test

Ahad, 11 November 2007

Gambar dan Video Perarakan Perhimpunan BERSIH

Cepat betul pemblog tempatan mengemaskini kemasukan blog tentang perarakan BERSIH.
Sila dapatkan senarai di sini

Yang tak pergi perarakan kemaskini blog lebih pantas dari yang pergi perarakan.

Tapi saya mengambil masa terlalu lama untuk memblog tentang bersih. Keletihan.
Tiba dirumah pukul 1 pagi. Terus ke BerasPadu, dan terjumpa kemasukan blog Vanragdx, Edyra dan NikNazmi. Walaupun yang lain cukup informatif, tetapi Nik Nazmi paling best kerana ianya berdasarkan pengalaman sendiri, termasuk cerita makan di McDonald.


Mulanya....

Pada lebih kurang pukul 12, saya ke KL dari Merlimau , di Tol Ayer Keroh, ada kesesakan, rupanya ada halangan polis untuk mencari orang yang berbaju kuning.

Saya tidak memakai Kemeja T BERSIH, tetapi memakai Jersi BolaSepak Malaysia, yang dibeli ketika Malaysia tewas 4-2 Piala Tiger suatu ketika dulu.

Ada 1001 perancangan, samada Wawa nak hantar saya ke seremban dan saya naik komuter atau pergi terus, akhirnya pergi terus, tetapi timbul 1 masalah, mana nak letak Wawa yang tak pergi BERSIH itu. Akhirnya Ezza sanggup menjadikan Wawa sebagai Tawanan Perang.

Kerasa kesesakan, maka lambatlah untuk menghantar Wawa ke Setiawangsa.

Saya cuba naik LRT untuk ke Masjid Jamek, akan tetapi Stesyen Itu ditutup, yang dibuka paling hampir ialah Dang Wangi. Maka syaa pun naik ke DangWangi.

Setibanya Dang Wangi saya berjalan kaki ke arah Masjid Jamek, kulihat banyak Polis, ketika perjalanan itu ada juga beberapa orang pemBERSIH yang berjalan sama.




Mereka kelihatan terpinga-pinga mungkin kerana tak pasti kemana nak dituju.

Saya pun gagahkan diri melalui kawasan polis itu untuk terus ke Dataran.

(cuba bayangkan kalau ada orang tanya pada FRU itu, "Bang ni bas untuk ke datarang ke")


Polis juga turut menjaga Ambank, takut bangunannya dibawa lari oleh orang kuning.


Setibanya di Dataran, Kelihatan banyak FRU yang memastikan rumput di Dataran tidak dipijak oleh orang ramai.

Kemudian saya ke arah Istana, dan kelihatan gerobolan orang kuning berarak ke Istana.

Saya merapati mereka.



Dan menyertai mereka. Yang menariknya ialah saya terjumpa kawan lama Malik, saya ketika saya menyertai perarakan. Yang pakai Jaket Hitam menoleh ke kanan.



Manaiki jejambat.

Video perarakan di sini
(diedit menggunakan Sony Ericsson "Video DJ")



melepasi bulatan entah


Kemudian mendapat tahu bahawa Penyerahan telah berjaya dilakukan, maka semua sudah boleh balik.



Terjampak juga gerobolan orang kuning yang baru balik dari Istana

Ada ramai lagi di belakang mereka.

Di Masjid Negara, ada yang mendengar Ucapan Ringkas Mat Sabu, ada yang terus pulang.




Polis lebih ramai dari orang kuning.


Dalam perjalanan balik, saya tergelincir sehingga terjatuh k800i ku,
Selepas itu sempat saya snap gambar polis yang menjaga rumput tadi dengan lebih dekat.




Kesimpualnnya saya pun tidak tahu berapa ramai yang hadir.
Ketika ia sudah selesai diserahkan, ramai lagi yang baru nak pergi, ramai yang takut bergerak melalui masjid Jamek, ramai yang terhenti di Dataran.

Hero utama program kali ini adalah Unit Amal PAS yang begitu teratur.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit