test

Selasa, 3 Februari 2009

Sindrom Takut Boikot KFC

Sudah banyak kedengaran apabila seruan boikot kedengaran, kedengaran pula suara sumbang supaya jangan boikot KFC kerana ia milik bumiputera.

Ramai yang tidak faham konsep boikot.
Kita bukan mahu pembekal ayam itu sengsara.

Kalau orang tak makan KFC, orang yang makan ayam akan makan ayam di tempat lain.

Permintaan terhadap ayam tidak berubah, melainkan kalau Husam Musa dan Hasbullah Pit yang pro kambing  membuat kempen "Gantikan Ayam Goreng dengan Kambing Goreng".

Sekiranya boikot KFC berlaku, pembekal ayam lain yang mendapat lebih jualan, pembekal KFC akan merosot jualan.

Itu adat berniaga turun naik.

Jadi Pembekal Ayam kepada KFC lah yang patut persoalkan, "kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika, demi periuk nasimu dan para pekerjamu (dan periuk nasiku)."

Pekerja KFC pun perlu beritahu kepada majikan, "kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika, demi periuk nasimu dan para pembekalmu (dan periuk nasiku)."


KFC Malaysia bukan tak mampu buat rangkaian Kedai Ayam Goreng terbesar di Malaysia dengan nama sendiri.
sebagai contoh "AyGor". (Singakatan bagi Ayam Goreng)



Kalau dulu nama KFC itu diagungkan, kini Jenama KFC menjadi busuk. Apa yang seronoknya guna nama Inggeris, dan model Mat Salleh Tua itu.

Raddix FC pun satu, terikut KFC, guna nama Inggeris. Apa salahnya guna Ayam Goreng Raddix.
AGR.

Kalau kopi boleh pula dia guna "Kopi Raddix" tetapi untuk ayam, kena guna nama Inggeris.

Agaknya orang kampung masih belum boleh membezakan antara "Ayam Goreng" dengan "Fried Chicken".

Akan tetapi saya yakin Raddix mampu memaklumkan kepada pelanggannya bahawa "Ayam" adalah "Chicken" yang sama dan bukannya unta.

KFC kini hanya perlu melakukan satu sahaja langkah untuk merealisasikan bahawa Malaysia boikot KFC iaitu dengan menolak jenamanya dan menggunakan Jenama sendiri dalam bahasa sendiri.

16 comments:

  1. wooo... rasanya banyak yang kfc nak kena buat... pembinaan jenama dsb.. it will cost them just nak tukar jenama.. ianya melibatkan lebih 200 restoran kfc seluruh msia, uniform pekerja, kilang, dan paling penting rasa ayam dia.. takleh guna yang kfc punya sekarang..

    at least kfc gunakan dari sumber tempatan.. mcm mcd, setiap jualan yang terhasil. katalah burger mc deluxe harga rm7. dalam rm4 mesti diberi kepada mcd usa.. sebagai royalti jualan.. tapi kfc tak camtu.. so tak seswailah nak boikot kfc...

    BalasPadam
  2. Apalah kita ni. Takut sangat pada kemiskinan(aku pun sama?). Kan RFC(lupakan pasal bahasa dulu) tengah pening nak bukak cawangan kerana tak pelanggan tak menang tangan melayan?

    So hentikan francis ngan KFC US. Buat francis ngan RFC. Pasai pembinaan jenama serahkan pada HPA uruskan. Susah sangat ka?

    Win2 situation. RFC tak pening carik rumah kedai nak bukak cawangan baru. Francais KFC yg tukar ke RFC tak pening pikir ttg pemasaran.

    p/s: KFC Sungai Petani merosot 40% bila RFC dibuka di sana

    BalasPadam
  3. sebol,

    kalau sesuatu syarikat yang kita mintak boikot tu rupanya tidak sumbang kepada Israel, bagaimana bung ?

    Adakah list syarikat yang kita kena boikot tu 100% shahih ?

    Gimana ya ?

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam
  4. yang aku geramnya.rakya malaysia sibuk2 nk boiket ayam kfc harga seploh dueploh ringgit. Kerajaan rilek je panggil Rihanna buat konsert. KORG TAHU X BRAPE BYK DUIT RAKYAT YANG DAPAT KAT KERAJAAN US. Koman2 beratus ribu ringgit malaysia dpt kt kerajaan US. Knp x marah kerajaan psl tuh?? knp ? knp?

    p/s - aku bkn penyokong PAS.

    BalasPadam
  5. bagus idea !
    aku sokong giler.....
    peminat ayam no 1 malaya. hehe :)

    BalasPadam
  6. Kat Sri Rampai(Setapak)dulu ada satu kedai jual ayam goreng. Sedap ayam dia. Nama kedai tu KL Fried Chicken. Tah ada lagi ke tak kedai tu.

    BalasPadam
  7. AyGor... bagus nama tu. jangan jd AlGore sudah, nanti puak2 che det pula yang boikot.

    BalasPadam
  8. Salam Pakcik Sebol,
    Saya sokong Am. Bukan mudah untuk pengusaha-pengusaha KFC di Malaysia nak buat penjenamaan baru. Banyak kerja nak buat. Banyak juga kosnya. Dahlah sekarang ni ekonomi merudum. Nak buat penjenamaan semula bukan semudah tukar nama KFC kepada AGM-Ayam Goreng Malaysia (contoh), malah ia melibatkan banyak perkara lain yang perlu dibuat, sama macam pengasas KFC buat masa nak buka KFC berpuluh-puluh tahun dulu...

    BalasPadam
  9. Afnanhassan :

    Terpulanglah pada mereka untuk memilih hala tuju mereka sendiri.

    Kalau mereka lebih suka kekal pada nama lama, sanggup rugi, itu hak mereka.

    Kos pengiklanan untuk mengatasi kerugian akibat kekurangan jualan mungkin melebihi daripada kos untuk mengubah jenama.

    BalasPadam
  10. Hehehe... itu lah orang Malaysia, dah menyimpang jauh daripada wawasan 2020. Kereta boleh buat, ayam goreng tak sanggup tukar nama...

    p/s pulut ayam di Siam tak ada nama special pun boleh jadi famous..pk-pk lah

    BalasPadam
  11. kenapa nak boikot kfc klu kita boleh ambil alih kfc?

    takut nak ambil alih?

    klu Jcorp boleh ambil alih kfc dari bangsa asing kenapa kita umat islam tak mampu ambil alih kfc amerika? tak terfikir? fikir fikirkan....

    usaha ambil alih kfc amerika dah dizahirkan oleh tan sri ali hashim tapi dgn bantuan timur tengah. Sekadar JCorp seorang nak ambil alih kfc amerika tak mampu ditambah pulak org malaysia nak boikot kfc. karang yang kfc amerika tak dapat, kfc malaysia pulak berkubur.

    BalasPadam
  12. lu cakap memang pandai..try la wat

    BalasPadam
  13. lu sengal gila.x blaja management ke?boikot2 gak.skang ni kna tolong jcorp utk amik alih kfc msia.jadi kalo org cakap hasbullah jahat, ko tukar nama jadik abdullah, org anggap ko baik? gitu??

    ak sokong rfc joint venture ngn kfc

    cakap kat blog senang ah.cuba ko buat.marketing proposal sbijik pon belum tentu lulus.ape da

    BalasPadam
  14. Penulis blog ni x ada ilmu dalam perniagaan, pemikiran cetek...... inilah imej melayu...kalau melayu terus berfikiran macam ini sampai bila x akan maju...sampai bila x leh control ekonomi...aku ingat blogger ini bukan busines minded...
    semoga islam & melayu terus berkembang

    BalasPadam
  15. aku suka ulasan brader abu...mmg vision yg jauh...

    BalasPadam
  16. Sendiri memboikot tak ada masalah. Tapi kalau mengajak orang lain boikot, maksudnya dah satu cubaan mensabotaj.

    Kalau makan KFC tu jatuh hukum haram, maka saya rasa memang wajar kita boikot dan ajak orang lain boikot.

    Kalau makan KFC tidak haram, apa reason kita mahu boikot sumber pencarian orang oragn yang bekerja dalam KFC? Mereka kerja dalam syarikat jual makanan halal, tak ada sapa kata haram kan.

    Kenapa nak ajak orang lain sabotaj, nak suruh KFC tutup, sales kurang, tak mampu bayar gaji pekerja. nak suruh 16000 pekerja kfc yang mostly ISLAM, cari kerja lain.

    Kenapa anda tidak buat AYAM GORENG HASBULAH PIT dan kemudian baru boikot KFC, sediakan dulu pekerjaan untuk 16000 pekerja KFC.

    Atau anda cuma pandai cakap tanpa isi macam ayam riuh sekampung.



    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit