test

Khamis, 5 Mac 2009

Tempurung Ilmu Tamadun Barat, Nizar iktiraf Pluto Sebagai Planet?

Ramai diantara kita cukup suka menerima ilmu bulat-bulat.

Apabila Bahasa Inggeris itu dikatakan sebagai bahasa ilmu yang tiada tolok bandingnya, maka ilmu yang diterjemah daripada sumber itu juga ada yang diterima bulat-bulat.

Hari sini Dr Khail Idham Lim telah menyiarkan satu Fakta yang kita tak tahu.

Antara kandungannya ialah:

***********************************************************

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd
tahun 1667

***********************************************************
 Itu bermaksud, bagi Tamadun Barat, polis pertama di dunia ditubuhkan pada 1667.


Akan tetapi Kesultanan Melayu Melaka sudah mempunyai Temenggong yang melaksanakan tugas tugas keselamatan dalam negeri.


Adakah Dinasti Ming terlalu bodoh untuk tidak mempunyai pasukan keselamatan dalam negeri?


Adakah Tamadun Barat mahu pasukan keselamatan dalam negeri kerajaan timur supaya berpakaian seperti polis barat baru diiktiraf sebagai polis?


PPSMI hanya menggalakkan kita duduk di bawah tempurung tamadun barat.



Mari kita tengok lagi satu "Fakta yang kita tak tahu"


***********************************************************

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

***********************************************************
Yang ini saya mungkin tak tahu, bila ya Pluto dinaiktarafkan kembali sebagai planet, setelah status planetnya dikira sebagai tidak sah pada 2006?


Ketika saya pergi ke Balai Cerap Alkhwarizmi Melaka tempoh hari, Pluto diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai Planet. Di Pusat Sains negara juga Pluto masih di iktiraf sebagai planet.


Adakah Kerajaan BN sememangnya mengiktiraf Pluto sebagai planet?


Pakatan Rakyat bagaimana pula?
ADUN PR telah menyiarkan artikel bahawa Pluto masih lagi planet?


Atau Malaysia sebulat suara mengiktiraf Pluto sebagai Planet?


Anda bagaimana?


Anda ingin berdemonstrasi sebegini ?


Rusuhan pluto








4 comments:

  1. hehehe pasal pluto ni mgkin sbb belum ada konsensus yg jelas kot. jadi kerajaan malaysia lbh suka ambik sikap tunggu dan lihat muahahahaha

    BalasPadam
  2. Eleh. Planet pluto besepah kat belakang rumah aku.

    yang kau tak habis habis guna nama Nizar pehal?

    BalasPadam
  3. Salam bro Sebol..

    Kalu cukup setahun guna nama Ir Nizar, mau tinggi jugak kena bayar zakat pendapatan ni...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit