test

Ahad, 28 September 2014

RoboCop, Hudud dan GST

Tadi baru tengok Robocop versi alaf baru, Banyak kelainan berbanding versi 80an.

Dalam RoboCop kali ini ada unsur politik, sosial dan emosi.

Sebuah syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sebuah akta yang dikenali sebagai Akta Dreyfus.
Tujuannya supaya dapat membekalkan robot pada kerajaan.

Norma biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan "Pengsyarikatan" ala-ala Pengsyarikatan Malaysia.

Politik di Amerika, biasanya ada titik akhir samada akta diluluskan atau tidak.
Bila nak bentang sesuatu, maka ahli politik pun berkempenlah, korporat pun berkempen untuk mempengaruhi ahli politik yang mempunyai kuasa undian.

NGO pun bergerak untuk meyakinkan ahli politik.

Tetapi senario di Malaysia adalah berbeza, Bantahan besar-besaran Bantah GST dijadualkan untuk diadakan setelah Akta CBT/GST diluluskan. 
Lulus April, demo Mei.
Walhal sejak 2013 lagi sudah tahu tentang akta GST akan dibentangkan.
Ahli Politik Pakatan Rakyat memang pelik.


Berbalik kepada RoboCop. Diwujudkan untuk membasmi jenayah.
Akan tetapi RoboCop tidak menakutkan penjenayah.
Penjenayah masih boleh lagi usaha nak lawan RoboCop.


Berbanding Hudud , Kanun Jenayah Syar'iyah , Belum dibentang pun penjenayah sudah takut.
Tak perlu ada RoboCop, kalau penjenayah sudah takut.

Namun begitu, RoboCop ada ciri-ciri Hudud sedikit, iaitu memberi kesan kepada korupsi dalaman, dalam konteks cereka itu, RoboCop sendiri cuma menangkap polis yang membekalkan senjata dan yang 'dibeli' oleh penjenayah.

Nak dijadikan cerita, RoboCop memang handal menangkap penjenayah, sampai lupa anak bini, sebab nak tangkap penjenayah ramai-ramai dalam satu hari.

Namun, RoboCop seperti polis, tugasnya hanya menangkap tetapi bukan mengadili.
Jadi kalau satu hari boleh tangkap puluhan penjenayah sekali pun, tak cukup mahkamah nak bicarakan penjenayah itu.

Bila RoboCop boleh tangkap penjenayah ramai-ramai, maka nak bicara di mana?Perlu ada RoboCourt, RoboJugde, RoboLawyer, RoboJuruBahasa, RoboSaksi dan sebagainya...

Penyelesaian memperkasakan polis untuk tujuan mengurangkan jenayah, adalah tidak begitu sesuai.

Sebab itu, unsur penakutkan penjenayah perlu ada.


 







3 comments:

  1. Teringat pula filem Judge Dredd. Dia sendiri jadi polis, hakim dan algojo dalam satu masa.

    BalasPadam
  2. Cerita tu belum tengok lagi, saya memang jarang tengok Cereka, cuma sekali sekala kalau tertengok.

    BalasPadam
  3. Pandai kupas siap diisi dgn perkembangan terkini lagi

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit