Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.
"So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa".
Besar kuasa Bank, suka-suka mahu lelong rumah PPRT.
Siapa yang lebih berkuasa, Kerajaan Negeri atau Bank? (klik dan baca)
Rumah PPRT adalah untuk orang miskin,
Sudahlah miskin dibebani hutang pulang.
Teori pakar ekonomi mana pula yang cadangkan selesaikan masalah kemiskinan dengan menambahkan hutang?
Penglibatan bank dalam perumahan PPRT adalah sesuatu yang tidak perlu.
Tidak cukupkah keuntungan yang bank perolehi daripada pinjaman rumah bagi orang kaya dan sederhana?
Sebahagian drpd cerita di blog Fariz
Bagi saya, Memang patut Bank tidak dilibatkan langsung dalam soal ini.
Menurut Dr Xavier, setelah kerajaan negeri mengambilalih, pinjaman penghuni-penghuni, maka pihaknya akan mengatur semula pinjaman penghuni-penghuni PPRT dan akan mengurangkan kutipan sewa jangka panjang sebanyak RM150 sebulan.
"Kita punya cadangan, belum lagi pasti, tapi cadangan kita ialah negeri beli rumah ini semua. Sebab kita yang mulakan program ini dan kita akan hadir program ini. Dan kita katakan rumah-rumah ini untuk orang miskin,"
PPRT ke PPR ??
BalasPadam2 bende yang berbeza tu,,
Kenapa tak bagi percuma je rumah tu, kenapa kena ada loan pula? Dah memang kategori miskin, lambat-laun mereka tak mampu bayar juga.
BalasPadamBhai...
BalasPadamInilah masalahnya bilamana bank-bank utama di Malaysia dikuasai oleh UMNO/BN dan kroninya.
Bank terkenal dengan menyediakan payung tapi akan mengambil kembali payung tersebut diwaktu hujan lebat.
Saya penduduk salah satu PPR di KL.
BalasPadammasa PRK b.pinang, Najib umumkan penjualan rumah ppr kepada rakyat. Tapi lepas sebulan diumum, tiba masanya dibuat penjelasan, rumah tersebut dijual dengan kos guaman sebanyak RM5900 !!
RM5900 untuk rumah PPR berharga RM35k.
setahu saya, kos guaman untuk rumah di bawah 100k ialah 1%. maka kosnya hanya RM350 untuk satu lawyer. kalau 2 lawyer baru 7ratus. macamana dbkl kira sampai jadi RM5900??
boleh baca?