Apabila harga logam perak naik, ke tahap USD 24 satu troy aun, Maka ramailah yang mula nampak bahawa perak adalah satu pelaburan yang baik, kenaikannya tinggi berbanding emas. Nisbah harga perak masih terlalu rendah berbanding emas. Kalau kini sekilo perak lebih kurang 20 gram emas, Ianya tidak mustahil untuk sekilo perak setara dengan 40 gram emas. Namun terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas. Ia tidak boleh dipajak, dan sukar dijual. Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah. Sekira anda menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku. Ya, harganya akan naik, tetapi begitu sukar untuk dijual. Apatah pula kalau jenama jongkong itu tidaklah sepopular mana. Mungkin ianya popular hanya di Malaysia. Jadi, untuk mendapatkan tahap kecairan perak yang tinggi, ianya perlulah popular. Dikenali serata dunia. Anda boleh mendapatkan logam perak yang murah, tetapi ianya mungkin tidak cair...
Ayhd Yang Hendak Dibaca