test

Khamis, 29 November 2007

Kemandulan minda DBP

Lidah Pengarang di Utusan Malaysia .....


WARGA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tentu tidak senang hati dengan dakwaan Jawatankuasa Istilah badan bahasa itu mengalami ‘kemandulan minda’ kerana gagal mencari istilah baru bahasa Melayu sebaliknya menceduk istilah bahasa Inggeris.

Dakwaan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh di Dewan Rakyat Isnin lalu telah menimbulkan perbahasan baik yang menempelak DBP mahupun yang mempertahankan kewibawaan badan berkanun itu.

Perbahasan terbuka kedua-dua pihak ini akan menunjukkan kelemahan antara satu sama lain.

Jika tuduh-menuduh ini dibiarkan berpanjangan, kita percaya ia tidak akan ada penghujungnya.

Ada baik isu ini dihentikan dan DBP bangkit menyahut cabaran untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan yang menjadi tanggungjawabnya sejak merdeka.

DBP perlu mempertingkatkan kedudukan dan pembangunan bahasa Melayu sesuai dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan.


baca selanjutnya di sini.


Saya yang malas menulis ini terus teringatkan satu komen saya di blog AdHamka.


DBP memang handal mencipta istilah, akan tetapi tiada usaha lanjutan untuk memastikan istilah itu berkembang.

sebagai contoh, suati ketika dulu, istilah “tetikus” adalah ganjil, akan tetapi bila wujudnya media tempatan yang menggunakan tetikus, maka ia menjadi biasa.

persoalan sekarang ialah pengguna BM tidak menjumpai istilah BM yang sesuai supaya terjemahan boleh dilakukan dengan pantas.

Tak mustahil untuk melakukan terjemahan pantas dalam dunia moden ini.

Suatu ketika dulu, saya aktif menterjemah GNOME, penterjemah diberikan masa 1 bulan “string freeze”, untuk penterjemah menyiapkan terjemahan perisian termasuk dokumentasinya sekali (jika mampu). maka tak mustahil GNOME keluaran baru lengkap dengan perisian bahasa Melayu.

Tapi DBP tak cukup pantas, dalam GNOME ada widget, saya perlu menterjemah widget, tetapi tiada istilah untuk widget oleh DBP, mungkin ada, tapi tak dapat diakses oleh saya, oleh itu saya cipta istilah secara subversif “wiget”. harap ia difahami.

begitu juga “fixating” untuk CDROM, adakalanya terpaksa dikekalkan dalam English.

Yang bertanggung jawap tentang terjemahan ialah ITNM.

bagi saya, memang DBP bermasalah.
dia menggunakan hukum tatabahasa (ciptaan sendiri) yang menyebabkan kita susah menterjemah sumber luaran.

salah satu hukum yang paling saya benci ialah hukum untuk menjarakkan 2 perkataan jika ia boleh berdiri sendiri.

jadi dalam konteks biasa bookmark, ialah penanda buku.
tapi dalam komputer bookmark ialah proses bookmarking.

jika dia di asingkan menjadi penanda buku atau kata kerja tanda buku, amatlah sukar untuk

kalau boleh dirapatkan kan senang,
social bookmarking jadi tandabuku sosial.
kalau ikut hukum dbp ia akan menjadi tanda buku sosial.
tapi “tanda buku sosial” tiada kaitan dengan buku.

ketika saya sering tercari istilah, adakalanya saya rujuk terjemahan swedish, dan Jerman.

bahasa mereka sering menggabungkan 2 perkataan jadi 1.
Bahasa Jerman sampai ada istilah jerman untuk “Melayu”, Istilah Jeman bagi negara lain. “Malaysia” pun mereka panggil “Malaisie”.

“Jerman” adalah istilah BM bagi Deucthland, tapi kita perlukan lebih , terutama sekalia apabila nama negara itu bukan berasal dari English.

sebagai contoh, Ivory coast, nama yang mereka pangggil ialah (lupa pula, tetapi ia berasal dari peranchis), mengapa kita tidak panggil mereka “Pantai Gading”, orang english boleh panggil mereka “Ivory Coast”.

penat pula menaip.

itu belum cerita “Mengapa Bahasa Melayu tidak mempunyai sunatur papankekunci?”
Mengapa kita masih menggunakan “US English” sedangkan yang menjajah kita dulu ialah UK dan bukan Amerika.

dan mengapa kita meniru bulat-bulat set aksara Bahasa Inggeris?
dan huruf X kita jarang pakai.

belum cerita lagi mengapa tiada orang DBP ambil tahu tentang tiadanya beberapa huruf jawi dalam Unicode.

belum cerita lagi, kenapa tiada orang Malaysia yang minta perbetulkan simbol matawang “RM” pada Windows XP, walhal kerajaan beli lesen Windows itu pula lah banyak. Apasalahnya demand sedikit.


Jadi nilaikanlah sendiri samada DBP kemandulan minda atau tidak.


0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit