Namun saya agak pasti ianya juga ditolak oleh segelintir minoriti ahli PAS termasuk saya.
Telah saya ceritakan dahulu bahawa Ahli PAS belum pernah secara rasmi memilih untuk ke aras sistem 2 parti. Maksudnya tidak wujud undian ketika Muktamar, atau seminar yang melibatkan wakil seluruh negara, memilih untuk ke aras sistem 2 parti atau tidak.
Sistem 2 parti adalah mirip kepada Amerika yang didominasikan 2 parti besar iaitu Demokrat dan Republican.
Parti yang lain wujud, tetapi tidak menang elektoral vote.
Budaya politik Malaysia, setelah Barisan Nasional diwujudkan, adalah agak sempit, dimana sesuatu parti telah awal-awal berada dalam satu organisasi berdaftar atau pakatan.
Rakyat tidak mempunyai hak untuk menunjukkan parti sebenar yang mereka sokong.
Jemput baca catatan lama.
- Bila Masa PAS Memilih ke Arah Sistem 2 Parti?
- Peliknya Demokrasi di Malaysia
- Masalah Perebutan Kerusi dapat Diselesaikan dengan "Perwakilan Berkadar"?
- Amalan Kerusi Tradisi Perlu Dihapuskan bagi Mengelakkan Ketidakadilan Politik
- Membarisannasionalkan Pakatan Rakyat?
- Penolakan Sistem Demokrasi British Bukan Berakhirnya Ketamadunan Manusia.
- Masih Boleh Undi PAS di Bukit Selambau Walaupun Tidak Letakkan Calon, kalau....
Maka, saya bersependapat dengan cenangau yang mengatakan pendaftaran Pakatan Rakyat perlu mendapat mandat muktamar
Aku tak ingat secara tepat tapi aku yakin sangat antara isi utama Muktmat Pas di Ipoh tahun lepas, aku yakin ada semacam keputusan yang konsep tahalus syiasi semasa diterima sebulat suara untuk diteruskan tapi kalau perlu kepada perubahan, PERLU MENDAPAT MANDAT MUKTAMAR.
Bab ni aku rasa sangat penting. Tak kira la walau macammana pun pentingnya dan macamana perlunya benda ni dibuat segera pun, mandat dari Muktamar SANGAT PERLU untuk mengelak ada pertikaian di masa depan.
Terdapat juga pendapat diluar PAS (Dr Abu Hassan Abdullah) yang mengatakan bahawa PAS tidak perlu membentuk parti baru bersama Pakatan Rakyat
Disebabkan Pakatan Rakyat berdepan dengan BN, maka pengukuhan Pakatan Rakyat dengan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti dianggap sebagai langkah sesuai untuk menandingi BN.Selain itu,kajian Dr Abu Hasan menunjukkan,tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.
Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat.
Akan tetapi BN sendiri tidak dapat memberi jaminan, mereka itu wujud sampai bila-bila.
Masalah perebutan kerusi, bukannya selesai dalam BN 100 peratus.
Malah ia wujud dalam Pakatan Rakyat juga.
Kalau itu kawasan BN, letak tunggul pun BN boleh menang. Maka UMNO ,MCA MIC, PPP, Gerakan berebut untuk meletakkan tunggulnya.
Perkara itu tidak mustahil berlaku pada PR.
Undi terhadap PKR tidak membawa maksud PKR adalah parti pilihan utama pengundi.
Begitu juga undi terhadap PAS tidak membawa maksud PAS adalah parti pilihan utama rakyat dalam sesuatu DUN/Parlimen.
Macam mana kita nak tahu rakyat disesuatu DUN memilih PAS atau PKR atau DAP?
Semua itu boleh selesai dengan kaedah Perwakilan Berkadar, dimana pengundi boleh memilih hanya 1 parti. Walaupun tiada calon parti itu bertanding di kawasan itu.
Dari situ kita boleh mengukur kekuatan sebenar parti.
Pendaftaran Pakatan Rakyat, untuk menandingi BN, hanya satu langkah kebelakang ke arah membenarkan rakyat memilih hanya satu parti pilihan utamanya.
Dari sudut lain, Pakatan Rakyat dibentuk hanya daripada parti yang diluar BN.
maka pilihan adalah terhad.
Kenapa PAS tak berkawan dengan PBB? Apa PBB buat pada PAS sehingga tak berkawan dengan PBB?
Hanya sebab dia dalam BN?
Apa yang seronoknya sistem 2 parti?
Amerika bukan negara yang sesuai untuk kita contohi.
CNN lebih banyak menyiarkan berita Pilihanraya Amerika, sehingga keindahan demokrasi negara eropah yang jauh lebih tinggi tidak kita peduli.
Saya lebih menggemarkan sistem demokrasi seperti Sweden dan Jerman, berbanding Amerika.
Pada pilihanraya umum yang lalu, berapa peratus Rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti utama?
Ada sesiapa boleh jawap?
Jadi saya rasa, perkara pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai organisasi berdaftar yang terkandung PAS didalamnya, perlu mendapat mandat Muktamar.
patutla pas mandom..ada sikit ahli pun kluk klek cam pemimpin pas!!nahh ambik kau..213% kata dieorang x percaya pas dah!!1ngok ngek..kluk klek..nak bagi umno dgn bn.rebahhh.ttapi diri sendiri tak tau nak kemana..klalu xdak tgna dgn nizar dah lama dah pas berkkawan dgn mca, mic dgn ppp..org dah tau dah kamu!!!
BalasPadam213%??? orang bodoh mana buat kajian tu???
BalasPadampas tak perlu ngan gabung ngan sesapa... berpakat buleh... bergabung susah... amnu pengecut.. tu yang bergabung ramai-ramai nak menang pru... mana berani lawan sorang-sorang... bawak keris telajang merata... tapi takdak telur...
pas perlu berusaha untuk menarik minat semua pengundi untuk mengundi pas... tapi pemimpin gila kuasa, gila duit, gila betina.... hanya akan buat orang menyesal sokong pas...
pas macam takde strategi nak menang pru... mereka terlampau rasa yakin menang... atau terlalu bodoh untuk mereka satu strategi... yang mereka tahu bila kalah... salah kan semua orang lain... dari spr, media, pengundi hantu, dan orang tak nak masuk syurga...
sikap tolol macam ni... sampai bila nak diteruskan???