Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ahmad Said Salah Guna Kuasa, Ugut Pengundi Soal Peruntukan Negeri

Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di Buletin Utama dan bernama , mengatakan satu peruntukan 5.8 juta akan diperuntukan untuk Kuala Terengganu sekiranya mendapat mandat bagi Parlimen itu . KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)-- Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Saudara Adihamka telah mengatakan ianya sogokan ,  tetapi bagi saya ugutan . Peruntukan 5.8 juta dikatakan diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu, duit kerajaan negeri. Maksudnya, dia sudahpun mempunyai madat dan kuasa untuk memperuntukkan 5.8...

UMNO Seakan-akan Tidak Mahu Menang PRK Kuala Terengganu P036

Saya pun hairan, kenapa tindak tanduk UMNO berkempen seperti tidak mahu menang pilihanraya. Sebelum ini, Najib mengadakan satu majlis bayar hutang 400 juta, hanya untuk membuktikan BN bertanggungjawap. Walhal, mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sebelum ini tidak begitu bertanggungjawap. Pada majlis yang sama, Najib mengatakan kalau mahu menang, mesti sama-sama sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon. Seolah-olah selama ini cukup sukar benar bagi UMNO untuk menyokong siapa sahaja yang dicalonkan, terutama sekali apabila yang dicalonkan itu bukan rakan pasukan. Rakyat boleh tahu, di dalam PAS, semua ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sejak dari dulu. Tidak perlu bercakap seperti Najib, seolah-olah satu-satunya cara untuk memang ialah sokong calon yang dipilih. Kemudian, Wan Farid punya cakap banyak, persoalkan apa yang diperkatakan TG Nik Aziz. Pusing macam mana sekalipun rakyat lebih percaya TGNA berbanding Wan Farid. Nobisha cadangkan supaya Wan Far...

Re: Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?

Menjawap persoalan Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda? Saya tidak tahu kenapa kita ada pejuang Bahasa bagi menyelamatkan Bahasa Kebangsaan (BK). Ia macam menyatakan bahawa BK akan pupus sedangkan kita mempunyai BK sebagai mata pelajaran yang wajib diambil di sekolah rendah dan menengah. Pempopularan istilah adalah satu sebab bahasa itu berkembang. Sekiranya sesuatu istilah itu tidak digunakan, maka istilah itu akan mati. Istilah matematik hanya ada dalam matematik. Jarang sekali digunakan dalam kehidupan harian. Dalam kehidupan harian yang menggunakan bahasa kebangsaan sekalipun, istilah inggeris tetap digunakan. Di kedai komputer, penjual dan pembeli menggunakan "keyboard". Pembeli "Berapa harga Keyboard ini? Taukei "RM 30" Mengapa tidak gunakan "papan kekunci"? Jadi, Apabila istilah banyak digunakan, maka akan wujud situasi dimana memerlukan istilah baru bagi teknologi baru, dari situ proses pembentukan istilah be...

Pengkomersilan Blog Che Det Hodoh - Rujuk Malaysiakini

Semalam saya telah menulis tentang permindahan blog Che Det daripada Chedet.com kepada chedet.cc , rupanya ia sebenarnya hanya kerangka yang menyembunyikan chedet.co.cc . chedet.co.cc bukankah satu domain percuma ? Rupanya permindahan itu adalah disebabkan untuk mengkomersilkan blog dan ianya dilakukan oleh syarikat lain. Tidak bolehkah iklan diletakkan sahaja di blog chedet.com ? Ianya dikomersilkan oleh satu syarikat, dan syarikat itu mengenakan caj yang cukup tinggi. Jika di kira secara kasar, melalui maklumat dari ruangan pengiklannya . Sekiranya semua ruang iklan ditempah dan tidak berlaku "rotating", maka kutipannya sebulan adalah : (1000+4*400+300)*30 = RM 87,000 kalau setahun? (1000+4*400+300)*365 = RM 1,058,500 Di Malaysiakini, diberitahu bahawa ianya digunakan untuk "menampung sedikit kos". Tetapi kalau (dapat) menampung sedikit kos, bagus juga Kaji punya kaji pengiklanan web, saya lihat banyak yang menggunakan konsep per hari ata...

Blog "Ini" Ditutup atau Sekadar Tukar Templat?

Masih ingatkah lagi catatan blog saya yang memaklumkan bahawa "Blog Ini Akan Ditutup" ? Kenapa blog ini masih ada? Adakah saya berbohong? Sebenarnya blog dimana letaknya catatan "Blog Ini Akan Ditutup" telahpun ditutup. Ini URL Pengumuman "Blog Ini Akan Ditutup" (klik untuk pergi ke blog lama). Sebenarnya blog ini adalah blog yang baru. Saya sebenarnya agak risau, jika pemindahan blog itu terlalu sempurna, pengunjung akan menyangkan saya hanya menukar templat. Walhal ianya memang blog yang baru. Pengeksportan data daripada blog lama ke blog baru memang hampir sempurna. Kalau tidak percaya bahawa blog ini blog yang baru, cuba masuk lihat blog lama . Seperti yang dijanjikan, Alamat blog baru tetap http://hasbullah.pit.my , masih blog lagi diakses menggunakan http://sebolku.blogspot.com , dan suapan RSS kekal pada alamat http://feeds.feedburner.com/sebolku Cuba bayangkan kalau blog baru ini masih menggunakan templat yang sama deng...

Alasan Pendokong PPSMI: Takut Tidak Mahir B.Inggeris?

Sering kali kedengaran, apabila PPMSI dibincangkan, hujah yang kedengaran ialah tentang betapa pentingnya mahir berbahasa Inggeris untuk bersaing. Satu hujah pengunjung tanpanama di catatan terdahulu . Berbelah bagi samada memertabatkan bm sebagai bahasa ilmu dan juga kekhuatiran memikirkan halangan yg bakal timbul sekiranya anak2 kita tidak dapat bersama bangsa lain di pentas antarabangsa- ini bukan sahaja di bidang maklumat, malah bidang2 penting seperti perniagaan dan ilmu. Mahu atau tidak, kita telah berdepan dengan kampung dunia. Maka bahasa yang telah diiktiraf secara tidak rasmi sbg bahasa antarabangsa ialah inggeris.Boleh kita bayangkan sebuah kampung yg kecil terdapat sebuah rumah yg penghuninya tidak boleh bertutur dlm bahasa kampung tersebut. Malah yang lebih parah lagi, terdapat ahli2 dlm rumah tersebut yg bukan Melayu yg lebih mahir berbahasa. Boleh bayangkan siapa yg terketengah dan yg bakal mendapat peluang2 perniagaan global? Ali yg tergagap2 berbahasa inggeris (a...

Pemunggahan khazanah Ilmu Islam oleh Barat.....

Rausyanfikir telah menyiarkan penulisan Dr. Khalif Muammar " Agenda Pemerkasaan Ulama’: Ketika Kejahilan Merajalela dan Ilmu Hilang Entah ke Mana" dan menulis perkara berikut: Sebelum Melaka dijajah, sebelum Gaza berdarah, para orientalis, intelektual Barat telah memunggah khazanah kita di London, Leiden, Paris untuk memahami siapakah sebenarnya umat Islam.Di mana titik kekuatan dan kelemahan umat Islam dan bermacam-macam lagi kajian berkenaan umat Islam. Lihat saja Library of Congress milik Amerika Syarikat. Ini belum lagi dikira pengaruh universiti, think tank mereka. Masakan tidak era globalisasi ini diterajui mereka. Penjajahan Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain yang paling mujarab ke atas umat Islam dan bangsa lain adalah melalui jalan ilmu! Mari kita lihat dari Jendela yang lain seperti yang telah disarankan oleh Dr Dzulkifly Ahmad. Tatkala pemberontakan terhadap PPMSI sedang hangat, mari kita lihat dari Jendela PPMSI. Tidakkah Intelektual Barat yang ...

Gambar Proton MPV Dalam Ujian di Sungai Rambai

Sejarah Berulang? Semalam ketika saya ke arah Sempang, saya terlihat satu kenderaan yang agak pelik dari arah bertentangan. Rupanya ianya adalah Proton MPV yang dalam Ujian, dibungkus dengan kotak-kotak supaya ia tidak dikesan. Maka bermulalah aksi kejar mengejar. Setelah membuat Pusingan U, saya pun kejar, tak nampak pun Proton MPV itu. Kejar punya kejar akhirnya nampak Proton SAGA NGV dalam Ujian. Tidak lama lagi, keluar lah Proton SAGA NGV dipasaran, tanpa perlu membuat pengubahsuaian. Tidak perlulah pengguna was-was samada pemasang NGV itu bertauliah ataua tidak, kalau sudah ada OEM. Saya memotong Proton NGV itu untuk mengejar Proton MPV. Kejar punya kejar, akhirnya Proton MPV itu terpaksa berhenti kerana lampu isyarat. Walaupun "berbungkus" , bentuk lampu belakang boleh dilihat, bentuk pintu, bentuk cermin boleh dilihat.

Apa yang hendak dibanggakan kalau 51% Jawap dalam B.Inggeris? ... Malaysiakini

Merujuk kepada Berita di Malaysiakini yang mengatakan 51% daripada pelajar menjawap soalan dalam Bahasa Inggeris. Bagi saya ia adalah satu pencapaian yang teruk. Penentang PPMSI terbahagi kepada 2. 1. Yang tidak yakin pelajar boleh belajar dalam Bahasa Inggeris 2. Yang tidak risaukan sangat prestasi pelajar tetapi risaukan survival bahasa. Bayangkan kalau semua pelajar kita memang mahir kedua-dua bahasa, boleh menjawap soalan Matematik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Statistik 51% menjawap dalam bahasa Inggeris adalah statistik yang membimbangkan. Saya tidak rasa pelajar digalakkan untuk memilih bahasa, akan tetapi pasti ada guru yang menggalakkan mereka untuk menjawap dalam Bahasa Inggeris, biar pun pelajar itu mampu untuk menjawap dalam Bahasa Melayu. Jadi, bolehlah kita bersedih kerana seramai 51% pelajar tidak mampu menjawap Matematik dalam Bahasa Melayu. Mungkinkah pelajar yang mampu menjawap dalam Bahasa Melayu lebih dari itu? Sekiranya Ya, ia adalah satu jenayah...

Politik Positif Sofi Wahab Lahirkan Draf Manisfesto PAS 2012?

Tahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah . Ini boleh dipanggil sebagai politik positif. Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman. Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman. Apa itu politik positif apa itu politik negatif. Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN. Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan. Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS. Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan....