Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

Tahun baru, mari mengira berapa peratus

Ini bukan ucapan Selamat Tahun Baru kerana saya tidak menggalakkan sambutan tahun baru seolah-olah ianya satu perayaan besar. Ada pendapat yang mengatakan sambutan adalah berdasarkan peristiwa lama agama tertentu. Akan tetapi perubahan nombor dari 2007 ke 2008 tetap memberi makna, dari banyak sudut, kerana banyak perkara diukur berdasarkjan tahun. Prestasi Indeks Komposit BSKL juga diukur mengikut tahun dan indeks ketika ditutup petang ini adalah begitu bermakna kerana prestasi bagi tahun 2007 berdasarkan pada indeks petang ini. Jika ia kekal dalam 144x, maka prestasi BSKL 2007 adalah lebih 30% Dari sudut matawang pula, Ringgit meningkat lebih 5% berbanding USD, tetapi merosot hampir 5% kepada Euro. Harga Emas yang dikira dalam USD meningkat 32% Harga Emas yang dikira dalam ringgit pula meningkat dari RM 2,309 seaun ke RM 2858. berapa peratus, jap saya kira. ...... 23% sahaja.

Pelebaran Jurang digital - Packet One + SKMM + DBKL

Tatkala berlakunya banjir, bukan sungai yang dilebarkan tetapi jurang digital. Packet One sedia 1,500 zon WiFi Oleh Hizral Tazzif Hisham SKMM laksana pelan jalur lebar Projek Kuala Lumpur Kota Metropolitan Tanpa Wayar PACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Green Packet Bhd akan memasang 1,500 zon WiFi menjelang Mei tahun depan. Ia sejajar rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia's (SKMM) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang memiliki kemudahan perkhidmatan jalur lebar mudah alih. boleh dibaca selanjutnya di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20071223232449/Article/index_html Penduduk lembah kelang terutama sekali di Kuala Lumpur telah lama mempunyai infrastruktur untuk Internet. Sudahlah Streamyx awal diperkenalkan di Kuala Lumpur, Jaring Broadband pun begitu, Isyarat 3G (UMTS) pun begitu, HSDPA (3.5G) pun begitu? Untuk orang kampu...

Pelaburan dan Melayu

Saudara 'San' telah ulas di topik Rasuah telah menjadi kebiasaan :- No wonder that prospective foreign investor stated, "Invest anywhere in Southeast Asia but not Malaysia!" When I wanted to start a business, the first thing they ask is about a malay partner. Obviously, the sick value systems perpetrated by Mahathir is so widespread that daylight robbery and corruption is perfectly okay and are normal, everyday values. End the NEP. Let us get back to being a normal country where every Malaysian is equal. Ditelah mati anak diluah mati bapak. Itulah ungkapan yang sesuai untuk BSKL / KLSE. Iklim pelaburan Malaysia sebenarnya lemah. Walaubagaimanapun, pihak tertentu, menggunakan kuasa politik yang ada sering meningkatkan indek kompositnya supaya ia diminati pelabur. Hampirt setiap tahun, Indeks akan naik apabila tarif elektrik dinaikkan. Banyak kali instrumen pelaburan KWSP (EPF) digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu, dan banyak kali ia digunakan untuk mem'b...

Hari Jadi Saya

Bila tengok jam di komputer, rupanya hari ini hari jadi saya yang ke 32. Mungkin tahun ini saya boleh sambut double birthday berdekatan. 19 Disember 1975 adalah bersamaan 16 ZulHijjah iaitu minggu depan. Oleh itu, saya umumkan pengagihan 8 sen dividen dan 1 sen bonus pada pelabur ASB . bersamaan 9% berdasarkan harga seunit RM 1. Walaupun prestasi sebenar KLSE jauh lebih tinggi pada tempoh setahun, itu yang pelabur dapat apabila, pengagihan banyak telah diberikan ketika pasaran merundum 1 ketika dulu.

Rasuah sudah jadi kebiasaan

Sempat saya menangkap video ceramah pendek Ustaz Kamarudin Sidek, yang menceritakan tentang rasuah, SPR, nombor plet pada sesi ceramah perdana 17 Disember 2007 . Berikut adalah videonya. Rasanya saya perlu mencari buluh untuk dijadikan tripod kepada SE k800i ini. lenguh tanganku untuk memegangnya. Selepas ini akan ada lagi video ceramah Ustaz Kamarudin Sidek, kelebihan beliau berbanding ahli politik yang lain ialah kebolehan dia mengupas kandungan tempatan, spesifik Melaka. Hutang kerajaan Negeri Melaka ialah 1 bilion. Jangan lupa nilai itu, dan mungkin ia bertambah lagi? Walaupun dalam sesi ceramah beliau sekali dengan Penceramah tersohor seperti YB Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) bersama Sdra.Shamsul Iskandar b. Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia), namun saya memilih untuk merekod ucapan beliau kerama ceramah beliau sukar untuk dijumpai pada VCD tempatan. Sesuai untuk orang Melaka mendapatkan pandangan alternatif.

Transkripsi: Siti Nurhaliza Mengandung?

Sudah lama Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk K (D.K) . Peminat DK amat berharap supaya Siti Nurhaliza yang popular dengan Album Transkripsi supaya mengandung. Kini ada Transkripsi baru, tiada kaitan dengan D.K, tetapi dengan V.K. Jadi sementara peminat Transkripsi dan D.K menunggu bila akan Siti Nurhaliza Mengandung, maka sempatlah menonton Video V.K dan Transkripnya. Transkripsi: (Parts are slightly inaudible. This transcript may not be entirely accurate.) Lingam: The CJ (Chief Justice - judiciary’s No 1 post) said his relative is now the Agong, so he wants to stay on to 68, so, Tengku Adnan said - I told Tengku Adnan, yesterday I had a meeting with him - he said PM is already very angry with him … and … he said no problem, he is going to make you acting err… confirm your position as PCA (President of Court of Appeal – judiciary’s No 2), working very hard, and then get Tan Sri Mokhtar as CJM (Chief Judge of Malaya – judiciary’s No 3). Ah, so we just keep it confidential. I am...

Tag Petaling Street Pada Blogger

Terima kasih kepada Saudari iEn yang memberikan tutorial yang membangkitkan idea saya untuk membuat tag Petaling Street pada blog saya ini. Kalau anda perhatikan, di bawah ada "Petaling Street: tag, tag, tag" Apa gunanya Tag Petaling Street itu? Berdasarkan sasaran untuk memperbanyakkan kandungan Web 2.0 tempatan, maka kandungan web 2.0 tempatan sepatutnya boleh berkait antara satu sama lain. Jadi kandungan blog saya sepatutnya boleh berkait dengan kandungan blog tempatan yang lain. Petaling Street adalah tempat paling sesuai untuk mencari maklumat berbentuk "Pandangan Rakyat Malaysia". Maka, apabila saya menulis tentang "Hindraf", Tag Petaling Street " Hindraf " akan membawa anda ke laman blog tempatan yang lain yang menceritakan tentang hindraf. Bergantung pada waktu, sekiranya musim orang bercerita tentang "Angkasawan", Tag Petaling Street "Angkasawan" akan membawa anda ke pandangan orang lain terhadap " Angkasawan ...

Main Tenis

Saya tak sangka saya boleh main tenis dan menghasilkan 'forehand stroke' yang agak menggerunkan. Saya bukannya pernah main tenis, semasa sekolah dulu ada main 1 atau 2 kali. kalau tau ada kemahiran sebegini, alangkah baiknya kalau masa kecil dulu ada raket tenis. Tapi masa dulu, raket tenis mahal RM 400 , tak macam sekarang hanya RM 1++.

Proton BLM dalam Ujian kelihatan di Merlimau

Petang tadi, saya ternampak 2 buah Proton BLM ketika dalam ujian lalu Merlimau. Terus saya mengakluarkan k800iku untuk mengkap gambar Proton BLM itu. Oleh kerana kereta saya arah bertentangan, saya membuat pusingan U dan bertekat untuk mengejar Proton BLM yang kool itu. Mereka telah melepasi lampu trafik, dan saya ketinggalan jauh. Selepas lampu hijau, saya memecut, untuk merapati mereka. Terdapat 1 Proton Persona yang sentiasa berada dibelakang Proton BLM itu supaya tidak diekori. Namun, terdapat Traktor dihadapan dam membuatkan mereka perlahan, terus saya memotong Proton Persona Ujian itu untuk mendapatkan gambar Proton BLM dalam Ujian Kemudian kedua-dua BLM itu memotong Traktor itu. Sampai di Sungai Rambai, ada lampu trafik, saya lalu disebelah kiri untuk menangkap gambar yang pandangan sisi. Seronok juga umpama guna iPhone ketika iPhone belum keluar. Bijak juga mereka menggunakan jalan yang tidak popular untuk menguji Proton BLM. Untuk sesiapa yang belum tahu, Proton BLM adalah M...

Kemandulan minda siapa?

Ini adalah sambungan kepada Catatan blog Terdahulu, Kemandulan Minda DBP . Pada ruangan Ulasan, Saudara AdiHamka telah mengatakan ianya juga salah ITNM. adihamka berkata... saya ada terbaca di Siasah.. artikel mengenai ITNM (institut terjemahan nasional malaysia) yang kini hanya menjadi gajah putih. dlm konteks penterjemahan, ia bidang kuasa ITNM, bukan DBP kerana Sektor Penterjemahan telah diserahkan bulat2 pada ITNM. Wan Hashim Wan Teh adalah Pengerusi ITNM. sapa yang mandul ni? Saya pula tidak sempat membalas kerana idea datang mencurah-curah berbanding tangan yang nak menaip. Disini saya tetap ingin mengatakan DBP kemandulan minda. Namun Kuasa DBP ada batasnya. ITNM bergerak umpama satu syarikat penterjemahan yang besar, namun dia tidak secara sukarela menterjemah apa yang perlu diterjemah kalau tidak disuruh. Suatu ketika dulu, ITNM pernah menterjemah Perisian Windows, setelah perisik Microsoft telah melihat dengan ma...

Jangan Benci Kaum India

Semalam saya menulis tentang HINDRAF yang melampau . Jangan salah tafsir tulisan ringkas saya itu, ianya tidak mengajak pembaca untuk membenci kaum india. Sekiranya anda meng'generalize'kan HINDRAF sebagai India, anda tiada bezanya dengan HINDRAF melainkan menggunakan label yang lain. Tatkala membincangkan tentang HINDRAF, ianya hanya HINDRAF. Tak perlu melabelkan tindakan HINDRAF sebagai tindakan orang india, walaupun memang dalam HINDRAF itu hanya ada orang india. Sifat perkauman memang ada dalam semua manusia. Itu lumrah manusia. Orang Melayu ada masalah untuk mengecam muka orang cina Orang Cina ada masalah mengecam muka orang Melayu Orang Melayu ada masalah mengecam muka orang India Orang India ada masalah mengecam muka orang Melayu. Melainkan kalau mereka rapat atau seseorang itu Popular. Jangan salahkan sesiapa, dalam soal ini. Maka seperti biasa manusia sering menggunakan label berasaskan kaum untuk menunjukkan individu dari bangsa lain. Tak hairan kalau ada individu Ind...

HINDRAF yang melampau

Sememangnya HINDRAF melampau, mereka sesuka hati melabel musuh mereka. Siapa musuh mereka? secara terang musuh mereka ialah UMNO. Siapa musuh mereka lagi? Dengan kegiatan melabel sesuka hati, Polis mereka label sebagai " MALAY MUSLIM POLICE " Kerajaan di label sebagai GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST Adakalanya Kerajaan dilabel sebagai Islamic fundamentalist and malay chauvinists UMNO led Malaysian government Kerajaan dilabel sebagai malay supremacist and Islamic fundamentalist UMNO controlled Malaysian Government Jika mereka hanya memusuhi UMNO, mengapa perlu menokok tambah label "Islam", "Malay", "Extremist" dan lain-lain. Ternyata mereka perkauman.

Gambar Kahwin Morpheuzneo (JawapCarian)

Tak sangka ada juga orang mencari "gambar kahwin morpheuzneo" Jadi untuk tidak menghampakan mereka, maka saya paparkan di sini. Dari robohan kota melaka Kita dirikan jiwa Merdeka Dari kejatuhan saham proton Kamu bangunkan apa yang patut. Sila ke http://bincang.net/forum/showthread.php?t=81318 Ini pula gambar selepas kahwin morpheuzneo.

Hari AIDS Sedunia

1 Disember diisytiharkan sebagia hari AIDS sedunia. Seperti biasa, maklumat tentang AIDS, selalu diberikan tapi sering kali ramai orang yang tidak faham lagi. Janganlah pandang serong kepada pesakit AIDS kerana tidak semua dijangkiti AIDS akibat perbuatan tidak senonoh. Ia boleh berjangkit melalui pemindahan darah. Ada juga yang dilahirkan dengan AIDS. AIDS tidak boleh berjankit melalui sentuhan atau ciuman. (melainkan kalau ada pendarahan berlaku pada tempat sentuhan) Sudikan baca Catatan Pikey mengenai AIDS .

Unit tambahan 300 juta Amanah Saham Didik

Tadi saya membaca akhbar yang mengatakan ASD atau Amanah Saham Didik diberi tambahan unit sebanyak 300 juta. Sebelum itu juga sudah beberapa kali dilakukan tambahan unit namun juga habis. petikan berita harian:- Beliau berkata, dana tambahan itu adalah yang keenam sejak ASD dilancarkan pada 20 April 2001 dengan saiz dana permulaan 300 juta unit. Kali pertama ialah pada 2002 dengan tambahan 200 juta unit, diikuti 200 juta unit lagi pada 2004 dan 500 juta unit pada 2005. Tahun lalu, ASNB menambah 300 juta unit ASD yang mana habis dilanggan dalam tempoh kurang dua bulan, manakala 200 juta unit lagi pada Julai lalu. Maksudnya, ia sudah banyak kali di tambah tetapi sering habis. Apa tidaknya habis, rupanya ia adalah pelaburan yang dicadangkan oleh PNB apabila ASB sudah penuh . Namun ia tidaklah memberi pulangan yang memberangsangkan. Namun oleh kerana sifatnya nilai tetap, hampir tiada risiko kejatuhan, maka ianya menjadi pilihan bagi golongan kaya bumiputra yang sudah penuh ASBnya. Suatu k...

Kemandulan minda DBP

Lidah Pengarang di Utusan Malaysia ..... WARGA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tentu tidak senang hati dengan dakwaan Jawatankuasa Istilah badan bahasa itu mengalami ‘kemandulan minda’ kerana gagal mencari istilah baru bahasa Melayu sebaliknya menceduk istilah bahasa Inggeris. Dakwaan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh di Dewan Rakyat Isnin lalu telah menimbulkan perbahasan baik yang menempelak DBP mahupun yang mempertahankan kewibawaan badan berkanun itu. Perbahasan terbuka kedua-dua pihak ini akan menunjukkan kelemahan antara satu sama lain. Jika tuduh-menuduh ini dibiarkan berpanjangan, kita percaya ia tidak akan ada penghujungnya. Ada baik isu ini dihentikan dan DBP bangkit menyahut cabaran untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan yang menjadi tanggungjawabnya sejak merdeka. DBP perlu mempertingkatkan kedudukan dan pembangunan bahasa Melayu sesuai dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan. baca selanjutnya di sini. Saya yang malas menulis ini terus teringatkan satu ...

Bayar sajalah RM 380juta untuk konsesi tol

Baru baru ini banyak kedengaran tentang tol akan dinaikkan, ada juga rakan saya yang mengatakan terbukti tol akan dinaikkan . Sammy Vellu mengatakan "Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu." Maka pada pendapat saya, bayar sajalah RM 380 juta itu . Persoalan seperti:- Siapa pemilik syarikat konsesi? Bagaimana perjanjian konsesi boleh dilakukan jika ia terang-terang menyusahkan rakyat? Apa kandungan perjanjian itu? Boleh difikirkan semasa hampir pilihanraya nanti. Jadi buat masa ini, bayar sajalah RM 380 juta itu . Kerajaan pusat tiada duit? boleh kutip hutang dari kerajaan negeri yang berhutang dengan kerajaan pusat sebagai contoh Kerajaan Negeri Melaka. Dengan hutang sebanyak RM 1 bilion, sekiranya Ali Rustam bayar 1/3 sahaja dari hutang itu, maka kerajaan pusat cukup wang untuk bayar syarikat konsesi. Mari kita lihat apa ya...

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router

Hahaha Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan. Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa. Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes. AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital. Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa. Kabel optikalnya memang susah untuk dicari. Kalau nak cari, nama kabe...

HINDRAF: isu Kerakyatan?

Memang pening untuk memikirkan tentang HINDRAF. Selain daripada menyalahkan british membawa mereka ke sini, adakah mereka ingin melepaskan kerakyatan. walaubagaimanapun, bila merujuk kepada Kiriman blog BumiMalaya , tidak ramai India yang ingin menyerahkan kerakyatan. Adakala terfikir juga, adakah ketika mereka diberikan kerakyatan dulu, mereka diberi pilihan untuk "pulang"? Bagaimana pula kalau mereka tidak diberikan Kerakyatan ketika Malaya Merdeka dulu? Adakalanya, saya sering terfikir akan satu komen di blog Nik Nazm i. What if, finally, the Malays also took to the street protesting against the British for bringing in immigrant labourers into the uni-ethnic Malay States and depriving them of their sole claim to the state; and being deprived and black-mailed for agreeing to award citizenship rights to the immigrants in lieu of Merdeka arrangements???

Ceramah Khalid Jaafar, Ustaz Kamal, Syamsul, Anwar Ibrahim di Tedong, Merlimau

Setibanya saya di sana saya berborak seketika dengan semit (baju putih belah kiri) tentang harga minyak akan naik akan tidak, seperti biasa saya akan kata ia akana naik kerana minyak mentah sudah 'stabil' USD 90 an setong. Seperti biasa saya pun menerangkan formula subsidi minyak sebol , tak pasti pula dia faham atau tidak. Jadi ceramah bermula dengan Ucapan Khalid Jaafar Keadilan , yang juga menyentuh tentang harga minyak, dia mempersalahkan kerajaan kerana gagal mengemukakan formula terbaik untuk kebaikan semua. Juga ada menyentuh tentang Agenda Ekonomi Baru - (muatturun) Saya tak pasti berapa ramai yang hadir ke ceramah itu faham isi kandungannya. Dipendekkan cerita, Agenda Ekonomi Malaysia mempersoalkan kenapa Pendapatan perkapita Rakyat Malaysia 5 kali ganda lebih rendah dari Singapura. Suatu ketika dulu, saya selalu berjumpa dengan Khalid Jaafar ketika dia sering ke Taman Permata, saya tak pasti dia kenal saya atau tidak. Ucapan Ustaz Kamal, agak menarik, mempersoalka...

Blog Wawa tutup

Tiba-tiba blog dia ditutup dan dijadikan invited reader only, Dulu dia pernah kata blog dia takkan ditutup, boleh bertahan lama.

10 Tahun Sebelum Merdeka..

Daripada beras Padu , saya terbuka blog saudara Nik Nazmi yang menceritakan tentang Dokumentari 10 Tahun sebelum Merdeka . Di saat kita dikelirukan dengan cerita sejarah yang menunjukkan seolah-olah hanya UMNO yang memperjuangkan Kemerdekaan, maka apabila terjumpa fakta sebenar, ia amat menyeronokkan. 10 Tahun Sebelum Merdeka 1/4: senaraimain 1 hingga 4 Saya kagum betul, mereka boleh jumpa orang lama PKMM. Saya belum tengok habis lagi, tapi rasanya mereka perlu temu ramah orang lama IMP, yang ikut Dato Onn keluar UMNO. URL blog 10 Tahun Sebelum Merdeka. http://10tahun.blogspot.com/ Anda boleh muatturun video pelbagai cara dari blog tersebut.

Aqiqah Aryana

Disebabkan tersalah haribulan, maka saya terpaksa beli baju baru kerana tinggal di Kawasan Lembah Kelang ekstra 1 hari. Baju Abah, Jersi Malaysia dan juga boleh dijadikan baju untuk dipakai pada hari Sabtu. Lebih Patriotik berbanding baju BERSIH kerana ada bendera Malaysia Baju Umar, Autobots. Majlis Aqiqah berlangsung. Rupanya NSX pun datang, maka sempat saya culik anak dia untuk bergambar bersama Umar dan Hamzah. Tapi bagi saya, yang menyeronokkan ialah cakap-cakap politik antara adik beradik saya. Timbul persoalan "Kenapa semasa Tunku Isytihar Kemerdekaan Ghafar Baba disebelah dan bukannya Tuan Haji Pit?" Maka saya pun menjawap, "Kerana dia sudah keluar dari UMNO". Timbul lagi satu persoalan, Kenapa Dato Onn mencadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu sehingga dia dilabel sebagai pengkianat melayu? Ketika itu belum merdeka, kerakyatan belum diberikan kepada bangsa asing, ada di antara mereka masih baru di Tanah Melayu, Masih boleh lagi untuk tidak memberi k...

Kembali ke Linux

Sudah lama tidak kemas kini blog. Saya baru sahaja menghidupkan kembali Fedora lama, rupanya partisyen Fedora idak rosak. Hanya cakera yang menggangdungi Windows, dan /home/sebol yang rosak, oleh kerana ia cakera pertama (/dev/hda) maka grub tak berfungsi. Akan tetapi tidak semua /home/sebol hilang, sebelum /home/sebol diletakkan dalam partisyen khusus, ianya duduk dalam /home di cakera kedua (/dev/hdb). Kandungan /home/sebol tidak dipadam sebelum menggunakan /home/sebol yang baru. Maka ada juga data yang hilang, tapi tak hilang semuanya. Ada lagi gambar kawin dulu-dulu. Sesi menyerahan CD RedHat versi 9 semasa kenduri dulu. Dari RedHat 9, kemudian di naik taraf ke Fedora core 1, 2,3,4, 5, 6 Tiada pemasangan baru Fedora dilakukan pada komputer saya. Sampai lah sekarang tengah 'yum upgrade' ke Fedora 8. Akhirnya saya akur dengan nasihat Pengulas di Topik ini untuk menaiktaraf ke Fedora 8 terus. Tapi ada masalah kebergantungan, kerana banyak pakej dipasang dari repo lain terpaks...

Syiling 1 sen bernilai lebih dari 1 sen?

Terdapat Cerita pengumuman mengatakan wang syiling 1 sen tak digunakan di kaunter pembayaran lagi. Jason menyambut baik langkah itu , kerana dia sering menyimpan wang 1 sen yang diperolehi, tetapi sering tidak membawanya. Lama kelamaan wang syiling satu sen banyak diperap dan kerajaan akan tetap mengeluarkannya. Apa sudah jadi? Adakah nilai logam pada syiling 1 sen bernilai lebih dari satu sen? Mungkin juga. Ini graf harga Tembaga 5 tahun di Bincang.net, ada yang dengar dengar kos mengeluarkan syiling 1 sen ialah 3.8 sen . Tidak pasti pula, kalau dileburkan duit 1 sen itu, kita akan mendapat lebih dari 1 sen. dan ianya tak mustahil kerana di Amerika, nilai logam pada 1 nickel (5 sen) melebihi 5 sen (USD ). Laman web Coinflation ada menyiarkan berapa nilai logam bagi syiling amerika. Jadi mungkin syiling 1 sen BNM yang baru, kurang tembaga berbanding syiling 1 sen zaman P.Ramlee. Jadi kepada sesiapa yang memerap syiling 1 sen di tabung, di sarankan akan terus menyimpannya dalam bentuk ...

Tahniah Asrul Munir @ Trew @ Abu Mu'aaz - Peraduan Jutawan Merdeka TM

Tahniah diucapkan kepada kawan saya Asrul Munir aka Trew aka Abu Mu'aaz , kerana memenagi Hadiah Bulanan Peraduan Jutawan Merdeka. Rezeki anak... Bila pembaca berita sebut "Asrul Munir", dalam hati saya berkata 'macam pernah dengar', bila tengok gambar, baru nampak, cepat-cepat capai telefon. Sempat tangkap gambar. Pengunjung blog ini disarankan untuk menyerang blog dia dan ucapkan tahniah.

Pasca Perarakan BERSIH ==> LowYat

BABAK Asam Pedas Selepas pulang dari perarakan BERSIH, saya makan dahulu di kedai "Asam Pedas" setiawangsa, Pada menu ada "Latte" tetapi bila sudah duduk dan nak pesan, rupanya Latte tiada. Akan tetapi, oleh kerana kepala otak ini berjalan, maka saya pesan 2 cawan air. 1. Nescafe 2. Espresso Kemudian, Expresso dicampurkan sedikit sedikit ke dalam Nescafe. Tumpah pula sedikit. Oleh kerana bosan keseorangan, maka saya pesan 2 orang wanita untuk menemani saya. Maka mereka pun tiba dan duduk dengan saya. Setelah minum dan borak seketika. Saya mengambil keputusan untuk membawa pulang salah seorang dari wanita itu . Wanita yang lagi satu ditinggalkan sahaja. BABAK Lowyat Kemudian, saya bersama wanita itu pergi ke LowYat. Setibanya di Lowyat, terjumpa UMPC Fujitsu yang amat menggiurkan, U1010, rasanya dulu mahal, tapi kini tak sampai 4 ribu. Boleh muat kocek tetapi cukup-cukup sahaja. Kemudian jumpa lagi UMPC jenama gigabyte, lebih murah, lebih ringkas, tapi agak sukar se...

Kotak Rokok akan TERBAKAR

Kotak rokok akan terbakar apabila ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (Microwave oven). Ianya akan menyala tidak sampai 10 saat setelah ia di'panas'kan. Oleh itu anda tidak digalakkan untuk memcubanya di dapur masing-masing. Kenapa saya memanaskan kotak rokok di ketuhar gelombang mikro? Asalnya saya cuba mencari penyelesaian bagi rokok yang telah masuk angin, manalah tau kalau kita "nge"kan dia di ketuhar gelombang mikro, rasa "masuk angin"nya akan hilang. Rupanya ia terbakar pula. Bila hanya rokok tanpa kotak dipanaskan di ketuhar itu, kesan "masuk angin" tetap ada. Pembuktian konsep bagi menghilangkan rasa masuk angin pada rokok gagal. Namun dapat membuktikan kotak rokok boleh terbakar dalam ketuhar gelombang mikro. p/s: adakah rokok akan masuk angin di ISS?

Gambar dan Video Perarakan Perhimpunan BERSIH

Cepat betul pemblog tempatan mengemaskini kemasukan blog tentang perarakan BERSIH. Sila dapatkan senarai di sini Yang tak pergi perarakan kemaskini blog lebih pantas dari yang pergi perarakan. Tapi saya mengambil masa terlalu lama untuk memblog tentang bersih. Keletihan. Tiba dirumah pukul 1 pagi. Terus ke BerasPadu, dan terjumpa kemasukan blog Vanragdx , Edyra dan NikNazmi . Walaupun yang lain cukup informatif, tetapi Nik Nazmi paling best kerana ianya berdasarkan pengalaman sendiri, termasuk cerita makan di McDonald. Mulanya.... Pada lebih kurang pukul 12, saya ke KL dari Merlimau , di Tol Ayer Keroh, ada kesesakan, rupanya ada halangan polis untuk mencari orang yang berbaju kuning. Saya tidak memakai Kemeja T BERSIH, tetapi memakai Jersi BolaSepak Malaysia, yang dibeli ketika Malaysia tewas 4-2 Piala Tiger suatu ketika dulu. Ada 1001 perancangan, samada Wawa nak hantar saya ke seremban dan saya naik komuter atau pergi terus, akhirnya pergi terus, tetapi timbul 1 masalah, mana nak ...