Zaman saya mudah dulu tiada media sosial, yang ada hanya laman web, forum, IRC , bbs.
Tidak ada tempat khas untuk tulis status.
Kalau tulis di IRC, mesti ada orang balas.
Takkan nak tulis "Bosan ahh", sebab nanti akan berborak juga.
Tapi budak muda zaman sekarang cukup suka tulis "bosan ahh" di status-status media sosial.
Di Moment wechat pun ada nampak orang tulis macam itu... "bosan ahh".
Zaman moden sebegini ada 1001 jenis maklumat, boleh dibaca, dia boleh bosan.
Hairan juga.
Zaman saya muda dulu, jarang pula rasa bosan, di RinduNET sentiasa ada orang.
Walaupun tak ramai tapi dengan orang yang sama boleh bincang.
Kemudian zaman bincang.net pun tak rasa bosan, ada sahaja benda nak di baca.
Dengan limpahan maklumat zaman 2014 ini, mustahil untuk bosan di Internet.
Sekarang sepatutnya ada masalah tak cukup masa nak baca. Sampai kena urus apa nak dibaca.
Perkara-perkara "read later" boleh dibaca kalau ada masa agak lapang.
Tetapi untuk rasa bosan sampai tak tau nak buat apa, adalah 1 perkara mustahil bagi saya.
Belum masuk lagi buku-buku yang dibeli tetapi belum baca, kandungan wikipedia yang saban hari makin banyak.
Kepada adik-adik, tak payahlah tunjukkan kebosanandi Internet, ianya hanya sekadar menunjukkan kelemahan diri.
Ada pula saya pernah nampak dulu, dia tulis "bosan ahhh, ada kerja kosong tak?"
Agaknya majikan nak ambil dia bekerja tak?
Sebenarnya, kita tak boleh rasa bosan, sebab waktu perlu diisi, walaupun ketika tunggu bas, tak tau buat apa, anda boleh berzikir.
Sebuah kereta lalu, subhanallah.
Sebuah motorsikal lalu, subhanallah.
Bayangkan berapa banyak markah dapat.
Oh satu kenderaan lalu, baca satu zikir ya?
BalasPadamamin007: kalau nak banyak ikut bilangan tayar
BalasPadam