Namun pembeli telah terpaksa membayar hutang bank.
Bank bank bank.
Hampir setiap masalah perumahan, adalah berkaitan dengan bank.
Kerajaan negeri tiada kuasa terhadap bank.
Kerajaan negeri hanya boleh berbincang dengan bank.
Tetapi biasanya ia tidak di selesaikan juga.
Yang hanya boleh diselesaikan ialah pemaju perlu siapkan rumah.
PBT turut tidak boleh memaksa bank henti minta hutang daripada rumah yang belum siap.
Kementerian Perumahan ada kuasa terhadap bank?
Semalam adalah hari di mana Bank Negara telah mendapat lebih kuasa.
Belum ku baca lagi kuasa tambahan apakah yang mereka ada.
Berbalik kepada perumahan, Kabinet di Sweden disusun supaya perumahan dan PBT duduk di bawah Kementerian kewangan.
Housing DivisionBarulah masalah perumahan, termasuk pinjaman diselesaikan dalam satu bumbung.
- Swedish National Housing Credit Guarantee Board, or Statens bostadskreditnämnd (BKN). (Official site)
- Swedish National Board of Housing, Building and Planning, or Boverket. (Official site)
Saya bercakap tentang kabinet di sweden, bukan kabinet buatan sweden di IKEA.
cantik cadangan tu..bank terlampau berkuasa, kita boleh lihat berapa bulan bonus dia boleh bagi kat pekerja mereka setiap tahun.
BalasPadam