test

Selasa, 31 Mac 2009

Hishamudin akan gunakan Taktik British untuk Mempertahankan Kepentingan Inggeris

Terdapat berita mengatakan kononnya PPSMI akan dihapuskan di sekolah rendah, tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah.

Al maklumlah, banyak penentang PPSMI menggunakan alasan "susah bagi pelajar" maka kaedah itu yang diberikan.

Namun, PPSMI di sekolah menengah sekalipun, tetap tidak menggalakan ilmu di simpan dalam Bahasa Melayu.
Tiada jaminan PPSMI tidak dilaksanakan di peringkat universiti.

Sekiranya PPSMI dijamin oleh Hishamudin tidak wujud di Universiti, apa kejadahnya PPSMI di Sekolah Menengah?

Untuk mengetahui istilah sains, sediakan sahajalah glosari di belakang setiap buku teks.

Ini adalah taktik British yang sering digunakan untuk mengatasi penentangan ke atasnya.

Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh.
Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup.

Begitu juga di Tanah Melayu, British memberi "Persekutuan Tanah Melayu" untuk membantutkan gerakan kemerdekaan. Maka penentang British terpisah dua.

Ada yang gembira dengan Persekutuan Tanah Melayu, ada yang tidak.

Akhirnya, akibat daripada itu, Negara ini didirikan hanya berdasarkan tanah bekas Jajahan British sahaja.

Kemudian apabila wujudnya gerakan untuk membentuk kemerdekaan yang bulat, membentuk Negera Melayu Raya,
Maka di canangkan pula pembentukan Malaysia, satu gabungan kawasan-kawasan bekas jajahan British yang 'Merdeka'.

Hasilnya, sehingga hari ini, kita sukar untuk keluar daripada sistem British.
Sistem demokrasi British, Sistem tanah, sistem polis, Undang-undang British dan banyak lagi.

Kita perlu tolak Hishamudin yang kononnya nak hapuskan PPSMI di sekolah Rendah tetapi kekalkannya di sekolah menengah.

Jangan terpedaya dengan taktik British ini.
Ia memang untuk melemahkan Gerakan Mansuhkan PPSMI, sebagaimana ia digunakan untuk melemahkan penentangan British di Ireland, dan Tanah Melayu.


Ingat pesan Jed:

UMNO — Pembela BANGSA!  Pembela Melayu! Tapi membela undang2 British dan Bahasa Inggeris! (Defenders of race!  Defenders of Malays!  But defend British laws and the English language!)

Maka....

Kita Tolak PPSMI secara bulat.

26 comments:

  1. salam bro,
    dah la psl PPSMI ni..tak kemana pon.selama ni lebih 90% pembelajaran kt universiti dlm Bahasa Inggeris korang x tentang plak.biar la anak2 zaman sekarang belajar menongkah arus sejak kecil lg.biar mereka merubah paradigma mereka.ini untuk bangsa kita jugak.ilmu sains ni ilmu yg berkembang stiap hari.andai kata anak saudara yg kecil mula minat sains dan baca buku berkaitan sains terkini,mesti anak saudara akan lebih berpengetahuan tentang sains terkini.maka anak saudara kan terdedah dgn ilmu yg berguna ni.fikir la secara positiv.ini semua mgkn akan terjd.masalah sekarang ni anak2 melayu kita kurang minat dgn bhn bacaan sains ini kerana tidak faham.sains terkini lebih menarik tetapi semua dlm english.anak2 lebih nak tahu tenteang kewujudan bintang terkini,robot,animasi dan byk lg bidang2 yg berkaitan dgn sains dan teknologi.jgn la gelapkan ms depan anak2 demi bahasa yg kebanyakan dr kalangan melayu tidak lulus dgn cemerlang di dalam pembelajaran bahasa melayu itu sendiri.ini berkaitan dgn sains.jgn ikutkan sgt kehendak sasterawan tu, dia setakat nak gubah puisi dan sajak bolehla.. cuba tanya pendapat pakar sains, dan satu lg, boleh saya tahu keputusan matapelajaran BM saudara masa SPM dulu? saya A2.

    BalasPadam
  2. Saudara acoy, tolong jangan hina sasterawan. Nampak sangat saudara kurang ilmu tentang ppsmi. Rajin-rajinlah baca di blog pejuang bahasa kita. Ada berpuluh orang professor dan pakar-pakar bidang sains dan matematik yang ikut membantah ppsmi. Bacalah hujan mereka dan fikir dengan positif (seperti yang saudara sendiri katakan). Bacalah juga hasil penyelidikan mereka. Saudara tidak akan menyokong ppsmi jika saudara tahu hakikat kebenarannya. Percayalah.

    BalasPadam
  3. "Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh.
    Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup...."

    Salam Encik Hasbullah,

    Sekadar bertanya: Adakah Encik Hasbullah merujuk kepada kesuluruhan Pulau Ireland yang kini terpecah 2 (Republik Ireland & Ireland Utara (yang masih di bawah British)) atau Ireland Utara itu sendiri yang masih bergolak antara puak Katolik (mahu merdeka) & Protestan (tidak mahu merdeka)?

    BalasPadam
  4. sdr sebol,

    hakikat di universiti sudah banyak matapelajaran (subjects) yang diajar di dalam BI. saya dulu di universiti belajar 100% di dalam BI. adakah ini juga akan ditentang oleh penolak PPSMI?

    sangat wajar kalau PPSMI tidak dilaksanakan di sekolah rendah mengenangkan keupayaan pelajar luar bandar. akan tetapi patut juga dilaksanakan PPSMI sebagai persediaan kepada pelajar aliran sains di sekolah menengah. pelajar aliran sains inilah yang akan mengisi tempat di dalam jurusan kejuruteraan, perubatan, arkitek, dll di IPTA/IPTS.

    PPSMI ada pro dan kontra. jangan kerana ketaksuban kita tolak semua sekali.

    BalasPadam
  5. weber:

    Saya tak boleh jawap bagi pihak GMP kerana saya bukan AJK GMP.

    Pendapat peribadi saya ialah menolak PPSMI di peringkat universiti juga.

    Mana yang masih lagi Inggeris, boleh dipelajari dalam Bahasa Inggeris, dengan niat mahu menyimpan ilmu itu dalam Bahasa Melayu.

    Mana ilmu yang telah diMelayukan hendaklah diajar dalam Bahasa Melayu.

    Kalau setakat peringkat tahun 1 punya matematik dan Sains, takkanlah ilmu seasas itu pun boleh boleh dipindahkan ke Bahasa Melayu?

    Apa bodoh sangatkah kita ini?

    Satu perkara penting untuk maju ialah penyimpanan ilmu.

    Dunia sekarang berlumba-lumba untuk menyimpan ilmu dalam bahasa sendiri.

    Kenapa kita membiarkan ilmu kekal dalam Bahasa Inggeris?

    Sekiranya jatuhnya Tamadun Inggeris, adakah ketika itu kita akan terkapai-kapai?

    Kejatuhan tamadun Inggeris itu sudah jelas ketara hari ini.

    BalasPadam
  6. ha..sapa pejuang bahasa mari kutuk hasbullah. bahasa sendiri pon c6.xadil la kalo korang xkutuk dan maki.ni pon da kira pencemar bahasa gak.stuju x en.hasbullah?

    BalasPadam
  7. Tenang. A1 atau C6 bukan ukuran penguasaan bahasa Melayu yang baik. Mendapat C6 bukan bererti seseorang itu mencemar bahasa Melayu. Pada pengamatan saya, bahasa yang digunakan oleh Saudara Hasbullah jauh lebih baik (tersusun dan betul strukturnya) berbanding dengan saudara yang mengaku mendapat A2. Pencemar bahasa Melayu yang sebenar adalah orang Melayu yang tidak mahu menggunakan bahasa Melayu dengan betul dari segi susunan ayat, ejaan dan perkataan.

    Satu lagi, kita tidak perlu mengutuk atau memaki. Cukup sekadar memberikan penjelasan, membetulkan kesilapan cara orang itu berfikir, dan kemudian berdoa semoga Allah bukakan hatinya melihat kebenaran.

    Maaf, saya bukan hendak menyebelahi Saudara Hasbullah. Saya sendiri tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun, ini adalah hakikat kebenaran.

    Tidak perlu berbangga mengakui kita tetap kebal mengagungkan martabat bahasa Melayu sedangkan menggunakan bahasa itu dengan betul pun kita tidak mampu.

    Jangan tiru mereka yang suka berdusta. Kononnya tetap akan mempertahankan kedudukan bahasa Melayu dari sudut perlembagaan, tetapi pada masa yang sama telah menghunus keris menikam mati bahasanya!

    Semoga saudara Coy diberikan hidayah oleh Nya. Ameen.

    BalasPadam
  8. saudari marniyati,
    1.saya memang dpt A2.itu kebenaran.sy memang xguna bahsa yg btul dlm blog sy.itu kerna sy bkn pejuang bahasa.sy nak tau cik dpt brape ms SPM dulu.itu penting bg sy.
    2.sy pelik kenapa org yg x dpt A atau gagal tu kita xleh kutuk dia pencemar bahasa?bukan kah mereka memalukan bahasa kita.bukankah diorang x mengagungkan bahasa?bukankah mereka rasa tidak penting cmerlang didalam kertas BM kerna kertas BM tidak melambangkan kebijakan seseorang?
    3. sy tetap x kisah sebenarnya kerna sy bkn pejuang bahasa.tetapi demi bangsa, sy fikir PPSMI itu penting.mgkn saudari ni pejuang bahasa yg membuta tuli.bangsa perlu wujud jika tidak mahu bahasanya mati..

    BalasPadam
  9. masih ramai dlm kalangan kita tak punya semangat spt bangsa2 maju di dunia spt jepun, jerman, perancis, korea dll. macam mana nak maju kalau semangat pun tak ada? asyik nak menempek kat bahasa org ja? bm saya dpt a1 masa spm.

    BalasPadam
  10. PUTERA-AMCJA mengemukakan 10 fasal perlembagaan rakyat untuk membentuk sebuah negara merdeka.

    Pada Februari 1948,penjajah British yang mendapat kerjasama Datok Onn telah memaksa raja-raja Melayu menandatangani Persekutuan Tanah Melayu.

    Maka diistiharkan undang-undang darurat 1948.
    UMNO satu-satunya parti yang tidak diharamkan kerana ketika itu UMNO di bawah Datok Onn menyokong kerajaan Inggeris meneruskan penjajahannya diMalaya.



    Dari segi cara hidup,mereka mirip ke Barat.Mereka lebih mengenal sejarah empayar Inggeris daripada sejarah kegemilangan Melaka,lebih lancar bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada dalam bahasa Melayu,lebih meminati lumba kuda atau anjing daripada menyaksikan permainan gasing atau wau oleh orang kampung.

    Kita kenegara India pula,
    Bhagat Singh dan rakan-rakan digantung mati kemudian mayat mereka dibakar oleh Pihak Inggeris kerana mahukan kemerdekaan total 100%.
    Btitish hanya bersetuju dengan Ghandi dengan pemerintahan 50-50.
    Akibatnya rakyat yang kaya bertambah kaya,yang miskin papa kedana.
    Ini dari segi ekonomi dan perbezaan berjuang untuk kemerdekaan tanahair.

    Kita kembali ke Malaysia.
    Yang menentang akan disumbat kepenjara dibawah pelbagai akta dan undang-undang ciptaan British.
    Apabila terdesak UMNO akan menggunakan apa cara sekalipun untuk memelihara kedudukan TUANnya(British).
    Maka terhasillah darurat 1948,13 Mei 1969,ISA,OSA,AUKU....dll.
    Sehingga kini UMNO tidak dapat memutuskan apa sahaja dasar untuk kepentingan orang Melayu melainkan mendapat restu dari TUANnya (British/Queen).
    Tidak semudah itu Inggeris melepaskan Malaya yang kaya dengan hasil mahsulnya.
    Maka Inggeris melepaskan anak didiknya(UMNO)untuk berdepan dengan orang melayu jika timbul sesuatu masalah.
    Melainkan urusan pemodal/ekonomi.

    Hasilnya,maka segala hasil mahsul menjadi santapan buat Ratu Inggeris.
    Nah,apa yang sedang kita bicarakan hanyalah soal bahasa/moral dan dll.
    Siapa-siapa yang menyoal rompakan disiang hari maka bersedia menghadapi risiko undang-undang sedia ada.

    Apa yang tinggal hanyalah kuasa ketika mengundi.
    Itupun yang masih percaya pada sistem yang ada.
    Seandainya terdesak UMNO akan mengisyhtiharkan undang-undang darurat.
    Apakah kita bersedia dengan kemungkinan itu ?
    Nyawa sesama bangsa menjadi taruhan oleh UMNO.
    Selama mana UMNO dapat bertahan dengan tipu helah mereka ?

    BM = A1



    Yamaha Y80.

    BalasPadam
  11. saya percaya BI tidak akan selamanya kekal sebagai bahasa ilmu.. dan sememangnya perlu untuk kita menterjemahkan karya ilmu BI ke bahasa ibunda..

    tetapi IPTA/IPTS sendiri menggunakan BI sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran. dan saya melihat PPSMI di peringkat menengah aliran sains adalah persediaan yang baik sebelum pelajar meneruskan pengajian mereka di IPTA/IPTS.

    adalah lebih baik dan berfaedah kalau penggerak anti-PPSMI bertindak dengan menterjemahkan teks-teks BI di IPTA/IPTS ke bahasa Melayu. kemudian baru membuat tuntutan untuk menghapuskan PPSMI.

    BalasPadam
  12. Sekadar catatan ringkas untuk hamba Allah yang mendapat A2 untuk Bahasa Melayunya dalam SPM (tahun berapa ya?).

    Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan ketika Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Semua pedagang dari seluruh pelusuk dunia bertutur dalam Bahasa Melayu untuk berdagang. Hebat sungguh!

    Kini selepas 500 tahun merdeka, malang sekali apabila anak bangsa kita sendiri memilih untuk dijajah lagi dengan cara yang lebih hina. Kedaulatan Bahasa Melayu hilang dan Melayu dihina secara halus kerana sudah hilang maruh diri kerana tidak yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu.

    Saya yang mendapat A1 untuk Bahasa Melayu dalam SPM 95, PMR 93 dan UPSR 91.

    BalasPadam
  13. maaf, 50 tahun merdeka bukan 500 tahun merdeka...

    BalasPadam
  14. Saya mohon maaf jika kenyataan saya selepas ini ada unsur-unsur riak, tetapi saya perlu pertahankan kebenaran. Dalam setiap peperiksaan SRP (tahun 1990), SPM (tahun 1992) dan STPM (tahun 1994) saya mendapat A1 untuk setiap kertas bahasa Melayu. Ops, silap... A2 untuk bahasa Melayu SRP tahun 1990.

    Demi cinta pada bahasa, saya adalah antara 16 orang lulusan Jabatan Linguistik (Bahasa Melayu) di UKM pada tahun 1998 yang kekal bertahan meneruskan pengajian kami pada ketika sejumlah 134 orang pelajar lain menarik diri dari jabatan tersebut. Alasan mereka, belajar bahasa Melayu itu susah.

    Astagfirullah. Maaf sekali lagi kerana ada unsur berbangga diri pula dalam ayat saya.

    Saya ingin memaklumkan kepada saudara, orang Melayu seharusnya wajib menggunakan bahasa Melayu dengan betul, bukan sekadar berharap kepada orang yang bergelar 'pejuang bahasa'. Jika kita hanya berharap kepada pejuang bahasa sahaja untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul, maka berapa orang sahajalah yang akhirnya nanti akan menggunakan bahasa Melayu dengan betul?

    Saya setuju dengan pandangan saudara, bangsa perlu wujud jika tidak mahu bahasanya mati. Namun apalah ertinya bangsa yang tidak memiliki bahasanya sendiri? Bukankah bahasa itu jiwa bangsa? Apalah gunanya bangsa Melayu yang tidak memiliki jiwa Melayu?

    Sekali lagi saya tekankan, saya bukan menentang ppsmi membuta tuli. Saya akui bahasa Inggeris penting. Saya juga menguasai bahasa Inggeris, bahkan biasa juga membuat pembentangan kertas kerja di universiti dalam bahasa Inggeris.

    Kami tidak menghalang orang Melayu menguasai bahasa Inggeris. Kami cuma menentang ppsmi. Hendak mahir bahasa, belajarlah bahasa, masuklah kelas bahasa. Jangan ganggu sains dan matematik. Perkukuhkan sahaja mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Jangan tukar bahasa pengantar untuk mata pelajaran lain. Itu namanya berpatah balik ke belakang, ke era penjajah sewaktu wujudnya sekolah-sekolah aliran Inggeris.

    Saya tidak fikir saudara boleh menerima apa yang saya katakan kerana saya bukan sesiapa. Saya cabar saudara, bacalah blog berikut dan nanti saudara akan faham mengapa ppsmi mendapat bantahan:

    http://profabdullah1.wordpress.com/
    http://arkib-ppsmi.blogspot.com/

    Cukuplah sekadar 2 blog ini dahulu. Selamat membaca dengan hati dan minda terbuka. Semoga Allah memberikan hidayah Nya.

    BalasPadam
  15. Acoy,
    PPSMI samalah kaedahnya dengan mengajar awak semasa berusia 7 tahun belajar mandi wajib di dalam bahasa arab.Sampai ke tua dan masuk lubang kubur anda tidak akan pandai mandi wajib.

    Kita bercakap pasal budak 7 tahun dia bercakap pasal masuk UNI. BENAK!

    BalasPadam
  16. kutucyber,
    ape la masalah ko ni..ko igt ssh ke nak srh bdk ckp arab umur 7 thn.ko ni asal kg mana.xde pengetahuan pon.tahfiz da ramai da ms umur 7 thn.anak sedara aku pon taahfiz umur 7 thn.
    marniyati,
    ok la..ko pakar bahasa.aku akui..tp ko kn fhm ckit psl ilmu sainsn ni.term dia mmg sesuai guna bahasa inggeris.lg satu..ilmu sains berkembang setiap hr,x sempat pkr bahasa cam ko ni nak trnslate.sorry to say.
    lg satu..kalo anak2 kita bc sains dlm english,dia akan senang fhm dan mudah minat.baru la ramai saintis akan wujud.saintis melayu.bila ade penemuan baru dr saintis melayu ni,br la srh diorang rekodkan dlm BM,maka berkembang la ilmu bahasa kita.ko fikir la..

    BalasPadam
  17. Nampaknya saudara Coi masih lagi belum membaca apa yang saya sarankan. Luangkanlah masa dan bacalah. Nanti saudara akan faham, mengapa ppsmi ini dibantah. Orang yang bijak adalah orang yang rajin membaca, Insyaallah. Jadilah orang yang bijak. Baca dan nilaikan sebaiknya apa yang saudara baca.

    Seharusnya pertimbangan yang kita buat, bukan berdasarkan penilaian kepada sebelah pihak sahaja. Saya telah membaca apa kata penyokong ppsmi dan penentang ppsmi sebelum saya mengukuhkan pendirian saya. Saya telah menganalisis setiap dapatan kajian kedua belah pihak. Jelas, dacing pertimbangan menjadi berat untuk menentang.

    Bacalah. Saya yakin, saudara akan temui kebenarannya.

    BalasPadam
  18. Apa kata kita cadangkan kepada Hishamudin atau mana-mana Menteri Pelajaran yang baru:

    Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dalam Bahasa Arab.

    Kalau PPSMI sebab BI adalah bahasa utama sains & matematik(?)

    Bukankah, Islam itu sumbernya datang dari Quran dan Sunnah yang ditulis dalam bahasa Arab ?

    Patutlah orang Malaysia ni makin tinggalkan agama. Barangkali sebab tak faham Islam kerana Pendidikan Islam diajar dalam BM. Mungkin...

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam
  19. haha

    good one pakdi.

    kalau coi tak faham juga, tak dapek den nak nolong.

    :)

    BalasPadam
  20. Marniyati,
    ko sedar x ko cuba nak kata penilaian ko lg bagus dr semua org.ini bkn soal penilaian sgt, ini keperluan masa dpn.xpe la..aku trima ko berbeza pendapt tentang isu ini tp demi bahasa melayu yg ko cintai,aku harap ko berjaya menjaga maruah bahasa kebangsaan ini.aku harap ko dpt perjuangkan permintaan aku dlm post bahasa melayu/malaysia kt blog aku tu.biarla PPSMI ini dibincangkan oleh org yg kita dah pilih tuk membuat kptsn.ok la cik bahasa jiwa bangsa.aku harap ko bukan la bangsa yg berjiwa kosong sahaja.

    BalasPadam
  21. Terima kasih, Coi.

    Saya mohon maaf andai saya telah membuat pernyataan seolah-olah penilaian saya lebih bagus dari penilaian semua orang. Sekali lagi saya nyatakan, saya sememangnya bukan sesiapa untuk didengari. Itu yang terjadi setiap kali saya bersuara. Mungkin juga saya perlu berusaha lebih gigih supaya saya dapat tergolong dalam kategori 'orang yang kita pilih untuk membuat keputusan'. Sementara menanti 'waktu' itu tiba, saya berdoa semoga 'orang yang kita pilih untuk membuat keputusan' sekarang ini adalah orang yang benar.

    Insya-Allah, jiwa saya bukan jiwa yang kosong kerana Allah sentiasa ada bersama saya.

    Apa pun, terima kasih.

    BalasPadam
  22. Ha, ha, ha, bagus juga saya terbuka blog ini. Rupanya ramai juga orang yang tidak tahu masalah utamanya ialah majoriti pelajar dari kampung yang menghadapi masalah belajar sains n maths dalam BI. Yang perlu diberi tumpuan mengatasi masalah tersebut. Tak sangka ya, ada orang yang tak fikir kaitan antara bahasa dan bangsa. Saya cadangkan mereka pergi duduk di England dan rasalah sendiri apa pandangan masyarakat di sana, walau kita fasih berbahasa Inggeris macam merekapun, kita tetap dianggap second class. Saya merasainya semasa kerajaan Malaysia beri peluang menyambung pelajaran ke sana selama 3 tahun. Tapi faham memang ada orang Melayu yang pergi ke sana dab bila balik lupa diri... Yang peliknya orang-orang yang belajar di Jepun, Korea, Mesir tak gitu plak! Betul kut nenek saya kata, orang Inggeris memang pandai menjajah!

    BalasPadam
  23. Jemputan Ke Wacana Ilmu : : Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di http://web.hikmah.edu.my/content/view/86/179/

    BalasPadam
  24. ingatlah kerana Bahasa Melayu lahirlah para pendakwah mengembangkan syiar lslam seperti para ulama kita yag tersohor zaman lampau baik di Pasai,Melaka,Acheh,Patani mahupun di tanah Jawa..kerana Bahasa Melayulah lahirnya ramai sainstis,teknorat Melayu seperti saya sendiri (100% DPK) yang dapat Ph.D dalam psikologi dari UCLA,USA..kena ingat..jangan sombong..jangan ludah kepada bangsa dan bahasa sendiri..orang-orang bukan Melayu ketawa berdekah-dekah..kita bergaduh sesama sendiri kerana pro dan kontra kepada bahasa sendiri.Luculah lawak bodoh ini!!!!!!

    BalasPadam
  25. Saya adalah produk bahasa Melayu 100%.Saya belajar di Jerman dalam bidang automotif gunakan bahasa Jerman..tiada masalah apapun saya boleh menguasai bahasa Jerman. Apa hendak disibuk-sibukkan bahasa lnggeris? Hanya orang yang malas,orang yang negatif yang banyak memberi alasan kerana tidak berjiwa besar. Teruskan bahasa Melayu dinobatkan bahasa ilmu.Mansuhkan, buang jauh-jauh PPSMI. Di IPTA atau di luar negara pandai-pandailah mereka belajar bahasa-bahasa lain seperti Russia,English,Jepun,Jerman dll.Dr Muzafar,angkasawan Malaysia tidaklah belajar bahasa Russia sains matematik semasa di sekolah rendah dan menengah tetapi tahu pula bahasa Russia.Jangan jadikan anak-anak Melayu yang di luar bandar,yang tidak berada tercicir seperti zaman sebelum dan selepas merdeka. lngat,banyak "komunis" dalam negara,dalam bandar sekarang!!!!!!!

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit