termasuk bukan ahli UMNO atau BN. Perdana menteri boleh memilih sesiapa sahaja dikalangan ahli Parlimen untuk menduduki kerusi menteri, termasuk ahli parlimen dari parti lawan kalau mahu. Tiada mana-mana undang-undang mensyaratkan menteri ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, melainkan ianya 'kebiasaan' UMNO sahaja. Satu perkara yang kita perlu ingat ialah, jawatan menteri itu bukan satu kurniaan tetapi tanggungjawap. Bagaimana prestasi Shahrir Samad selaku menteri KPDNHEP? Mungkin ramai yang tidak berpuas hati ketika harga minyak naik ke tahap RM 2.70 dahulu. Ada yang berdemonstrasi, tetapi tidak menuntut Shahrir Samad meletakkan jawatan, sebaliknya hanya mahu harga minyak diturunkan ...

Earth Hour versi Najib

Logo Earth Hour versi Najib,

Mohon Derhaka TGNA, Laman Web tidak boleh diktiraf sebagai blog

Kemaskini 28 mac 6:40 pm Saya telah mengiktiraf laman web Tok Guru Nik aziz sebagai blog, setelah pihak Aptus menghidupkan RSS bagi blog itu. (Walaupun ia tidak ditakrifkan di pengepala). Alamat RSS TGNA = http://feeds2.feedburner.com/BlogTokGuru Jadilah orang terawal melanggan suapan RSS TGNA. Kepada Para tauke Agregator RSS, seperti Bang Bakaq /Malaysiakita, TheXblogs , Dr Halimah (Sahabat Blogger) , wartamaya , Nobisha ( Debat Rakyat ) dan lain-lain, Sila masukkan suapan RSS Tok Guru Nik Aziz ke enjin anda. Beras Padu telah memasukkan RSS Tok Guru Nik Aziz sebentar tadi. ------------------- Catatan Terdahulu : Mohon Derhaka TGNA Laman Web TGNA tidak boleh diktiraf sebagai blog kerana, logo RSS sahaja tanpa RSS yang sebenar tidak boleh membuatkan sesuatu laman web itu diiktiraf sebagai blog. Nama domain mengandungi perkataan "blog" juga tidak boleh membuatkannya dipanggil blog kerana ketiadaan RSS. Walau apa pun, tahniah kerana kewujudan la...

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait. Rapat mana kaitannya? Amat rapat. Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya. Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta. Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. Begitu juga tenaga. Tenaga tidak boleh dicipta. Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya. 19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu. Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka....

Gosip Fizik: UMNO Salahkan Graviti?

Prof Hamirdin sudah tidak berapa betul. Dia kata Graviti yang membuatkan UMNO jatuh . Mungkin ada betulnya, Cuba kaji, kenapa YB Khalil Idham Lim mengiktiraf pluto sebagai planet ? Kenapa Kerajaan Negeri Melaka mengiktiraf Pluto sebagai planet ? Ahli politik memang suka mengiktiraf pluto sebagai planet? Kenapa? mungkinkah kerana .... Gravitinya kecil?