Tergerak untuk cuba lagi sekali, maka saya cuba, dulu selepas capcha dia keluar ralat.
Tapi kini tak keluar ralat, tetapi dia minta verify muka orang.
Masalahnya orang suka tag nama orang pada poster dan sebagainya, jadi agak mencabar.
Mujur ada gambar Yuzi, Farizal, dan Dani yang boleh saya kenal pasti.
Maka hiduplah balik Facebook saya.
Tapi saya belum pos apa-apa lagi, sebab pos ke Facebook menyebabkan candu pada Facebook.
Jadi saya tulis bloglah.
Dapatlah baca sikit-sikit, approve sikit posting "Warga Merlimau".
Dan, terus bayar hutang.
Selepas bercerai dengan Facebook Ads, dulu saya ada iklan sikit, yang itu belum bayar.
Nak bayar tak boleh log in.
Apa yang menarik dalam Facebook?
Ada macam-macam, tetapi itu semua mengganggu masa kita.
Kalau kita komen nanti dia berjangkit.
Kalau kita pos, kejap-kejap nak check siapa sudah like.
Jadi saya kena kawal diri saya baik-baik supaya tak buang masa sangat dengan facebook.
Kalau sudah baca penulisan saya dulu,
Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain
Maka, saya perlu urus betul-betul.Selama saya diluar Facebook, banyak maklumat saya dapat, sebab tak leka dengan posting-posting orang, atau posting popular yang buang masa.
Risau juga, masa produktif tanpa Facebook ini berakhir.
Jadi, saya akan senaraikan profil-profil penulis pos di Facebook yang saya suka, supaya saya hanya perlu guna masa beberapa minit sahaja sehari untuk Facebook.
Semasa ketiadaan Akaun Facebook saya itu, akaun facebook saya yang sudah lupa password pula "naik" di Google Search. Harap lepas ini Google turunkan yang itu. Gantikan dengan yang sebenar
Facebook Hasbullah Bin Pit
p/s: Saya adaletak ikon ini , kalau-kalau blogger nak follow blog ini.
akaun lama itu bukan boleh dilaporkan kepada Facebook untuk digabungkan dengan yang baru?
BalasPadamHafidz Nasruddin:
BalasPadamBab tu belum check lagi,
boleh ke? Tapi yang tu lupa passwprd