test

Isnin, 9 November 2009

Diskaun khas tudung bawal untuk kakitangan awam?

Demi merancakkan ekonomi, banyak kontrak dikurniakan pada kontraktor.
Hanya kontraktor yang pandai rancakkan ekonomi?
Adakah kontraktor akan berbelanja di setiap sektor untuk merancakkan ekonomi Malaysia?

Permintaan terhadap bonus untuk kakitangan awam dianggap tidak bermoral.
Secara kasar, memang tak wajar kalau tatkala KDNK merosot, kakitangan awam nak minta bonus.

Akan tetapi ianya boleh dibuat atas dasar merancakkan ekonomi. Kakitangan awam pasti akan berbelanja.

Para peniaga sudah bersedia dengan tawaran khas untuk kakitangan awam.

Diskaun khas Mee goreng istimewa kakitangan awam.
Diskaun khas tudung bawal untuk kakitangan awam.
Diskaun khas 'roman curtain' khas untuk kakitangan awam.

Kalau tidak berbelanja sekalipun, kakitangan awam boleh lunaskan hutang kad kredit.
Bayangkan berapa banyak hutang boleh dikurangkan.

Kakitangan awam juga boleh lunaskan hutan MARA, PTPN, hutang along.

Adakah kerajaan lebih gemarkan menambah "pinjaman khas untuk kakitangan awam" berbanding melunaskan hutang kakitangan awam?

Namun kontraktor lebih diutamakan.

Kalau benar-benar kakitangan awam tak dapat bonus tahun ini, pandang sahajalah jubin-jubin baru, pagar-pagar baru di pejabat awam atau sekolah. Anggaplah ia sebagai pengganti bonus.

2 comments:

  1. entahlah. aku makan kat kantin bawah opis aku pun masih mahal. terpaksa bersaing dengan orang2 lhdn yang pendapatan lagi tinggi hehehe

    akhirnya pilihan yang ada kurangkan belanja dan tambahkan pendapatan. mungkin pemimpin kita bukan dikalangan orang susah. jadi nak kata dekati rakyat???

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit