test

Rabu, 31 Disember 2014

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven".

Memang ramai orang meniru.

Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru.

Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru.

Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang.

Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci.
Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru.

Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru.

Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga.


Sekarang musim tiru Lazada Zalora.
Hmmm

Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru.
Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat.
Cara mereka iklan
Cara mereka 'remarketing'
Cara mereka punya polisi pemulangan barang.
Cara mereka bungkus.
Tag apa mereka letak.
Cara mereka main Google Search Network (Adwords), main subdomain

Kita boleh tiru macam-macam walaupun kita tak ada shopping cart.

Cubaan nak baca tag yang ada pada Zalora, sampai 'ranap' Google Chrome....


Ada 31 tag .. bila nak view, terus 'ranap'

Yang ini baru boleh baca...

Itupun pening, Saya pernah baca sedikit Google Tag Manager, namun saya memutuskan 'nanti dulu'.

Orang yang 'email marketing' akan tiru dia punya cara kutip emel,
Orang grafik akan tiru grafik dia...

Nak tiru Mereka letak tag banyak banyak?
Kenapa? kenapa ada banyak tag?

Jadi itu semua perlu dikaji dahulu sebelum anda tiru.
Mungkin anda tak perlu menjadi seperti mereka tetapi anda bekerja cara mereka.












Ahad, 28 Disember 2014

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit,

Tips:
Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit,
Asalnya Google memang tak index /search/label/tudungcapkaki

 Jadi...
caranya ialah...

buka blogger.com -> Setting -> Search Preference.

Enable custom robots.txt content? jadikan Yes
buka anda punya robots.txt
contoh : tudung-cap-kaki.blogspot.com/robots.txt
copy semua
Paste balik ke tempat untuk letak custom robots.txt
cuma
baris yang ada "Disallow: /search"
tukar jadi

Disallow: /kelaut 

save.

jadi dia akan jadi macam ni http://hasbullah.pit.my/robots.txt
ruangan sitemap tu boleh ubah, cuma aku tak pasti mana satu OK

yang dia kasi /sitemap.xml atau yg versi
/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Nak play safe, boleh hantar ke dua-dua ke Google Webmaster Tool.

Hasilnya akan jadi macam ini,
/Search/label/blablabla turut diindeks.

Apa kelebihannya?

Adakalanya anda memang mahu pelawat masuk ke sesuatu label, sebagai contoh Rantai Tangan di emas916.dualogam.my , ianya boleh masuk menggunakan pintu Google, yang mana sebelum ini, ianya tidak dindekskan pun.

Jika anda menggunakan Adwords Google Search, Mungkin 'Quality Score' akan naik jika mendarat ke situ.







Jumaat, 19 Disember 2014

Kempen Al-Wafa melancarkan konvoi bantuan untuk pelarian Palestin


ROTTERDAM, (PIC)-- Kempen al-Wafa eropah menyatakan keinginan mereka untuk mengadakan kempen baru untuk memperbanyakkan bantuan kemanusiaan  kepada pelarian di Palestin di Palestin , Syria Lubnan dan Turki menjelang kedatangan musim sejuk.


Ketua Kempen Eropah, Amin Abu Rashid menjelaskan bahawa "Kempen Bersama Memanaskan Musim Sejuk" adalah konvoi bantuan kemanusian diadakan untuk membantu membekalkan pertolongan kecemasan kepada pelatian Palestin yang kekurangan keperluan asas insan pada musim sejuk ini.

Bantuan kempen dijangka diagihkan dalam empat negara utama disebabkan keadaan kehidupan yang miskin dan susah yang dialami oleh pelarian yang dipaksa keluar ini, Tambahnya


----
 Terjemahan untuk Palestinkini dari sumber
http://english.palinfo.com/site/pages/details.aspx?itemid=69182

Rabu, 17 Disember 2014

HAMAS, 27 tahun kemudian, lebih kental.



Hamas adalan penambahan yang paling bermakna dalam perjuangan Palestin dalam tiga dekad yang lalu,dan tepat pada 14 disember 1987, kelompok warga palestin yang komited, kebanyakan mereka dibunuh dengan kejap pada tahun-tahun berikutnya oleh Tentera Penjajah Israel, berhimpun di Gaza dan memutuskan ianya saat penting untuk memulakan gerakan untuk menbetulkan halatuju perjuangan.


Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Abedelaziz Al-Rantisi, Dr. Ibrahim Al-Maqadmah, Eng. Ismail Abu Shanab dan ramai lagi adalah contoh kepimpinan HAMAS yang mengorbankan segala apa yang ada kearah Palestin yang bebas dan untuk menamatkan penekanan dan ketidakadilan yang dikenakan ke atas warga Palestin oleh Penjajah Zionis Asing atau proksi mereka dalam Pihak Berkuasa Palestin (P.A)

HAMAS adalah aset tidak ternilai bagi perjuangan sosial, ekonomi, dan bersenjata Palestin untuk kebebasan dan hak asasi manusia.
Sejak dahulu, Ulangtahun penubuhan hamad disambut oleh puluh ribuan orang pada awal 90an dan kini ratus ribuan dalam beberapa tahun yang lepas, berhimpun untuk memberi sokongan pada HAMAS dan fahamannya.







Terjemahan BM drpd: http://english.palinfo.com/site/pages/details.aspx?itemid=69134

Ahad, 14 Disember 2014

Terkejut 'bela' kacang dalam telefon bimbit

MERLIMAU - Seorang Lelaki terkejut melihat foto kacang merah yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya.

Hasbullah Pit, 39, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain.

Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu.

“Saya terkejut melihat anak menekan About Device kemudian menekan Menekan Android berturutan lalu keluar gambar kacang merah.

Hasbullah berkata, gambar kacang berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar kacang dibawa masuk ke dalam restoran yang tidak membenarkan bawa makanan sendiri.

Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan.

Agak mengejutkan lagi, apabila di telefon isterinya, tidak keluar gambar kacang apabila menekan kod yang sama, sebaliknya keluar gambar lolipop

Isnin, 1 Disember 2014

Pengapungan Harga Minyak ; Rafizi buat-buat bengong atau ....

Sambung lagi sedikit cerita pengapungan harga minyak....

Ada sedikit kepelikan sedikit mengenai pengapungan terurus harga minyak,
Media Bahasa Melayu tulis "Hapuskan subsidi" media Bahasa Inggeris menulis tentang "Managed Float", jadi pemahaman pembaca ada berbeza-beza.

Kalau managed float nampak baik sedikit.
Kalau hapuskan subsidi nampak jahat.

Maka muncullah wira politik yang baca sebagai "penghapusan subsidi", dok keluar hujah kaitkan subsidi IPP dan sebagainya.

Bagi saya, subsidi yang menyebaban pembohongan harga adlaah tidak baik.
Subsidi pada kroni IPP juga tak baik. Tetapi yang itu tiada kaitan sangat pengapungan harga.

Dari sudut pandang saya, Apungan Terurus adalah lebih baik daripada rakyat dibohongan soal harga.

Maka timbulkan persoalan buat-buat tak tahu daripada Rafizi budak kolej kesayangan KetUm.

 

Dia nak macam mana sebenarnya?
Dia nak harga minyak turun 35% juga kah?
Sudah tentu sebelum ini memang ada subsidi, maka sebab itu penyeludupan berlaku.
Kalau minyak sebelum ini tiada subsidi, profit penyeludup itu datang dari mana?
Duit nak rasuah penguat kuasa itu datang daripada mana?
Penyeludup saja-saja rasuah walaupun tak untung kah?

Saya nampak pengapungan  trurus harga minyak ini masih boleh lagi diperbaiki..
Satu kesilapan besar kerajaan ialah apabila dia mengumumkan harga terlalu awal, umum 27 nov, nak turun 1 dec. ada beberapa hari untuk pengusaha stesyen yang tamak untuk batalkan pesanan, hasilnya banyak pula yang kering.

Takut sangat rugi.

Orang meniaga emas sudah biasa dengan turun naik emas, tetapi tak ada pula sampai nak kosongkan kedai sebab harga nak jatuh.

Jadi saya cadangkan, tempoh masa pengumuman perubahan harga mesti kurang dari 24 jam.
Hari ini pukul 4 umum tukar harga, malam terus laksanakan.

Jangan beri ruang untuk berspekulasi.

Saya dapat maklumat perubahan harga dalam sistem pengapungan terurus ini adalah secara bulanan. Bagi saya ianya tidak elok, sebab orang boleh ramal perubahan harga hujung bulan depan.

Dalam 1 bulan mesti harga nymex banyak berubah, kalau mingguan kurang sedikit perubahan dia.

Maka cadangan saya adalah sebegini.
Perubahan harga minyak adalah dalam mingguan dan bukan bulanan.

Hari perubahan harga adalah tidak tetap.
minggu ini mungkin isnin,
minggu depan mungkin jumaat,
minggu lagi 1 mungkin khamis.
Isytihar 4 petang, laksana tengah malam hari sama.

Tetapi kalau boleh tak berubah hari khamis, sebab tak mesra hubungan suami isteri.
Hujung minggu pun kalau boleh tak payah ubah lah, pegawai nak cuti, pengusaha nak cuti.














Rabu, 26 November 2014

Jalan Semarak: DBKL nak padam sejarah UMNO?

Zaman muda saya dulu pun saya ambil tahu perkembangan semasa.

Jadi saya masih ingat lagi Zaman  Tan Sri Mohamed Rahmat  baru jadi Menteri Penerangan, dan melaksanakan Program Setia Bersama Rakyat.

Ketika itu saya dalam lebih kurang tingkatan 1.

Ketika itu saya anggap ingat sesuatu program yang baik sebab nampak pemimpin dekat dengan Rakyat.

Maka Jalan Gurney di tukar nama menjadi Jalan Semarak kerana peristiwa itu.

Daripada nama Penjajah, kepada nama Program UMNO.

Ketika itu, saya tidak tahu yang program Semarak itu adalah program politik. sehinggalah beberapa tahun kemudian, seya berborak dengan seorang pemuda yang pakai baju PAS dalam bas dari KL nak ke Melaka. Saya tidak ingat tahun berapa mungkin semasa pilihanraya 1990. Maka saya tahu lah ianya kempen politik UMNO.

Kini Jalan Semarak ingin ditukarkan kepada Nama Jalan Sultan Yahya Petra, Hairan juga kenapa DBKL nak padam sejarah UMNO.





Sabtu, 22 November 2014

BN Akhirnya Mengaku Tak Mampu Kawal Harga Minyak

Akhirnya diumumkan bahawa Kerajaan menghapuskan kawalan harga terhadap RON 95 dan menjadikan "Managed Float" atau Apungan Terurus.

Ianya belum 100% diapungkan, tetapi dia ikut lebih kurang harga sebenar.

Maka tumbanglah rejim kawalan harga, yang dahulunya menyangka boleh mengambil tugas Allah dalam menentukan harga, namun pasti gagal.

Sistem kawalan harga BN ini telah banyak menimbulkan banyak masalah.

Masalah gula "tiada" bekalan, masalah minyak masak "tiada" bekalan walaupun negara kita adalah pengeluar sawit terbesar dunia.

Ingat lagikah masalah disel  dikuotakan sehingga lori-lori besar keluar lebuhraya untuk beratur beli disel.

Kemudian disebabkan kuota juga, Stesen minyak bergilir-gilir kehabisan bekalan,
walaupun dalam perut bumi ada banyak lagi minyak.

Tidak dilupai masalah penyeludupan yang berpunca daripada perbezaan harga yang ketara.
Siap ada buat paip untuk terus salur ke Thailand.

Itulah hasil daripada manusia yang nak cuba kawal harga.

Disalahkan pula penguatkuasaan, walhal punca tidak ditangani.

Daripada situ, muncul pula rasuah, yang mana SPRM pula terpaksa campur tangan.

Manusia oh Manusia....

Kalau rasa tak mampu nak turunkan hujan, jangan beranganlah nak kawal harga, kelak akan tersontot jua.

Masih ingat gambar ini? "Harga barang Ketentuan Allah" sering dikaitkan dengan gambar ini.





Sekarang, saya pun nak selfie macam dia....




Ingat, Harga Barang Ketentuan Allah, Manusia jangan cuba nak kawal harga.
Melainkan kalau sudah boleh turunkan hujan.



Tips Berguru pasal emas

Aku kagum kesungguhan seseorang untuk travel jauh untuk berguru.
lebih kurang macam apa yang aku selalu buat.

Tapi cuma ada kalanya rentak tak kena sikit.
Biasanya dengan guru, kita tak boleh terus nak jadi macam dia. Sebab dalam perniagaan, ada trade secret. Yang itu kita akan dapat kalau dah jadi anak murid kesayangan.

Jadi, nak berguru pun ada skill dia, kena jaga hati guru, kalau dia ada jual sesuatu, beli sikit dari dia, selepas tu tanya lagi, lepas tu beli lagi.

Biasanya Guru tak kedekut pada anak murid dia yang kasi keuntungan secara berterusan.

Lagi 1, kena pilih bab betul2 , kalau terlompat bab yang nak potong jalan dia, memang tak masuk gear. Jadi kena tanya guru tu, macam mana nak mula. Dia boleh kasi intro dari mula.

Tapi kalau tanya aku, mana nak mula, kena mula dengan saving dulu. lebihan saving baru boleh main.

Tapi macam aku, sentiasa tak cukup emas, so aku tak join mana2 program

Ciri utama emas adalah security. Bila ekonomi runtuh kita ada emas.
Bila kena serang, kita boleh bawah emas ke Indonesia untuk beli senjata. Bila hiperinflasi, kita selamat.

Dalam dunia emas, ada 2 jenis orang.
1. yang nak profit dia ending dgn emas
2. yang nak profit fiat

Kena decide dulu, nak suka emas atau suka fiat.
Kalau suka emas jangan ambil risk dulu untuk program.
Kalau nak untung bulan2 , orang program memang suka. Tapi ciri utama emas tu dah tak ada, sebab aset di tangan orang.

Khamis, 13 November 2014

Sedih tawa Router , Kaki Forward Whatsapp

Aku tak tahu lah nak sedih kah
nak ketawa kah
nak senyum kah.

Zaman banyak pengguna baru internet mobile kadang-kadang mencuit hati.
cuma bahagian hati mana yang dicuit pun tak pasti.. bahagian ketawa atau bahagian sedih atau bahagian mana lagi?

Al kisah, kaki forward whatsapp, atau dikenali "router" masing-masing mendakwa mereka dahulu yang forward sesuatu perkara.

Kalau berebut mengaku lebih awal forward benda sahih, itu tak mengapa.
Tapi ini mengaku lebih awal forward benda tak sahih.

Dalam dunia Melayu, ada banyak hoax Melayu, pengkaji hoax antarabangsa belum dapat menkaji hoax melayu.

Ada macam-macam jenis, layankan sahajalah.
Dunia internet yang baru bagi mereka.

Ada hoax suruh forward whatsapp, kononnya nanti kena caj kalau tak forward.
lebih kurang macam modus operandi hoax dulu-dulu.

Baru baru ini, ada dapat orang forward whatsapp , kononnya Google akan remove apps yang dia promosi daripada playstore kalau tak dapat 50k download. hmmm

Aku tengok, Apps 20012 yang tak sampai 50k download, masih ada lagi...



Rabu, 12 November 2014

Perniagaan DalamTalian , Shopping Cart atau tidak?

Sememangnya Shopping cart membantu dalam perniagaan dalam talian.

Tetapi rakyat Malaysia masih lagi belum biasa dengan shopping cart.

Saya dulu pun pernah terfikir untuk ada laman web shopping cart, namun emas ada susah sikit, atas 2 sebab.

1. pelanggan jenis suka tanya.
2. Harga berubah.

Jadi maka sering saya tangguh untuk buat shopping cart.

Pelanggan suka guna cara yang mereka suka guna.
Mungkin ada yang memang suka shopping cart, tetapi kalau tiada opsyen itu,
saluran komunikasi biasa boleh digunakan.
Whatsapp/Telegram/ SMS/ wechat/ Fb mesegger.

Rakyat Malaysia ada juga yang melepak di laman seperti mudah dan lelong.
Maka jenis macam itu, dia kekal dengan cara mereka.

Yang di dalam media sosial pun lebih gemar untuk kekal dengan cara mereka bersosial dan membeli belah.

Budaya berjual beli di Instagram memang giat berlangsung, urus niaga berlaku tanpa shopping cart.
Begitu juga di Facebook (page atau group atau profil). Mereka suka 'pm'.

Walaupun sepatutnya pembeli yang patut pm pada penjual, tetapi pembeli pula yang minta di pm.

Adakalanya, orang balas macam ini.





Kalau ada laman web profesional, siap shopping cart, ianya tak menyelesaikan semua masalah.
Bukan 1 ubat ajaib, boleh datangkan jualan.

Pendedahan adalah satu perkara penting. Berapa ramai orang nampak produk itu.
Berapa ramai orang tergiur dengan produk itu, berapa ramai menganggap anda jenama pilihan utama.

Ada yang mengiklan sana sini, sampai berlaku spam.
Ada yang beriklan di agensi pengiklanan Fb Ads/ Adwords  dll.

Kalau pendedahan tinggi, tak ada shopping cart pun tak mengapa.
Berbanding Ada shopping cart tetapi tiada pengunjung.

Saya memilih untuk mempunyai catalog sahaja tanpa ada shopping cart.

Tanpa shopping cart pun boleh buat remarketing macam lazada.

Selepas tengok periuk nasi, nanti periuk nasi itu ikut sahaja kemana anda pergi.
Masuk malaysiakini nampak periuk nasi, masuk sinar harian nampak periuk nasi, sampai selepas beli periuk nasi pun nampak periuk nasi itu juga.

Mungkin juga saya akan perlukan shopping cart, tetapi mungkin yang boleh orang lain tumpang berniaga sekali.








Ahad, 9 November 2014

Guna Komputer Berdiri , Berjalan , Bertenggek

Sudah banyak kali dengar, manusia tidak sesuai untuk duduk lama.
Tetapi untuk pengguna komputer, memang selalunya menggunakan komputer secara duduk.

Jadi timbul masalah kesihatan pada pengguna.




Kalau zaman dahulu, penggunaan komputer dalam tempoh masa panjang sering dikaitkan dengan 'rosak mata'.

Tetapi yang sebenarnya merosakkan struktur tubuh, sebab duduk lama.

Begitu juga pekerja pejabat yang sering duduk buat kerja.
Ada yang kerap duduk dan bangun, tetapi ada juga yang terlalu banyak duduk.

Beberapa bulan lalu Linus Torvalds, menunjukkan video workplacenya dimana dia menggunakan komputer secara berjalan.


Memang bagi saya, saya lebih sesuai berjalan daripada berdiri.
Kalau berdiri cepat letih, tapi berjalan lambat lenguh.

Jadi nak ubah suai Treadmill supaya boleh letak komputer agak sukar, tetapi misi akan diteruskan juga, cuma sementara ini saya gunakan komputer secara berdiri.


Daripada mana dapat "meja" ini?

Sebenarnya ianya bukan meja, Ianya tempat tukar lampin bayi, cuma bahagian atas dipasang secara terbalik.

Boleh dilihat di sini.
Papan besar itu sebenarnya boleh diturunkan, untuk dijadikan meja menulis untuk kanak-kanak.

'Meja berdiri' saya itu, sebenarnya boleh digunakan sebagai rostrum, penceramah zaman sekarangkan banyak guna laptop, jadi memng sesuai... :)


Yang sebenarnya, meja untuk kegunaan berdiri boleh juga digunakan untuk duduk, tetapi kena ada 'bar stool' yang 72cm.

Jadi kalau penat berdiri, masih boleh duduk.

Tetapi kalau meja duduk, tak boleh digunakan secara berdiri.

Banyak pula saya tulis, inilah hasil daripada meja berdiri, banyak oksigen sampai ke otak berbanding duduk.

Oh ya, bab 'bertenggek' itu, adalah gaya saya guna komputer dulu-dulu.
Kalau guna kerusi kayu betul, bertenggek di atas kerusi itu dan guna komputer.
Gambar saya 'bertenggek' di depan komputer rasanya tiada, ilustrasi pun tiada, jadi pandai-pandailah bayangkan macam mana 'bertenggek' didepan komputer.



Jumaat, 7 November 2014

Gosip itu datang sendiri pada kita

Tak kala rakyat dalam kesempitan, tak lama lagi nak GST, banyak persiapan nak dibuat, samada nak lawan pun kena persiapan, nak kutip pun kena persiapan.

Masa itulah banyak gosip muncul sendiri kepada kita.

Gosip emas cerita sontot
Gosip politik pun cerita sontot, cuma lebih terperinci, bluekkkk.

Tiba-tiba ada gosip syiah, semua cerita-cerita syiah timbul.

Dalam group Badminton , ada pula gosip pelajar kantoi meniru guna Samsung Gear.
wah canggih.

Namun, nasib baik kepada otak ini masih boleh fokus apa nak dibuat, makan tumpuan masih kepada yang sepatutnya.

Memang kita ini nak kena kurangkan masa Whatsapp.

eh, GST pun ada gosip,
Sekarang sudah menular kisah penipuan pengiraan kononnya servis harga aircond cukainya dikira jadi lebih kurang 50%.

Aduh...
Lawan GST dengan fakta, bukan dengan penipuan pengiraan.
Yang termakan sentimen anti GST, bukan main suka forward, bila ditegur buat biasa sahaja.

Mungkin sampai sekarang dia ingat pengiraan itu betul agaknya.

Nak korek ilmu GST, ada banyak cara, yang percuma pun ada, tanya sahaja siapa yang tahu.
Yang berbayar pun ada.

Dengar cerita, ada orang coaching GST, sampai kena bayar RM 750... huhuhu



Khamis, 6 November 2014

Siapa yang bertanggung jawap untuk promosi kursus IPTA?

Sejak akhir akhir ini, memang selalu nampak orang foward di Whatsapp tentang kursus IPTA yang ditawarkan.

Kemudian, selalu juga, orang Kolej Komuniti promosi di Kumpulan-kumpulan Facebook.

Timbul juga persoalan daripada kawan lama...



Memang agak pelik, apabila zaman serba canggih, Kaedah promosi adalah lebih kurang macam iklan orang jual barang di Facebook tanpa peruntukan.

Yang anehnya, promosi sebegitu sering tak diberikan pautan laman web, supaya orang boleh rujuk untuk promosi akan datang.

Adakah memang tak wujud peruntukan untuk promosikan kursus nak ditawarkan?

Atau mungkin perlu ada satu portal khas dimana IPTA perlu hantar maklumat kursus untuk dipromosikan secara sistematik?






Rabu, 5 November 2014

Langkah Berani PSM

Ramai yang tak kenal PSM, Parti Sosialis Malaysia.

Saya memang awal-awal nak mengaku memang tak sokong sosialis.

Tetapi PSM melakukan satu langkah berani, untuk putuskan tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, tidak pasti pula, memang sudah mohon masuk Pakatan Rakyat atau bincang dengan PKR sahaja?






Yang sebenarnya, kalau PSM putuskan untuk Masuk Pakatan Rakyat, maka agenda saya nak keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, jadi 'Mod PSM' sudah tidak releven. hehe

Sebelum ini PSM bertanding di beberapa kerusi guna logo PKR, maka ramai orang tak tahu apa itu PSM, mungkin orang-orangnya memang selalu jumpa, tapi tak tahu yang dia itu PSM sebab sudah terhijab disebalik PKR.

Wujud krisis di Semenyih, di mana sepatutnya PSM bertanding, tetapi disebabkan PKR nak logonya digunakan, maka orang PKR yang diumumkan bertanding.

Ditambah perit lagi, di Kota Damansara, walaupun PSM sudah mengalah untuk guna logo PKR, bertembung pula dengan PAS.

Satu perkara pelik berlaku seolah-olah PAS baru tahu yang calon PSM bertanding guna logo PKR.
Selama 2008-2012 belum tahu atau macam mana?

Orang-orang PSM sudah bergaul mesra dengan orang-orang PAS.
Ketika perbicaraan Mansuhkan ISA, orang PSM selalu hadir, malah Arul sendiri turut hadir.

Ditambah pula banyak agenda Sosialis yang turut dijaja oleh PAS ketika kempen PRU, maka mati-mati saya ingatkan PAS memang berbaik dengan PSM.

Secara tiba-tiba, 'Sosialis' ditolak, Tetapi Agenda Sosialis Gaji Minima RM 1100 , digunapakai untuk kempen. di Kota Damansara

Memang pelik, memang pelik. Memang pelik.

Tetapi itulah politik.

Kini PSM tak perlu pening-pening macam PAS, tiap-tiap kali muktamar lafaz "Perkukuhkan Pakatan Rakyat" , sambil itu juga angin bertiup kencang "Nak keluar Pakatan Rakyat". Ulang ulang ulang...

PSM juga tak perlu nak backing sangat kemerepekan segelintir pemimpin PR yang terlebih bawa agenda liberal.

Tapi nasib baik juga Agenda Sosialis Gaji minima RM 1,100 tak perlu dilaksanakan.
Nak bayar gaji 2 orang RM 900 pun terkial-kial.
















Selasa, 4 November 2014

Liberal tak semestinya Terbuka

Liberal kebiasaanya dikaitkan dengan terbuka, tetapi tak semestinya yang terbuka itu liberal dan yang liberal itu terbuka.

Liberal bemaksud bebas, dan tidak semestinya bebas itu satu keperluan.

Ada kala orang yang terbuka itu dilabel liberal.

Orang terbuka, boleh terima seribu satu jenis input, termasuk liberal dan anti-liberal sekali.

Terima semua hujah-hujah, tetapi tidak semestinya sokong.

Ada yang anti liberal secara tak terbuka, orang yang terbuka yang tak liberal pun dicop liberal.

Maka jadilah orang terbuka.

Boleh terima semua input, proses elok-elok.

Buang yang keruh ambil yang jernih.

kalau proses tanpa output pun tak mengapa.


Apa erti hentam musuh, menggunakan fakta yang direka untuk jatuhkan musuh.

Jadi dengar semua belah pihak.

Kasi proses maklumat baik-baik.

Ada orang liberal yang tak terbuka. Kepala otak sudah sebati dengan anggap semua yang liberal itu bagus. Semua hujah pihak lawan di prejudiskan awal-awal.

Nampak sahaja islam, atau hujah-hujah cenderung islam, cepat2 cari salah.
Itu tidak terbuka.

Keterbukaan bukan hanya mengambil idea barat, tetapi mampu mendengar perkara baru yang tidak semestinya dari barat.



Ahad, 2 November 2014

Foursquare untuk makan

Foursquare zaman ini memang sudah kurang digunakan, Ramai yang boleh check in menggunakan media sosial lain seperti Google+ dan Facebook.

Namun bagi saya ianya masih berguna untuk 1 perkara iaitu, iaitu kalau pergi 1 tempat yang kita tak pernah pergi.

Kita boleh dapat jumpa tempat makan sedap, yang biasnaya sedap.

Cara mudah.
Buka foursquare, (kena pasang dulu di peranti mobile kalau belum pasang).
GPS hidup, Cari "Food".
Maka dia akan cadangkan beberapa tempat.
Biasanya ada ulasan menarik, kadang2 ada cakap "mee rebus sedap" dan sebagainya.
jadi pilih salah satu.

klik peta, dan peta itu boleh dibuka menggunakan waze atau GoogleMapMobile untuk sampai ke situ.

Biasanya memang sedap.

Jadi boleh makan sedap secara 'supprise'.




Mengurus apa yang telah ditulis

Mengurus apa yang telah ditulis , Apa punya tajuk da...

Seketagihan pada Facebook beberapa tahun lalu, saya banyak hilang apa yang telah ditulis.
Nak cari semula, aduh, kena sroll bawah bawah, kandungan sudah bercampur baur dengan benda kita forward, benda kita merepek.

Agaknya Facebook nak suruh kita tulis semula apa yang kita pernah tulis?
Macamlah kita tidak pernah lupa.

Tetapi, nasib baik ada Google, google boleh bantu kita cari apa yang kita pernah tulis, tetapi yang ditulis di Facebook, memang sukar untuk Google index.

Google Custom Search, dibina untuk memudahkan orang mencari kandungan sesuatu laman web, tetapi kita boleh salah guna untuk mencari semula apa yang kita pernah tulis.

Dengan syarat jangan tulis di Facebook.

Ini tetapan GCS saya ...


Maka boleh cari kandungan blog, Google+ , Twitter , isih mengikut tarikh.

Jadi, tak adalah, 2,3 minggu lepas punya posting pun kita sudah tak jumpa.

Namun, Carian  di Blog lebih diutamakan, maka saya buat satu lagi carian khas untuk Google+.

Twitter pun boleh diindekskan sekali, tetapi ranking dia rendah, namun, masih boleh dicari.
Cuma kalau memang yakin posting anda itu letakknya di twitter, maka boleh cari di twitter terus.
kalau nak cari twit sendiri yang menulis tentang orang lain, boleh tulis twithandle sendiri diikuti dengan keyword lain.

Sebagai contoh. "Hasbullahpit Neelofa"

Saya sudah berhenti daripada pos ke facebook secara langsung, akan tetapi menggunakan Google+ untuk mengepos sesuatu, dan salinannya akan pergi ke Twitter dan Facebook.

Namun masih ada kesukaran untuk menggunakan Google Custome Search, banyak kandungan sidebar yang berulang2, dikira sebagai kandungan, namun inya boleh dikecualikan, cuma kena usaha sikit.

Masalahnya, kita nak google search jumpa kandungan sidebar, tetapi tak mahu Google Custom Search index. Kena hati-hati takut rugi SEO.








Jumaat, 31 Oktober 2014

Budaya Memperlekehkan Pengkritik

Sering juga terbaca orang memperlekehkan orang yang mengkritik. Tetapi kritikan tidak dibalas.

Banyak analogi digunakan, untuk menggambarkan seseorang itu tidak layak untuk mengkritik.

Analogi anak dengan bapa lah, analogi mekanik dengan kereta lah.

Maka bertepukanlah penyokong , pengkritik sudah diperlekeh.
Cepat-cepat foward whatsapp.

Habis itu siapa yang layak?

CEO Apple mengaku Gay, adakah kita tak boleh mengkritik?
Eh awak tu siapa? tak pernah buat handphone?

Kalau Kritik Mark Zuckerberg boleh tak?
Eh, Engaku tu guna whatsapp company aku sudah beli.


Maka, adakalanya kritikan anonymous ini bagus, sebab tak tahu siapa yang mengkritik, maka kaedah balas kritikal dengan memperlekehkan ornag itu tidak boleh digunakan.
Paling kuat pun tuduh ornag itu pengecut.


Kenapa Saya tak pajak Pamp 100g?

Ramai pula yang minta untuk tulis pasal emas, jadi saya tulislah sedikit dulu.

Mengapa saya tak pajak Pamp 100g.
Sepatutnya saya yang tanya orang lain, kenapa nak pajap Pamp 100g?
Pamp 100g adalah bentuk emas paling cair liquid.
Jadi kalau ada Pamp 100g, boleh cepat2 cairkan, atau boleh jual dalam bentuk asal.

Kalau nak pajak pun sebenarnya boleh, tapi kalau ikut gaya saya, pajak emas yang kurang cair dulu, sebab pamp boleh cair terus.

Maka emas yang sesuai dipajak ialah emas yang tidak cair, atau lambat cair.
Emas yang ada nilai sentimental atau emas yang lambat laku.

Contoh:
Emas yang mula-mula kita beli.
Emas yang A Samad Said jual
Emas yang orang infak untuk buat tahfiz, kemudian kita bida dan menang.
Emas terpakai yang cun, nak lebur sayang pula.
Emas yang kurang permintaan buat masa ini, tetapi nanti ramai cari.
Emas pusaka.
Emas yang orang kasi hadiah menang peraduan, atau hadiah kerja lama.
Emas yang Neelofa kasi. (jika ada hehe)


Jadi Pamp 100g adalah tidak perlu untuk dipajak.
Melainkan anda hanya ada seketul Pamp 100g itu dan tak ada emas lain.
Itu pun kalau boleh pajak dengan kawan-kawan sahaja.

Tapi kalau kawan-kawan boleh pinjamkan 10k tanpa cagaran Pamp, itulah kawan anda yang sebenar.








Rabu, 29 Oktober 2014

Keadilan untuk Saiful Bukhari

Keadilan untuk Saiful Bukhari
Keadilan untuk Anwar Ibrahim
Keadilan untuk yang menuduh pil kuda
Keadilan untuk yang dituduh pil kuda
(aku pun tak sebut nama juga)
Keadilan untuk Makcik Wahidah

Keadilan memang untuk semua orang,
bukan hanya untuk yang popular atau berjawatan tinggi.

Jadi kalau nak bawa sepanduk "Keadilan Untuk Saiful Bukhari" itu tak payahlah sorok-sorok mula.
memang itu benda betul.


Mahkamah memang untuk orang mendapatkan keadilan.
Tapi zaman sekarang pelik, bila gaduh-gaduh , "bawa naik court" itu sudah perkara negatif.

Walhal itu sepatutnya 1 kaedah mendapatkan keadilan.

Cuma, ada usaha nak merosakkan sistem kehakiman. Yang itu kita perlu tolak.



Selasa, 28 Oktober 2014

Yang Rempuh Pagar itu Tahu Tak Anwar Sokong GST?

Amboi bukan main, nak pidato sampai rempuh-rempuh pagar.

Siap ada dalam jadual pidato, "bergerak daripada pintu pagar".
UM pun satu, dok layan-layan. Kalau dibiarkan sahaja Anwar berpidato, entah-entah tiada apa berlaku.
Dapatlah juga si Anwar Ibrahim itu, buat aksi ala-ala dapat sokongan ramai, siap ada 'resistance' sikit.

Tetapi masa nak bantah GST, tak ada pula aksi rempuh2.

Oh ya... baca sikit...


Persoalan yang timbul sekarang ini ialah, adalah Mahasiswa yang rempuh pagar itu sedar Anwar ini penyokong GST?

Tak terfikirkah tatkala rakyat perlu tolak GST, kita dilekakan dengan Langkah Kajang dan sinetron MB Selangor? (mana popcorn)

Tetapi apabila nak mengimbau kembali zaman muda di UM, konon-konon pejuang revolusionis, boleh pula bantu buat aksi "memperjuangkan demokrasi".

Kalau pemimpin mahasiswa tak boleh berucap, lainlah.

GST berlaku sekali dalam 500 tahun.










Ahad, 26 Oktober 2014

Bebaskan... Bebaskan .. Sekarang Masa Terbaik Bebaskan Harga Minyak

Dunia agak pelik apabila melihat pengeluar minyak Arab Saudi nak harga minyak rendah. Apa yang Amerika sudah cucuk, saya pun tak tahu.

Sebelum ini Harga minyak di Malaysia dikawal oleh manusia, bila harga dunia tinggi, harga Malaysia rendah. Bila harga dunia rendah, Malaysia pula tinggi.

Kalau turun naik, OK lah juga, tak guna wang rakyat nak bohongkan harga.
Tapi kalau sentiasa di bawah paras dunia, makin lama makin banyak hutang negara.
Bebaskan, Bebaskan, Tak mampu bertahan lagi.

Jadi Harga minyak perlu dibebaskan sementara ianya tengah rendah.
Hal arab Saudi itu biarlah dia fikirkan sendiri.

Di Malaysia, harga minyak sentiasa di bawah paras dunia, sejak selepas krisis kewangan 1998.
Jangan ingat kesan Krisis itu sudah habis. Kalau Ringgit di paras RM 2.50 == 1 USD baru boleh isytiharkan habis.

Bebaskan... Bebaskan...

Terlalu banyak masalah berlaku akibat nilai ringgit yang tak mesra harga komoditi minyak.
Banyak lubang, banyak tampal.

Tampal guna subsidi, berlubang balik kena seludup, kemudian tampal guna nano lah, guna surat kuasa lah. pendek cerita tampal lubang, tampal lubang. Kos nak tampal lubang pun tinggi juga.

Jadi perlu bebaskan harga minyak.
bebaskan... bebaskan..

Ketakutan hapus subsidi yang terpendam, perlu dilepaskan.

Berdiri Megah, mulakan yang baru.







Menyokong Kawalan Harga ikut Kepentingan

Dalam dunia yang dipenuhi oleh agak ramai penyokong kawalan harga. Adakah mereka benar2 sokong kawalan harga atau mereka sokong ikut kepentingan?

Bila dia hanya beli sesuatu barang A, maka kalau boleh dia nak kerajaan kawal barang yang dia selalu beli itu supaya tak naik-naik.

Nasib penanam sayur siapa peduli?

Tetapi apabila dalam posisi menjual barang B, maka dia nak kerajaan kawal supaya harga tidak jatuh.

Dalam situasi peruncitan pula, ada peniaga yang membentuk persatuan sebab nak kawal harga, mereka pakat ramai-ramai membentuk kartel supaya pembeli nampak harga seragam yang tinggi, tetapi apabila seragam maka sudah tak nampak mereka jual mahal.



Akan tetapi semasa beli daripada pembekal, mereka tidak pula nak berpakat supaya sama harga, nak murah semurah mungkin.

Dalam situasi ibubapa dan pengusaha bas sekolah. Ibu bapa minta tambang dikawal supaya murah, pengusaha pula mengeluh minta harga yang dikawal itu naik sedikit. Pengawal harga pening kepala dan nak lepaskan kawalan.



Kawalan harga oleh manusia memang tak sempurna, pasti ada pihak yang teraniaya.

Jadi fikir-fikirkanlah kalau anda jenis penyokong kawalan harga yang berkepentingan.
Ada pihak yang teraniaya...


Jumaat, 24 Oktober 2014

Budaya menunjuk "Bosan ahh" di Media Sosial

Zaman saya mudah dulu tiada media sosial, yang ada hanya laman web, forum, IRC , bbs.

Tidak ada tempat khas untuk tulis status.

Kalau tulis di IRC, mesti ada orang balas.
Takkan nak tulis "Bosan ahh", sebab nanti akan berborak juga.

Tapi budak muda zaman sekarang cukup suka tulis "bosan ahh" di status-status media sosial.

Di Moment wechat pun ada nampak orang tulis macam itu... "bosan ahh".

Zaman moden sebegini ada 1001 jenis maklumat, boleh dibaca, dia boleh bosan.
Hairan juga.

Zaman saya muda dulu, jarang pula rasa bosan, di RinduNET sentiasa ada orang.
Walaupun tak ramai tapi dengan orang yang sama boleh bincang.

Kemudian zaman bincang.net pun tak rasa bosan, ada sahaja benda nak di baca.

Dengan limpahan maklumat zaman 2014 ini, mustahil untuk bosan di Internet.

Sekarang sepatutnya ada masalah tak cukup masa nak baca. Sampai kena urus apa nak dibaca.
Perkara-perkara "read later" boleh dibaca kalau ada masa agak lapang.

Tetapi untuk rasa bosan sampai tak tau nak buat apa, adalah 1 perkara mustahil bagi saya.

Belum masuk lagi buku-buku yang dibeli tetapi belum baca, kandungan wikipedia yang saban hari makin banyak.

Kepada adik-adik, tak payahlah tunjukkan kebosanandi Internet, ianya hanya sekadar menunjukkan kelemahan diri.

Ada pula saya pernah nampak dulu, dia tulis "bosan ahhh, ada kerja kosong tak?"

Agaknya majikan nak ambil dia bekerja tak?

Sebenarnya, kita tak boleh rasa bosan, sebab waktu perlu diisi, walaupun ketika tunggu bas, tak tau buat apa, anda boleh berzikir.

Sebuah kereta lalu, subhanallah.
Sebuah motorsikal lalu, subhanallah.

Bayangkan berapa banyak markah dapat.







Khamis, 23 Oktober 2014

Profil Google+ atau Profil Blogger?

Hari ini ada kepelikan berlaku, entah macam mana pofil untuk update emas, sudah jadi kepada profil blogger. Tapi masih ada opsyen untuk kembali ke Google+ .

Yang itu memang memerlukan profil sebagai google+ sebab nak orang turut follow di Google+.

Tapi untuk profil peribadi, kalau profil blogger rasanya lebih sesuai kalau kita selalu komen blog orang.
Kalau kita guna profil Google+ , orang tak jumpa blog kita. boleh jumpa tapi kena cari di ruangan "About".

Yang profil emas tu memang jarang untuk guna untuk komen blog orang, so biarlah dia Google+.

Pening juga nak putuskan mana satu OK,
Kalau di Profile Google+ saya ada terpampang pautan besar2 ke blog, mudahlah sedikit.

Cuma, kalau guna profil blogger, kena share secara manual setiap kali pos blog.




Isnin, 20 Oktober 2014

PAS Keluar Pakatan Rakyat, Mod PSM.

Melihat akan senario politik sekarang, secara peribadi, saya merasakan ada baiknya PAS keluar Pakatan Rakyat.

Banyak sangat cerita kononnya nak keluar, kemudian ada ungkapan "Perkukuhkan Pakatan Rakyat".
Pusing-pusing macam itu sahaja.

Saya bukan benci DAP atau PKR, Tetapi merasakan perlu untuk PAS keluar buat masa sekarang.

Alasan untuk kekal biasanya guna "ruang dakwah yang luas".

Bila wujud Pakatan Rakyat, maka yang paling suka ialah peminat sistem 2 parti.

Masalah yang timbul daripada Sistem 2 parti adalah seolah-olah memisahkan semua benda kepada 2.

Jadi itu tidak elok. Seolah-olah negara terpisah pada 2, walhal tidak.

Jadi PAS perlu keluar Pakatan Rakyat secara elok, supaya ruang dakwah masih ada.

Masih berkawan tetapi tidak dalam Pakatan Rakyat.

Sebagaimana sebelum 2008, kerajaan masih boleh dibentuk tanpa membentuk Pakatan Rakyat.

Bagaimana itu?

PSM pun tidak berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih berkawan dengan PAS DAP PKR.
Tak ada masalah.

Tak ada pula dengar cerita dalam PSM nak keluar Pakatan atau nak masuk Pakatan.

Jadi kalau PAS berada dalam mod PSM sekarang ini,

Jadi apabila PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, maka banyak benda boleh dibangunkan.
PAS perlu belajar bergaul dengan bukan Melayu tanpa 'sub' pada DAP/PKR.

Manakala DAP pun sama kena belajar rapat dengan orang Melayu tanpa PAS.

Manakala PKR, yang dari awal penubuhannya berkawan dengan PAS, kena belajar bersendiri di kawasan luar Bandar.




Khamis, 16 Oktober 2014

Emel/Whatsapp : Remember, you’re a router - EricSchmidt

Saya terbaca artikel yang dipetik daripada buku HowGoogleWorks. , tentang bagaimana nak mengurus emel  oleh EricSchmidt.

Nampak macam lebih kurang berkait sedikit dengan
OK Google, sambung menaip..


Perkana no 3

When you open a new message, you have a few options: Read enough of it to realize that you don’t need to read it, read it and act right away, read it and act later, or read it later (worth reading but not urgent and too long to read at the moment). Choose among these options right away, with a strong bias toward the first two. Remember the old OHIO acronym: Only Hold It Once. If you read the note and know what needs doing, do it right away. Otherwise you are dooming yourself to rereading it, which is 100 percent wasted time.

If you do this well, then your inbox becomes a to‑do list of only the complex issues, things that require deeper thought (label these emails “take action,” or in Gmail mark them as starred), with a few “to read” items that you can take care of later.

Emel memang biasanya digunakan untuk ornag bekerja, jadi perlu ada pengurusan emel. Walaupun tak bekerja secara rasmi menggunakan emel, ada juga kerja bukan komersil.

Biasanya kita tak bersihkan inbox kita isih ikut mana yang patut.
Kita biarkan sahaja inbox penuh.

Jadi kita boleh asingkan perkara "panjang, tetapi menarik untuk dibaca, di satu tempat. Malam nanti duduk duduk boleh baca. Mana yang melibatkan pekerjaan, kena baca segera, balas segera.

Tetapi perkara sebegitu tak boleh digunakan di Whatsapp terutama Group.
Kita tak boleh nak asingkan ikut "nak baca kemudian", Sudah bercampur aduk dengan maklumat merepek.

Adakalanya posting whatsapp itu informatif tapi bukan nak kena baca segera sebab waktu bekerja.
Memang whatsapp untuk bekerja tak sesuai, melainkan semua ahli group memang tulis pendek-pendek dan benda penting.

Butang "Read Later" pun tak ada dalam Whatsapp.

Satu perkara menarik lagi ialah saranan.

5. Remember, you’re a router. When you get a note with useful information, consider who else would find it useful. At the end of the day, make a mental pass through the mail you received and ask yourself, “What should I have forwarded but didn’t?”

Memang kena batang hidung kaki forward,
Tak kiralah forawrd whatsapp, emel, sms, atau media sosial.

Biasanya orang suka forward bila ada kaundungan 'touching', rasa macam nak kena forward juga, bila hati tersentuh. Hati tersentuh tu umum. Adakalanya forward bila sedih, bila simpatu, bila terlalu suka, bila racist, bila menyampah, bila rasa takut orang termakan babi.

Zaman orang baru guna internet zaman mobile ini, memang kita banyak lihat, emel 90an kini diforward dalam bentuk whatsapp.

Gelaran untuk kaki forward adalah "Router" rupanya :)














Rabu, 15 Oktober 2014

Budaya Berparti yang perlu ditolak semua orang.


Sejak beberapa tahun kebelakangan, budaya berparti sudah banyak meresap ke dalam Masyarakat.

Ianya lebih kurang macam budaya berkonsert, tetapi hampir serupa tetapi tak sama.

Konsert, biasanya kita tahu siapa penghiburnya.

Konsert Metalicca, itu ini.
Ada juga agenda berparti diserapkan dalam konsert, tetapi agenda utama adalah muzik.

Tapi kini, budaya berparti tidak perlukan penyanyi popular.
Hanya perlukan muzik yang rentak menari sikit, arak, dadah, apa-apa yang mengkhayalkan.

Ketum saya tak pasti, kena tanya Rafizi dulu.

Ianya masalah sejagat, bukan hanya masalah nak elakkan umat islam daripada terjebak dengan benda-benda sebegitu.

Di Negara barat budaya berparti, biasanya antara rumah ke rumah.
Hari ini, rumah sipolan ada parti, 'line clear' ibu bapa tak ada.

Macam biasa, manusia yang tak cukup jati diri akan terikut barat. GST pun nak ikut barat, CGT pun nak ikut barat. PAS ikut Rafizi yang ikut barat.

Selalunya, bila membicarakan masalah sosial melibatkan bukan islam, Ramai yang kata "Biarlah , itu untuk bukan Islam".

Tetapi saya bukan begitu, Saya ingin menyeru kepada semua orang supaya menolak budaya berparti.
Kerana ia memudaratkan, membuang masa dan merosakkan manusia.

Dalam pengetahuan saya, tak ada agama yang mewajibkan berparti.

Jadi alasan agama tidak boleh digunakan untuk membiarkan ianya berleluasa.

Agama-agama biasanya ada perayaan. Tetapi ianya tak semestinya dilakukan dalam bentuk berparti.


Isnin, 13 Oktober 2014

Menyelamatkan Jawatan Presiden PAS

Di Palestin, Matlamat utama gerakan islam adalah nak bebaskan Palestin, lawan Israel.

Di Malaysia agak pelik sikit, Dulunya fokus untuk melawan UMNO, tapi kini Gerakan Islam fokusnya ialah nak menyelamatkan jawatan Presiden.

Maka, seluruh sumber yang ada  digunakan untuk menyelamatkan jawatan presiden.

Masalah rakyat boleh dilupakan dahulu, sebab fokus utama ialah nak menyelamatkan jawatan presiden.

Jawatan Presiden tu penting.

Bayangkan kalau tak ada jawatan presiden, Organisasi dipimpian oleh Timbalan presiden.
Mana ada organisasi dipimpin timbalan.

Zaman Dr Burhanuddin dulu, tak perlu nak selamatkan jawatan presiden sebab jawatan presiden belum wujud. Yang ada YDP sahaja.





Akaun Facebook saya dah hidup semula

Akaun Facebook saya dah hidup semula.

Tergerak untuk cuba lagi sekali, maka saya cuba, dulu selepas capcha dia keluar ralat.
Tapi kini tak keluar ralat, tetapi dia minta verify muka orang.

Masalahnya orang suka tag nama orang pada poster dan sebagainya, jadi agak mencabar.
Mujur ada gambar Yuzi, Farizal, dan Dani yang boleh saya kenal pasti.

Maka hiduplah balik Facebook saya.

Tapi saya belum pos apa-apa lagi, sebab pos ke Facebook menyebabkan candu pada Facebook.
Jadi saya tulis bloglah.

Dapatlah baca sikit-sikit, approve sikit posting "Warga Merlimau".

Dan, terus bayar hutang.





Selepas bercerai dengan Facebook Ads, dulu saya ada iklan sikit, yang itu belum bayar.
Nak bayar tak boleh log in.

Apa yang menarik dalam Facebook?
Ada macam-macam, tetapi itu semua mengganggu masa kita.

Kalau kita komen nanti dia berjangkit.

Kalau kita pos, kejap-kejap nak check siapa sudah like.

Jadi saya kena kawal diri saya baik-baik supaya tak buang masa sangat dengan facebook.
Kalau sudah baca penulisan saya dulu,

Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Maka, saya perlu urus betul-betul.

Selama saya diluar Facebook, banyak maklumat saya dapat, sebab tak leka dengan posting-posting orang, atau posting popular yang buang masa.

Risau juga, masa produktif tanpa Facebook ini berakhir.

Jadi, saya akan senaraikan profil-profil penulis pos di Facebook yang saya suka, supaya saya hanya perlu guna masa beberapa minit sahaja sehari untuk Facebook.


Semasa ketiadaan Akaun Facebook saya itu, akaun facebook saya yang sudah lupa password pula "naik" di Google Search. Harap lepas ini Google turunkan yang itu. Gantikan dengan yang sebenar

Facebook Hasbullah Bin Pit





p/s: Saya adaletak ikon ini , kalau-kalau blogger nak follow blog ini.




Sabtu, 11 Oktober 2014

Dum Dam Dum Dam Harga Getah , Najib fikirNak kawal sahaja

Saya terjumpa 1 komen menarik tentang getah.





Komen itu daripada artikel Sinar Harian.
Bajet 2015 beri sinar baharu buat penoreh getah
Macam biasalah, Najib yang kemaruk kawalan harga akan kasi penyelesaian ala-ala kawalan harga juga. Ada yang nak kawal kasi rendah, ada nak kawal kasi tinggi.

Najib mengumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, bertujuan untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan.


Masalah harga getah ini, satu masalah yang pelik. Di mana seolah-olah tidak wujud demand supply tehadap getah. Entah mana silapnya.

Jadi, idea yang terlintas bagi kebanyakan orang adalah "kawalan harga" , "nak kerajaan naikkan" , atau subsidi.

Pelik juga mekanisme Najib, kalau benar ianya dipinjamkan pada koperasi dan berharap akan beli getah harga tinggi drpd penoreh. 

Kalau stok sudah banyak, koperasi nak jual kemana? atas harga mana satu?
Mungkin koperasi itu besar sehingga boleh demand harga tinggi dari kilang.

Apa yang saya perhatikan dari dulu, cuba juga mencari idea untuk penoreh getah. Yang nampak adalah penoreh getah seolah-oleh tidak wujud dalam demand supply harga getah.

Penoreh akan terus menoreh walaupun tak dapat banyak pendapatan. Kalau tak menoreh, terus tak dapat.
Penoreh tiada keupayaan untuk, toreh dan simpan dulu dan cari harga tinggi.

Jadi ada loop hole di situ.
Kilang tahu, bekalan sentiasa ada.

Selalu juga dengar "Kilang Getah" tapi saya tak tahu mana satu yang dimaksudkan dengan kilang getah. Ada 1 sahaja atau ada banyak?

Atau ada banyak kilang yang membentuk kartel?

Jadi apa penyelesaiannya? 
Penyelesaianya saya pun tak tau, tetapi halu tuju adalah jelas, mewujudkan kuasa demand supply pada penoreh getah.

Mungkin perlu ada bursa getah tempatan, yang mana penoreh sendiri boleh ask price di bursa tersebut. Zaman Android ini, lebih mudah dilaksanakan.
Hairan juga, getah banyak di Malaysia, tetapi Bursa yang ada di Jepun.








Jumaat, 10 Oktober 2014

CGT : Cepat Benar PAS terikut Rafizi Lagi

Aduh,

Bila masa PAS bermesyuarat untuk putuskan kita Cadangkan Capital Gain Tax?



Saya pun tak faham, macam mana boleh "Pakatan Cadangkan Capital Gain Tax" sedangkan tidak diputuskan dalam Mesyuarat.

Tak habis habis terikut ikut Rafizi.
Tak serik lagi dengan idea-idea mengarut Rafizi.
Tak serik sudah kena dengan Langkah Kajang?


Saya tak Hairan kalau Anwar Ibrahim sokong GST sebab ianya tiru barat.
CGT pun tiru barat juga.

Anwar Ibrahim tak pernah kata GST tak bagus, cuma kata "belum sesuai"

Agaknya selepas CGT silaksanakan, baru sesuai dilaksanakan GST.

Tapi jangan risau, BN boleh laksanakan kedua-duanya sekali.

Saya pernah tulis mengenai "cukai simpanan". Tapi entah kemana ditelan Facebook.

Nanti ada masa saya tulis semula.



Berbelas tahun dengan Extreme Tracking

Saya sebenarnya memang lambat untuk guna Google Analytic.

Sebabnya, kalau tak salah, sejak 1999 sudah guna extreme tracking, dulunya "extreme-dm".

Memang mudah nak tengok.

Akan tetapi bila zaman mobile tiba, saya agak pelik kenapa pelawat tak ramai, rupanya kalau buat set mobile untuk blogger, tag extreme tracking tak kelihatan.

Maka saya gunalah Google Analytic. Itu pun agak terkial-kial.
Memang maklumat yang Google Analytic beri tu bagus, cuma saya sudah terlalu lama dengan exreme-tracking.com, sudah sebati dengan sel otak.

Jadi laman blog ini masih menggunakan mod berasingan untuk mobile dan web, jadi data yang Extreme Tracking kasi itu memang salah.  Boleh tunjuk versi web sahaja.

Nak dijadikan cerita, saya melakukan "Langkah Sevida", iaitu menukar template yang responsif pada laman blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau.  Maka bolehlah digunakan sekali dengan tag extreme-tracking itu.

Gembira sungguh, penuh gambar Android di ruangan OS.




Belum siap lagi migrasi, sebab tertulis posting blog ini.


Rasanya blog yang ni pun nak buat responsif juga lah. Nanti fikir apa nama "Langkah"


Selasa, 7 Oktober 2014

Pakatan Rakyat Menyokong Sistem Kawalan Harga BN

BN selama ini mencandukan rakyat dengan kawalan harga.
Walaupun BN banyak mencetak duit daripada angin, atas nama defisit, perbekalan tambahan, bon/sukuk , tetapi Pakatan Rakyat tetap menyokong Sistem Kawalan Harga BN.

BN telah berjaya menyembunyikan kesan inflasi dengan mengawal harga, dengan merompak duit anak cucu, subsidikan harga supaya kelihatan murah.

Walhal, rompakan terus berlaku.

Namun Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak sistem kawalan harga BN, termakan candu yang diberi BN, untuk terus bersama candu.

Candu kawalan harga dianggap lebih nikmat daripada s3ks.

Maka apabila perubahan harga oleh kerajaan.
Maka berbalahlah penyokong kawalan harga.
Ada yang kata tak boleh naik 20 sen, ada yang kata kena kurangkan candu sebab hutang dah banyak.
Mereka BN dan Pakatan sama-sama menyokong sistem kawalan harga BN.

Apa perlunya Pakatan Rakyat menyokong BN merompak hak anak cucu kita?
Apa perlunya menambah hutang hanya untuk menyenangkan generasi 'kuat selfie', 'kuat main handphone' ini?

Tahukah anda setiap mengembangan matawang ringgit akan menjatuhkan ringgit itu sendiri?
Swipe kad kredit untuk membohongi rakyat kononya harga minyak rendah, akan menyebabkan harga barang tetap naik. naik naik naik.

Bukan sebab harga minyak naik baru barang naik.
Penyokong Rafizi boleh hadam teori Rafizi kononnya harga barang boleh turun bila harga minyak turun.
Hadam sekalilah teori Langkah Kajang.

Kita sebagai rakyat, kena faham, bahawa wang kertas tak boleh dicetak sesuka hati, tambah hutang negara banyak2, tetapi kesannya kena pada generasi akan datang. Ini dinamakan rompakan oleh 'generasi kuat selfie' terhadap anak cucu kita.


Tetapi Pakatan Rakyat pun nak sama sokong pembohongan harga ini.
Apa nak buat.

Jadi saya seru pada semua rakyat jelata, supaya bergerak bebaskan harga minyak. Bebaskan harga apa-apa pun.

Supaya kita tidak ditipu oleh membohongan harga yang dibuat oleh BN disokong oleh Pakatan Rakyat.







Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Kita ada 24 sehari, dalam 365 hari, daripada usia yang ada.

Kita tak cukup masa untuk baca benda bermanafaat, Tak cukup masa untuk follow rakan-rakan kita.

Tetapi apa yang berlaku, biasanya kita membaca atau menonton apa yang disuapkan pada kita.

Jangan biarkan media sosial atau media lain menentukan apa yang kita hendak baca.

Kita boleh follow kawan kita, kita juga boleh baca apa yang dicadangkan oleh kawan kita.
Kita boleh juga baca apa yang ditulis oleh tokoh-tokoh, atau baca berita.

Adakalanya apa yang dicadangkan oleh kawan kita untuk dibaca itu memang bagus.
Dia sudah baca 20,30 artikel, tetapi kongsikan hanya 1,2 sehari.

Tetapi tengok orang juga, Siapa kawan kita itu.

Ada orang yang terima maklumat, rasa seronok, terus kongsi.
Tak semak pun sahih atau tidak, bila hati dia tersentuh dia akan kongsi.

Lupakan orang2 macam ini seketika, sebab ada ramai.

Yang betul2 membaca, dan memilih apa yang benar2 bermanafaat dan menarik untuk dikongsi, tidak ramai.

Saya ada meminati beberapa orang punya perkongsian.
Biasanya apa yang dia kongsi adalah menarik, informatif atau pelik sedikit tetapi bermaklumat.

Orang sebegitu tidak ramai.

Dulu ada Beras Terpilih, hanya untuk mengumpulkan apa yang yang mereka telah tapis dan dirasakan menarik.

Kematian Google Reader, menyebabkan beras terpilih juga mati.

Mereka masih membaca tetapi, perkongsian mereka tak sampai untuk diproses.

Di Facebook juga ada beberapa orang yang suka kongsi benda bermanfaat.
Tetapi tidak semestinya popular.

Jadi anda kena tapis kawan anda ikut kategori supaya anda boleh dapat baca benda bermanafaat, dan tidak tenggelam dengan benda popular/viral yang melekakan.


Jika kita nanti disuapkan oleh media sosial seperti facebook atau Google+ , mereka akan tentukan apa kita nak baca.

Kebanyakan enjin media sosial atau web 2.0 mengambil kira populariti untuk diangkat menjadi lebih popular.

Tetapi kebanyakan orang leka dan lalai, maka akan terjadi banyak benda tidak bermanfaat dipopularkan oleh orang ramai. Algoritma Facebook makin mengarut, sehinggakan URL popular yang dikongsi oleh bukan kawan kita pun boleh timbul.

Sekarang ini, jika anda buka facebook untuk kali pertama, tanpa sentuh yang lain, anda dapati banyak URL pelik dipaparkan. URL Kisah terlalu sensasi.


Adakalanya benda bermanafaat yang dikongsi oleh kawan kita sendiri pun kita tak nampak.

Jadi kena ada usaha secara manual sedikit, untuk follow kawan-kawan baik kita, mana yang kongsi benda bagus.

Ada banyak media sosial, kawan kita hanya kongsi di facebook, Mudin pula suka baca di flip it dan kongsi di twitter, Ustaz2 ada yang tulis di blog sendiri ada tulis di Facebook. Ada yang di Youtube.

Jadi kita kena susun sendiri apa kita nak baca.

Belum ada aplikasi khas yang boleh buatkan kita follow kawan-kawan kita dengan baik.
Follow Ahmad di twitter
Follow Sebol di Google+
Follow ZulHazmi di Facebook.
Jed Yoong mana pergi? Tak tahu nak follow di Mana.

Gabung dalam 1


Ada orang memang nak guna media sosial untuk bersosial, chit chat sana sini, jenis macam itu saya tak maksudkan dalam artikel ini. Tetapi kena jenguk sekali sekala, sebab mereka pun kawan kita juga.

Nak follow seseorang di Facebook , tanpa akaun facebook memang sukar, melainkan dia ada share sekali di twitter. Kerana Profil Facebook seseorang tak boleh dibaca tanpa logmasuk. Yang peliknya posting publicnya boleh dibaca, melalui pautan dari twitter.

Ini baru cerita follow, belum masuk cerita berita mana patut baca.

Apa pun, jangan terpengaruh atau hanyut dengan berita popular atau viral yang boleh mencuri masa berharga anda.









Isnin, 6 Oktober 2014

Kawalan Harga Tambang: Candu SPAD terpalit pada Peguam

Beberapa hari lepas, saya 'tertengok TV' , ada cerita tentang SPAD tidak lagi mahu mengawal tambang bas.

Syabas diucapkan pada SPAD, memandangkan yang menentukan Harga itu adalah Allah s.w.t, maka tak perlulah SPAD cuba ambil alih tugas Allah s.w.t.

Namun begitu ada pula ketidak puas hatian...


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu me­nimbang semula keputusan untuk membenarkan kadar bayaran tambang bas sekolah ditentukan oleh kuasa pasaran bagi mengelakkan berlaku kenaikan berterusan harga tambang pengangkutan itu.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, se­perti pengangkutan awam lain, harga tambang bas sekolah juga perlu dikawal kerana ia pilihan majoriti rakyat di negara ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Menurut beliau, SPAD seharusnya memikirkan kaedah lain sekiranya berhasrat untuk membantu pengusaha bas daripada mengalami kerugian akibat peningkatan kos ekoran kenaikan harga bahan api yang dihadapi mereka dan bukannya de­ngan memindahkan kos itu kepada rakyat.

Urusniaga adalah antara ibubapa dengan pengusaha bas.
Jika harga yang pengusaha mahukan lebih tinggi daripada harga yang ibubapa sedia bayar, maka NO DEAL.
 
Jika harga pengusaha mahu, sedia dibayar boleh ibubapa, walaupun perit, maka boleh diteruskan urus niaga.
 
Tidak ada SPAD, atau peguam dalam transaksi itu.
 
Namun, Kalau ditanya sebelah pihak, memanglah ibubapa nak semurah mungkin, 
 
Tetapi kalau ditanya pada pemandu bas, adalah gaji cukup?
Tanya pada pengusaha, cukup duit tak nak bayar gaji?
Adakah pengusaha itu, dia sendiri tauke dia sendiri pemandu?
 
Kewujudan 1 paksaan dalam penentuan bid ask antara 2 pihak berurusniaga, menyebabkan 1 pihak teraniaya.
 
Tahun terdahulu memang ada SPAD kawal harga.
Akan tetapi adalah SPAD ada kuasa untuk kawal harga tambang?
 
 







Misteri "StreetView Merlimau" Terbongkar

Agak misteri juga macam mana bila search streetview Merlimau, terus boleh jumpa URL Street View DuaLogam Merlimau  yang memaparkan Kedai Emas DuaLogam Merlimau

 


Rupanya dulu pernah post ke Google Plus tentang URL itu, dan pernah dapat +1 sedikit.




Terjumpa 1 URL yang mengatakan Google Search mengambil kira +1 untuk menentukan ranking carian.

Jadi memang ianya memberi kesan.
Walaubagaimana pun, Google Search rasanya tidak mengambil kira 100% drpd +1 , mungkin pemberatnya kurang. Mungkin sekadar 5% drpd formula ranking.

Apa pun, pembaca yang budiman sekalian.
Sila +1 semua logo +1 yang anda nampak dalam posting ini.

Anda hensem.


Sabtu, 4 Oktober 2014

Ramai Orang Malaysia Sakit Gusi (sebab Maggi?)?


Analisa daripada Google, yang biasanya anda panggil "Ustaz Google", menunjukkan peningkatan tinggi tentang sakit gigi pada 2013 ke atas.

Saya memang tidak google "sakit gusi", sebab saya sudah biasa tahu, kalau sakit gusi sebab makan maggi. Tapi sekali sekala makan juga.

Kalau anda sakit gusi, cuba anda imbas kembali, semalam ada makan magi atau tidak.

Adakah rakyat Malaysia kini kesempitan hidup sehingga makin ramai makan maggi?

Atau mungkin sebab lain?

Jumaat, 3 Oktober 2014

Rakyat Selangor akan boleh jadi Penyeludup Minyak?

Aku terjumpa gambar ini, tak masuk samada benar atau palsu.



Kalau benar, maka mudahlah kerja rakyat selangor untuk menyeludup minyak.
Ini akan meningkatkan peluang perniagaan bagi rakyat selangor.

Mana yang kerja di Damansara, hanya perlu menjualnya di Taman Tun,
Lintas jalan sahaja, tak ada pos pengawal.

Eh, macam mana dia kata stabil kalau di KL dengan Selangor beza 20 sen?

Candu oh Candu

Iklan Facebook Neelofa Melampau?

Tadi saya buat ujian Google Custom Search di Blog ini, bila cuba cari 'Neelofa', Tak pelik kalau ada orang iklan laman web sendiri tapi disasarkan katakunci 'neelofa'.

Tetapi kes Facebook ini pelik. Dia menggunakan nama Neelofa sebagai iklan dia sekali. Saya tak pasti samada Neelofa dapat bayaran daripada Facebook atau tidak.

Kalau nak cari Neelofa dalam Facebook, kena perlu daftar dulukah? Ada berapa banyak Fanpage Neelofa tiruan dalam Facebook, siap ada yang jual ubat kuat.


Kalau benar Facebook dapat kebenaran daripada Neelofa untuk iklan guna nama Neelofa, kenapa tidak page tiruan itu dibasmi dulu?

Kalau Benar facebook dapat kebenaran iklan guna nama Neelofa, kenapa tak tunjukkan terus URL Neelofa sebenar? Nak suruh ornag daftar dan cari sendiri dan jumpa yang tiruan?

Neelofa kan lebih sinonim dengan instagram noorneelofa yang no 2 baling banyak pengikut di malaysia.


Khamis, 2 Oktober 2014

Rasionalisasi Candu: Penagih tetap menagih walau dos kurang

Harga Minyak tak naik, hanya rasionalisasi Candu.

Candu dikurangkan, tetapi penagih tetap menagih.

Pengurangan candu bukan bertujuan untuk menghentikan ketagihan, sebab candu masih ada, penagih dibiarkan menagih.

Hutang nak beli candu sudah banyak.
Swipe kad kredit sampai 600 bilion.
Maka pembekal candu pun kurangkan dos candu.

Kenapa pembekal candu sibuk nak beri candu?
Candu bukan sebarang candu, candu itu boleh sorok kenaikan harga barang.
Pembekal candu tahu, bila swipe kad kredit harga barang naik.

Nilai ringgit tu kasi lambat sikit jatuh nilai,
Sementara itu boleh rembat guna nilai yang masih tinggi.

Tapi taknak kasi kesan drastik, maka diberikan candu.
Takut jadi macam zimbabwe.
Orang Zimbabwe tak pandai guna candu.

Penagih candu tak tau, dia ketagih.
Penagih BN dan penagih PR, sama-sama menagih.

Penagih BN kena kasi hujah Bagusnya ada candu,
Penagih PR kasi hujah, candu penting untuk rakyat.

Penagih PR banyak yang percaya ajaran Budak kolej kesayangan ketum.
Kononnya candu lebih boleh turunkan harga barang.

Tapi 2010-2013 minyak tak naik pun, tapi barang naik juga.
Apa punya teorilah...

Apa pun budak kolej kesayangan ketum, sudah sibuk dengan langkah kajang.

Kata-kata ala Hitler
Aku boleh hapuskan semua candu, tapi aku tinggalkan sedikit candu, supaya anda boleh tahu nikmat menagih.





Rabu, 1 Oktober 2014

Emel dari Facebook yang Mengganggu Tahap kesuburan

Harga Minyak naik?
Tapi fokus saya terganggu oleh beberapa pucuk emel daripada Facebook.

Tak kala akaun "Tempopary Lock" , nak verify akaun tak boleh sebab ada ralat, dapat pula emel sebegini.

Ini kononnya berhati mulia nak bagitau ada banyak notifikasi




Yang ini pula, nak bagitau kita, sesuai sangat iklan masa sekarang ini.
Aduhai, Nak log in tak boleh, nak iklan.



Yang ini lagi menyedihkan, Emel nak kutip hutang, tapi tak boleh login.



Kalau aku mati macam mana?
Nak jawap dengan malaikat "account is temporarily locked" ?

Harga minyak naik malam ini


Gambar dijumpai di Google+ seseorang

Hasil daripada kelekaan ahli politik dengan "Langkah Kajang", maka ini hasilnya.




Selasa, 30 September 2014

Malaysia dah makin pelik, Menteri pun terlibat nak exclude Internet Ads


Sudah makin pelik dunia pemasaran internet hari ini.
Menteri pun campur tangan, mana nak iklan.

Mungkin kita akan lihat, Mentri campur tangan bab SEO kekeke

Padan Muka, Blog Penipu sudah ku sekat

Sekembalinya saya ke dunia blog ini, kali ini bukan sekadar sebagai penulis blog , tetapi juga sebagai pengiklan.

Banyak blog yang guna nuffnang dan Innity, tetapi peniaga kecil tak mampu nak beriklan di situ, jadi Adwords lah yang sesuai.

Namun, wujud pula laman web yang mengambil kesempatan,

Sekarang musim orang pos benda yang sudah viral, di blog atau laman web sendiri, macam kandungan sendiri hanya untuk dapat.

Bab kandungan itu sebagai pengiklan,saya tak kisah nak sensasi mana pun. Tapi kalau boleh janganlah sampai semi-porn.

  • Gambar Gadis Melayu Bertudung Yang Sangat Melampau  , 
  • Pelajar perempuan 'offer' tubuh untuk beli Samsung Note 3


Saya bukan nak iklan ubat kuat.

Jadi kalau anda nak buat blog atau website benda-benda viral banyak mana pun.
Lagi banyak lagi bagus. Pengiklan suka ada banyak laman web benda-benda viral dan sensasi.

Cuma pengiklan tak suka kena tipu.

Terdapat laman web / blog yang terlampau tamak, sampai sanggup menipu pengunjung dan juga penipu pengiklan.

Ada banyak jenis klik palsu yang dicuri.

Yang paling jahat sekali ialah jenis yang tiba-tiba gelapkan skrin, kemudian ada gambar dan butang pangkah.
Butang pangkah itu bukannya sekadar nak tutup gambar itu dan kembali ke pembacaan, tetapi dia akan automatik klik iklan yang.
Sebagai contoh, tiba2 skrin gelap, ada gambar kucing, klik butang pangkah, tiba2 page lazada dibuka.
dan Lazada kena tipu.


Yang ke 2 jahat ialah guna teknik skrin gelap juga. Keluar iklan, dan tulis klik link below to continue.



Yang ini, kurang jahat sikit, sebab masih boleh klik untuk tutup, cuma peratusan orang terklik iklan adalah terlalu tinggi. Kalau dia tulis 'Click Here' pun orang boleh terkeliru.


Yang ke 3 jahat ialah yang ni.

Dia suruh klik 2 kali untuk close.
tapi bila klik sekali , iklan lain akan masuk, tetapi lokasi tempat klik tu pun bergerak, jadi kemungkinan terklik iklan adalah tinggi.
Sampel pada gambar itu sudah tiada iklan, mungkin google sudah blok dia .


Jadi 3 jenis iklan di ats itu memang saya blok.

Dalam dunia pengiklanan web, publisher pun cari makan, pengiklan pun cari makan.
Kalau publisher curi pengiklan, apa cerita?

Pengiklan Adwords bukannya kaya sangat, ada yang budget RM 300 sebulan sahaja.

Boleh sahaja iklan di Facebook atau Google Search Network, tapi duit itu tak sampai publisher/penulis blog , pemilik laman web.

Pengiklan juga boleh naikkan bidaan di laman web yang dia suka.
Sebagai contoh, semalam saya naikan bidaan di kujie2.com , mahal sedikit pun tak mengapa, kawan-kawan.

Jadi, kepada blogger yang guna Adsense, sila komen si bawah, saya nak naikkan bidaan iklan di blog anda.

Untuk pemilik blogger blogspot, saya memang nak cadangkan anda guna adsense, walaupun anda ada nuffnang, atau jual iklan sendiri, apply sekali adsense.  Kalau ada walau sedikit tag adsense di laman blogspot, automatik versi mobile pun ada iklan.











Google+ Hasbullah Pit