Langkau ke kandungan utama

Catatan

10 feb: Ceramah YB Salahuddin Ayub di Kampung Sempang Merlimau Melaka

Sebagai membayar hutang, kerana gagal merasmikan Markas PAS Kampung Sempang, yang juga dikenali sebagai Balai Islam Baitul Hikmah, Maka YB Salahuddin akan lagi sekali datang untuk merasmikannya. Masa: 10 Februari 2009, 9 malam Tempat: Balai Islam Baitul Hikmah, (Markas PAS Sempang) Jalan Haji Jamaat Kampung Sempang Merlimau Melaka Penceramah: YB Salahuddin , MP Kubang Kerian,Ketua Pemuda PAS Pusat. Ustaz Kamaruddin Sidek, Ketua Pemuda PAS Melaka.

Campurtangan Asing Dalam Negeri Perak

T.Guru Nik Aziz telah berpesan... 1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an. Dalam konteks ini, Najib adalah orang luar, begitu juga Anwar Ibrahim. Najib memainkan peranan yang besar dalam proses rampasan kuasa ini. Saya juga orang luar dari konteks pemerintahan negeri Perak. Saya tidak mahu ulas tindakan Sultan Perak untuk tidak membubarkan DUN. Saya hanya pembaca setia berita-berita tentang krisis politik perak sehingga berlakunya rampasan kuasa. Alasan Nizar pada suratnya , hanyalah berbekalkan 2 sebab. 1. Bilangan kerusi adalah sama 28-28 dengan mengambil kira status 3 kerusi DUN belum diputuskan ma...

Jenayah BESAR terhadap PERAK

Saya tahu, ramai yang inginkan saya menulis tentang 'Perak' ketika 'Perak' amat hangat. Tetapi diminda saya ketika ini lebih tertumpu tentang bagaimana hendak menggunakan perak sebagai penyelamat ekonomi masyarakat setempat. Perak adalah wang sejak dulu sehingga 1873. Zaman dahulu, emas dan perak adalah matawang. Kemunculan 'Piawaian Emas' (Gold Standard) yang menggunakan kertas sebagai mewakilkan emas, menyebabkan perak sedikit demi sedikit hilang status matawangnya. Dulu Sterling, Baht, USD adalah kepingan perak. Perak Sterling adalah 92.5% perak. dulu nama Pound Sterling itu adalah berasal daripada beberapa keping syiling perak sterling mestilah beratnya 1 pound. Lama kelamaan, emas kemana, perak kemana. Kewujudan duit kertas sebenarnya banyak membunuh perak berbanding emas. Emas wang besar, Perak wang untuk jualan harian. Apabila kertas digunakan untuk mewakilkan emas, maka apa guna perak? Permintaan terhadap perak merosot sejak wujudnya ...

Perlukah Buktikan Bahasa Melayu itu boleh menjadi Bahasa Ilmu?

Buletin Utama telah menyiarkan satu emel kepada TV3 yang menyarankan supaya Bahasa Melayu perlu dibuktikan dahulu boleh menjadi Bahasa Ilmu sebelum membantah PPMSI. Saya agak hairan pemikiran sebegitu. Kalau mahukan ilmu dalam sesuatu bahasa, belajar sahajalah ilmu itu dalam bahasa itu. Kalau hendak menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa ilmu, bahasa itu tidak memerlukan pembuktian untuk menjadikan bahasa ilmu. Ia akan menjadi seperti ayam dan telur. Yang mana satu dulu, bahasa menjadi bahasa ilmu dahulu, atau menjadikan bahasa itu bahasa ilmu dahulu. Ketika pemindahan ilmu yunani kepada kepada Arab dahulu, perlukan Khalifah membuktikan samada bahasa arab itu sudah menjadi bahasa ilmu atau tidak. Semua bahasa boleh menjadi bahasa ilmu. Kalau ilmu tidak ada dalam bahasa itu, maka proses penterjemahan perlu dilakukan supaya bahasa yang tiada ilmu itu menjadi bahasa ilmu. Bayangkan kalau semua ilmu sekarang masih lagi dalam bahasa Yunani. Pak Arab tidak menterjemah...

Sindrom Takut Boikot KFC

Sudah banyak kedengaran apabila seruan boikot kedengaran, kedengaran pula suara sumbang supaya jangan boikot KFC kerana ia milik bumiputera. Ramai yang tidak faham konsep boikot. Kita bukan mahu pembekal ayam itu sengsara. Kalau orang tak makan KFC, orang yang makan ayam akan makan ayam di tempat lain. Permintaan terhadap ayam tidak berubah, melainkan kalau Husam Musa dan Hasbullah Pit yang pro kambing   membuat kempen "Gantikan Ayam Goreng dengan Kambing Goreng". Sekiranya boikot KFC berlaku, pembekal ayam lain yang mendapat lebih jualan, pembekal KFC akan merosot jualan. Itu adat berniaga turun naik. Jadi Pembekal Ayam kepada KFC lah yang patut persoalkan, " kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika, demi periuk nasimu dan para pekerjamu (dan periuk nasiku) ." Pekerja KFC pun perlu beritahu kepada majikan, " kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika,...

Al Fatihah: Ustaz Ismail Mahmud

Daripada Perisik Rakyat , dan Fudzail , saya mendapat tahu bahawa Ustaz Ismail Mahmud telah meninggal dunia. Ustaz Ismail mahmud adalah Adik kepada Ustaz Ibrahim LIbya Memali. Saya tidak mengenali rapat Arwah Ustaz Ismail, sebagaimana Fudzail boleh berborak-borak. Maklumkah, ketika di TV3 dulu, saya muda belia lagi. Duduk depan komputer sahaja. Makan Linux Tidur Solaris. Ketika era Reformasi dulu, agak mengejutkan apabila mendapat tahu arwah Ustaz terpaksa berhenti kerja kerana tidak mahu bersubahat dengan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Ketika itulah saya baru tahu yang Arwah ustaz adalah adik kepada Ibrahim LIbya. Maka berhentilah dia. Tidak lama kemudian, giliran saya pula mendapat "Kontrak tidak disambung".

4 Blogawan pro PR dikenalpasti Tidak Sokong Bantahan PPMSI

Setakat ini sudah 4 blogawan pro PR yang tidak sokong Bantahan terhadap PPMSI. 1. Penarik Beca.   PPSMI - Saya minta maaf » ~penarik beca 2. Ya naam PPSMI - wajarkah diteruskan (2) ? » Dari kaca mata Yanaam Demonstrasi PPSMI » Dari kaca mata Yanaam 3. Aduka Taruna PPSMI tiada hal dengan martabat Bahasa Ibunda! » AdukaTaruna Woit pejuang bahasa. Ni dak nyle cakap. » AdukaTaruna 4. Edyesdotcom. Maaf Dato Seri, Saya Sokong PPSMI » edyesdotcom Pendapat mereka diterima. Maka perlu dibalas dengan hujah. Melainkan pendapat Edyes.com telah di jawap di sini dalam bentuk "sokongan" . (Anggap sahaja Ilmu teknologi Jerman sedia ada masih lagi dalma bahasa Arab, kerana tidak diterjemah oleh ilmuan Jerman) Hujah Aduka Taruna ialah kerana tidak mahu dianggap pejuang "Bangsa" . Terpulang la. Tapi pada wa, atas falsafah pegangan wa, wa tidak akan menghadirkan diri himpunan tersebut. Kerana wa bukan pejuang bangsa, dan bukan pejuang bahasa. Ini pendi...

Bertih jagung! Bertih Jagung! ... Malaysiakini

Bertih Jagung! Bertih Jagung! Sebungkus 1 Dirham! Drama politik Perak Makin Hebat. 2 Exco hilang. Objek asing yang tidak dikenali kelihatan. 2 Exco dikatakan diculik oleh pihak Decpticon. 2 Exco dikatakan akan lompat. 1 Timbalan Speaker di katakan kononnya berpesta muda-mudi dengan MCA. 1 Exco menyanyi 1 lagi exco menari tukar baju menyanyi lagi menari tukar baju 2 exco dikatakan letak jawatan . ada pula spekulasi murahan Sang Rimau. 2 exco  kata tak letak jawatan. 2 exco lupa ada surat letak jawatan tanpa tarikh ditandatangani mac lalu. Najib pun lupa. Bertih Jagung! Bertih Jagung! Mari makan bertih Jagung sambil melayari Beras Padu .

TV3 tuduh guru di Gazza memupuk "Nasionalisme"

Sudah 2 hari saya perhatikan bahawa TV3 mengatakanbahawa guru di Gazza memupuk semangat nasionalisme dikalangan Pelajar di Gazza. Saya tidak percaya. Setiap temuramah dengan guru di Gazza itu tidak sebutir pun perkataan "Nasionalisme" terbit dari mulut mereka. Mengapa TV3 memandai-mandai menuduh mereka memupuk nasionalisme? Para pelajar memang diajar untuk menentang Israel, tetapi saya tidak rasa ianya perlu ditentang atas sebab nasionalisme.