test

Jumaat, 20 November 2009

Prejudis Terhadap Beberapa Pemimpin PAS

Kebelakangan ini, saya lihat wujud prejudis terhadap tindakan beberapa pemimpin PAS.

Tindakan yang tidak seberapa, kalau dilakukan oleh orang lain, ianya tidak mengapa, akan tetapi tindakan kecil oleh pemimpin PAS yang diprejudiskan itu, seolah-olah besar benar kesalahannya.

Label "Pro UG" menggunakan takrifan Kerajaan Perpaduan yang salah tidak perlu diteruskan.

6 comments:

  1. Prejudis ini dicipta oleh orang luar melalui orang dalam PAS... yakinlah tak ramai yang mahu melihat PAS kuat termasuklah kawan-kawan PARTI yang berjalan seiringan. Perjuang ISLAM pasti akan ada musuhnya.

    BalasPadam
  2. Prejudis itu bermula dari sikap pemimpin sendiri yang meletakkan diri mereka sentiasa di dalam keadaan meragukan.

    Abis, hasbullah merasakan hanya takrifan sdra sahaja yang betul terhadap Kerajaan Perpaduan?

    Seorang cendekiawan menyatakan isu itu tidak boleh ditutup kerana luka yang ditinggalkan kepada jemaah terlalu dalam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama on 2009 November 20 08:14 ,

    Takrifan saya tidak 100% betul, tapi takrifan mengatakan Kerajaan Perpaduan adalah kerjasama PAS-UMNO adalah 100% salah.

    itu yang dicanangkan mereka.

    BalasPadam
  4. UG bermula dari situ : 100% kerjasama PAS-UMNO. Jangan lupa isu muzakharah dan pendedahan Ust Ahmad Awang di dalam Muktamar yang lalu:

    "Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

    Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”

    BalasPadam
  5. "UG" & "Kerjasama PAS-UMNO" adalah 2 perkara yang berbeza.

    BalasPadam
  6. Siapa kata sama.
    Kan dah sebut tu:
    UG "bermula dari situ"
    maknanya entiti berbeza lah.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit