Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Lepaskan BTN ke Pasaran Terbuka

Akhir akhir ini ramai yang hentam BTN. Mana tidaknya, kursus oleh kerajaan, guna duit rakyat, racun fikiran untuk menyokong 1 belah pihak. Kalau kita nak boikot BTN pun nk buat apa, bukannya kita sertai kursus BTN setiap hari. Jadi, apa kata kalau kursus BTN itu dilepaskan ke pasaran terbuka, dengan tiada siapa mewajibkan kakitangannya atau pelajarnya menghadiri kursus. Kalau kursus BTN itu adalah berbayar seperti kursus motivasi swasta atau badan NGO yang lain, agak-agaknya ada tak pihak yang sanggup bayar untuk hadiri kursus itu?

Pegawai Bank Durjana Mana yang nak Lelong rumah PPRT?

Diberitakan daripada blog Fariz , Kerajaan Negeri Selangor nak beli rumah PPRT sekiranya dilelong oleh Bank. Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini .Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu . Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar. "So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa". Besar kuasa Bank, suka-suka mahu lelong rumah PPRT. Siapa yang lebih berkuasa, Kerajaan Negeri atau Bank? (klik dan baca) Rumah PPRT adalah untuk orang miskin, Sudahlah miskin dibebani hutang pulang. Teori pakar ekonomi mana pu...

Masalah Perumahan dengan Bank.

Terdapat banyak masalah perumahan yang terbengkalai. Namun pembeli telah terpaksa membayar hutang bank. Bank bank bank. Hampir setiap masalah perumahan, adalah berkaitan dengan bank. Kerajaan negeri tiada kuasa terhadap bank. Kerajaan negeri hanya boleh berbincang dengan bank. Tetapi biasanya ia tidak di selesaikan juga. Yang hanya boleh diselesaikan ialah pemaju perlu siapkan rumah. PBT turut tidak boleh memaksa bank henti minta hutang daripada rumah yang belum siap. Kementerian Perumahan ada kuasa terhadap bank? Semalam adalah hari di mana Bank Negara telah mendapat lebih kuasa . Belum ku baca lagi kuasa tambahan apakah yang mereka ada. Berbalik kepada perumahan, Kabinet di Sweden disusun supaya perumahan dan PBT duduk di bawah Kementerian kewangan. Housing Division Swedish National Housing Credit Guarantee Board , or Statens bostadskreditnämnd (BKN). ( Official site ) Swedish National Board of Housing, Building and Planning , or Boverket . ( Official site ) Barulah masalah perumah...

Musim Bank Pusat Beli Emas

Sekarang Adalah musim Bank Pusat beli emas. Rakyat Malaysia usahlah berharap sangat Bank Negara Malaysia menyimpankan rizab emas untuk anda, Sebagaimana yang dilakukan oleh bank pusat negara lain. Oleh itu dinasihati supaya pembaca menyimpan sedikit rizab emas untuk keluarga, dalam anggaran nilai 3 bulan gaji. Lebih pun boleh.

Nasrudin Tantawi bawa imej The Rock?

Ini The Rock Ini Nasrudin Hassan Tantawi Daripada Perspekstif lain Ini The Rock Ini Nasrudin Tapi ini bukan The Rock.

Prejudis Terhadap Beberapa Pemimpin PAS

Kebelakangan ini, saya lihat wujud prejudis terhadap tindakan beberapa pemimpin PAS. Tindakan yang tidak seberapa, kalau dilakukan oleh orang lain, ianya tidak mengapa, akan tetapi tindakan kecil oleh pemimpin PAS yang diprejudiskan itu, seolah-olah besar benar kesalahannya. Label "Pro UG" menggunakan takrifan Kerajaan Perpaduan yang salah tidak perlu diteruskan.

Budaya Menuduh 'Pembangkang' Tak Bersyukur

Sudah banyak kali saya dengar, pihak tertentu sering melabelkan 'pembangkang' tidak bersyukur. Maka keluarlah cerita bagaimana susahnya rakyat negara lain. Pihak tertentu itu bukan hanya BN, tetapi penjawat awam tertentu pun turut serta suka menuduh 'pembangkang' tidak bersyukur. Saya tidak pasti adakah 'pembangkang' itu termasuk Khir Toyo dan Anuar Musa sekali atau tidak. Memang saya tidak nafikan bahawa Malaysia bumi bertuah. Segala sumber mencukupi. Sumber air, angin, matahari, tanam tanama, ternakan dan lain-lain. Agak menghairankan juga bagaimana negara pengeluar minyak sawit no 1 dunia, kehabisan stok minyak massak di kedai. Begitu juga pernah berlaku pada gula. Malaysia bukan pengeluar gula nombor 1, tetapi tidak mustahil untuk keluarkan gula sendiri secara pukal. Tatkala sumber air yang melimpah ruah, ada yang mengeluh tentang bil air yang agak tinggi. Apabila ada usaha untuk mengurangkan beban, wujud pula pihak yang cuba menggagalkannya. Begitu juga ele...

Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek

Jemput Hadir ke Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek Dr Mujahid Yusuf. -Ahli Parlimen Parit Buntar -Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS. Ustaz Kamarudin Sidek -Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka 17hb November 2009 9.20 ptg - 11.55 ptg Baitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka

Parti Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sepatutnya diberi peluang untuk mengundi parti pilihan utamanya sendiri. Bukan parti yang duduk dalam pakatan dengan parti pilihan utamanya. Bukan parti yang bergabung dengan parti pilihan utamanya. Anda mahu sistem 2 parti yang menafikan hak rakyat Malaysia menyatakan apakah parti plihan utamanya? Setiap orang hanya perlu ada 1 parti pilihan utamanya dalam satu piihanraya. Daripada itu, barulah boleh menunjukkan sokongan dan kekuatan sebenar sesuatu parti itu? Berapa peratus rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti pilihan utamanya?

Sumbatsemuadisekolahisme Murugiah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah mencadangkan subjek Pendidikan Moral dimansuhkan dan digantikan dengan subjek 1Malaysia yang menekankan aspek perpaduan, penghayatan Rukun Negara serta semangat patriotik. Katanya, sudah tiba masanya 1Malaysia yang yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperkenalkan sebagai subjek dengan pengajaran dan pembelajarannya menerapkan nilai pengukuhan perpaduan kaum dalam negara diajar di peringkat sekolah rendah Sumbatsemuadisekolahisme adalah satu jenis pemikiran yang mendorong sesuatu aktiviti disumbat ke sekolah. Dengan menyumbatkan ke sekolah, maka semua akan dirasa selesai. Untuk mengekalkan permainan tradisional pun perlu disumbatkan ke sekolah . Kibar bendera pun budak sekolah yang kibarkan. Apabila dibincangkan sesuatu, maka penyelesaian yang timbul adalah "Ini perlu diterapkan di sekolah".

Diskaun khas tudung bawal untuk kakitangan awam?

Demi merancakkan ekonomi, banyak kontrak dikurniakan pada kontraktor. Hanya kontraktor yang pandai rancakkan ekonomi? Adakah kontraktor akan berbelanja di setiap sektor untuk merancakkan ekonomi Malaysia? Permintaan terhadap bonus untuk kakitangan awam dianggap tidak bermoral. Secara kasar, memang tak wajar kalau tatkala KDNK merosot, kakitangan awam nak minta bonus. Akan tetapi ianya boleh dibuat atas dasar merancakkan ekonomi. Kakitangan awam pasti akan berbelanja. Para peniaga sudah bersedia dengan tawaran khas untuk kakitangan awam. Diskaun khas Mee goreng istimewa kakitangan awam. Diskaun khas tudung bawal untuk kakitangan awam. Diskaun khas 'roman curtain' khas untuk kakitangan awam. Kalau tidak berbelanja sekalipun, kakitangan awam boleh lunaskan hutang kad kredit. Bayangkan berapa banyak hutang boleh dikurangkan. Kakitangan awam juga boleh lunaskan hutan MARA, PTPN, hutang along. Adakah kerajaan lebih gemarkan menambah "pinjaman khas untuk kakitangan awam" be...

Beras Padu Dijadualkan untuk DOWN

Malam ini Beras Padu ( http://beras-padu.pit.my ) akan mengalami kesulitan, kerana ianya dipindahkan ke komputer yang lebih buruk. Alang-alang komputer itu banyak masalah, USB tak berfungsi dan Tidur tak boleh bangun. Alang-alang tidur tak boleh bangun, maka baiklah komputer itu menjadi pelayan Beras Padu sepenuh masa.

Penolakan Terhadap Pendaftaran Pakatan Rakyat adalah Idea Minoriti

Di kalangan PAS, ramai yang bersetuju tentang pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai orgaisasi berdaftar. Namun saya agak pasti ianya juga ditolak oleh segelintir minoriti ahli PAS termasuk saya. Telah saya ceritakan dahulu bahawa Ahli PAS belum pernah secara rasmi memilih untuk ke aras sistem 2 parti. Maksudnya tidak wujud undian ketika Muktamar, atau seminar yang melibatkan wakil seluruh negara, memilih untuk ke aras sistem 2 parti atau tidak. Sistem 2 parti adalah mirip kepada Amerika yang didominasikan 2 parti besar iaitu Demokrat dan Republican. Parti yang lain wujud, tetapi tidak menang elektoral vote. Budaya politik Malaysia, setelah Barisan Nasional diwujudkan, adalah agak sempit, dimana sesuatu parti telah awal-awal berada dalam satu organisasi berdaftar atau pakatan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk menunjukkan parti sebenar yang mereka sokong. Jemput baca catatan lama. Bila Masa PAS Memilih ke Arah Sistem 2 Parti? Peliknya Demokrasi di Malaysia Masalah Perebutan Kerusi dapat Di...

Penyokong Kelantan Tertidur Sebelum Wisel Penamat

Apa Kejadahnya Pasukan Lotus guna Enjin Cosworth?

Apa Kejadahnya Pasukan Lotus guna Enjin Cosworth? Biasanya pasukan yang berasaskan syarikat pembuat kereta, menggunakan enjin sendiri untuk berlumba dalam F1. Tetapi Pasukan Lotus 1Malaysia nak guna enjin Cosworth pasa sesi akan datang. Kalau pasukan itu bukan berasaskan pembuat kenderaan, maka logiklah juga guna enjin pihak ketiga atau "rebadge" enjin. Williams, Force India, Brawn, Red Bull, Toro Rosso, Super Auguri, Jordan memang padan kalau guna enjin pihak ke tiga. Adalah lebih baik dibuang sahaja Lotus daripada pakatan.

Masalah MacOSX Tidak Boleh Tidur

MacOSX saya mempunyai masalah untuk tidur apabila ia sepatutnya tidur setelah dibiarkan selama beberapa minit. Yang peliknya ia boleh tidur secara manual melalui menu. Maka ada cadangan supaya dijadualkan waktu tidur pada keutamaan "Energy Saving" namun ianya hanya boleh disuruh tidur sehari sekali. Akhirnya saya menjumpai perisian " Please Sleep ", satu perisian yang wala' pada arahan tidur pada waktu yang ditetapkan walaupun ada perisian yang menghalangnya untuk tidur. Terdapat juga perisian lain bagi MacOSX berkaitan dengan tidur. Caffeine 1.1 , InsomniaX 1.3.5 dan Doze 1.0 adalah nama bagi perisian bagi mengelakkan MacOSX tidur. Manakala SleepTight 1.0.1 adakah perisian supaya komputer dikunci ketika tidur. Macam-macam nama. Terima kasih kepada DragoneOne , kerana membolehkan saya menjimatkan tenaga, tanpa perlu memanjat tangga .

Sekolah Seribu Aliran Pun Tak Mengapa

Sekolah seribu aliran pun tak mengapa asalkan aliran itu tidak dipisahkan mengikut kaum . Ada banyak aliran sekolah, kalau hendak dibelah-belahkan sekolah mengikut aliran. Asrama Penuh Teknik Agama Sukan Seni Agama + Kejuruteraan Sekolah Swasta 'Home schooling' Sekolah satu aliran akan membuatkan kepala otak murid, lebih kurang sama sahaja dengan murid yang lain. baca: Deschooling society: Satu projek radikal anti-kapitalisme. Dalam tempoh sebulan kebelakangan sahaja, ramai budak yang lemas di Perak. Berbilion wang dibelanjakan, ada tak sekolah yang menyediakan pelajaran berenang kepada muridnya? Bentuk pemikiran, yang memikirkan hanya disekolah sahaja semua perlu dilansanakan, dinamakan " sumbatsemuadisekolahisme " Di sekolahlah hanya tempat memupuk perpaduan kaum, Di sekolah juga tempah pertahankan permainan tradisional, Di sekolahlah juga tempat promosi Vitagen, Di sekolahlah juga tempat memupuk nasionalisme melampau.