test

Khamis, 1 Januari 2009

Gambar Proton MPV Dalam Ujian di Sungai Rambai

Sejarah Berulang?

Semalam ketika saya ke arah Sempang, saya terlihat satu kenderaan yang agak pelik dari arah bertentangan.

Rupanya ianya adalah Proton MPV yang dalam Ujian, dibungkus dengan kotak-kotak supaya ia tidak dikesan.

Maka bermulalah aksi kejar mengejar.

Setelah membuat Pusingan U, saya pun kejar, tak nampak pun Proton MPV itu.

Kejar punya kejar akhirnya nampak Proton SAGA NGV dalam Ujian.



Tidak lama lagi, keluar lah Proton SAGA NGV dipasaran, tanpa perlu membuat pengubahsuaian.

Tidak perlulah pengguna was-was samada pemasang NGV itu bertauliah ataua tidak, kalau sudah ada OEM.



Saya memotong Proton NGV itu untuk mengejar Proton MPV.

Kejar punya kejar, akhirnya Proton MPV itu terpaksa berhenti kerana lampu isyarat.




Walaupun "berbungkus" , bentuk lampu belakang boleh dilihat, bentuk pintu, bentuk cermin boleh dilihat.

13 comments:

  1. gitu ke rupa proton mpv tuuu..cam ok jea..hhehe

    BalasPadam
  2. Nampak OK satu hal, QUALITY satu hal yang sangat penting, jangan jadi isu macam Perdana V6

    BalasPadam
  3. pasbangi:

    Proton Zaman Syed Zainal ni kualiti jauh berbeza dgn zaman Tengku Mahalel

    BalasPadam
  4. bro..sanggup hang keje kete tu semata2 nak amik gambar..apa2hal jaga keselamatan..ingatla orang tersayang

    BalasPadam
  5. ok gak bentuk dia.. ada rupa2 wish sket la..

    BalasPadam
  6. Fulamak mmg nampak cun. Saya setuju dengan sdra sebol, Proton skrg tak sama dengan Proton dulu.

    - MENJ

    BalasPadam
  7. Macam lawa jerr..kualiti ok kot skg ni.. SAGA, Persona ok jer..setuju gak dgn sdr sebol..zaman mahaleel main2 wat keta je..rosak proton..

    BalasPadam
  8. saya pernah tanya salesman proton masa launching Pesona. banyak jugak yg saya tanya pasal design, spec, speed dan lain2. brader tu jawab dgn hanya dengan satu ayat je... 'Kereta ni murah bang...'

    BalasPadam
  9. Proton dah byk improve b'bnding dulu.Mereka bangun dengan sendirinya.Proton wujudkan RnD sendiri sehingga syrkt Jepun yg dulu jd rakan kongsi mereka lari kerana x suka Proton ada Rnd sendiri.Skrang tiba masanya Proton mengecapi kejayaan.Support la Proton.x mcm jenama lain.Kata je kereta nasional.Tp sbnarnye x pnah wat kete sendiri.Madah nak ciplak 98% dari Toyota & Daihatsu.2 yg korang nak banggakan?Kaut untung tp bkn dengan hasil titik peluh sendiri.Proton the best.

    BalasPadam
  10. proton hebat sebab pekerja2nya. malangnya kebajikan mereka ada yang diabaikan. ramai yg hebat2 cabut ke naza, honda, toyota, merc dan lain-lain.

    cuba check apa nasib si Tapa sekarang. siapa Tapa? nak tau kisahnya sila lawati blog ni:

    http://brahimnyior.blogspot.com/2008/11/tahniah-kepada-tapa.html

    BalasPadam
  11. Ginilah bang...kalau namanya EXORA, EKZORA ke ape ke..YANG NAMANYA BUKAN mELAYU..MAAF..Depa offer 6 kupang lima duit(RM0.65) sebuah pun aku tak lapaq naka beli...awatnya.. susah & pelik sangatkah nak gunakan nama dalam bahasa Melayu..SAGA, SATRIA< PERDANA<..boleh jual kat england, austrolia & Saudi... INILAH MELAYU YANG BERJIWA KERDIL..Melayu yang akan hilang..tungguilah nanti...ini buka persoalan PATRIOTIK tapi identiti kita....Pemuda UMNO takdak komen ke?

    BalasPadam
  12. Apa kata kalau Proton guna nama nie...

    Proton Impian atau Proton Astana .... kan ker senang... nama Melayu

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit